Khamis, 30 Disember 2010

Pemimpin Perlu Berani Berubah

Kejayaan program ADUN Kuala Nerang mengadakan program Gelombang Merah Berani Berubah pada hari ini 29 Disember 2010 dengan jemputan khas Datuk Mukhriz sebagai tetamu khas sepatutnya membuka mata ketua-ketua Pemuda, Wanita, Bahagian UMNO yang lain. Program yang dihadiri hampir 3000 orang (mengikut kiraan 1Melayu) telah berjaya mengumpulkan pelbagai pihak di Kuala Nerang.

Perkasa, Persatuan Pemandu teksi, Bekas tentera, Pelajar, Rela, MIC, Gerakan, Pegawai Masjid dan lain-lain sepatutnya dijadikan contoh kepada bahagian-bahagian lain untuk program memperkasakan UMNO Kedah demi merampas kembali Kedah dari PR.

Apa yang memusykilkan Kedah Times ialah kemana perginya Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda Padang Terap? Ada satu mesej diterima mengatakan yang Ketua Bahagian ada program dengan Tourism Malaysia, Timabalan Ketua Bahagian berada di Perak dan Ketua Pemuda Padang Terap yang juga Ketua Pemuda Negeri berada di Kuala Lumpur. 

Jika tidak dapat hadir kenapa tiada wakil atau sebagainya di majlis sebesar ini? Malahan tidak didengar samada 'kiriman Salam' atau pengumuman kenapa ketidakhadiran dari Ketua-ketua ini.

Apa sudah jadi dengan Padang Terap? Masih tidak berubah atau takut untuk berubah? Jika inilah sikap-sikap  peneraju-peneraju parti di bahagian, UMNO tidak akan ke mana.

Kita menunggu bahagian mana yang BERANI BERUBAH dengan mengadakan program-program yang mengabungkan semua agensi, persatuan dan sebagainya yang bakal memberi impak yang besar kepada pengundi untuk memilih menyayangi UMNO dan seterusnya memenangkan UMNO pada PRU13 nanti.

Seterusnya kita bakal melihat mereka-mereka yang masih ingin berada ditakuk lama berpolitik yang hanya membawa kepada kemenangan perut mereka sahaja ... bukan kemenangan rakyat.

Jiika benar telahan Kedah Times, maka mereka inilah sebahagian dari Warlord-warlod yang kita selalu katakan. 

3 comments:

beribesaq berkata...

Berubah bermakna, tinggal tempat lama pergi ke lokasi baru. Ataupun beralih tempat, ataupun bagi orang lain buat dan kita jadi pak turut ataupun bagi peluang kepada orang lain yang lebih mampu melakukan perubahan. Tapi yang di amalkan oleh UMNO kedah, berubah untuk kepentingan diri, kroni, temolok walaupun pada hakikatnya itu bukan berubah. Tak ramai Ketua Bhg yang mampu berubah, yang boleh berubah mungkin dari segi luaran untuk mengambil hati bos ataupun kehendak nafsu untuk mengabui mata para penyokong saja. Kalau nak berubah, kenalah laksanakan secara fizikal, bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur. Berubah dengan cara maju ke hadapan dan bukan berubah ke belakang. Kalau dulu sebelam PRU ke-12, semasa kempen pemilihan Bhg berlaku kecam, kutuk, caci, hina, komplot, politik wang untuk menang dan jatuhkan kawan. Setelah menang, menagapa tak lakukan perubahan untuk menyatupadukan semula kawan yang kalah yang pernah kita caci, hina dan gunakan wang untuk kalahkannya. Mana ada perubahan. Sekarang, ada kepimpinan bru dalam UMNO kedah, itu tanda dah ada perubahan, tapi mahukah puak ataupun pihak yang tidak dipilih semula/dilantik semula untuk menerajui umno kedah boleh terima untuk melakukan perubahan. Adakah mereka itu masih beranggapan bahawa mereka saja yang layak memeimpin umno kedah hingga menyebabkan enggan berubah.....apakah umno kedah henakkan PAS mengubah segalanya di kedah.....

AloQStaQ berkata...

Depa tengah teriak belakang guri kottt ... tak habih-habih teriak lagi ... hehe

BangsaKu berkata...

apa pun kite mnyokong Dato Mukhriz...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates