Isnin, 27 Disember 2010

PM is speaking ... not listening

YAB Dato Sri Najib Tun Razak,

Rakyat Kedah,Pengundi, dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Sri yang telah membuat satu keputusan yang amat TEPAT lagi BIJAKSANA dengan Melantik Dato Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah mulai 1.1.2011.

Perlantikan ini akan membawa Negeri Kedah kembali ke ZAMAN PURBA, dengan cara pemikiran yang kuno, jumud dan dikelilinggi dengan pelakon-pelakon hipokrit yang tidak boleh ditegur serta dikawal, mereka ini akan menghancurkan Negeri Kedah.

Dato Sri Najib adakah Dato Bashah 'A WINNABLE CANDIDATE ' seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato Sri. Dato Bashah hanya mendapat 358 majoriti didalam PRU 12, BELIAU JUGA DIDAPATI GAGAL MENERAJUI BAHAGIAN ALOR STAR, macam mana beliau hendak teraju Negeri Kedah?

Dato Sri Najib, dimana slogan RAKYAT DIDAHULUKAN? Pencapaian diutamakan? dan DENYUTAN NADI RAKYAT MESTI DIRASAI?

Sir, you have let Kedahan down, you belittle their intelligent and worst you are destroying Kedah slowly but surely. Ustaz Azizan and his gang are laughing and they will be having a big kenduri in Mentalon this friday night.

JANGAN MARAH KEPADA RAKYAT KEDAH JIKA MEREKA TIDAK LAGI MENYOKONG DATO SRI.

1Melayu

7 comments:

dzimba MMIM berkata...

Sabar bro... walaupun mikhriz is the best, tapi mungkin ada hikmah disebalik itu. Kita tunggu pergerakan seterusnya.

aku berkata...

mukriz bknnya satu2 faktor penentu kejayaan bn nanti.byk faktor lain lg terutama brkenaan isu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

DALAM POLITIK PERLU PERTIMBANGAN YANG AMAT RAPI DAN LUAS. BUKAN SEMATA-MATA KERANA SENTIMEN INDIVIDU SEMATA-MATA APATAH LAGI KALAU DATANG DARI KELOMPOK-KELOMPOK YANG MEMUJA PEMIMPIN TERTENTU SAJA. PADA PANDANGAN SAYA WALAUPUN DATO' MUKHRIZ PILIHAN SAYA TETAPI HARUS DIINGAT PERTIMBANGAN TERHADAP ORANG LAMA DALAM POLITIK. DALAM POLITIK INTELEKTUAL PENTING TETAPI INTELEKTUAL SEMATA-MATA BUKAN JAMINAN ORANG AKAN MENYOKONG KITA. ADA YANG INTELEK TETAPI NAK MASUK KAMPUNG PUN TAK RETI SEDANGKAN UNDI GOLONGAN INILAH YANG AKAN MEMENANGKAN MEREKA. APAKAH TOK DET TIDAK INTELEK? TAPI APA JADI? APAKAH TS SANUSI TIDAK BRILLIANT? TAPI APA JADI. KALAU SAYA DI TEMPAT DS NAJIB PUN INILAH PILIHAN TERBAIK SAYA. MELETAKKAN DATO' MUKHRIZ TERUS DIPUNCAK JUGA AKAN MENGUNDANG PADAH. LIHAT APA JADI KEPADA ANWAR. SAYA RASA PERTIMBANGAN DS NAJIB ADALAH BETUL. ORANG LAMA DINGATI. ORANG MUDA BERPOTENSI DIBERI JALAN DAN RUANG TANPA MEMINGGIRKAN ORANG LAMA. INILAH JALAN TERBAIK DALAM POLITIK. YANG MENJADI MASALAH ADALAH FANATIK-FANATIK PEMIMPIN DALAM UMNO. MEREKA INILAH MUSANG BERBULU AYAM YANG MENGALAHKAN UMNO SEBENARNYA. MASA PEMIMPIN DEPA DI ATAS MEREKA SURUH ORANG SOKONG. TAPI BILA GILIRAN ORANG MEREKA TAK MAHU PULAK SOKONG ORANG YANG DULUNYA MENYOKONG PEMIMPIN MEREKA. INILAH MUNAFIK POLITIK YANG AKAN BERLAKU SEPANJANG ZAMAN.

Tanpa Nama berkata...

DSNR telah mengambil pendekatan halus sebenarnya,jangan risau,episod baru akan bermula dengan perlantikan DAB & DMM....kita boleh lihat dengan cepat sekali kejayaan ini selepas PRU13 nanti apabila DAB menjadi MB....hormatilah pemimpin yang lebih senior dari kita wahai orang muda kalau mahu kedah kembali...sama-sama kita saksikan...hidup islam hiduplah umat manusia"

lilitserbanataspala berkata...

Dalam isu pemilihan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, aku rasa apa yang diucapkan oleh YAB TS Sanusi Junid pada tahun 2000 dulu wajar dijadikan panduan...

Ada perbezaan antara memimpin kerajaan negeri dan memimpin UMNO negeri. Untuk memimpin kerajaan negeri tidak ada beza pendekatan dari dulu hingga sekarang. Cuma fokusnya berbeza. Peranan saya sebagai pengurus dalam pentadbiran di peringkat negeri adalah sama dengan peranan saya sewaktu menjadi menteri dahulu. Dalam hal ini saya berpengalaman 18 tahun menjadi menteri dan timbalan menteri.

Untuk memimpin UMNO pula, caranya berbeza kerana berbezanya antara ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO dulu dan sekarang.

Sebagaimana kata Dr. Mahathir, antara sebab kekalahan ialah ahli menyokong tokoh, bukan parti. Bukanlah semua ahli begitu tetapi ada tokoh yang mempunyai jumlah ikutan yang ramai.

Bagi kawasan yang majoriti kemenangan BN dalam pilihan raya pada masa yang lalu sangat besar, sikap menyokong tokoh dan bukan parti boleh mengurangkan majoriti undi apabila calon bukan kawan dari mana-mana kumpulan bertanding.

Tetapi bagi negeri Kedah yang majoriti kemenangan BN dahulu tersangat kecil, maka sikap memilih tokoh dan bukan parti menyebabkan banyak kekalahan.

Tajoooool Muluk berkata...

Salam 1Melayu,
Jangan hang dok marah tak tentu pasal.UMNO ini bukan kita punya hak presiden punya. Ikut suka dia la nak buat apa pun.
Sayangkan girlfrend raba-raba tangan, sayang kan UMNO kita tinggalkan dan undi PAS.

MERBOK TIMES berkata...

Pinjam article.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates