Sabtu, 18 Disember 2010

Perlakuan Dan Pelaku Rasuah Yang di Selindungkan PAS

1. Apabila PAS Kedah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri termasuk pentadbiran berkait kerajaan, maka bermulalah kempen polisi Islam PAS didalam semua pentadbiran dan GLC Kedah.

2. Dengan kempen "Tiada lagi wang bawah meja" bagi menunjukkan bahawa mereka saja jujur, orang lain semuanya rasuah, PAS memulakan langkah penuh gah. Atas dasar Islam katanya, segalanya akan bersih.

3. Dugaan Allah kepada PAS datang hanya dalam masa beberapa minggu selepas pentadbiran GLC diambil alih.Umat Islam tentu tahu satu ayat al-quran yang membawa maksud  "janganlah kamu mengira kamu beriman, sehinggalah kamu diuji".

4. Pada 18 Mac 2008, Bekas pengerusi Kulim Technology Management telah menulis surat yang mendedahkan penyelewengan membabitkan beberapa keping cek bernilai mencecah RM450,000.00 telah dikeluarkan secara menyeleweng bagi tujuan yang salah. Cek tersebut dikeluarkan ke atas syarikat Teknologam, dimana pemilik syarikat tersebut adalah rakan percutian rasmi Pengarah Eksekutif yang mengeluarkan cek tersebut secara menyeleweng.

5. Untuk pengetahuan pembaca, Pengarah Eksekutif Kulim Technology Management ini adalah pengikut setia Anwar Ibrahim dan PAS, namun sangat pandai menyamar, malah dikatakan jika dituris dagingnya semasa Kedah ditadbir oleh Umno, darah yang keluar akan bertanda Umno. Tapi sebaik saja teraju kerajaan Kedah ditadbir oleh PAS dan GLC ini di terajui oleh YB Amiruddin Hamzah, beliau lebih cepat dari mana-mana lebai PAS pergi memburuk-burukkan UMNO dan pentadbiran UMNO, kononnya GLC tidak ditadbir dengan cekap.

Walhal, beliaulah hapraknya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Sikap hipokrik memang dah bersemadi dalam parti PAS. Pemimpin mereka berkata nak tubuh negara Islam dalam setiap kempen. Tetapi bila tiba pilihanraya bertanding hanya 40 hingga 60 kerusi sahaja daripada 222 kerusi. Bolehkah dilantik sebagai PM dan dapatkah mengubah perlembagaan kepada perlembagaan Islam. Inilah salah satu pembohongan besar mereka. Dan sekarang dah lenyap slogan bersama Islam tersebut hanya yang ada ialah bersama DAP dan PKR. Bolehkah dipercayai parti yang sebegini. Saya berharap pengundi jangan lagi bersekongkol dan bersubahat dengan parti yang hanya berpura-pura. Dosanya tetap ditanggong oleh pengundi tersebut. BN/UMNO walaupun dituduh dengan berbagai fitnah tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam dengan melaksanakan banyak program sehingga Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam Moden. Sendiri fikir dan renungkan.

Tanpa Nama berkata...

Islam moden kepala bapak. Hang tak nampak ka anak2 melayu dok rosak la ni? sek bebas, dadah, rempit, mencuri, dan segala maknenek jenayah kalau buat statistik bangsa melayu dok kat ataih sekali. sendri fikir laaa....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates