Ahad, 12 Disember 2010

Saya Akur - Mukhriz Mahathir

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti tentang kedudukannya ekoran kemungkinan berlaku rombakan kepimpinan UMNO Kedah menjelang pilihan raya umum akan datang.

Cakap-cakap politik juga menyebut, bagi memantapkan jentera UMNO di negeri itu, Mukhriz bakal digandingkan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalannya.


BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti tentang kedudukannya ekoran kemungkinan berlaku rombakan kepimpinan UMNO Kedah menjelang pilihan raya umum akan datang.


Ditanya desas-desus mengenai perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik menerajui Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Mukhriz berkata, ia adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Perdana Menteri ada menyebut mengenai perkara ini (perubahan kepimpinan UMNO negeri) ketika persidangan UMNO serta konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini. Justeru ada kemungkinan ia akan dilakukan.



“Saya tidak pasti kalau ia melibatkan diri saya tetapi apa juga keputusan parti yang difikirkan wajar, saya terima kerana niat saya berkhidmat untuk parti walau di mana sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang ZF Steerings (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.


Mukhriz diminta mengulas desas-desas termasuk di laman-laman blog politik mengenai akan berlakunya rombakan kepimpinan UMNO beberapa negeri termasuk di Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.


UMNO Kedah kini diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Cakap-cakap politik juga menyebut, bagi memantapkan jentera UMNO di negeri itu, Mukhriz bakal digandingkan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalannya.


Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak

Kedah Times : Pelbagai spekulasi timbul hasil dari ucapan Presiden UMNO pada konvensyen BN lalu. Walaubagaimanapun, Datuk Mukhriz bersedia menerima tanggungjawab sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah jika diberi peluang oleh Presiden UMNO.
 
Harapan akar umbi agar ianya menjadi kenyataan. UMNO Kedah perlu mendapat satu suntikan baru dan sedia BERUBAH demi menawan kembali Negeri Kedah dari PR.
 
Juga Negeri Kedah memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa, bersih, dan disukai akar umbi. Kedah memerlukan satu transformasi untuk semua rakyat dan ianya perlu dimulakan ke atas UMNO Kedah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kita akan lihat suasana politik UMNO/BN Kedah yang amat hebat dekad ini iaitu:-

GENG TUN M vs GENG TUN LAH

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates