Khamis, 9 Disember 2010

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR HIDUP MEREMPAT ??

Petikan ini Kedah Times ambil dari blog GELOMBANG RAKYAT . Jika benarlah seperti apa yang diceritakan, maka patutlah kita semua membantu. Disamping itu kita juga merayu pihak kerajaan mengambil tindakan segera membantu mereka ini.
 
Saya mendapat khabar berita dari sahabat2 seperjuangan yang mendakwa terdapat sekumpulan pelajar Malaysia di Timur Tengah yang kesempitan hidup kerana tidak mendapat sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memperjuang nasib pelajar2 ini namun sehingga hari ini, masih belum mendapat sebarang maklum balas. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai masalah pelajar2 tersebut. Saya memohon jasa baik pengunjung untuk membaca dengan teliti seterusnya menghulurkan sedikit bantuan bagi menampung pelajaran pelajar2 ini.

Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur

Tel : 03-42577222/42566618

Faks : 03-425 666 17

Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com

http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/

Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.

Kebanyakan dari pelajar terbabit adalah pelajar-pelajar pintar Islam yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA didalam Negara.

Maka PPIM beserta badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan Islam mengambil pendekatan drastik dengan menubuhkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO-NGO prihatin yang lainnya.


OBJEKTIF
I. Menubuhkan tabung dan mengadakan kutipan sumbangan dari semua sumber dimana dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang akan dikenalpasti oleh secretariat TABUNG KPI.

II. Memastikan pelajar yang berpotensi tidak terganggu pelajaran mereka disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dalam masa proses pembelajaran mereka sedang berjalan.


VISI
I. Melahirkan ramai professional Melayu yang memiliki akhlak terpuji dan memiliki asas kukuh dalam pendidikan Agama.

II. Meramaikan professional yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi dan seterusnya mengimbangi bilangan professional bukan melayu yang ternyata lebih ramai dari professional Melayu yang ada dinegara kita buat masa ini.


DATA RASIONAL

Jumlah pelajar yang belajar di Universiti yang terdapat di Mesir kini ialah seramai 6440 orang.

Pecahan dari jumlah tersebut :-

Tajaan Jumlah

JPA 668 pelajar
MARA 936 pelajar
Amanahraya 52 pelajar
____
Jumlah 1656 pelajar
====

Baki seramai 4784 orang adalah pelajar persendirian tanpa tajaan mahupun biasiswa dan pinjaman kerajaan.

Dari sejumlah 4784 orang pelajar tanpa tajaan mahupun biasiswa kerajaan lebih dari 2000 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.

Berdasarkan carta yang diberikan ratio professional melayu dan bukan melayu ternyata tidak seimbang dan memerlukan remedi kalau perbandingan berdasarkan jumlah pecahan penduduk diambil kira.

Terdapat lebih dari 2000 pelajar melayu yang menuntut dalam jurusan Professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi dengan biaya persendirian pada masa kini bertaburan disekitar Universiti di Mesir.

DAN KEBANYAKAN DARI MEREKA INI YANG PADA AWALNYA DIBIAYAI OLEH KELUARGA DAN KINI BERADA DITAHUN KEDUA DIUNIVERSITI TERBABIT BERADA DALAM SITUASI KEWANGAN YANG AMAT KRITIKAL DAN MEMBIMBANGKAN.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa.

MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA. DIKALA ITU DIMANA MARUAH KITA.


APAKATA PERLEMBAGAAN KITA?

1: TUNTUTAN PERLAKSANAAN WAJIB PERKARA 153(1); 161A(4).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak …

i) Di bawah 153(2)..mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan..

ii)Mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya..

iii)atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan;

iv)153(3) bagi menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain ke istimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas;

v)Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu;

vi) kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan…atau;

vii)kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu…

viii)hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna…
(Nota: Perkataan Cina dan India tidak ada dalam Perlembagaan).

ix)BAHAWA khususnya Biasiswa yang berkaitan adalah dibawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai pemilihara dan pemegang AMANAH/KASTODIAN menjaga kepentingan ketuanan KE RAJAAN Melayu.


RUMUSAN

Selepas diteliti dengan begitu rapi dan diperhalusi dengan hati budi yang luhur kita dapati orang melayu seperti menumpang ditanah air sendiri. Bakat dan minda yang baik bukan lagi jaminan untuk memastikan kejayaan mendatang. Tanpa sokongan kewangan yang kukuh kita tidak akan kemana-mana.

Walaupun perlembagaan kita jelas akan hak keistimewaan melayu yang perlu dipertahankan. Tetapi tanpa sokongan dan dokongan dari mereka yang diamanahkan ianya tidak akan kemana.


Kita semakin hampir menjadi Negara maju, tetapi jarak kita dari segi ilmu dan pendidikan dengan bangsa lain semakin ketara dan tertinggal.

Justeru itu, tiada lagi jalan pintas bagi kita, yang diamanahkan membela bangsa leka dengan kejayaan dan kekayaan diri. Hingga lupa peranannya menjaga pewaris bangsa. Yang tinggal hanyalah segelintir melayu yang sayangkan bangsa dan sayangkan Negara tetapi tiada berharta. Namun digagahinya jua demi maruah dan martabat yang ada.

Maka menyedari kelemahan itu, bangkitlah bangsaku, bersatulah kita membantu anak-anak kita yang bijak yang berada diluar Negara menuntut ilmu. Mereka perlukan bantuan kita. Sumbanglah seberapa yang ada ke TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN. Biarlah anak-anak kita disana menuntut ilmu dengan tenang dan balik dengan segulung ijazah. Mereka adalah pewaris kesinambungan ketuanan melayu. Biarlah kita berhabis dahulu agar bangsa kita tidak merempat ditanah air sendiri.

5 comments:

1 Melayu berkata...

Negara kita mempunyaai Kedutaan diMesir,ada Pak Duta,ada pegawai PTD dan ada wakil dari Kementerian Pengajian tinggi,adakah mereka tahu masaalah ini,benarkah maklukmat ini ? atau semua pegawai diKedutaan Malaysia sedang tidur ?

Hairan juga macam mana pelajar pelajar ini boleh masuk dan belajar diUniversiti luar negara dengan begitu mudah tanpa sebarang jaminan kewangan dari Kerajaan atau penaja ?

Something fishy is going on ! can anybody check ?

Wake UP! berkata...

NGO-NGO dan tokoh korporat Melayu haruslah prihatin dengan masalah dihadapi mereka dan membantu mereka.

Melayu Lunas berkata...

Kalau macam itu mungkin mereka ini pelajar persendirian.Aduh...memang peritlah kalau tanpa penajaan.Memang kos tinggi lah kalau bidang perubatan,farmasi dsbnya.Eloklah pakat-pakat hulor sumbangan pada mereka sekadar yg ikhlas.Jiran aku jual rumah bangalo untok anaknya belajar di sana.Kemudian sewa rumah demi anak belajar.Aku simpati.Apa nak buat aku pun sekadar orang biasa.Agar pemuda UMNO,tokoh umno yg kaya raya,melimpah ruah dengan duit ringgit boleh bantu seribu dua.Mereka bukan heran dengan duit ringgit.Ruamh berjuta,kereta ratusan ribu,harta juta-juta.Bantulah mereka anak bangsa kita.Amin

Tanpa Nama berkata...

WikiLeaks reveals Anwar ‘walked into’ sex trap

Datuk Seri Anwar Ibrahim’s latest sodomy charge is the result of a “set- up job” which the politician “walked into”, according to an Australian daily’s exclusive of a WikiLeaks revelation.

The Sun-Herald’s exclusive yesterday said a leaked US State Department cable revealed that “Singaporean intelligence officials told their Australian counterparts that Anwar engaged in the conduct for which he is accused, a claim he has steadfastly denied”.

“Australia’s Office of National Intelligence also states the conduct was the result of entrapment by Dr [sic] Anwar’s enemies,” reported the newspaper, which is part of the Sydney Morning Herald group.

The WikiLeaks website has released some 250,000 diplomatic cables from United States that reveal explosive private views across the world. Nearly 1,000 are related to Malaysia, including candid observations about Putrajaya’s refusal to co-operate on several fronts.

Assange’s current rape charge has been compared to Anwar’s own predicament. — Reuters picWikiLeaks was founded by Australian journalist Julian Assange, now being held by the Scotland Yard for sexual assault charges in Sweden. Australian commentators have compared Assange’s charges to Anwar, who was sacked as deputy prime minister in September 1998 on sodomy and corruption charges.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2010/12/gempar-pendedahan-wikileaks-kes-liwat.html

Tanpa Nama berkata...

Pencari pinjaman Dear.

Adakah anda dalam apa-apa masalah kewangan? Adakah anda ingin memulakan perniagaan atau membayar hutang? Ini syarikat pinjaman telah ditubuhkan oleh organisasi hak asasi manusia yang luas dengan tujuan tunggal untuk membantu golongan miskin dan orang-orang yang mengalami masalah kewangan dalam kehidupan dunia. Jika anda ingin memohon untuk pinjaman, kembali kepada kami dengan butiran di bawah ini melalui e-mel kami: annayehowshuwa@gmail.com

nama:
Jumlah Pinjaman Diperlukan:
Tempoh pinjaman:
Nombor Telefon:

Terima kasih dan Tuhan memberkati
salam
Puan Anna

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates