Selasa, 14 Disember 2010

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH - NAJIB DALAM DILEMA -TURUT KEHENDAK RAKYAT ATAU AKUR PADA DESAKAN 15 ORANG KETUA BAHAGIAN

1. Sejak dua minggu yang lepas terdapat macam macam cerita berkenaan siapa yang bakal dilantik menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah,berita terkini yang disebarkan ialah Dato Seri Najib telah membuat keputusan dan keputusan ini adalah muktamad iaitu beliau akan melantik Dato Bashah sebagai Pengerusi dan Dato Mukhriz sebagai Timbalan.

2.Keputusan ini dibuat hasil mesyuarat Perhubungan Negeri pada 26 Nov 2010 yang mahukan Pengerusi dilantik dikalangan Ketua Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah,orang lain tidak layak dipertimbangkan.Begitulah angkuhnya sikap Ketua Ketua Bahagian UMNO Kedah,mereka tidak sedikit pun menghormati Presiden parti yang mempunyaai kuasa mutlak untuk memilih sesiapa sesiapa sahaja dikalangan ahli UMNO untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dadalam Malaysia.

3.Tinjauan yang dibuat dikalangan RAKYAT dan Pengundi Kedah ialah mereka menolak semua Ketua Ketua Bahagian dan mereka mahukan seorang Pemimpin muda menerajui Negeri Kedah, dan orang yang mereka mahu ialah Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir.Rakyat percaya dan yakin bahwa Dato Mukhriz boleh menawan Kedah dari Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

4.Rakyat mennutut slogan RAKYAT DIDAHULUKAN yang dilaung laungkan oleh Dato Seri Najib dan KERAJAAN dilaksanakan di Negeri Kedah.

5.Ingatan Rakyat kepada Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO ialah buatlah pilihan yang terbaik untuk Rakyat dan jangan salah Rakyat jika Rakyat memberontak dengan tidak mengundi BN apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri membuat keputusan yang silap dengan mematuhi kehendak 15 orang Ketua Bahagian .Ketua Bahagian hanya memimpin ahli ahli UMNO dan itu pun belum tentu semua ahli UMNO akan mengundi BN.Fikir fikir lah Dato Seri Najib mana lebih penting RAKYAT atau Ketua Bahagian ?


1 Melayu

7 comments:

C L J berkata...

Ketua Bahagian itu bukan mewakili suara rakyat (ahli) rupanya. Itulah padahnya apabila kita merelakan suara kita dangan nilai RM yang dihulur.

AloQStaQ berkata...

1 Melayu,

saya setuju dengan tuan (puan?) , saya rasa DS Najib patut amik iktibar sejarah yang lampau ...

Dollah tidur yang mengetepikan kehendak rakyat telah terbukti tersungkur akibat dikelilingi PENGAMPU dan PENCIUM TANGAN sampai basah , serta Dollah juga mendapat info dari sumber PENGKHIANAT ... Bukan sumber rakyat.

Akhirnya, seseorang pemimpin yang melupakan kehendak rakyat, akan di ajar cukup2 oleh rakyat!

Kali ini (PRU13) Najib jangan buat salah macam Dollah lagi.


AloQStaQ

seroja berkata...

UMNO dan Politik Das Belakang...
Orang Kelantan kata `cah keting' dan kesannya UMNO kelantan terus terkubur tak mampu nak bangkit-bangkit selama 20 tahun. PAS berjaya menawan hati sanubari rakyat Kelantan kerana sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih suka mengamalkan politik `cah keting'. Soalnya, mengapa ?. Segalanya berpunca dari RM...haha habuan berlipat kali ganda, peruntukan mencecah juta-juta yang boleh dimanipulasi oleh Tok Ketua. Kerajaan Pusat salur wang ihsan secara terus kepada JPP dan merekalah yang akan mengagihkan kepada suku sakat anak beranak dan adik beradik. Di Kedah...senario hampir sama pasti berlaku kerana dah jadi budaya Melayu UMNO ini kalau jadi ketua mesti serba boleh. Boleh sapu keliling, boleh kebas belaka, boleh makan segala...dan tinggalla sekupang dua untuk rakyat jelata. Budaya inilah akhirnya akan menjadi barah dan menyakitkan hati rakyat. Bashah jadi Ketua...haha suku sasat dia la sapu...Samala yang lain tu...dua kali lima lima kali dua..semuanya tamak dan haloba macam kisah Kassim Baba...haha. Rakyat Kedah sebenar2nya sudah meluat dengan UMNO dan gerombolan bodah sombongnya. Pemimpin berkereta mewah berpakaian jenama hebat wang berlambak harta berjuta tetapi ahli-ahli dibiarkan papa kedana...kais pagi makan pagi...tak caya pi tanya ADUN Kuala Nerang...sapa dok minta tolong bayaq bil air, bil api, susu anak...semua Ahli UMNO. Jadi betoila kata orang `1Melayu Rakyat didahulukan' itu hanya sampah yang ditinggalkan oleh Israel untuk dicium oleh ahli2 UMNO. PRU kali ini kita bersama tumbangkan UMNO...parti Bini Puaka.

Pakteh berkata...

Seroja:

Kassim Baba yang tamak sebenarnya sesuai dihujahkan kepada Pas Kedah. Dahulu sebelum memerintah kelakuan meereka seperti kucing, malu-malu tapi mahu. Selepas memerintah, mereka seperti anjing kelaparan, menerkam setiap habuan yang terhidang.

Sifu Kulim berkata...

Laba yang turun terus kepada Ketua Bahagian RM1.5 juta, mana boleh lepas. Langgau-langgau sekeliling pun tumpang tuah. Tu cerita laba belum cerita projek lagi...

Tanpa Nama berkata...

kepada Seroja...
sebenarnya parti PAS yang memerintah di kedah lah mesti kita tumbangkan bukannya UMNO/BN yang selama ini memberi khidmat atau servis yang terbaik kepada rakyat di Negeri Kedah ni, bab Ketua Bahagian yg tamak ni tak semua yg mcm tu...

sama-samalah kita pikiq...sejarah banyak mengajar kita semua...

Tanpa Nama berkata...

yang penting adalah parti yang memerintah.....kalau mukriz tak jadi ketua pun beliau tetap bersama-sama umno kedah...sama je.
Orang yg bercakap, kata rakyat tak suka adalah mengarut belaka...yang penting sama-sama bekerja agar kedah kembali kepangkuan umno...nah itu lagi penting....Mukriz masih muda lagi, bukan takat ketua perhubungan aje malah kerusi presiden umno malaysia pun punyai peluangnya besar....jadi sama-sama berjuang demi bangsa melayu...hidup UMNO

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates