Isnin, 6 Disember 2010

TUNTUT.. JANGAN TAK TUNTUT!!!!

 SOBRI SUDIN:

1. Isu tuntutan hak Kedah ke atas Pulau Pinang menghiasi dada akhbar dan perbincangan meluas kebelakangan ini. Satu karya ilmiah yang menarik untuk memahami isu ini boleh rujuk karya, R.BOONEY, 'Kedah (1771-1786): The Search For Security and Independence".

2. Seingat aku sejak awal 80-an ketika zaman almarhum Syed Nahar Shahbudin menjadi MB KEDAH isu ini telahpun dipanjangkan kepada federal government.

3. Dan ketika aku ditahun 2 Jabatan Sains Politik, UKM(sekitar 1992), dalam subjek Pengantar Politik Malysia, aku bertanya serta berdebat isu ini dengan Dr Wan abdul Rahman (sekarang Pengarah Pusat Penyelidikan PAS). Tapi yang aku debatkan kenapa KM Pulau Pinang tidak boleh diberi kepada Melayu? Jawapan Dr Wan - pensyarah aku yang cukup kool ketika itu, mudah, 'inilah rangka persefahaman dan tolak ansur dalam BN".

4. Isu asasnya sejarah bukanlah perlu menjadi bahan ungkitan. Sejarah adalah teladan untuk dijadikan bahan renungan agar tidak berulang kesilapan di masa hadapan.

5. Jika mahu dituntut wilayah, daerah Kubang PASU juga berhak menubuhkan sebuah entiti berdaulat sendiri. Maka bolehlah Johari Bahrom menjadi MBnya.

6. Kedah juga wajib menuntut Perlis yang hanya diberikan autoriti kepada keluarga Syed untuk mentadbir bagi pihak Sultan Kedah. Setoi dan wilayah selatan Thai juga wajib dituntut kerana ianya hakmilik Kedah yang sah demikian juga sebahagian besar wilayah di Krian dan Utara Perak.

6. Filipina atau Sultan Sulu juga wajib menuntut balik Labuan yang ditukar dan dipajak kepada British dengan tukaran dua tin susu. Jerman wajib menduduki Langkawi selama-lamanya kerana pajakan yang pernah mereka buat. Puak Red Indian, wajib menuntut kembali Tanah Amerika yang dirampas oleh British dan ditulis kembali sejarah pembukaannya.

7. Indonesia pula wajib menuntut Australia kerana dari sudut sejarahnya dan berdasarkan letakan geografi pulau berkenaan hakmilik Indonesia. Dizaman British dijadikan tempat pembuangan penjenayah yang melakukan kesalahan besar di Britain. Sebab itu keturunan Australia asal semuanya adalah penjenayah lantaran itulah mereka memandang rendah kepada masyarakat dan negara ASIA yang mengelilingi mereka.

8. Andalusia dan Cordoba selain Palestine wajib dituntut dan dikembalikan kepada umat Islam jika sejarah mahu dijadikan alasan tuntutan.

9. Orang asli di Malaysia wajar menjadi golongan utama kerana merekalah 'native and origins' kenapa mereka kini menjadi warga kelas kedua dan ketiga?

10. Tanah Simpanan Melayu wajar ditiadakan kerana rang undang-undang tersebut digubal oleh British pada November 1913. Demikian juga Hak Istimewa Melayu turut digubal oleh British. Mengikut sejarah juga, Undang-undang ISLAM wajib menjadi undang-undang utama negara kerana telah diasaskan semenjak zaman kesultanan Melaka lagi pada kurun ke-15. (Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka)

11. Justeru jika sejarah mahu disingkap, dipolemik, didebat, dicari sapa salahnya, atau dibuka semula akan terdedahlah keaiban Raja, kebodohan bangsa, dasar manipulasi PENJAJAH dan betapa bobroknya masyarakat kita dalam mengendalikan isu dan peristiwa ketika itu.

12. Prinsip penting yang wajar membuka minda masyarakat adalah, 'why now? - kenapa isu berkenaan diperkatakan sekarang? Dan satu lagi prinsip penting ialah jangan melihat apa yang sedang diperkatakan, tetapi lihat orang yang sedang memperkatakannya'. Dalam seni politik tidak ada yang berlaku secara sengaja, semuanya dirancang..

13. Dalam kesibukan dan keghairahan menuntut Pulau Pinang, harapnya 1.9 juta rakyat Kedah jangan lupa menuntut janji anda terhadap janji-janji pilihanraya PAS. Cuba tanya.. bila nak laksana semua? atau semua janji manifesto dah jadi kuah laksa?.

12.Tanya lagi apa kesan dan manfaat kepada rakyat jika janji manifesto telah terlaksana? Tanya dan tuntut lagi bilakah PAS Kedah nak laksana hudud, lebih keras tindakan ke atas rumah urut, pusat hiburan dan perjudian yang kian bercambah di seluruh Kedah. Bila lagi hukuman 100 sebatan dan rejaman mahu dilaksanakan ke atas perlakuan zina, khalwat yang kian bertambah-tambah di negeri penuh barakah?

13. Sudah sejahterakah rakyat melalui konsep negeri kebajikan? Sudah berjayakah PAS Kedah perangi kemiskinan, tingkatkan syiar dan syariat agama, ATASI gejala sosiol remaja, tambah peluang usahaniaga dan kerja pada golongan belia?.

14.Sudah terencanakah tindakan bersungguh PAS Kedah untuk Mercu gemilangkan pendidikan bangsa, atau mereka sekadar janji-janji main-main saja.

15. Walhal mereka nyenyak tidur lena. Apa YANG lalu depan mata, kuasa, pangkat, imbuhan, balak, kuari batu, elaun, kereta mewah, konsesi niaga, kemewahan dunia disapu semuanya.. WAL HARAM BAGI MU, WAL HALAL BAGI PAS KU. Renung-renungkanlah duhai rakyat Kedahku.. jangan mudah terpedaya dengan strategi terancang politik Gubra mainan Azizan LENA.

Puak BN Kedah.. kami pun mahu menuntut tindakan segera dari anda.. ibarat kata Najib dalam KONVENSYEN BN jangan lagi:
a) Berkhayal
b) Bersikap pelupa
c) Jumud dan
d) Angkuh..

Kalau tak faham-faham jugak alamaaaaaaaat NAK...?????????????

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Orang fahaaaaammm... haaaaa macam ni lah Sobri Sudin. Bangkit jangan tak bangkit, hentam PAS niii... depa pemohong rakyat. Depa penipu rakyat. Lidah OSTAT AZIZAN bercabang macam lidah bewak. Nama ja ulamak, kelulusan tinggai, jadi pensyarah UKM macam Sobri di UUM.

OSTAT AZIZAN niiii... layaknya dia niiii... jadi bilal Mesjid Sungai Limau jeeee.... Tak layak pun jadi MB. Dia nak buat keghja tak gheti. Exco dia pun semacam. Takat dok bekawan niiii... Fakhrurrazi cucu Tuan Guru Haji Aziz Pendang tu boleh gagah sikit.

Isu yang orang bangkit-bangkitkan, satu pun tidak dijawab oleh Kerajaan PR/PAS. Apatah lagi lah isu tuntutan Pulau Pinang/Seberang Perai yang dibangkitkan oleh Dato Wan Shamsuddin Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah. Ostat Azizan tuuu... keghat 14 pun dia tak akan komen. Sebab dia takut Lim Guan Eng DAP tembak dia. Tapi ingaaaattt... ini adalah tuntutan rakyat. Jika Keajaan PAS/PR tak sokong macam manaaaa....?????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates