Jumaat, 31 Disember 2010

PENGKHIANAT UMNO KEDAH?????

Oleh: SOBRI SUDIN

Letih dan sengal-sengal badan belum hilang, hampir 3 hari kurang tidur, melakukan persiapan rapi menyambut tokoh pimpinan BERANI BERUBAH ke Kuala Nerang 29 Disember yang lalu.

2. ADUN Kuala Nerang, Syed Sobri pada mulanya hubungi aku pada 26 Disember tanya pandangan apa program penutup paling baik untuk dilaksanakan di kawasannya bagi tahun 2010? Lantas aku katakan, himpun semua rakyat dari pelbagai lapisan, pertubuhan, organisasi, yang tua, muda, pelajar, OKU, JKKP, tokoh sukan, Polis, veteran, PERKASA, komponen parti BN untuk kita bangkitkan kesedaran mereka tentang gelombang baru di Kedah.

3. Lantas dia setuju, lalu dia tanya nak namakan apa program tersebut, lalu aku terus lakar jadual aturcara dan beri nama program 'GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH': PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT. Tanpa berlengah tarikh 26 hb juga Syed Sobri hubungi saudara ANAS, orang kanan Mukhriz dan jemput Mukhriz untuk hadir melancarkan Skuad Gelombang Merah DUN Kuala Nerang yang sudah lama ditubuhkan Syed Sobri bagi kerja kemanusiaan dan bantuan awalan kepada penduduk Kuala Nerang yang ditimpa musibbah.

4. Cukup menakjubkan, Mukhriz bersetuju hadir. Dan apabila tanda persetujuan diberi, maknanya masa persiapan hanya berbaki dua hari kerana tarikh cadangan program adalah 29 Disember.

5. Tanpa berlengah Syed Sobri yang memang diketahui rajin turun padang dan cukup gemar melakukan kerja-kerja menghimpunkan rakyat ini bersinting lengan. Pelbagai program diatur dan aku ditugaskan membantu mencari jalan bagaimana kaedah untuk menarik minat golongan muda untuk hadir selain pastikan perjalanan program bergerak dengan lancar dan mandat yang agak besar diberikan adalah untuk aku menjadi pengacara majlis berkenaan.

6. Alhamdulilah pada hari majlis, bermula jam 10.30 pagi lebih 230 buah motosikal berkonvoi mengiringi perjalanan masuk Dato Mukhriz dari pekan Kuala Nerang hingga ke pintu masuk tempat program yakni di Sek. Keb. Kuala Nerang. Semuanya anak-anak muda belaka. Tahniah untuk semua. Orang muda perlu didekati bukan dijauhi atau sekadar dileteri.

7. 3,000 orang lapisan rakyat pelbagai latarbelakang hadir. Golongan pemuda India yang berjumpa dengan aku sewaktu masa makan cukup teruja kerana sudah lama mereka nantikan program sebegini. Mukhriz pula bermurah hati menyembelih seekor lembu untuk kenduri rakyat, lebih 12 jenis bantuan dan sumbangan diberikan kepada pelbagai pihak dalam program tersebut, ada insentif pelajar cemerlang. Penghargaan untuk JKKP, sumbangan jasamu dikenang kepada veteran polis, askar, pergerakan pemuda, NGO, Perkasa, parti komponen selain bantuan bagi golongan miskin dan yang memerlukan. Sumbangan ini adalah hasil peruntukan PEJABAT ADUN Kuala NERANG sendiri, JKM, Kementerian Pendidikan dan pihak swasta.

8. Dato Mukhriz cukup gembira kerana pelbagai lapisan rakyat bertemu, bersalam dan berpeluk tanda gembira dia dapat hadir (dalam DUN KUALA NERANG selama hampir 3 tahun Syed Sobri jadi ADUN inilah kali pertama seorang Timbalan Menteri hadir dalam program rasmi). Sebelumnya banyak program yang dibuat dan jemputan dibuat kepada Menteri dan Timbakan Menteri tetapi pelbagai alasan diberikan untuk tidak hadir. Namun menjemput Mukhriz cukup mudah, tanpa perlu surat dan hanya mengambil masa dua hari bagi pengesahan kehadirannya.

9. Lautan baju merah hasil inisiatif rakan-rakan dalam BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH selain anak-anak muda Kuala Nerang yang mengambil inisiatif membeli sendiri. Mereka tanpa perlu diupah datang dengan penuh semangat dan azam yang tinggi. Meramaikan program yang diatur. Pimpinan UMNO dari bahagian lain ada juga yang jengok muka. Namun EXCO PEMUDA MALAYSIA, saudara Shafiq (Ketua Pemuda Kuala Kedah) dan Zubir Zabidi (Ketua Pemuda Alor Setar) hanya datang setakat depan pintu pagar sekolah lepas tu terus balik, tak tau kenapa.

10. Ketua PEMUDA UMNO KEDAH sehari sebelum majlis dengan angkuhnya menalipon Dato Mukhriz lalu menyatakan, 'Saya (Badrul) tidak dapat hadir dalam majlis Dato esok, sebab ada di KL, dan jangan marah kalau kehadiran orang muda tidak ramai".

11. Persoalannya adakah itu satu kenyataan, alasan atau ugutan? Apakah cerminan sikap dan sifat seorang ketua PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH sepatutnya bertindak demikian dengan langsung tidak menghormati atau memberi gambaran seolah-olah tidak mahu menyokong usaha Timbalan Pengerusi UMNO Kedah yang baru dilantik untuk mengembeleng sokongan rakyat agar BERANI BERUBAH untuk kembali memberi mandat kepada BN Memerintah KEDAH.

12. Mana pula perginya KETUA UMNO BAHAGIAN PADANG TERAP? Apakah dukanya yang dibawa sehingga ke New Zealand akibat rajuk tidak dilantik semula sebagai Pengerusi UMNO Kedah menyebabkan beliau turut tidak hadir bersama. Pegawai Khas Najib, Tok Li yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian juga gagal hadir dan beri sokongan dalam program rakyat sebegini. Apakah kerana program ini dianjurkan oleh Syed Sobri yang dianggap rival mereka menyebabkan mereka tidak mahu datang?
13. Apapun tahniah pada KETUA WANITA BAHAGIAN, Puan Arfah, barisan AJK dan ahli biasa Puteri UMNO yang sama-sama mendokong dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada SKUAD GELOMBANG MERAH DUN KUALA NERANG yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan persiapan perjalanan program ini. Bacaan ikrar oleh salah seorang ahli skuad yang dibentuk syed sobri ini yakni Ustaz Suhaimi dihadapan Mukhriz untuk bekerja keras bagi membantu UMNO dan BN kembali merampas Kedah cukup bersemangat dan meyakinkan.

14. Namun dalam pada rakyat pelbagai lapisan dan golongan marhein mahu bersama dalam arus kebangkitan dan perubahan yang dibawakan melalui GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH, BANGKIT KEDAH, masih ada lagi kalangan yang bergelar pemimpin UMNO, peringkat yang cukup tinggi terus berlagak dan bertindak menjadi pengkhianat. Kerana dek rendahnya mutu akal mereka, maka apa gelaran yang sesuai untuk kita berikan pada mereka.. PENGKHIANAT? PENSABOTAJ? atau....????

15. Sebab itu sedari awal dulu aku bersama Badan BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH telah usulkan agar KETUA PEMUDA KEDAH letak jawatan keranan gagal laksana amanah. Dan peristiwa cubaan sabotaj yang cuba dilakukannya ternyata tidak berjaya. Jika aku yang tidak ada apa-apa jawatan boleh bawa ramai golongan muda, sama-sama berbaju merah untuk berdiri teguh dan menunjukan rasa dokongan kepada Mukhriz selaku orang nombor 2 UMNO Kedah, mana pulak perginya wajah-wajah pimpinan, AJK dan ahli PEMUDA di Padang Terap.

15. Dan siapa pula yang mengelapkan dan menghalang beberapa orang wartawan akhbar dan tv arus perdana tertentu dari membuat liputan berhubung program berkenaan. Siap dengan bayarannya sekali. yang cukup lumayan. Dan orang itu adalah salah seorang pemimpin peringkat tinggi dalam UMNO sendiri. Bukankah ini juga adalah kategori pengkhianat.

16. Apa sekalipun perbualan ringkas tapi penuh makna antara aku dan Mukhriz selepas selesai majlis cukuplah mengambarkan betapa puasnya hati Mukhriz melihat dokongan dan sokongan rakyat selain meminta BBSK (NGO yang aku ketuai) untuk terus berperanan memperjuangkan apa jua isu melibatkan kepentingan rakyat Kedah. Demikianlah luhur dan jujurnya hati seorang pemimpin, dia berusaha mencari seramai mungkin kawan, political partners bukannya mahu menjauhkan diri. Badrul, Ketua PEMUDA KEDAH terang-terangan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PERKASA misalnya, cerdikkah tindakan sebegini?
Justeru nilaikanlah sendiri SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT UMNO KEDAH? Apakah pengkhianat yang bersikap musang berbulu ayam ini akan terus-terusan mensabotaj Mukhriz atau Bashah di masa akan datang demi memuaskan ego mereka dan bermaksud untuk menunjukkan pada Dato Najib bahawa pilihan yang Dato Najib buat adalah salah. Sama-sama kita tunggu, namun prinsip seorang pejuang. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..

Sekilas ikan di air kita sudah tahu siapa yang kaki pengkhianat, hipokrit, talam dua muka dan kaki sabotaj...

TAHUN BARU 2011 UNTUK PIMPINAN UMNO KEDAH SEMUA PERINGKAT.. pesan aku.. cepat-cepatlah berani berubah, bangkitlah berubah..

21 comments:

zethro berkata...

Pemuda UMNO kini makin parah semenjak KJ ditabalkan menjadi Ketua Pemuda UMNO. Bukan di negeri Kedah saja Pemuda UMNO bermasalah malah hampir setiap negeri menghadapi kesulitan yg sama utk menjayakan sesebuah program andai program tersebut tidak dihadiri oleh KJ. Jelas KJ yg sebenarnya yg menjadi duri dlm daging UMNO dgn tidak menyokong mana2 program anjuran negeri sebaliknya dia nak buat program sendiri utk mendekati rakyat. Kalaulah program yg dianjurkan KJ tu mendapat sambutan, tidak mengapa tetapi apa yg kita lihat adalah sebaliknya yg berlaku. Maka hancurlah generasi muda UMNO yg akan mewarisi kepimpinan yg akan datang.

Tanpa Nama berkata...

bagus juga depa ni nak wat perangai...biaq semua orang nampak...

Sebelum ni pon ramai yang dah kenai depa.terutama rakyat Padang Terap. Tapi nak wat macam mana dah lama dah dok berakaq tang tu. Tu yang 2 DUN menang, 1 Parlimen kalah masa PRU12. Rakyat terpaksa.

La nie, pemimpin baru mungkin ada harapan baru untuk rakyat Padang Terap

Tanpa Nama berkata...

JAHANAM.... JAHANAM.. KERANA NAK NAIKKAN SYED SOBRI, TUTUH ORANG KIRI KANAN.

PUIHHHH..... ORANG LAIN SEMUA TAK BAGUIH, SYED SOBRI LAH YANG BAGUS. TU BAGHU BAWAK DATUK MUKHRIZ BARU SEKALI.

AWAT, INGAT ORANG KEDAH TAK KENAI KA SAPA SYED SOBRI. DAH LETIH DAAAAHHH.. UMNO DOK BELA SYED SOBRI NIIHHH.. UMNO BUAT TAK PEDULI SIKIT JEEEE... DIA PI CAGHI OSTAT AZIZAN.

YANG DOK PUJI SANGAT TUUUU... LEBIH KURANG LAAAHH... 2X5 BERAPA?.

melayu lunas berkata...

Itulah perangai tokoh-tokoh umno kini.cakap tak serupa bikin.kaki sabotaj dan pelingkop umno.dlm pru 13 ini tunggulah dan asksikanlah apa akan jadi.pemuda tak boleh diharap lagi.....

CCZ berkata...

Siapa pilih Ketua Pemuda Kedah macam ni ye? Ish, ish..Memang dungu..

kasman budiman berkata...

Betoi ke Dato Det pi New Zealand.............depa ada duit boleh laaaa.Aku yg pangkah BN ni biasalah......

Tanpa Nama berkata...

TUAN SOBRI. TAHNIAH SAYA UCAPKAN. JANGAN BIMBANG. SAYA ORANG NAKA DAN MENGAJI DI KUALA NERANG. DULU KAMI TOLONG TOK DET. TAPI KALAU DIA LUPA KALI INI KAMI TAU APA NAK BUAT. KAMI KENAI SEMUA ORANG-ORANG DIA. BADRUL TU SANGKUT JUGA DENGAN KELUARGA SAYA. SAYA RASA DAH SAMPAI MASA SAYA SOUND PERANGAI DIA. TQ.

Tanpa Nama berkata...

dari awal aku dah nampak dan agak siapa dia petualang dlam umno kedah.
dalam komen aku terdahulu akau dah katakan..dalam ramai2 ketua bahagian...banyak yang jadi hantu raya makan tuan.
dibahagian padang terap cuma pihak2 wanita saja yang bolih diharap.
ramai ketua wanita cawangan yang setia dengan umno.
pemuda umno dah lama kena penyakit hawarq...sejak kj jadi ketua pemuda...itulah jadinya jika ketua sendiri mendapat jawatan dengan membeli undi.
yang dibawah pun terima tempiasnya.
puteri umno harus beranikan diri mendekati makcik2 dan kakak2 mereka dalam wanita.
nampak sangat mereka ini menjauhkan diri..dan bagi wanita umno pula..bimbinglah puteri2 ini dengan baik...beri tunjuk ajar bagaimana mendekati rakyat..puteri adalah asset berharga dalam umno.
tok li dan tok det ni pula...buanglah perangai busuk hati anda..
ketua pemuda umno kedah elok la letak jawatan kalau dah rasa tak dapat terima perlantikan mukhriz dan mad bashah.

Anak sg Kob berkata...

Sdr Sobri Sudin.Sandiwara penjahanam UMNO ini bukan di Padang Terap sahaja ada.Di UMNO Padang Serai lebih kurang samalah.Lagi teruk.

juwita berkata...

Patutlah UMNO semakin teruk kerana sudah terlalu ramai pemimpin UMNO perut busuk dan hatinya bongkak.

-krisjawa lok3- berkata...

Saudara Sobri,
kalau dapat sila senaraikan 'kepala-kepala busuk' yang berada dalam bahagian-bahagian UMNO Negeri Kedah sekarang untuk tatapan rakyat marhaen Kedah...biar rakyat dibahagian menilai tok ketua bahagian masing2 mereka tu.

Sedarlah diri...perlantikan DB dan DMM adalah dari kemahuan hati nurani sebahagian besar ahli umno Kedah dan DSN telah merestuinya. Penolakan atau menentang perlantikan itu sama ertinya menentang arahan PM. Berundur lah dari jawatan kalau sekiranya tak mampu menerima arahan dari pihak tertinggi umno. Jangan menggunting dalam lipatan atau menjadi anai2 dalam batang pohon yang rendang...

Ingatlah......
DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG...

Tanpa Nama berkata...

SAPA YANG DOK PAKAI KHIDMAT POLITIK ORANG MACAM SOBRI SUDI NIIIHHH... ALAMAT CEPAT MEGHOJOI LAAAAHHHH....

1) UUM HALAU
2) SYED RAZAK HALAU
3) MKN HALAU DARI UNIT PENYELIDIKAN
4) UMNO MALAYSIA HALAU DARI UNIT PENYELIDIKAN
5) SIKIT LAGI, SAPA YANG AMBIK KHIDMAT POLITIK DIA PUN AKAN KENA HALAU.

Tanpa Nama berkata...

NAK TAU ,TOK LI DAN TOK DET LAH PETUALANG UNTUK MENJATUHKAN UMNO DI PADANG TERAP BEGITU JUGA KETUA PEMUDA. MEREKA NI PATUTLAH BERUNDUR, GANTI YANG BARU. BANYAK LAGI YANG LAYAK.

jalak lenteng berkata...

Saudara penulis,saya sokong penuh program Gelombang Merah yg di lancarkan di Daerah saya Padang Terap baru-baru ini,dengan kehadiran Dato Mukriz menunjukkan sikap lowprofil beliau, seorang menteri yang walau pun program adhoc sudi turun padang.
Bagi saya kita tak perlu angkat ,bodek,pemimpin mcm Mukriz,biar dia dgn sifat netural beliau,tak payah keterlaluan,org tahu sifat Mukriz.
Saya juga setuju apa yang sedara kata berkenaan dengan Ketua Pemuda Bahagian merangkap Ketua Pemuda Negeri.
Dia seorang yang tak profesional,cetek akal, dok gila nak jadi wakil rakyat, gila jawatan,semua jawatan dia nak,semua org tau dia tak hadzir hari tu kerana tak sebulu dengan Dato Syed Sobri,dia tak payah beri apa alasan pun,lagu pun dia takut KJ tendang dia jawatan Ketua pemuda Negeri.Umno Pdg Terap layu sbb SU Bahagian x buat kerja. noktah.

Ketua Bahagian pun satu ,dayus,x reti guna kuasa,tak berani buat keputusan,tak berani nak buang Ketua Pemuda dari jawatan SU Bahagian,Sbb Ketua Pemuda ugut, Ketua Bahagian kalau buang dia dari jawatan Su Bahagian,Pemuda akan sokong Tok Ghazali ibrahim lawan Ketua Bahagian.Tok Li dok asah parang taruh dah,dok nak cincang Tok Det.Dulu masa Tok Det MB Tok Li siap jilat pungkok Tod Det,masam pun kata manis.

Dulu Tok LI kempen habisan nak buang Dati Afi dengan alasan Dato Afi org luar,tup tup dia bawa masuk Dato Det sbb nak guna Tok Det dia nak jadi ahli parlimen.hajat dia tercapai.Bila Tok Det jadi MB dia x senang sbb kena lepas jwatan Ketua Bahagian kat Tok Det.
La ni Tok li dok gila talak nak balik jawatan Ketua Bahagian.Dia akan guna apa cara sekali pun ,itu perangai Tok li,semua org tau.
Dia guna ayat PM nak dia,dia org kepercayaan PM,malahan kertaskerja jawpan parlimen utk kem.keewangan pun dia yg kena buat dia kata,lepas ni dia nak jadi MB kedah.Nasib hang la Bashah...Habaq kat org beranak tahun 40an bole la depa pecaya.
Jadi tak heran la semua pekara macam ni berlaku di Padang Terap.

Sorang PemiMpin GILA JAWATAN
SORANG GILA TALAK
SORANG ADA KUASA TAPI TAK TAU GUNA KUASA.

Sebenarnya bukan di Pdg Terap saja pekara ni berlaku,saya rasa di semua Bahagian.
Kerat mengerat ini dah jadi sebati dalam jiwa pemimpin UMNO.
Dan KEDAH ni pemimpin yang ada kelulusan tak bole menonjol,tok mudin dok tunggu nak sunat.

Pakat-pakat la jaga MUKRIZ supaya tak di sunat org org2 ni.

Tanpa Nama berkata...

boo

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pemuda Negeri gila kuasa ,gila jawatan...

Tanpa Nama berkata...

Akum dan salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi dalam saudara Mukriz menjada Mukriz sebenarnya memberi impak besar kepada Pimpinan PAS. Hakikatnya apa yang gah sangat Parti PAS. Terus terang katakan penduduk Padang Terap boleh dikatakan masih banyak ketinggalan bahkan ada setengahnya masih buta huruf atau Pak Turut.

Kekalahan Parlimen Padang Terap ketangan PAS disebabkan kerja-kerja jahat kalangan atasan UMNO dewasa itu yang boleh disimpulkn sebagai pemimpin korupsi atau golongan kecewa. Sebenarnya saya tidak mahu cangangkan namanya dan tidak mahu detilkan hal ini. Sempena Tahun Baru dan pucuk pimpinan baru elok rasanya kita buka lembaran baru.

Sebagai seorang Melayu Muslim kita telah diperbodohkan oleh Golongan PAS. Disinikan kita selidiki kawan-kawan PAS. DAP adalah lahir daripada parti komunis yang diharamkan di Malaysia, mereka mendapat didikan PAP Singapora. PAP Singapura berkiblatkan Israel yang berfahaman Yahudi. PKR adalah lahir daripada golongan kecewa dan terdapat haluan sosialis dan PAS mengamalkan Islam ekstrim.

Sebenarnya PAS dikuasai oleh ketua pimpinan yang kecewa dan berdendam dengan UMNO semasa mereka bergabung kerana beliau tidak dapat apa yang diimpikan. Kini walaupun ada kalangan pimimpin PAS yang sedar bahawa perjuangan PAS telah lari dari landasan sebenar dan menyimpang dari kehendak Islam serta syariatnya tetapi kerana takutkan ulamak murahan tersebut maka mereka seperti lembu dicucuk hidung.

Sambung 1

Tanpa Nama berkata...

Sambung 1
a
Kita telah dipertontonkan drama bangsawan dan wayang cina yang banyak mencermarkan kesucian islam antara terbaru wayang nie Ching disebuah masjid di Selangor. Hakikatnya itu adalah menjadi tanggungjawab umat islam pertahan kesucian rumah ibadah islam tetapi mendapat pembelaan daripada ulamak murahan PAS. Begitu juga kita lihat bagaiman saudara Awnar yang dituduh berkalwat. Merekalah yang berapi-rapi membuat tohmahan terhadap Tun Mahathir mengatakan bermacam-macam kerana lambat mengambil tindakan.

Tetapi setelah tindakan diambil akhirnya mereka inilah kuat pembelanya. Ini jelas menunjukkan walaupun apa cara sekalipun perbuatan sahabat mereka yang mencemar kesucian islam dan keharmonian negara puak ini akan pertahan habis-habis untuk memuaskan hati dan nafsu dendam mereka.

Satu Pertanyaan yang hrus diungkai oleh Ahli PAS.
MENGIKUT FATWA ULAMAK MEREKA PERNAH MENGELUARKAN UMNO JOIN MCA+MIC DIKATAN KONONYA KAFIR.

PERSOLANNYA KINI PAS BERGABUNG HATI DAN BADAN DENGAN KAFIR DAP DAN PKR = APA STATUS AKIDAH MEREKA ????? JIKA IKUT FATWA NIK AZIZ DAN HADI.

HutanKampung berkata...

assalamualaikum...

Saya mengikuti blog ini setelah tertarik dgn pandangan, kritikan, tikaman penulis terhadap pemimpin2 Umno di negeri saya, Kedah Darulaman. Saya bersetuju dengan pandangan penulis mengenai warlord2 umno yg telah terlalu lama bermaharajalela di kedah ini.

Bagaimanapun, saya agak terkejut dgn perubahan pandangan @ pemerhatian penulis yg agak mendadak semenjak Bashah dilantik menerajui umno kedah. Tidak keterlaluan jika saya katakan penulis telah bertukar arah dari seorang yg begitu berani menentang warlord2 umno ini kepada memuji mereka seolah2 penulis ini sebahagian daripada mereka.

Saya bukan berhasad dengki kepada sesiapa, tetapi sebelum penulis melambungkan kata2 indah terhadap syed sobri, tanyalah pandangan rakyat kedah terlebih dahulu. Bagaimana beliau dan syed razak telah membolot hampir semua peluang perniagaan melalui syarikat beliau hinggakan kontraktor2 kecil di kedah tiada peluang mengecapi sebahagian hasil negeri sendiri. Bagaimana pula dengan sikap tamak beliau yg cuba merampas projek PLKN diJitra dari tangan seorang lagi usahawan negeri kedah.

Jika syed sobri ikhlas untuk menjayakan sambutan Pemimpin Berjiwa Rakyat, kenapa tidak bersatu tenaga dgn bahagian2 @ cawangan2 lain di seluruh kedah dan seterusnya menjayakan aktiviti ini di peringkat negeri? Kenapa hanya melakukan di Kuala Nerang dan bersusah payah menjemput Mukhriz? Adakah untuk memperkenalkan diri beliau kepada Mukhriz? Mungkin saya terlepas pandang beberapa aspek. Maafkan saya tetapi setelah terlalu lama diisi dengan info2 gelagat @ tingkahlaku kiasu warlord2 umno kedah ini, saya tidak terlepas untuk mempunyai pandangan yg bias terhadap mereka.

Akhir kata, saya mohon maaf kepada sesiapa juga yg telah saya kasari. Jika ada kebaikan dari pandangan saya ini, bole kita ambil teladan agar umno kedah kembali bersinar. Semoga penulis blog ini dapat kembali mewarnai senario politik kedah dgn kritikan membina dan bukannya bias ke arah 1-2 individu.

Wasalam...

jalak lenteng berkata...

Saya juga setuju dengan pandangan sedara 'Hutan kampung'bahawa penulis sedara Sabri Sudin agak membodek apabila cuba membodek Bashah dan Mukriz.Sebenarnya masih terlalu awal untuk membodek,sebab kerja baru bermula,

Di lihat saudara pengarang juga telah memberi laporan angka yang tidak betul tentang kehadiran dalam program 'Berani Berubah di Dun Kuala Nerang dan anak muda yang menonton bole bersama mukriz di Nasmer.

Di Padang Terap tempoh hari hanya sekitar 1500 org saja tapi penulis melaporkan 3000 orang.Di Jitra saya rasa tak sampai 5000 orang.Penulis sebagai orang lama dalam melapur berita tak sepatutnya membuat lapuran sensasi hanya kerana untuk membodek.

Sebenarnya rakyat sudak muak dengan berita yang tidak betul ini.
Muak macamna ucapan ,janji kosong yang di buat oleh pemimpin yang gila untuk berkuasa.

Saya nasihatkan penulis ,menulis apa yang betul sebab hanya kebenaran saja dapat berubah dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO.

selamat berjuang sedara penulis

Tanpa Nama berkata...

Salam...izinkan saya prbetoikan prsoalan saudara hutan kampung. DSS sbenarnya bukanlah org yg tamak dan rakus, TAPI beliau adalah org yg cuba menyelamatkan kem plkn di jitra tu, kerana usahawan kedah yg sdr maksudkan tu sbenarnya dh gulung tikar. Saya boleh cerita dari A-Z pasai kem tu, berserta dgn bukti2nya skali, sbab saya terlibat secara langsung sbagai pekerja dgn usahawan tersebu @ lbih dikenali sbagai Boss8869... Walaupun smpai lani ada gaji kami yg masih tak dibyar, KWSP langsung tak dicarum tapi gaji kami dipotong jgk, namun kami tetap setia bkerja walaupun kami di ugut oleh supplier setiap hari mnuntut hutang drp puluhan ringgit hingga mncecah jutaan ringgit. DSS amat kasihan dan perihatin dgn nasib pekeja kem dan sbab itu beliau datang ke kem utk cuba membela nasib pekerja2 kem yang kebanyakannya orang susah yg dok di kg perik, iaitu di dlm kawasan beliau sndiri DUN k.nerang. DSS ni tak boleh tgok org susah dia cepat kesian. Kami bekas pekerja kem plkn di jitra tu amat menghargai pengorbanan DSS walaupun beliau mengalami kerugian wang ringgit, masa dan tenaga kerana semata2 utk membela nasib kami dan rakyat di kawasan beliau... HIDUP!! DATO SYED SOBRI...!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates