Sabtu, 25 Disember 2010

SETUJU ATAU TIDAK

Oleh: Haziq Al-MALAIZI

Sila nyatakan pendirian anda, setuju atau tidak untuk kenyataan berikut:

1. Kedah akan jadi caca marba selepas PRU ke-13 nanti

2. PAS akan terus berkuasa di Kedah selepas PRU ke-13

3. UMNO dan BN akan menawan kembali Kedah dalam PRU ke-13

4. UMNO dan BN Kedah kepupusan calon berwibawa yang layak digelar winable candidate sebab dah pakat kena cantas.

5. Calon bebas dan calon alternatif ketiga akan mendapat tempat dihati pengundi dalam PRU 13 nanti.

6. Rakyat memang meluat pada PAS,  PKR dan DAP tetapi lagi meluat pada UMNO dan BN

7. UMNO Kedah masih bertatih cara menjadi pembangkang, PAS, PKR dan DAP pula masih belajar menjadi kerajaan

8. PAS memang lena dan bersahaja dalam mentadbir Kedah akan tetapi UMNO lagi kuat lena sebab merasakan depa masih berkuasa

8. Rakyat Kedah tak kisahpun parti mana yang dapat perintah Kedah.

9. Pemimpin mana-mana parti sekalipun lebih utamakan kepentingan diri, bini, kroni.., dan **** berbanding kepentingan rakyat dan pengundi


10.. Program UMNO ka, PAS ka, PKR ka, DAP ka semuanya program syok sendiri nak tonjol imej pemimpin bukan ikhlas nak tolong rakyat.

11. Pentadbiran kerajaan Kedah patut dikembalikan pada Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan dan KCS.

12. Parti politik tidak diperlukan di Kedah.. buat habis beras saja.

13. UMNO itu penyamun, PAS itu penyangak, PKR itu peliwat dan DAP itu pengkhianat.

14. Dato Najib lebih utamakan kerusi Parlimen berbanding kerusi DUN di Kedah sebab itu bagi dia PAS perintah Kedah pun tak pa.

15. Peratus orang Kedah yang baca blog sikit sangat

16. Apa juga komen atau pandangan dalam blog tak beri kesan apa pun pada pemimpin UMNO, PAS, PKR, DAP Kedah dan Tok Najib sendiri .Ibarat kata KARAM SNGH WALIA, 'ibarat kambing menanduk bukit, bukit tarak runtuh, tanduk juga yang patah'.

12. Blogger Kedah adalah blogger perasan dan blogger syok sendiri.

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

SETUJU SANGAT AIIH!!!!!!
Bloger kedah perasan
Pemimpin UMNO Kedah pun perasaan
Kerajaan PAS Kedah lagi perasaan
Rakyat Kedah syok sendiri
Lama-lama tergadai negeri

Tanpa Nama berkata...

OTAK HANG SAMA DENGAN OTAK AKU,SETUJUUUUUUUU

zubirkongkang berkata...

dah lama dah kami dok pikiaq pasai bab hang dok kata tu...semua parti politaik di malaysia ni sama je...pasai Melayu tu perangai seropa..dok tang mana pun macamtulah perangai melayu...ramai pemimpim dan orang melayu ada phd.....semua orang tau...

Tanpa Nama berkata...

hahahah...sama ja semua...

PAS Kedah mcm pening kena daun ketum,
UMNO Kedah lak dok kena gengam teloq ngan PAS...Sebab tu xleh nak watpa...takut senak...

UMNO melayu Islam, PAS melayu Islam...
kalu hancuq melayu Islam Kedah, hangpa punya pasai..jawab!

Kami rakyat..ada sorang 1 undi ja..duit xdak berjuta, balak xdak berjuta.tanah tok moyang dok ada pon, hat tu ja..

Pikiaq skit hangpa nak watpa pon..masa nak mengundi hangpa reti kenai lak adik beradik...

Tanpa Nama berkata...

Dah tuuuu... nak wat cam manaaa?. Parti politik bukan macam menari joget. Tari mengikut gendang.

Sedaaaapppp.. pukul gendang. Tau-tau orang menari ikut lantai yang conggang congkit.

Nak kata kat sapa lagi?. Orang politik kata kat orang politik. Orang bloger kata kat orang bolger. Pakat2 dok lawan engata. Yang mengata tu jari-jari, bukan otak yang mengandungi fikiran matang.

MAI KITA BAGI TUNJUK AJAR, MANA YANG BAIK IKUT, YANG TAK BAIK LEMPAQ DALAM SUNGAI KEDAH.

beribesaq berkata...

tunjuk ajaq....mudah je bak kata ustaz-ustaz pas..kembali ke pangkal jalan...kembali kepada Al-Quran dan Al-hadis...tapi depa yang kata tak pun jumpa jalan kembali...mungkin depa sesat kot...ataupun ikut jalan mati...ataupun depa tak menjagi bab kembali ke jalan Allah...sebab pakar rujuk depa tu Lim Kit Siang, Lim Kuan Yew dan ustaz Gobalakrishnan [wama karu-mawkru].....kah...kah...kah..

wanbaki berkata...

ada pemimpin sampai orang gelaq "nama dia+juara rakyat".. buat program habih 5 6 ribu tp orang yang mai da kot 100 200 orang.

makna nya pemimpin UMNO memang syok sendiri. Masa menteri turun mai depa pakat runtun kaki sampai nak bejalan pun tak buleh...bila menteri balik ja depa pun macam cipsmore... macam haram

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates