Jumaat, 3 Disember 2010

SELOKA UMNO KEDAH

Ini hikayat UMNO Kedah
Tidur mereka tak sudah-sudah
Berangan tinggi apa kejadah
Kuasa ditangan terlepaslah sudah

Engineer Nawawi, ADUN KUAH

Merancang strategi segenap arah
Satu tak jadi sampai ke sudah
Duit habis tak tentu arah

DATO Bashah, PENGERUSI KEDA

Makin ligat kesini sana
Bakal MB pastilah ia
Tapi tak tau tahunnya bila

Othman Aziz, dulunya manager bola

Peti UNDI AIR HITAM tak pernah sua muka
Pilihanraya lalu,kalahlah dia
La ni dibagi jawatan setiausaha kerja

Ariffin Man, kuat kerja

Apakan daya dicantas di Pokok Sena
Dengan MAT SUDIN tak leh tentang mata
Pasai dok berebut DUN Bukit Lada

Mahdzir Khalid, dulunya MB

Jadi sasaran blog Mummy
Impian dia tak pernah terhenti
Untuk kembali perintah negeri

Johari Baharom, Timbalan Menteri

Mahathir dikerat, Muhriz dimusuhi
Cita-cita menggunung tinggi
Mana la tau kot-kot jadi MB

Lat Shariman, orangnya cerdik

Dari asuhan MCKK
Tapi sayang dia jarang balik
Harap pengampu semua depa kata OOOK.

Rozai Sapian seterus Man Bedoi

Banyak kali bertanding tapi kantoi
Strategi banyak bersepoi-sepoi
Tapi PENDANG tak boleh pebetoi

Aziz Mamak Penghulu Baling

Khidmat NGO tak leh nak tanding
Baling cempera,habis terguling
Ibarat rempah yang kena giling

Tajudin Abdullah,ketua di Sik

Kelibat dia jangan diherdik
Walau fizikal nampaknya katik
Tapi akainya sungguh cerdik

Mukhriz Mahathir jadi idola

Tang mana dia pi ada aura
Semua rakyat  tertanya-tanya
Bila la nak jadi ketua?

Ini seloka sekadar hiburan

Janganlah marah anggaplah gurauan
Mana yang buruk jadi sempadan
Hat mana elok jadi teladan.


Nukilan: SOBRI BIN SUDIN

8 comments:

Sifu Kulim berkata...

Chegu sobri...Dato aziz kadiq dok geli nak tunggu hang cucok dia..nak bagi tahu hang nooo...dato aziz ni hujung minggu je ada kat kulim ni..hari lain dok kat KL...aku rasa dia pun geli nak jadi Ketua perhubungan UMNO negeri.

bt besar berkata...

Mamak Aziz kadiak...janji bohong.Balik KL lesap.Masa depan kita ok sikit je...mudah je.Ok tak pe.Surat puj masuk tong sampah.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kalau kita ni ahli UMNO yang baik, punya kehebatan dan boleh buat kerja siang malam maka berilah perkhidmatan dan bantu masyarakat atas platform UMNO. Kalau kita ikhlas berkhidmat insyaAllah satu hari dibuka jalan oleh Allah untuk kita menjadi pemimpin di atas. Tak usahlah kita merendah-rendahkan orang lain. suatu hari mereka akan ditolak jika mereka gagal memberi khidmat. Wang bukan boleh membeli segalanya. Memberi idea dan cadangan atau mengutuk orang memang senang tetapi ianya tak semudah melaksanakannya. Menjadi pemimpin atasan juga bukan senang dan tak semua orang mampu. Apatah lagi dalam dunia hari ini yang sangat ramai manusia cerdik dan juga bijak bermuka-muka. Jika ikhlas, tolong mereka. Jika rasa UMNO ni dah tak berguna (maklumlah dah senang ...pasai UMNO juga dulunya) tinggalkan saja UMNO. pergilah cari PKR ka, PAS ka, DAP pun boleh. Seranglah UMNO menggunakan platform itu. Janganlah duduk dalam UMNO tapi memburuk-buruk pemimpin sendiri di mata musuh. Kalau kita rasa kita layak menjadi pemimpin, beri khidmat dulu dan bertandinglah suatu hari nanti. menang kalah adat pertandingan. perumpamaannya mudah saja. Seorang anak yang baik dalam keluarga tak akan bercerita kat orang buruk mak bapak dia secara terbuka. Tapi seorang anak yang tak baik tak akan merasa malu bercerita kat orang kisah dalam kelambu keluarga apatah lagi mak bapak dia. Saya rasa lebih baik beri cadangan apa saja kepada kepimpinan melalui cara yang tertib. kita pun kalau jadi pemimpin tak suka orang yang kurang tertib dengan kita. Saya sendiri selalu menulis surat memberi cadangan kepada pemimpin UMNO dan respon mereka sangat baik sebenarnya. bukan tak boleh menulis secara terbuka begini tetapi saya rasa kurang elok terutamanya nak mengutuk-ngutuk secara terbuka. pada saya itulah yang mampu saya beri sebab saya tahu saya tak mampu nak bergelumang siang malam seperti mereka dalam banyak hal. maaf. panjang sikit yaa.

bukan kaki ampui/bodek berkata...

Sebenarnya pemimpin UMNO banyak berlakun.Mereka lupa yg ketidakadilan pada orang bawahan.Lepas itu suroh beri pandangan pula.Kalau nak bgi kuat UMNO buat kerja bagi elok.Jangan ada kroni,pilih kasih menindas sana sini>Sebenarnya bukan salah UMNO.Salah urus tadbir umno yang kalut.Bila jadi ketua kenalah adil.Cakap tak serupa bikin.yang perhati ramai.Entahlah kaki bodek dan kaki ampu dan kaki jilat yes man selalu.Inilah yg terjadi pada PRU 12 lalu.

Tanpa Nama berkata...

kaki ampu si kitol nih la yang sebenarnya dok bagi jahanam kita... tak kiralah umno ka pas ka... Bukan senang nak berkelai dengan kaki2 nih... depa mcm2 kaki ada... nak kerat pon tak terkerat... byk sangat dan mcm lipan... mulut pulak bisa mcm lipan juga... jangan main2... tp depa bukan ada masa nak baca blog macam nih... dah depa semua betoi... kita dok komen dalam nih semuanya bukan betoi... mimpi la katakan...

Tanpa Nama berkata...

Jikaluuu... dah sakit hati tulis pun macam orang sakit hati laaahhh....

Nak tutuh pembangkang mana depa pandai. Yang depa pandai dok tutuh UMNO. Tapi depa kata depa ahli UMNO toko tok...

Jikaluuuuu.... kata kita ni kuat UMNO pekung dalam UMNO depa buka buat apa?. Pi caghi lah isu yang barua barua PAS dok pelingkup negeghi ni niihhh..BELUNGGUK ada.

Pasai Yayasan IslaM Kedah, dulu banyak duit, la duit habis, nak belanja pelajar di Kairo, macamana?.

Pasai Air Kerajaan Kedah nak kena bayar kapada Kerajaan Pusat rm50juta sebulan, macamana?.

Pasai BDB hilang duit rm4juta macam tu jeeee... macamana?.

Pasai ASK, saham jatuh hingga ghakyat rugi depa tak tau nak buat apa, macamana?.

Pasai GLC yang Che Had tubuh banyak anak syarikat dan habiskan duit ghayat dan satu pun tak dak untung, macamana? La ni pulak Che Had pi mana?, macamana?

Pasa BDB tanggung hutang buat KUIM di Kuala Ketil kena bayar balik kapada bank rm50juta satahu, macamana?.

Pasai manifesto yang Kerajaan PR/PAS tak leh jalan satu pun, macamana?.

YANG KEH-KEH MACAM NIIII... AWAT TAK BONGKAQ CEGHITA, BAGI GHAKYAT TAHU PR/PAS NI BUSUK MACAM BANGKAI. JAHAT MACAM HIBLIS DAN KOTOQ MACAM TAIK. KATA PARTI ISLAM, OGHANG GUNA MESJID BUAT TEMPAT TUNJUK PERASAAN, AWAT HAMPA TAK HENTAM PAS TUHHH....?????????????

Tanpa Nama berkata...

Ada saorang bekas pensarah
di UUM dia ada masalah
berhenti dari UUM dia berpindah
Lalu mengorat SR MB Kedah

di pejabat MB tunjuk pandai
entah apa dia buat tak tau pasai
kunun press sekritari, tap kerja halai balai
belum SR berhenti dia dulu tutup kedai

Rumah tangga jadi tak keruan
makan anak murid macam ikan haruan
orang tahu pi sana sini jadi tak ketahuan
dengaq ceghita sapa pun tak mau kawan

Janda pindah dok di Bagan
Dia sewa rumah janda dia puya hadapan
gila talak dekat2 nak jadi tak ketahuan
janda buat tak tau, yang dia dok pasang angan2.

Kedua-dua di larang bersatu
Nak rojok kena cina buta dulu
Aku tengok hang, hang tengok aku
Dok pkeghaih soghang2 jadi macam halu

Cabut pi KL konon keghja di MKN
Betoi ka tidak tak dak sapa nak tanya KSN
Kesana kemari kata dia tu nak lapuran
Konon PM n TPM dia punya majikan

Hilang dari JPM tak tau mana dia pi
Dengaq-dengaq di perikisik UMNO dia bersemadi
Pi sana sini jugak rahsia dia dok cari
Kononnya dia suply maklumat pada Pak Menteri

Ajaib sungguh oghang macam ni
Ada saja tempat bertapak yang dia cari
La ni dia berbaik pulak Datok Syed Sobri
Mungkin nama depa sama, Sobri n Sobri

Heboh, kata dia ni seorang pejuang
Kita pun tak tengok dia bawk parang
Badan dia memang tinggi panjang
Kekadang tuuu.. orng cam ni tak brani beretegang

Baru ni dia pulun nk lawan Kerajaan PAS
Pasal ayaq katanya hati dia tak puas
Dia pulun sat jeee.. nampak mcam tak berbekas
La dia tulis dlm blog Kedah Imes bergalas-galas

Dalam tulisan dia dok tala kat UMNO
Dia tak dak bahan nak tala kat PAS
La apa yang dia tulis pakat buat egnoo
Semuanya, namapak macam tak memberi bekas

Ass...kum wahai kawan
Dalam parti, nak berjuang, kena masuk dalam
Jika tidak kita ni macam orang buruan
Jadi hantu raya dok kacau mangsa waktu malam

Tanpa Nama berkata...

Depa buat seloka peribadi, disiar...
Oerang buat buat seloka morop peribadi, tak siaaaarrr..

Payah lah macam niiii....

Depa lah dok tenyeh oghang. Oghang tenyeh kawan depa, hemmmmmm... al bakul sampahlah... YYY???

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates