Khamis, 16 Disember 2010

Pas Tersepit, Sanggup ‘Lacurkan’ Prinsip – Suraya

KUALA LUMPUR,  15 Dis –Pas kini sudah hilang pedoman, asas perjuangan parti mereka untuk menubuhkan negara Islam diketepikan, mereka mengadai maruah sehingga sanggup  `Pak Turut’ bagi memastikan mereka tidak diketepikan dalam pakatan pembangkang, walaupun apa yang dilakukan oleh rakan mereka itu bertentangan dengan perjuangan parti.

Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob berkata perkembangan politik tanah air menunjukkan parti pembangkang sanggup mengadai prinsip perjuangan parti masing-masing dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

“Parti pembangkang kini sudah tiada hala tuju, mereka kemaruk dan berangan-angan tinggi untuk manawan Putarajaya, sebab itu mereka sanggup memperjudikan prinsip dan perjuangan parti, yang paling ketara Pas, hilang semua perjuangan negara Islam yang dilaung-laungkan oleh mereka.

“Pas kini bagaikan dicucuk hidung dan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh rakan mereka dalam pakatan pembangkang, Pas terpaksa mengiyakan dan mendiamkan diri dengan tingkah laku Dap dan PKR walaupun babitkan hal agama dan orang Melayu,” katanya kepada umno-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Pas yang kini nampaknya membiarkan apa sahaja dilakukan oleh Dap dan PKR termasuk perbuatan penggunaan ayat al-Quran serta mempertikaian hak keistimewaan orang Melayu termasuk isu ketuanan Melayu.

Sejak pilihan raya umum ke 12 lalu, Pas seolah-olah hilang hala tuju, mereka tidak menghargai perlembagaan dan kedaulatan Negara, terikut-ikut dengan rentak Dap dan PKR sehingga sanggup menghalalkan apa sahaja tindakan kedua-dua rakan dalam pakatan pembangkang.

Pas dilihat berdiam diri jika membabitkan sesuatu isu seperti pendedahan Wikileaks berhubung kes liwat Anwar Ibrahim, malah Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Aziz Nik Mat Nik sanggup mengiyakan tindakan pemimpin Dap dan PKR yang mencemar kesucian Islam seperti berlaku baru-baru ini.

Suraya yang juga Exco Wanita UMNO, menyifatkan Pas kini tersepit antara perjuangan parti serta perjuangan peribadi segelintir pemimpin mereka yang bercita-cita untuk memerintah negara pada pilihan umum ke 13 nanti.

“Pas sedar mereka tidak berupaya untuk bergerak bersendirian, mereka sudah kehilangan kepercayaan di kalangan orang Melayu berikutan sikap segelintir pemimpin mereka yang terang-terangan menyokong tindakan Anwar walaupun perkara itu membabitkan isu orang Melayu.

“Sebab itu, kita lihat Pas lebih banyak mendiamkan diri kerana khuatir sebarang kenyataan yang dikeluarkan boleh menyebabkan kehilangan sokongan serta tidak disenangi pengundi bukan Melayu dan Dap sendiri,” katanya.

Menurutnya, tindakan yang berlaku sekarang menyebabkan Pas kini terbahagi kepada dua iaitu kumpulan yang menginginkan perjuangan Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan negara Islam, manakala satu pihak lagi ialah terdiri dari golongan muda yang lebih tertumpu untuk mendapatkan kuasa.  -MediaUMNO

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates