Rabu, 15 Disember 2010

PRU-3:UMNO BAKAL MENANG BESAR DI KEDAH...!!!!!

Oleh: SOBRI SUDIN

1. UMNO Kedah sudah mantap, semua isu Bahagian sudah selesai. Parti komponen pula mula melakukan aktiviti bersama UMNO di 15  parlimen dan 36 DUN di bawah gagasan 1MALAYSIA : PENGUNDI DIUTAMAKAN, KHIDMAT DITUNAIKAN.

2. Gerakerja pilihanraya sudah bermula, daftar pemilih sudah dikemaskini, PEMUDA, PUTERI sudah dekati pengundi muda di seluruh ceruk kampung, desa, pekan dan bandar SERTA pengundi muda yang tinggal di luar Kedah melalui konsep, 'man to man marking'.

3. Ceramah 'membongkar dosa PAS KEDAH' diadakan setiap minggu di lebih 3,000 cawangan UMNO yang ada di Kedah. Kehadiran pengundi atas pagar, pengundi pembangkang dan penyokong BN cukup membanggakan setiap kali ceramah dilaksanakan.

4. Risalah, buletin, kempen material bertebaran setiap masa di masjid, kedai kopi,t empat tumpuan awam, stesen bas, pigeon hold rumah kawasan taman. Semuanya fakta tentang dosa dan penyelewengan AZIZAN and CO. Khabarnya bahan propaganda ini hasil sentuhan kreatif barisan pemikir Tingkat 6.

5. Ketua-ketua Bahagian yang sudah ditolak rakyat dan berulang kali kalah dalam PRU masing-masing sudah menyerahkan aku janji dan pengakuan bersumpah kepada PM untuk tidak dicalonkan lagi dan semasa kempen PRU nanti mereka bersedia dikuarantin untuk dihantar ke Angola agar tidak melakukan sabotaj.

6. Senarai calon untuk kawasan yang bakal ditandingi UMNO juga sudah siap sedia. Semua calon yang dicalonkan terbukti bersih dari semua segi, dan memang diakui popular dan diminati pengundi. Apa nama.. ada WOOOW FACTOR.

7. Wanita UMNO bukan main hebat lagi. Program berkampung bersama surirumah sepenuh masa giat diadakan selain program kebajikan kewanitaan. Perayu undi dan penjaga pintu 10 saban hari berulang alik kesetiap rumah yang dibawah kawalannya untuk memastikan kesetiaan pengundi pada UMNO tidak tergoyah.

8. Para bloggers jalanan pula telah diikat kerjasama erat dengan UMNO Kedah untuk melancarkan serangan berterusan terhadap PAS, PKR dan DAP.

9. Skuad khas pemuda tahan lasak DAN Puteri srikandi juga telah UMNO gerakkan untuk hadapi provokasi puak pemuda dan muslimah PAS dalam kempen nanti.

10. Persiapan lojistik siap sedia, tenaga gerakerja diberi kursus saban minggu, semangat mereka kian tinggi. Program induk UMNO Kedah yang libatkan semua 15 bahagian, 15 kawasan PARLIMEN DAN 36 DUN dijalankan sepanjang masa, meriah sungguh, dengan himpunan ramainya pengundi dan peminat UMNO, sehingga puak PAS mula rasa cuak.

11. Laporan semua agensi pada PM tak menang tangan dihantar oleh 21 agensi terlibat. Semuanya positif melihat perubahan UMNO Kedah yang cukup hebat dalam tempoh terdekat ini.

12. Masjid, surau yang dulunya dipenetrasi dan dikuasai oleh PAS, kini diimarahkan oleh ilmuan dan ulama dari UMNO. Mereka berjaya hurai dan jelaskan pembohongan dan kecurangan PAS dalam agama kepada penduduk dan pengundi setempat. Majlis tazkirah dan usrah yang dijalankan ini kian mendapat sambutan.

13. Malangnya semua diatas impian semata-mata bukannya satu kenyataan.

UMNO KEDAH CEPAT-CEPATLAH BERUBAH.. NAK MENANG BUATLAH KERJA CARA ORANG NAK MENANG.. TAPI KALAU NAK KALAH BUATLAH PERANGAI SEDIA ADA.

Kepada semua pemimpin UMNO pelbagai peringkat maaf dipinta, salam dihulur andai teguran dalam tulisan aku yang bertujuan membina semula kelesuan dan kemandulan UMNO telah disalahtafsirkan.

Insya-allah kita berjumpa lagi ditahun baru 2011.. AKU BERDOA AGAR HANGPA SEMUA BERUBAHLAH SEBELUM LINGKUP DAN SEKALI LAGI REBAH LALU TERUS MUSNAH.

Pada teman-teman terimakasih di atas sokongan, makian, ugutan, komen membina yang diberikan ke atas semua entry artikel yang aku tulis.

Aku nak bercuti.. tahun depan kalau umur panjang kita jumpa lagi. SELAMATKAN KEDAH, SELAMATKAN KEDAH, SELAMATKAN KEDAH.

MOGA DITAHUN BARU 2011 KITA BERANI BERUBAH DAN BERANI PULA UNTUK MENGUBAH.

Wassalam

4 comments:

malu alah berkata...

Sdr Sobri dijemput hadzir dalam aktiviti UMNo iaitu majlsi penyampaian Elaun JKKKP oleh YB Ketua UMNO Bahagian.Kehadziran wajib.he he he he he inilah aktiviti tetap umno bahagian.Elaun mereka bank inn senyap-senyap.Elaun JKKKP gah satu satu Mal;ysia.

Wake UP! berkata...

Baguslah. Jangan kecewa. Teruskan berusaha sehingga berjaya menawan kembali Kedah.

Tanpa Nama berkata...

usaha time nak undi sudah....

Tanpa Nama berkata...

usaha time nak undi sudah.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates