Rabu, 8 Disember 2010

Sahut Cabaran

Pembaca sekelian. Terimakasih kerana sudi melawat Kedah Times dan membaca penulisan-penulisan yang dipaparkan. Sokongan semua amatlah dihargai.

Sebagai membantu untuk penyebaran artikel-artikel yang bermaklumat, pihak Kedah Times telah menyediakan kemudahan Button 'Cetak' di setiap artikel (dibahagian bawah sekali). Button adalah seperti dipaparkan di sebelah kanan.
Untuk menangkis fahaman kolot mengatakan apa yang ditulis di blog tidak dibacapun oleh orang-orang kampung, sila cetak dan sebarkan. Mungkin memerlukan sedikit belanja kertas dan printer-ink. Tapi ianya mungkin dapat membantu mereka-mereka yang tidak mendapat maklumat.

Ini adalah saluran seterus selain melalui anak-anak yang dapat akes internet, seterusnya memperolehi maklumat seperti ini untuk disebarkan secara terus kepada keluarga dan kawan-kawan serta kenalan.

Sekian Terima Kasih. KITA SAHUT CABARAN SUARA-SUARA SUMBANG YANG MENGATAKAN MAKLUMAT TIDAK SAMPAI KE KAMPUNG-KAMPUNG DAN MEREKA YANG TIADA AKSES INTERNET

Kedah Times

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

dah byk netbook k'jaan bagi, tak kan masih buta internet kot, kalau bab nak tgk porno pandai pulak cari. Ada yg dpt netbook mak bapak jual sbb nak duit nanti boleh minta lagi.

Rakyat yg penting diri sendiri dan terlalu taksub dgn politik mcm mcm cerita mereka buat, walhal mereka tahu cuma buat pekak je..apa pun tahniah dgn usaha blogger kita yg tak lokek dan jemu mencari idea demi bangsa dan agama.

JAFO berkata...

Salam Bro,

Kekadang benda2 yang mudah untuk diakses bg mendapatkan maklumat terkini, bahan2 dan berita yang dpt ditaksir oleh pembacanya akan boleh memberi kesan positif & negatif.

Kepada golangan SUARA2 SUMBANG (agaknya sumbing sama kot, lebih2 lg puak kepimpinan Umno, khususnya Kedah), mereka samada tak peka kepada arus perubahan teknologi maklumat ataupun mereka pura2 tak peka.

Mereka sebenarnya takut bahawa rakyat telah dibuka mata, ditelanjang minda, ditontonkan kelaku buruk mereka yg selama nie ditutup simpan rapi hanya diketahui oleh juak2 dlm lingkaran yg sama jer.

Saban hari kelahiran penulisan dr bloggers yg dpt memberi kupasan yang bernas dan berani byk memberi gambaran dan penjelasan sebenar tentang apa yg berlaku.

Rakyat sudah membuka mata, mata rakyat sudah mulai terbeliak. Yang sedihnya, dalam masa kerajaan sedang mempergiatkan penggunaan medium elektronik ini, juak2 dr BN/Umno jugalah yg membantu membantut hasrat ini. Sedangkan puak pembangkang telah lama dah memerah keringat dan tanpa silu memporak perandakan minda masyarakat.

(Just Another F________ Observer)

kanyiex berkata...

Betoi Tanpa Nama oi....banyak yang dapat netbook IM...tapi adakah depa ni ada talian telekom untuk akses internet ataupun depa ni melanggan broadband......sebahagian besar kampung dan pedalaman tidak mempunyai kabel telekom,,,tiang pun tak ada...telain kena kebas dah lama dah...telekom sampai merajuk.....pakai broadband pula kadang-kadang ada line...ni masalah besaq.....anak-anak pula asyik main games je....layar fecebook...bab politik mana depa minat...nak buat cam na.....

melayu lunas berkata...

Memang gitulah gaya orang yang bodoh lagi somobong.Teruatamnya pemimpin umno kedah yang lagak somobong.Meraka ingat rakyat masih hidup dibawah tempurong lagi ke.Kadang-kadang sembang dikedai kopi pun lebih standard dari pemikiran dan maklumat meraka.Oleh itu janganlah anggap sesuatu negatif kerana nak tutop kelemahan sendiri.Alkhirnya jadilah manusia dengan anai-anai.Ego manusialah rumah itu runtoh kerana memandang rendah pada anai-anai.

masih setia berkata...

Salam Saudara Sobri,

Saya salah seorg anak kedah di perantauan yang sering melayari/mengikuti blog saudara. Kali ini saya terpanggil utk turut memberi pandangan mengenai apa yg dikatakan suara2 sumbang terhadap apa yg saudara tulis.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih krna usaha dan kerja buat saudara selama ini, dpt lah juga saya mengikuti maklumat semasa tentang politik kedah. Pada pandangan saya, ramai yg melayari & membaca apa yg dihidangkan di kedahtimes khasnya tulisan saudara, malah walaupun seorang dua sahaja yg membaca maklumat lisan melalui sembang2 tetap juga akan sampai kepada mereka2 yg tidak mempunyai kemudahan IT, malah kini saudara telah mengemaskininya utk mudah dicetak. pokoknya maklumat tetap sampai cuma berbeza cara, cepat atau lambat sahaja.

Tahniah saya ucapkan kpd saudara, sedikit sebanyak apa yg saudara tulis telah ada kesannya, bila ujud suara2 sumbang, mengata, memaki dll terhadap saudara, maka itu lah kejayaan, ini semua berlaku apabila ada pihak "siapa makan cili, dia la pedas", tindakan saudara dianggap salah oleh mereka2 yg berada dlm kumpulan tersebut dan mugkin hanya segelintik sahaja, tetapi percayalah ramai lagi yg membacanya.

Saya menyeru & malah menyokong apa yg saudara lakukan, selainnya terserahlah kepada kami sebagai pembaca untuk menilainya, maka teruskanlah usaha murni ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates