Jumaat, 10 Disember 2010

UMNO KEDAH MASIH LENA - PM

SOBRI SUDIN

"Sepanjang penglibatan saya dalam bidang politik selama 34 tahun inilah kali pertama saya menghadiri majlis penyampaian tilam", antara bait gurau senda PM semasa di Stadium Suka Menanti, 9/12/2010, jam 10.00 pagi ketika menyampaikan bantuan mangsa banjir bernilai lebih RM100 juta peruntukkan kerajaan pusat. (Jumlah ini termasuk wang ihsan, pampasan kerugian pertanian, infra, dapur gas dan tilam serta pelbagai bantuan lain).

2. Jadi USTAZ Azizan nak pertikai apa lagi, selalu dok tanya, 'kerajaan pusat mana bagi, bagi yang mana'?

3. Ucapan Najib ternyata cukup bersahaja dalam majlis yang serba ringkas tapi sulaman dengan pujian melambung-lambung yang diungkapkan Aziz Mamak dengan leterannya yang panjang berjela membuatkan rakyat yang hadir menyampah dengan Aziz Mamak yang bertindak selaku pengerusi acara.



4. Hakikatnya senda gurau Najib jika diamati dengan teliti adalah ibarat 'pukul anak sindir menantu'. Menghadiri majlis penyampaian tilam adalah satu petanda dan ingatan Najib bahawa 'puak UMNO Kedah memang suka lena'.

5. Namun untuk Rakyat, selaras dengan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN, Najib cukup komited dengan berkata, "bantuan yang kita beri tidak mengira orang itu dari parti biru ka, hijau ka, kuning ka, semuanya diagih sama rata". Inilah kebesaran jiwa pemimpin 1Malaysia.

5. Sebab itu dari jumlah 10,000 tilam, Najib kemudiannya umumkan lagi tambahan 10,000 tilam untuk mangsa banjir dan kalau boleh tilam-tilam itu dilebihkan untuk kita hadiahkan pada ketua UMNO Bahagian termasuk MB Kedah Ustaz Azizan dan barisan EXCOnya yang sekarang ini berlaku pertarungan antara pimpinan PAS dan UMNO di Kedah siapa yang paling kuat lena.

6. Lebih mencacatkan majlis, dibelakang rostrum Najib berucap maka tertojollah muka-muka dinasour politik Kedah yang telahpun ditolak rakyat, tetapi berlagak muka macho dan tawadduk.

7. Walhal mereka sepatutya duduk dalam khemah usang bersama rakyat, bertanya khabar, bersalam-salaman, suluh dan rasai denyut hati rakyat dan mangsa banjir.

8. Bukannya menekup dan bertempek muka dekat dengan PM nak bagitau PM, "DATO SERI KAMI MAI NI, JANGAN LUPA NA AMBIK KAMI JADI CALON". "TAK JADI CALON PUN LANTIK LA KAMI APA-APA JAWATAN ATAU JANGAN LUPA HULUQ-HULUQ LA MANA-MANA PROJEK YANG ADA(lEBIH kurang macam tu la kot suara hati depa).

7. Aku yang duduk dalam khemah dengan rakyat marhein melihat gerak laku rakyat, mendengar keluhan mereka yang menyumpah dengan pelbagai kata terhadap dinosour politik yang tumpang toi untuk tembapkan muka di majlis Najib. Selain nak tumpang glamour untuk bolehkan media merakam gambar dan aksi mereka.

8. Dalam ramai-ramai yang ada di pentas utama bersama Najib dapat ku perhatikan dua riak wajah yang berbeza. Wajah Tok Bashah bersama isteri cukup ceria, wajah Mahdzir Khalid bermuram durja. Wajah Mukhriz seperti biasa, tenang dan sentiasa nampak muda.

9. Baiklah diringkaskan cerita biar aku terus terang saja.

a). Bashah sudah confirm Pengerusi UMNO Kedah dan Timbalannya Mukhriz, bukan Mukhriz tak layak dilantik tetapi dia sendiri menolak dengan alasan kurang yakin.
b) Aziz Mamak bakal dilantik ke jawatan Senator bersama Mahdzir Khalid dan Mahdzir Khalid disahkan akan diberikan jawatan Menteri.

c) Harapan BN untuk ambil balik Kedah memang cerah tetapi bukan kerana BN atau UMNO kuat kerja tetapi rakyat Kedah sudah tidak ada pilihan lain melainkan memberi kembali mandat pada BN disebabkan di bawah PAS, Kedah kian tak tentu arah.

Ibarat kata pepatah Inggeris, 'something is better than nothing". Ironinya seburuk-buruk BN pun, boleh juga semua pakat cari makan. Di bawah pentadbiran PAS, habuk pun tarak.

* Terima kasih pada sebahagian pimpinan politik peringkat atasan, bawahan dan pertengahan yang bila bertemu dengan aku terus memberi kata semangat agar teguran secara konsisten dapat terus diberikan untuk mengejutkan UMNO Kedah dari lena yang panjang.

* Untuk DATO BAKRI ALI HAJI MAHAMAD, SANG PENGUASA DI TINGKAT 6 BANGUNAN UMNO KEDAH YANG TELAH BERKUASA SEJAK LEBIH 3 DEKAD, TERIMA KASIH KERANA MENYATAKAN, "SOBRI SUDIN SATU ANCAMAN KERANA TULISAN DAN KRITIKANNYA DALAM KEDAH TIMES'.

DUHAI AYAHANDA BAKRI, SOBRI SUDIN AKAN TERUS TINGKATKAN ANCAMAN DAN KRITIKAN BUKAN HANYA PADA UMNO KEDAH, TETAPI PADA SEIAPA JUA TANPA MENGIRA PARTI,'YANG BETUL KITA SOKONG YANG SALAH KITA TEGUR'.

*ANDAI KATA KJ DILANTIK KE JAWATAN MENTERI, AKU AKAN BAWA RATUSAN AHLI PEMUDA UNTUK BERHIMPUN DEPAN BANGUNAN UMNO KEDAH UNTUK MENYERAHKAN SURAT SECARA BERSAMA BAGI MEMOHON KELUAR DARI MENJADI AHLI PEMUDA. (Ajakan ini hanya terbuka kepada ahli Pemuda yang ada teloq dan ada prinsip saja. Yang takut rezeki terjejas, atau takut Ketua PEMUDA BAHAGIAN HANGPA TAK AKAN HULUQ LAGI, atau spesis jenis burung kakak tua tidak dibenarkan ikut serta).

MESKIPUN AKAN KELUAR DARI PERGERAKAN PEMUDA AKAN TETAPI KAMI AKAN TETAP MENGUNDI UMNO DAN BN DALAM PILIHANRAYA NANTI.(TAPI TENGOK LA DULU SIAPA CALON-CALONYA??).

Jangan marah..kalau marah nanti kena JUAL...!!!!

10 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

kahhhHHHH...kaHHHHh...kahhhhhh bukan lagu tu kot!

Pakteh berkata...

Kalu tuan SS dah sahkan tentang pengerusi dan timbalan iaitu Bashah n Mukhriz...bermakna betoilah calling yang pakteh terima malam kelmarin n pakteh coretkan di blog pakteh

bakal calon pru 13 berkata...

Frust lah kaki lobi sana-sini atas bawah kehulu kehilir kuda depa tak jadi pengerusi perhubungan....

Sri bongsu berkata...

Sdr SS.. masa Dato Najib mai ada ke Ketua Bahgaian yg hulok envelop profail sendiri...

kh;llat berkata...

Aku pun serupa juga.Nak tengok dulu sapa calon nya.Walaupun UMNO/BN kalau kaki haprak maaflah....

Tanpa Nama berkata...

Tok Bakri kata 'SOBRI SUDIN SATU ANCAMAN?. "ANCAM" tu ma'ananya apa?.

ANCAM:

MENGANCAM?
DIANCAM?
ANCAMAN?
TERANCAM?
...... ni untuk sapa-sapa pun boleh.

amin berkata...

SS.hang janganlah dok kacau tkt 6 tu.Mereka nadi pada UMNO Kedah.Kalau tak ada depa di tkt 6 banyak kerja dan perancangan tak menjadi.Depa semua pakar dlm pelbagai bidang.Susah nanti kalau depa mogok.Masing-masing peranan buatlah.

Tanpa Nama berkata...

betoi ka BN bleh amik balik Kedah dari PAS...??? .. Tak yakin la aku.. tgk la ni pun pemimpin UMNO asyik nak berebut jawatan ja..

1 Melayu berkata...

Saudara Sobri,

Tulisan saudara Md Bashah confirm Pengrusi Perhubungan Negeri Kedah dan Dato Mukhriz tolak jawatan tersebut kerana kurang YAKIN adalah tidak betul.Dato Mukhriz tidak pernah ditawarkan atau dipelawa untuk menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Jika Presiden UMNO melantik Dato Mukhriz untuk menjawat jawatan tersebut beliau sanggup menerimanya dan akan melaksanakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin.

Fakta saudara tidak tepat dan amat mengelirukan ,tolong semak dan dapat maklumat yang betul lagi tepat.

Pakteh berkata...

Mengikut maklumat yang pakteh terima, sama seperti yang dinyatakan oleh 1Melayu iaitu DMM tidak pernah ditawar/dipelawa dan beliau juga tidak pernah menyatakan tidak yakin untuk mengemudi UMNO Kedah.

DMM sebenarnya sanggup untuk mengemudi UMNO Kedah jika diberi peluang.

Mungkin terdapat fakta yang sengaja disampaikan secara tidak tepat kepada tuan SS?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates