Ke mana halatuju DUN Jeneri

Rabu, 31 Mac 2010
Setelah menghampiri se tahun dibawah pemerintahan PAS, tiada apa-apa yang berubah disekitar DUN Jeneri.

Yang ada hanyalah Ah Kang yang begitu gigih mengerjakan sawah padi yang disewanya dari penduduk Jeneri. Yang Berhornat hanya menghabiskan masa melawat orang sakit dan menghadiri kenduri kawin.

Tiada perancangan atau pembaharuan yang cuba dilakukannya kepada DUN Jeneri. Nasib baik ada peruntukan dari kerajaan pusat yang disalurkan melalui Kementerian Luar Bandar melalui agensinya.

Peruntukan NCER sedikit sebanyak menghidupkan pembangunan di sekitar Jeneri. TIADA apa-apa yang dilakukan oleh YB Jeneri hatta kerajaan negeri pun.

Yang ada hanya program ceramah dan menghabiskan duit kerajaan negeri yang diberi secara tunai kepada penduduk dan penyokongnya.

Terkini duit zakat diberi sewenang-wenangnya kepada penyokong-penyokong mereka.
Inilah akibat tidak tahu memerintah. Kalau masa jadi pembangkang, semua orang buat tidak kena. Mereka saja yang betul.

Inilah cubaan Allah kepada mereka
Read Full 2 comments

MEB

PAS menyifatkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan kerajaan di parlimen “tidak mempunyai roh” dan “tidak menekankan kepentingan akhlak” bagi memastikan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar.

“Akhirnya hanya membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik, merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh,” kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Abdul Hadi berkata, pelepasan tanggungjawab kerajaan kepada pihak swasta melahirkan satu monopoli baru sektor perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.


Hadi kata penswastaan menekan rakyat, sementara di Kedah, Ustaz Azizan pula menswastakan Bekalan Air. Yang mana satu betul ni?
Read Full 2 comments

PERKASA

Nampaknya kewujudan PERKASA bukan saja tidak disenangi oleh chuavinis mahu pun yang berminda komunis, malah paling menyedihkan, orang Melayu sendiri demi menghalalkan politik sempit, turut tidak senang dengan PERKASA.

Kononnya PERKASA akan hanya menjadi pelengkap Umno, retorik, dan pelbagai gelaran buruk diberikan. Tidak cukup dengan itu, Pelopor PERKASA juga diserang dengan gelaran Katak.

Inilah minda dan tahap pemikiran segelintir orang Islam, cepat sangat menyalak kepada sesama Islam bila diarahkan tuannya yang ternyata Chauvinis.

Apa salahnya jika orang Melayu mempunyai pertubuhan? Apa salahnya jika orang Melayu bersama2 untuk memikirkan nasib bangsa dan agama? Tapi bagi golongan ini, apa saja akan jadi tidak kena apabila Melayu mahu bersatu.

Golongan ini patut disingkirkan dari menjadi duri dalam daging perpaduan Melayu, kerana sikap mereka ini akan meruntuhkan bangsa Melayu dan Islam di Negara ini.
Read Full 2 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates