Jumaat, 3 Disember 2010

....SIAPA?..APA? DAN BAGAIMANA???

Bicara Jumaat
OLEH: SOBRI SUDIN

1. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah bermimpi bagaimana Nenek moyangnya, Umar al-Khattab disoal siasat selama 3 tahun dalam keadaan resah gelisah di alam kubur berhubung amanah yang dipikulnya semasa menjadi Khalifah umat Islam ke-2.

2. Bayangkan Umar Al-Khattab salah seorang sahabat dijamin syurga turut tidak terlepas dari soalan mungkar nangkir, apatah pulak Nik Aziz, Najib Tun Razak, Anwar Ibrahim, mahupun Azizan Razak, Mahdzir Khalid atau semua ketua UMNO Bahagian yang ada.

3. Tiga hari yang lalu, aku sempat singgah lunch di darulaman golf resort,  suasana damai lagi menyelesakan, lalu aku bergurau dengan salah seorang waiter semasa pesan makanan, 'adik, chicken chop kedah sejahtera ada dak"?. dia pun tergelak lalu berlalu pergi.

4. Sebaik saja duduk di meja, aku terlihat nun di satu sudut meja lain, berkerumun puak ketua bahagian UMNO, sorang dari Pendang, ada ketua bahagian SP, beserta 3, 4 orang pegawai KCS dan kontraktor. Depa tengah rehat sambil nak tunggu cukup flight nak turun fairway(main golf la).

5. Pagi hari yang sama sebelum ke DARUL AMAN golf resort, aku breakfast di Majid Nasik Tomato Jalan Pintu Sepuluh. Roti canai dia memang garing, dan kedai majid ni tempat tumpuan Bashah, Man Berahim, Man Tok Pin dan ramai lagi pimpinan besar UMNO.

6. Sedang hirup teh tarik dan melayan roti canai kuah banjir, nasik tomata setengah disalut ayam goreng dan papadom,tiba-tiba Haji Harun bin Saad(Ketua Umno cawangan Alor Setoi selama 25 tahun, DUN Bukit Pinang) menyapa lalu menarik kerusi terus duduk disebelah. "Cikgu Sobri(panggilan Bang Harun kat aku) kalau Mahdzir Khalid jadi Pengerusi UMNO Kedah, saya nak ajak cikgu Sobri mai di rumah saya,saya nak panggil Mahput, nak pangil press, NAK UMUM saya dan seluruh ahli cawangan saya nak masuk PKR".

7. Sedang mendengar keluhan Haji Harun walaupun aku dah tak berapa berminat nak bincang dan dengar bab Pengerusi UMNO Kedah ni sebab sekarang sudah masuk masa kecederaan tiba-tiba datang pulak Ketua Cawangan dari Pida apa pun aku tak ingat, kawasan DATUK MUKRIZ MAHATHIR, Jerlun. Dia pulak mengadu perihal orang keliling Mukriz yang ligat dok sapu projek di Parlimen Jerlun sampai timbulkan kemarahan geng kontraktor kelas F.

8. Mendengar pelbagai keluhan dan rintihan suara akar umbi, hakikatnya sudah Agak terlambat dan kalaupun UMNO Kedah nak bounce back mesti ada suatu keluarbiasaan yang dilakukan bukan setakat transformasi, tetapi revolusi. Only then barulah ahli UMNO, fence voters, generasi muda, pegawai kerajaan, intelektual,alim ulama, petani, nelayan, buruh kasar akan kembali menyokong UMNO. Otherwise, status quo akan remain dan PAS meskipun mereka turut menghadapi pelbagai masalah namun akan terus dinobat sebagai kerajaan Kedah.

9. Ironinya banyak falsafah,pemikiran dan pengajaran yang boleh kita cungkil dari cerita dia atas. Prinsipnya aku ingin katakan, beradasarkan pengamatan hasil kejadian, rintihan dan keluhan yang aku perolehi dari pelbagai pihak, strategi politik Azizan cukup mengena, sehingga UMNO Kedah terus tidur lena.

10. UMNO dan BN Kedah hanya menjadi pengikut isu bukan pencetus isu, kecuali budak Tan Khen Liang, ketua pemuda gerakan yang merupakan akautan bertauliah. Approach dia dekati isu dan perjuangkan isu penting di Kedah cukup menarik dan tersusun selain memancarkan kualiti sebagai 'pemimpin pemikir'. Jauh mengalahkan pimpinan UMNO senior di Kedah apatah lagi si Badrul Ketua Pemuda.

11. Realitinya,  Ramai rakyat bawahan prihatin dan masih sayangkan UMNO. Akan tetapi tidak ada usaha menyeluruh dan konsisten dari pihak UMNO Kedah untuk get engaged dengan golongan ini selain gagal menyelami dan articulate apakah hasrat, dan aspirasi golongan tersebut. Barangkali pimpinan UMNO lebih sibuk fikirkan perihal diri sendiri, kaum kerabat dan barisan kroni.

12. Realitinya, politik zaman kini adalah 'POLITIK suka dan benci(politics of love and hate). Rakyat mengundi PAS, PKR dan DAP bukan kerana mereka sukakan parti tersebut, tetapi kesan kemeluatan ke atas UMNO dan BN yang gagal memahami denyut nadi rakyat, baik Melayu, Cina, India, Siam.

13. Rakyat merindui sentuhan UMNO, tetapi UMNO kian hilang aura, kesan keganjilan yang ditimbulkan oleh si puaka dan petualang pimpinan dari dalam UMNO sendiri. Rakyat rindukan sentuhan pimpinan ikhlas, berani membela nasib rakyat dan bersungguh dalam gerakerja. Bukannya pemimpin yang longlai, banyak alasan dan bertangguh dalam tindakan..

14. UMNO hakikatnya masih selesa, rutin mereka tetap sama, santai, senang lenang,pi KL, MEDAN, MANILA, MELBOURNE, PERTH. Projek diutama, meeting panjang berjela bukannya gerakerja. They just wait and see, walhal PAS on the ground sudahpun berisi.

15. UMNO ibarat team bola yang punyai pemain yang skilful berlawan dengan pasukan yang tergeliat kaki, namun mereka tidak berusaha menyerang pasukan lawan, asyik berligar di kawasan sendiri, last-last score gol sendiri.

16. Entahlah, dalam keadaan injury time sebegini apakah akan ada 'supersub' yang mampu menjaringkan gol kemenangan untuk UMNO Kedah. Walaupun masa permainan berbaki dua atau tiga minit lagi? Harapnya ada..tapi siapa orangnya?????

11 comments:

wanbaki berkata...

Tak nampak gaya lagi la cikgu sudin oooiiii...

penghulu pencen berkata...

Sudah menjadi takdir.DATO DET KHALID adalah MB Kedah terakhir dari UMNO.Antara puncanya hulubalang UMNO di 15 bahagian dapat demam kura.Tak upaya lagi nak bangkit ....

kanyiex berkata...

Dalam UMNO di semua peringkat macam biasalah...no problem......ok...all right...line clear...nothing to report...selesa....itu spekulasi murahan....depa dengki kat kita....depa cemburu...sedang apa yang depat dok pikiaq kita pun tak tau....apa depa ni dok buat...yang pastinya dok kepoi projek...berebut projek...bab politik...bab umno...bab pilihanraya...lambat lagi kot....pengundi masih sokong kita....betoi kah tafsiran depa ni.....

Tanpa Nama berkata...

Aku memang setuju-dengan kenyataan,penjelasan dan pendedahan diatas. Betoi, rakyat meluat tengok gelagat pemimpin2 atasan dlm UMNO. Kalau PM atau TPM atau Menteri turut ke Kedah.. depa saja dok hurung. Seolah2 PM?TPM tu hak depa. Aku pun setuju jika keadaan macam ni berterusan..PI lagi Kedah kat PAS.
PM nak lantik Pengerusi, Mahadir Khalid dan gengnya dah dekat sebulan di KL. Dok pi lobi. Dengar kata masuk sampai ke dapur PM. Aku berdoa semuga Allah buka hati perut mereka ini untuk berbakti kepada rakyat dengan ikhlas dan jujur. PAS perintah pun 2 x 5 juga. Depa pun insan..cuma tak berapa reti nak mencuri. Geng UMNO ni dah 50 tahun dok kerja tu, cekaplah. Aku berdoa sekali lagi semuga Allah membuka hati dan fikiran mereka. Amin.

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang pening fikir pasal politik. pada aku UMNO kalah ni bukan pasai pas atau pkr pun. tapi pasai umno sendiri. aku bagi contoh. bila si a jadi kb maka sudah tentulah banyak projek dia bagi kat orang dia. takkan nak bagi kat orang si b atau orang pas atau orang pkr. sama juga kalau si b jadi kb. akan jadi macam tu jugak. masa si a jadi kb orang si b akan kata macam-macam. macam tu jugak masa si b jadi. orang si a akan balas macam tu jugak. tapi depa lupa yang yb pas tak pernah bagi apa pun kat depa. masa kb orang depa dan depa dapat macam-macam depa sengap. bila dah orang meluat kat depa naik kb lain depa marah dan tuduh pulak kb baru macam-macam. yang depa tu dulu pun macam hantu jugak. yang pas dan pkr tak pernah bagi apapun kat depa depa tak kata apa. awat depa ingat bila dok sabotaj sesama kawan pas nak bagi kerja kat depa. sudahlah. pas pun tak hingin kat depa. inilah namanya manusia akhir zaman. perangai ni dalam mana parti pun ada. tok sah dok tipula. elok dok sengap sajalah dari dok bawa cerita buruk orang. takut satu hari Allah bagi tunai kat kita balik menyesai tak sudah kot.

baju merah sg kob berkata...

UMNO sebenarnya sudah jauh dari rakyat.UMNO mana buat program.Orang lebih kenal KEDA,Risda,Kemas,Penerangan .Mereka ini yg buat program.Macam rakan kita yg lain kata UMNO terlalu syok sendiri.UMNO padang serai berselerak.Ketuanya tadbir macam zaman Jepun.Seorang pemimpin pemuda cerita.tak ada demorasi .Dia nampak kini macam cacing panas.

jebon berkata...

kalau macam nilah apa nak jadi dengan UMNO kedah ni....aku gerun pun ada bimbang pun ada....pasai apa...????...depa ni yang bertanggungjawab menyebabkan umno tersungkoq dalam pru lalu masih ada nafsu nak jadi pemimpin masa depan..tak sedaqkah apa yang depa dah buat hingga umno kedah gulung tikaq...tak dak kah muka baru yang boleh dipercayai dan diharapkan untuk masa depan UMNO...kesian kat puak-puak yang menyebabkan umno tersungkoq yang masih nak kuasa...nak jadi pendokong umno kononnya....depa ada agenda tersendiri kot...wahai det khalid sedaqlah...muhasabah dirilah..jangan-jangan tok fet dah kena jangkitan virus anuar brahim kot....ataupun puak-puak ni masih yajin dengan sikitol KJ dan Tun Lah.....kot....

hisham berkata...

sedih aku degan umno kedah nih...ketua2 bahagian syok sendiri..
yang depa tau..buat jamuan dan perjumpaan sesama depa...kalu ada masa depa pakat pi rombongan bawa ketua2 cawangan pi makan angin..termasuk sampai luarq negara.
ni cerita betoi...selepas kedah jatuh ketangan pas..ada umno bahagian dikedah bawa ketua2 cawangan pi makan angin negeri cina..
parlimen bungkuih.menang satu adun saja...tapi depa raya sakan..
betoi la juga..det kalid adalah menteri besar kedah terakhir dari umno.
kalu det khalid jadi pegerusi...tak payah la aku buang duit balik kedah untuk mengundi PRU13 nanti.
DUIT MINYAK DAN TOL DEKAT RM300 TU AKU BUAT BAYARAN TUKARQ TAYAR KERETA DAPAT 2 BIJIK.
TUKARQ TAYAR KERETA LAGI BAGUIH DARI TUKARQ KERAJAAN KEDAH BALIK PADA UMNO.
aku tak mau tanggung dosa kerana subahat memilih pemimpin jenih penyamun.

Tanpa Nama berkata...

aku dulu balik niak flight sebab sayangnya kat umno nih... tapi kesudahannya mengecewakan... BOIKOT... Apa ka gilanya depa nih... Sedih mmg sedih... TERAMAT lah sedey dan bertambah sardis... Mesyuarat ADUN dah langsung takda fakta... Takda ka sapa boleh pi boh chopstick kat mata depa bagi terjegei sketss...mangkit la weii... kalau tengaok ke gaya la nih, aku mmg rasa bungkus lagi la... Buat PRU13 bila2 pon...esok ka lusa ka...tulat ka..tahun depan ka...2 tahun ka...3 tahun ka...10 tahun lagi pun... sama saja hasilnya... kaki bodek...kaki ampu semua kata... SEMUA BERES BOSSSSSS... yg BOS ghenyih sampai pipi, malam umum... kalah lagi... yang BEST apa... Yg tak cerlaon akan data... PADAN MUKA HANGPA... AKU DAH KATA DAH... PATUT AKU JADI CALON... apalah...

hashim pin berkata...

Hampa merapulah..sebanarnya sokongan terhadap UMNO dan BN dah meningkat sejak Dato Najib ambil alih tampuk nagara dari Tun Dolah.Cuma di kedah je kena kerja kuat lebih.Jangan terlalu confident sangat sebab PAS kerja lebih kini.

Pakteh berkata...

Jika turun ke akar umbi, ada jugak yang mengundi pas dalam PRU12 mengaku menyesal mengundi PAS dan berkali-kali berjanji takkan memangkah pas lagi.

Jika UMNO Kedah dapat mengambil peluang dari kekalutan di akar umbi (Pas Kedah masih kelihatan kuat walaupun kononnya ada agenda menjatuhkan DS Azizan oleh beberapa pemimpin Pas Kedah). Akar umbi Pas dan UMNO kini hanya menanti siapa yang mampu memberikan mesej bahawa kesejahteraan mereka terjamin.

Situasi sebeginilah pakteh rasa yang dimaksudkan saudara SS sebagai masa kecederaan, dimana siapa yang mampu memancarkan Aura, x factor, yang mampu bertindak sebagai supersub akan memenangi negeri Kedah. (Contoh mudah fenomena Paklah Mr Clean dalam PRU11).

p/s: Lama tak nampak nick Jebon....Happy New yearsssss......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates