Jumaat, 24 Disember 2010

SAMAD MAJID: DIMANGSAKAN UMNO KEDAH!!!!!

Tok Cha menulis:

1. Samad Majid wartawan RTM yang dedahkan kegagalan azizan urus banjir di Kedah dan jadikan azizan naik minyak sebenarnya jadi buruan puak PAS totok. Diugut, pernah dikejar oleh samseng jalanan, diekori ke sana kemari, tapi pemimpin UMNO Kedah sekoq tak back up dia, itu antara luahan dia pada anak buah Tok Cha yang jadi drebar di RTM Kedah.

2. Samad Majid cukup puji Tang Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan yang sentiasa update isu dengan dia untuk bongkar kelemahan PAS Kedah tapi puak strategis UMNO Kedah haram tak pernah mau kongsi atau sama-sama berfikir dedahkan kelemahan Pakatan Rakyat di Kedah.

3. Baru-baru ni anak buah Tok Cha yang kerja drebar RTM bagitau, Samad Majid ada interview budak Sobri Sudin. Ceritanyajuga jurukamera RTM Kedah pun naik terkejut sebab si Sobri begitu berani dedahkan nama-nama sahabat dan sanak saudara AZIZAN yang dilantik pegang jawatan dalam GLC Kedah. Slot interview itu masuk dalam Berita Perdana TV1 jam 1 tengahari dan 8 malam 20 Disember lalu.

4. Kesan pendedahan isu kronisme dan nepotisme dalam kerajaan PAS Kedah, keesokannya Azizan sudah panggil mesyuarat tergempar dengan semua CEO GLC, dan dia mintak untuk GLC kemukakan laporan prestasi. Khabarnya kesan cetusan berani Sobri Sudin, dalam berita perdana RTM menyebabkan puak pemimpin PAS termasuk yang bergayut di GLC tanpa sebarang kepakaran dan pengalaman jadi semakin cuak dan gelisah.

5. Isu kronisme dan nepotisme yang dibangkitkan oleh si Sobri kemudiannya dijawab oleh Azizan dalam, Sinar Harian keesokan harinya iaitu edisi 21 Disember. Azizan akui berlakunya kebetulan amalan kronisme dan nepotisme dengan alasan beliau mempunyai kaum keluarga yang besar serta sahabat dan kawan rakan yang ramai semasa jadi pensyarah.

6.Memandangkan isu tersebut sudah berjaya menjadikan Azizan gelabah, maka si Samad Majid cuba mendapatkan interview balas dengan si Sobri Sudin bagi merungkai lebih lanjut isu berkenaan. Setelah siap diinterview, dan diedit, maka cadangan mahu disiarkan dalam Berita Wilayah jam 5 petang dan Berita Perdana jam 8 malam 22 Disember.

7. Tapi si Samad frust sebab sebelum sempat berita berkenaan dihantar ke KL, ada pemimpin UMNO Kedah talipon pejabat Menteri Penerangan bagitau supaya halang Sobri Sudin masuk TV. Apa lagi Samad pun menerima panggilan talipon dari pejabat menteri minta dia hold dulu. Punya frust sebab arahan dari Pejabat Menteri sebelumnya minta RTM Kedah jangan lagi ambik statement pimpinan UMNO Kedah sebab semuanya lembik dan lagi banyak cakap lagi dedah kelemahan UMNO Kedah.

8. Arahan orang atas minta cari pimpinan NGO yang lebih lantang dan berani. Rupanya alasan pimpinan UMNO Kedah yakni Dato Bashah dan Dato Othman Aziz yang call pejabat Rais Yatim tak bagi si Sobri Sudin masuk TV sebab takut budak tu lebih menonjol pada depa.Sebenarnya depa pun teringin nak ulas isu dan bercakap tapi percakapan depa tak dak uuumphh..

7. Walhal budak tu berjuang tak minta duit sekupang pun kat UMNO Kedah pun. Tok Cha dapat makluman dari rakan-rakan bukan sedikit si Sobri ni kena ugut, keluarga diancam, maki hamun, diekor oleh puak PAS kerana kelantangannya, bukan takat puak PAS saja, si Badrul KETUA PEMUDA UMNO KEDAH siap upah orang 24 jam ekori dia kesana kemari. Puak Dato Bashah pulak ditugaskan 24 jam untuk awasi blog takut kalau-kalau ada artikel Sobri Sudin. Dan depa nilah yang jadi tukang komen berbayar.

9. La ni khabarnya si Samad Majid pun dah naik fed up dengan UMNO Kedah dan rungutannya pada anak buah Tok Cha yang jadi drebar RTM, "aku ni nak tolong UMNO, tapi puak UMNO Kedah aku tak faham depa langsung tak mau tolong diri sendiri, 'Dulu depa cantas budak si Zuraidi Rahim, mantan Pengerusi GPMS sebab dia laju buat kerja kebajikan dan tolong anak miskin dalam pendidikan'. 'La ni dengan budak Sobri Sudin ni pun depa nak ajak gaduh'. Aku rasa kalau perangai UMNO Kedah terus macam ni, ' PAS akan gelak sakan", rungut Samad Majid lagi.

10. Tapi dengar khabar Samad Majid akan teruskan usaha mendedahkan penyelewengan PAS Kedah tanpa gentar dan takut dengan puak UMNO Kedah yang cuba dok atur kerja dia.. Bukan apa Tok Cha takut satgi, si Samad ni dia fed up dia buat u-turn 360 darjah baru padan dengan puak UMNO Kedah.

11. Tok Cha bukan nak masuk mana-mana belah pihak. Tapi UMNO Kedah cubalah buka fikiran, berlapang dada, gabung semua kekuatan yang ada, nak belagak bodoh sombong buat apa. Patut cari ramai kawan, lobi pengundi bukan dok tambah ramai musuh. Ingatlah blogger ka, wartawan ka, drebar RTM ka, Sobri Sudin ka, depa tu pengundi, bini depa pun pengundi, kawan rakan depa pun pengundi, sanak saudara depa pun pengundi, UMNO Kedah tak mau ka undi depa?.

12.Apa sekalipun buat semua pejuang, penulis, wartawan, blogger, pimpinan NGO yang sama-sama bekerja untuk pulihkan UMNO Kedah teruskanlah kerja baik anda dan untuk Sobri Sudin ka atau Samad Majid jangan cepat putus asa, teruskan.. teruskan usaha anda.

* Tok Cha nak ambik kesempatan disini untuk ucapkan tahniah pada pelajar-pelajar PMR di seluruh Kedah yang dapat keputusan cemerlang.

17 comments:

Tanpa Nama berkata...

macam tu la...semua nak expose ..keja nak pelepaih diri saja puak puak atas umno ni...tengok la ari ni ahmad bashah masuk tv pasai pemberian wang kat mangsa banjir...esok mahadzir khalid pulak...dia pun bagi benda yang sama jugak walopun tempat lain...tang tu pun dh nampak..nak show konon laaa...depa buat keja...tu belum lagi bab ketua-ketua bhgn/cawngan di lain-lain tempat...jadi kalut semuaaa...teropong mai la...belah padang serai...lagi haruuu....hihihi...lingkup abihh..sekian - dari aku bukan org politik tapi sayang lebih pada bangsa melayu lebih dari umno dan pas

matkilau berkata...

dok tak mau berubah kedah akan dok jadi,
pimai pimai tang tu jugak.aku heran pasal apa depa suka dok buat keja bodo macam nie.umno perlu berubah jika mahu mengembalikan kedah kepada umno.tahniah kedah times berjaya membongkar.bahwasanya kita sayang kat umno tp pemimpin yang diberi tanggungjawab buat kerjaaaaa hampeh.

Cencaluk berkata...

Salam,

Tok Ca, apa susahnya kalau UMNO kedah banyak kerenah seuruh sahaja mereka-mereka yang cuba dicantas oleh UMNO Kedah ini bertanding sebagai Calon Bebas dan bila dan menang nanti sokonglah pemerintahan To Najib senang je tu aja cara nak mengajar mereka-mereka yang berhati perut yahudi ni.

Ada mata buta ada telinga pekak yang depa tau nak memenuhkan kocek masing-masing kepentingan rakyat diketepikan bukannya nak dengan nasihat Tok Najib tapi fikir kepala hotak mereka saja ini yang membuatkan rakyat membenci UMNO akibat segelintir yang suka menikam kawan dan memertabatkan lawan.

Tanpa Nama berkata...

Samad Majid patut tukar arah dgn membuka kelemahan di DUN Kedah, terutama tempat UMNO

Tanpa Nama berkata...

biasa la perangai puak UMNO..depa suka orang jadi bodo,tongong dan mudah dicucuk hidung.
UMNO TERUS LAYU, NAK MAMPOS JADI KAYU

Tanpa Nama berkata...

mudah saja Tok Cha, suruh puak UMNO pakat buat siaran TV sendiri, lepas tu panggil beruk beruk JKKP tengok muka depa, dan biaq depa bercakap dengan beruk beruk dalam hutan. Rakyat dah meluat dah nak dengaq puak UMNO Kedah bercakap..

Tanpa Nama berkata...

cuba interview Dato Bashah suruh dia cakap orang putih tengok, confirm...gagap waima.Anak dia sendiri gelak dan tak percaya kemampuan pak dia nak bagi press statement. Man Aziz dia cakap pasai padang bola, turun padang bola, sapu duit KFA dia tau la..Bab lain mana dia reti. Nampak yang cool dan ada aura bila TV interview DATO MUKHRIZ saja, yang lain hampeh..hancus..

Wake UP! berkata...

UMNO Kedah haruslah bekerja keras untuk menawan balik Kedah.

Kalau tak tau, belajarlah dari UMNO Melaka.

Tanpa Nama berkata...

La takan tak tau kot..puak UMNO Kedah berani ka depa nak cakap bab kronisme nepotisme? Tobat lahom tak berani pasai depa sendiri pun amal benda tu..P. Ramlee kata dah, 'dah kena dah penyamun jual penyangak, PAS itu penyamun, UMNO penyangak' yang susah rakyat jugak

Tanpa Nama berkata...

biaqpi la..biaqpi la..kita pakat bagi kat PAS terus perintah Kedah, samun harta rakyat..Nak harap UMNO Berjuang hak rakyat..Cit..Tuih..kaki mengelembong semua..Hai Dato Najib, cepat-cepat la lantik DATO MM, biaq di basuh daki, kelodak, lumpur dlm puak UMNO Kedah..TUNGGUL KAYU MATI ..YANG DAH LAMA DAH TU mintak DATO MM tendang buang, boh dalam pusat pelupusan sampah di JABI..OLANG KELAH TAK MAU ITU PAPEEEEEER LAMAAAAAAAAA!!!!!!!

Pakteh berkata...

Tok Cha:
Kalau ikut cerita Tok Cha, bukan Samad Majid ja jadi mangsa...Sobri Sudin juga jadi mangsa...

Makin hebat...kita tunggu sapa yang kenaa...
2011 makin hampir...Ketua Perhubungan belum diumum...kesian bebeno dengan yang berharap tu yob..

Tanpa Nama berkata...

Samad Majid elok bagi tahuuu.. sikiiiitt.. Tok Ca yang jadi dreber Samad Majid bukan tak kita... Jom kita pi kacau depa.

Tanpa Nama berkata...

nampak gaya UMNO Kedah dok buat kelaku lama lagi..Bangkit la woi bangkit, kalau pemimpin UMNO Kedah berani hangpa hentam la puak PAS cukup cukup. Tiap tiap minggu ada saja ceramah perdana, bongkar penyelewengan PAS di Kedah. Ada berani?. Masalahnya sapa yang nak jadi tukang ceramah dan ada ka orang nak mai dengaq. Apa kata kita suruh si Samad Majid pulak ceramah, mana tau kot ada sambutan? Strategi konon sampai la ni haram satu strategi UMNO Kedah aku tak nampak pun..Confirm aku tak undi dah UMNO PRU nanti

Tanpa Nama berkata...

dua tiga hari yang lalu aku dibagi tau ada perjumpaan sulit oleh geng geng ZUZA-Ketua PEMUDA ALOQ STAQ toke kuah rojak, agenda depa diarah supaya memburuk burukan Sobri Sudin. Aku pun tak paham mai kot mana. Sobri tu ahli biasa dlm Bahagian Pokok sena, apa kena mengena dengan puak pemuda BAHAGIAN ALOQ STAQ. Khabarnya 5 atau 6 orang yang hadir dihuluq sorang RM200. Jadi confirm la ini mesti arahan DATO BASHAH..Punggah.kerat sama sendiri hangpa teror.Kalau berani pi la berdepan dengan PEMUDA PAS WOI

-krisjawa lok3- berkata...

Selagi tok najib tak umumkan ketua perhubungan negeri kedah...selagi tu lah kuda tua dan kuda pencen dok pasang angan2... kalau2 dapat berlomba lagi dalam pru 13 nanti dan bakal bergelar MB Negeri Kedah.

Kuda tua dan kuda pencen ni sekarang dah pasang balaci2 untuk menyerang kalau ada individu2 yg coba nak gagalkan angan2 mereka ni.

Tok Najib...percepatkanlah penamaan tu...jgn biarkan umno kedah lebih teruk lagi....kasian kami rakyat kedah yg sygkan parti keramat ni...

Tanpa Nama berkata...

krisjawa- kuda tua kalau berguna tak pa juga, ni kuda tua buat perabis beras ja..bukan takat kuda tua, puak ketua bahagian tak berguna ni dah layak dipanggil tunggul kayu reput, nak buat apa pun tak boleh, layak dibuang dalam timbunan sampah, bakaq saja.

Tanpa Nama berkata...

Tok Caaaaa... Tok Ca. Cantik lah tulisan Tok Ca. Banyak bahah tulisan Tok Ca ni boleh menjadi panduan UMNO Kedah. Banyak bahannya yang amat kaya dengan maklumat yang tepat dan amat banyak kenyataannya bernilai serta amat berguna kapada pihak yang berapirapi dok hentam UMNO kiri kanan supaya BN/UMNO tak panggung kepala.

Ubat-ubat mujarrab yang dihigligh Tok Ca, contoh UMNO tak pedulikan Wartawan RTM, ini suatu yang membuatkan OSTAT AZIZAN ketawa besar. Kerana, apabila wartawan tersebut lanyak OSTAT AZIZAN pasai kelemahan Kerajaan Kedah lembab mengurus mangsa bencana banjir, tetiba Tok Ca pulaaaak lekehkan UMNO kerana tak bantu wartawan berkenaan yang diugut puak lawan BN. Jadi, OSTAT AZIZAN gelak besar lah, "orang yang tolong depa, depa tak tolong".

Tu satu bahan yang terbaik yang dihigligh Tok Ca.

Satu lagi, kita tak payah komen lah kerana yang tu Tok Ca nak jaga hati satu kawan saja. Nampak maca satu telahan saja, bila baca kata Pejabat Rais Yatim dihubungi, nyata ianya telahan sematamata. Mana ada Pegawai pejabat Menteri nak maklum balik kapada pihak awam jika ada sesuatu yang sensitif bileh mengelirukan orang ramai. Lagi pun, statmen kawan Pak Ca tu bagus, semua orang tengok dan semua orang puji. Pertkaian sekarang, samada telahan Tok Ca itu betul atau tidak?. Cuma mungkin Tok Ca nak bagi tahu orang kata dia ada kontek, tu jeeeerr....
Lagi pun anak buah Tok Ca tuuu... dereba RTM. Pelik noooo... dereba RTM pun boleh dapat maklumat Pejabat Menteri. Jadi, pejabat Menteri pun dah banyaklah dok bagi maklmat kat WikiLeke, apa? yang dok buka 250,000 rahsia amereka tu....? Ya lah WikiLeke lah...

Kita nak tahu Tok Ca ni.... dah isi borang jadi ahli PAIH dan?. Jika dah, sila cakap maca PAIH betul2 kita lawan sampai naik asap. Bukan payah, internet terbuka satu dunia.

berangan-angan mat jenin

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates