Isnin, 13 Disember 2010

UMNO KEDAH.. MARILAH MENGAJI!!!!!

 SOBRI SUDIN

(TEMPOH KAJIAN : 25 OKTOBER- 4 DISEMBER 2010 )
(JUMLAH NUMERATOR : 25 ORANG)
(KAWASAN KAJIAN : PARLIMEN KUALA KEDAH, POKOK SENA, ALOQ STAQ, JERLUN,PENDANG

1. 3 Pengurus Bank Cawangan, 3 Pengurus Besar Syarikat Swasta, dan 4 Pegawai Tinggi Kerajaan  (2 AGENSI NEGERI, 2 AGENSI FEDERAL) yang ditemubual memberi maklumbalas berikut:

"KAMI TIDAK YAKIN BN BOLEH AMBIL BALIK KEDAH TAPI DALAM MASA YANG SAMA KAMI JUGA TAK NAMPAK KEMAMPUAN PAKATAN RAKYAT UNTUK TERUS DIBERI MANDAT MENTADBIR KEDAH".

So pada pandangan anda semua bagaimana mahu merungkaikan the very complicated punya dilema?  Any suggestion or idea?

2. Sementara itu dari 550 orang responden terdiri dari pengundi yang akan mengundi buat pertama kali dalam PRU ke-13 nanti yang diambil dari DPI SPR dari 5 kawasan Parlimen di Kedah, 85.45% atau 470 responden menyatakan mereka tidak mahu calon kitar semula mewakili UMNO dan BN dalam PRU.

3. Sementara 350 pengundi saluran pertama, umur 55 ke atas yang ditinjau dari 5 kawasan Parlimen di Kedah, 210 responden atau 60% bersetuju agar calon muka baru diketengahkan oleh BN Kedah dalam PRU akan datang.

4. Dari gabungan kesemua respoden pula, 620 responden atau 68.8% berkecenderungan memilih calon berbanding parti yang diwakili oleh calon.

5. Bagi item soalan siapa yang dipilih responden untuk memerintah Kedah selepas PRU akan datang, dapatanya:

a. 30% atau 270 responden memilih UMNO/ BN

b. 21% atau 190 responden memilih Pakatan Rakyat

c. 40% atau 360 responden tidak kisah sama ada UMNO/BN ataupun PAS memerintah atas prinsip keduanya kerajaan Islam.

d. 9% atau 80 responden memberi maklum balas 'tiada komen' bagi item soalan dimaksudkan.

Mudah-mudahan dapatan demi dapatan ini ada gunanya buat UMNO Kedah terus mengaji. Insya-Allah, dapatan demi dapatan yang dibuat secara berkala dan berterusan walaupun untuk diserahkan kepada pihak yang lebih autoriti aku akan share serba sedikit demi untuk manfaat dan pengetahuan semua pihak. Zaman sekarang, 'rahsia dan strategi sulit sudah tidak menjadi rahsia atau sulit lagi'.

UMNO KEDAH.. MARILAH MENGAJI.. JANGAN TIDUR LAGI.. SAMPAI MELELEH AYAQ LIUQ BASI.. NANTI TERLEPAS LAGI NEGERI INI..

7 comments:

1 Melayu berkata...

Saudara SS,

Masaalah besar dalam UMNO ialah semua agensi pemberi maklumat kepada pucuk pimpinan parti terdiri dari mereka mereka yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai contoh yang cukup glaring ialah KEMAS ,JASA,PERTUBUHAN BELIA,BTN,SB,MIO dan beberapa NGO.Mereka tidak berani membuat laporan yang tepat dan benar kerana takut kepada Pemimpin diperingkat Bahagian dan Negeri.

Mereka dilihat mahu menjaga pemimpin tertentu dan menjaga periuk nasi mereka sendiri. Jika mereka membuat lapuran yang tidak menyenangkan pemimpin maka mereka mungkin kena tukar,tidak naik pangkat atau diugut oleh pecacai pecai pemimpin maka lapuran akan sentiasa baik dan cantik.

Pucuk pemimpin UMNO kena ada satu mekanisma bagaimana untuk mendapat maklumat yang tepat,mungkin kena belajar dari 'WIKILEAKS',KGB,CIA,MOSAD ATAU MANA MANA UNIT PERISIKAN DUNIA YANG TELAH TERBUKTI KECEKAPAN MEREKA.

mangkok hayun berkata...

Profesor tkt 6 pula apa komen.Boleh pakai ke kaji selidik yg dibuat oleh Tuan Sobri Sudin kita.

dolah doleng berkata...

Sdr 1 Melayu..aku juga sependapat dengan saudara.Apa kata kita pakat ramai-rami pula hantor laporan kita sendiri pada yg teratas.Aku rasa tak salah.Anda boleh hantar terus kalau boleh dengan gambar dan bukti kalau ada.

Kanyiex berkata...

bagaimana caranya umno nak memperolehi maklumat tepat...bagaimana kalau 1Melayu diberikan kepercayaan...SB kalau di tafsirkan bunyinya begini.."Semua Bohong"...sebab tulah Tun lah semasa hayatnya sebagai PM tak pakai SB.... ataupun kerajaan BN tubuh satu egensi perisikan baru "1M" yang bebas dan tidak mempunyai kepentingan seperti kata 1Melayu...bosnya dan kakitanganya mestilah insan yang tidak mempunyai nafsu bagi mengelak wujud kepentinga.....bagaimana tuan-tian fikir,,,,,la ni umno kian lemah keraja tiada egensi perisikan unggul yang menyalurkan maklumat tepat.......

Tanpa Nama berkata...

Datin Pah boleh la buat kenduri sambut madu...haha dulu bang li ada skandal ngan pelakon drama...lupa lak nama...kali ni lagi hebat...Timbalan Menteri tu....agak-agak berapa ekor pulak lembu nak tumbang dan bolehla orang Padang Terap makan free lagi...

DetKolod berkata...

Salam bang S Sudin,

Sepertimana yg kita semua tahu dan kini telah menjadi sejarah, Dato' Seri Det Khalid telah "menghadiahkan" Kedah, negeri yang kita cintai ini, kepada PAS. Disebabkan Det terlalu Percaya Diri, Det telah lupa daratan dan lupa asal-usul dirinya. Yang akhirnya membawa kpd kebencian org Melayu-Kedah kpd UMNO.
Diceritakan kpd kami, bagaimna di puncak kekuasaan Det sbg MB dulu, dia menjadi terlalu "arrogant". Sehingga lah dibawa suatu perkhabaran yg benar, yg berlaku di pejabat Det kala menjadi MB, yg Det tidak lsg menjemput duduk seseorang yg amat senior dan byk berjasa kpd Kedah yang tuanya dia lebih dari 20 thn dari usia Det. Jadi berdirilah bapak yang senior itu tapi teramat berjasa tadi kpd negeri dari mula sampai akhir hanya kerana semata-mata Det ingin "mengajar" org tua itu. This respectable man yg telah byk brjasa kpd Negeri Darulaman ini, masih tetap menjadi penyokong setia UMNO hingga kehari skrg.
Sikap UMNO versi Det inilah yang akan menyebabkan UMNO tidak mungkin akan berkuasa lagi di Kedah tercinta.
Dari kajian OBAP (Org Brtenggek Atas Pagar) spt kami, kami dapati majoriti rakyat Melayu Kedah menolak UMNO bulat2 utk PRU13 nnt. Walau sesiapa pun yg menjadi Pengerusi BPU, keputusan majoriti Rakyat Melayu Kedah (RMK) tetap akan menolak UMNO. Ini kerana RMK telah muak hingga peringkat termuntah melihat Det lupa diri dulu.
Mukhriz bijak, walau dgn mudah ditawarkan utk menjadi teraju di BPU, Mukhriz jelas kelihatan keberatan menerimanya. Ini kerana Mukhriz tahu, alang2 org yg menjadi teraju UMNO Kedah, UMNO di Kedah akan tetap diundi keluar nanti oleh majoriti Rakyat Melayu Kedah. Walau pun peneraju baru nnt ialah Mukhriz, kemungkinan besar UMNO kecundang akan tetap sama.
Tapi kini harapan masih ada, it's not totally hopeless. Hasil kajian OBAP2 sejak sekian lama mengandaikan bahawa, jika UMNO Kedah mahu stand a chance to win the state, itu mungkin bisa, seandainya Tun Dr Mahathir dipinta untuk menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Itulah saja peluang yg ada utk UMNO Kedah.. sad to say.
Jika ini tidak berlaku, maka suatu keputusan telah jelas di pemikiran majoriti Rakyat Melayu Kedah kini, mereka akan memberi MAJORITI undi state kpd PAS tetapi undi Parlimen kpd UMNO.
Wallahuaklam...

beribesaq berkata...

detklod....hang betoi...aku sokong...aku hanya nak buat komen pasai umno bhg pdg serai je yang senarionya dan moral aktivitinya sama dengan you cerita. dalam umno bhg pdg serai pergolakan terus berlaku di kalangan ahli, ketua cawangan, AJK Bhg, pentadbiran pejabat. perpecahan dalam bhg sangat ketara..amalan ketua bhg mudah saja..hanya cawangan yang mencalonkan dirinya dan konco-konconya saja di iktiraf sebagai ahli umno...layak ditabal sebagai JKKP..layak menerajui GB4B[M] kawasan, boleh bekerja dengan TEKUN...ini antara gagasan yang dibawa oleh ketau bhg sekarang. ahli umno dan cawangan umno dalam bhg pdg serai kian mengecil...kononnya biar sikit tapi berkualiti...betol. Tapi dalam politik bukan macam tu..undi banyak dia yang menang...bukan undi kualiti yang tidak menjamin kemenangan seseorang calon. Cuba kita tengok jumlah cawangan dalam bhg pdg serai, tidak sampai 90 cawangan, ahlinya hanya 12 ribu berdaftar, yang aktif hadir mesyuarat cawangan tak sampai 2 ribu [dalam bhg. tapi kalau ikut dun..makin kurang, inilah ahli setia umno yang akan mengundi calon BN, sedangkan pengundi dalam dun merbau pulas lebih kurang 25 ribu. kalau macam ni adakah bn boleh menang dalam pru ke-13 dalam dun merbau pulas. ini pasal faktor masalah dalaman umno, tak termasuk kebencian pengundi melayu terhadap umno dan kerajaan bn berhubung isu semasa yang hangat di perkatakan sekarang [kenaikan harga minyak dan gula]. Apa yang ketua Bhg, AJK Bhg, PW Bhg, PP Bhg, P3Bhg, Ketua-ketua cawangan serta ahli-ahli cawangan boleh lakukan untuk merampas DUN Merbau Pulas dalam pru ke-13 nanti. Takkan nak harap UMNO Pusat, Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri yang juga bermasalah. Tapi UMNO Bhg Pdg serai nampak macam ada keyakinan mampu merampas dun merbau pulas, munkin itu kajian oleh kemas ataupun JASA dan oleh UMNO Bhg sendiri...atas alasana apakah UMNO bhg pdg serai berkeyakinan begitu....hanya ketua Bhg sahaja yang maha mengetahuinya...siapakah calon yang layak, yang sesuai..ini antara peenyebab menang...kalah dalam pru akan datang....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates