Bermulalah Misi Putar Alam

Jumaat, 30 April 2010
Isu 2 soalan di DUN Kedah yang cuba dibangkitkan oleh ADUN Kubang Rotan, Mohd Mustafa Nasir masih lagi panas.

Kini tuduhan dilemparkan yang Persatuan Kerabat Diraja Kedah di belakangi oleh parti politik akibat dari tindakan persatuan tersebut dalam meminta ADUN tersebut memohon maaf kepada sultan dan juga MB memberi penjelasan sepenuhnya.

Begitu juga, tak payahlah diungkit siapa yang menjadi  atau sudah tidak lagi menjadi Penaung persatuan tersebut. Apa relevansi nya. 

Sudah tentu parti politik yang dimaksudkan tersebut hanyalah UMNO. Takkan DAP atau PKR yang beriya-iya menjadi juara kepada isu tersebut. PKR dan DAP kan bertunjangkan Ketuanan Rakyat dan Republikan!

Jika sebelum ini, MB kata isu tersebut sudah selesai dengan berjumpa DYMM Sultan dan menerangkan perkara  sebenarnya, tetapi macamana dengan rakyat? Rakyat perlu juga penjelasan.

1. Penjelasan tentang kedua-dua soalan tersebut
2. Penjelasan tentang kenapa MB tak tahu yang soalan-soalan tersebut bakal dibangkitkan
3. Penjelasan kenapa Sepeaker boleh benarkan soalan sebegitu dilepaskan untuk buat pertanyaan
4. Kenapa Speaker dengan tiba-tiba menggugurkan soalan-soalan tersebut selepas disergah pembangkang.

Adakah ini sebahagian dari perang saraf bernilai RM4 juta yang dilancarkan PAS? Dimana masjid dijadikan sasaran mereka untuk dijadikan pusat-pusat propaganda PAS dalam mengembangkan pengaruh mereka dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan pemerintahan.

Atau PAS Kedah sudah merasakan kehangatan kebangkitan orang Melayu dalam menyokong UMNO bakal meruntuhkan kerajaan PAS Kedah?

Kita juga agak harian kenapa beriya-iya sangat soalan tersebut hendak dibangkitkan oleh ADUN tersebut di dalam dewan dan soalan tersebut bakal dijawab oleh MB sendiri. Kenapa tidak terus saja jumpa MB dan bertanya?

Mungkin ADUN ini bercita-cita  besar dalam karier Politiknya dan soalan-soalan sebeginilah boleh melonjakkan popularitinya. Ingat! Dalam PAS boleh lah mejadi popular dengan berceramah dan keluar isu kontroversi, tapi bagi rakyat populariti berdasarkan performance YB membuat kerja!

Walaubagaimanapun, kita masih menunggu jawapan dan penjelasan secara terperinci dalam isu 2 soalan tersebut. Bukannya jawapan yang Persatuan Kerabat Diraja Kedah didalangi parti politik tertentu dalam gesaan mereka tersebut.

Jangan terus diam saja .... Pengikut PAS boleh la terima apa saja yang dicakap pemimpin mereka tapi marhain yang berfikir memerlukan penjelasan.
Read Full 0 comments

Berapa pula PAS Kedah Belanja

Pendedahan terkini Sheh di blognya tentang perbelanjaan PAS Kelantan sebanyak Rm4 Juta untuk tujuan perang saraf bagi melemahkan UMNO dan kerajaan Persekutuan amat mengejutkan kita semua.

Memang amat diakui yang Kerajaan Persekutuan di bawah Pak Lah di masa itu amat lemah dan caca merba. Tetapi dengan tekad PAS untuk terus melemah sebuah parti Melayu Islam lain dengan satu perbelanjaan besar khas untuk tujuan tersebut amatlah keji. Parti yang dilaungkan mendokong ajaran Islam, tetapi gerak geri dan perbuatan amat menyimpang.

4 Juta bukan lah sikit bagi rakyat marhein bawahan ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Cuma kedah times tertanya-tanya berapa peruntukan yang disediakan atau diberi kepada PAS Kedah untuk tujuan yang  sama?

Kerana projek perang saraf ini adalah projek nasional untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan. 

Mungkin penembusan akitiviti-aktiviti PAS ke dalam Masjid, Warta Darul Aman yang kini berselerak ditabur ke Masjid merupakan sabahagian dari projek tersebut.

Mungkin soalan berkaitan kuasa Sultan juga sebahagian dari projek tersebut? Siapa tahu!

Read Full 0 comments

Gempar!! Ustaz Ismail Kamus

..Tapi ini ada sikit cerita pasal Al Ustaz Al Ismail Al Kamus. Ustaz ini ada ramai anak, termasuk anak perempuan. Seorang anak perempuannya pernah ‘terlibat’ dengan seorang lelaki – sehingga menjadi bunting.

Sebab ayahnya ustaz PAS, anak itu selalu memakai tudung labuh, jadi tak nampaklah yang dia sudah bunting. Anak itu pun cuba merahsiakan dia punya bunting sampailah dah tak boleh dirahsiakan lagi.

Apabila si ayah Ismail Kamus dan isteri mendapat tahu, mereka pun panik lah. Tak tahu apa nak buat. Kalau lah orang tahu anak ustaz Ismail Kamus pula sudah berzina sampai jadi bunting, sudah tentu akan tamatlah karier tipu duit Ismail Kamus. Sebab ustaz semua kerja tipu duit daripada orang bodoh dan daripada kerbau-kerbau yang menjadi ahli PAS.

Jadi Ismail Kamus dan si isteri mati akal, tak tahu apa nak buat. Lepas mereka berfikir sekian lama, si Ustaz dapat idea fantastik. Dia bawa anak perempuan itu pergi ke klinik ‘gugur anak’.

Kelinik itu kepunyaan seorang doktor keturunan China. Maklumlah mereka segan nak jumpa doktor Melayu atau Islam. Malu nanti. Jadi dia pergi jumpa doktor China. Tapi doktor yang dia jumpa itu sebenarnya bukannya ”doktor gugur anak”.

Tersilap lagi. Doktor yang mereka jumpa itu pakar dalam penyakit lain.

Bagaimanapun doktor China itu telah menasihatkan al ustaz Ismail Kamus bahawa ikut undang-undang perubatan Malaysia, bayi dalam kandungan anak perempuan dia tidak boleh digugurkan lagi sebab sudah melebihi tempoh enam bulan.

Maka terpaksalah Al Ustaz Al Ismail Al Kamus menjadi ‘atok’ kepada anak cucu haram...

Selanjutnya, baca di unspinners.
Read Full 3 comments

Benarkah ada mini Vegas/Reno/Macau di Sg Petani?

Khamis, 29 April 2010
Seperti yang disebut dalam artikel sebelumnya, kita paparkan supaya pembaca dapat fikir-fikirkan terutama yang masih menyokong Kerajaan Takut DAP Kedah sekarang. Fikirlah dan kalau tak percaya pergi lawat sendiri tempat tersebut.

1. Ini kisah benar dan bukan rekaan penulis, kisah ini berkenaan sebuah Kelab yang tertua didalam negeri Kedah dan Malaysia. Nama kelab ini ialah KELAB SUNGAI PETANI (KSP), kelab ini ditubuhkan pada tahun 1922 dan kini berusia 88 tahun. KSP terletak ditengah-tengah bandar Sungai Petani, dikelilingi oleh TIGA BUAH MESJID iaitu Mesjid Abdul Rahman, Mesjid Penghulu Him dan Mesjid Sultan Mudzaffar SHAH. Ianya terletak diatas tanah HAK MILIK Kerajaan Negeri Kedah dan keluasan tanah tersebut ialah hampir 70 ekar. Kemudahan yang terdapat di Kelab tersebut ialah Padang Golf 9 lubang, sebuah kolam renang, 4 gelanggang tenis dan sebuah bangunan rumah kelab yang dimiliki oleh JKR.

2. Didalam bangunan rumah Kelab terdapat sebuah BILIK JUDI yang tercanggih, sebuah BAR dan sebuah KARAOKE. Sejarah kelab ini semasa zaman British dahulu ialah untuk kegunaan kakitangan Kerajaan tetapi sejak beberapa tahun yang lepas Kelab ini telah diurus tadbir oleh kaum-kaum Cina dan India dan menjadikannya sebagai sebuah kelab ELIT dan eksklusif untuk Penagih arak tegar serta tahi Tahi judi. Jumlah keahlian kelab ialah hampir 2,000 orang dan pechahan mengikut kaum ialah CINA 60% ,INDIA 30% dan MELAYU 10%.

3. KSP mendapat hasil dari dua sumber iaitu dari yuran keahlian dan sumbangan wang dari mesin judi; mesin judi memberi sumbangan yang cukup besar kepada kelab dan kini wang terkumpul hasil judi didalam simpanan tetap mencechah RM 8 JUTA. Dari segi kedudukan kewangan KSP merupakan sebuah kelab yang terkaya didalam negeri Kedah.

4. Pada tahun 2005 KSB telah mencadangkan membangunkan sebuah bagunan kelab baru ditapak yang sama dengan nilai RM 3.8 juta, cadangan pembinaan bangunan ini melalui cara pintu belakang yang diragui dan ini membuatkan Majlis Perbandaran Sungai Petani mengeluarkan arahan berhenti kerja (stop work order).

5. Pada 27 September 2006, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah memutuskan untuk menyimpan tanah tersebut bagi tujuan kegunaan am iaitu TAPAK PADANG AWAM. Surat resmi Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 04 Februari 2008 telah dihantar kepada Pihak Pengurusan KSP dan mengarahkan KSP mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 30 hari. Lihat surat.

6. Apabila Kerajaan BN tewas didalam PRU 12 dan tidak sempat mengambil alih tanah serta pengurusan KSP, EXCO PAS dan beberapa orang Ahli Majlis PR telah datang untuk membuat lawatan ke KSP, alangkah terkejutnya pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli kelab bekas pegawai kerajaan bila mendengar Pemimpin PR yang diterajui oleh PAS memberi kebenaran kepada Pengurusan KSP untuk meneruskan semua aktiviti JUDI , MINUM ARAK dan KARAOKE tanpa had dan sekatan.

7. Cuba bayangkan apabila PAS menuduh Kerajaan BN sebagai Kerajaan SEKULAR dan tidak ISLAMIK tetapi apabila BN cuba menegakkan syiar Islam, PAS bertindak sebaliknya dengan tidak berani menghapuskan ARAK dan JUDI yang sedang bermaharajalela di tengah-tengah Bandar Sungai Petani. Dan yang paling sedih PAS mengizinkan perkara-perkara maksiat dilakukan disekitar kawasan MESJID.

8. Kesimpulannya, demi kuasa dan undi kaum kafir, PAS sanggup buangkan agama Islam.
Read Full 30 comments

Anwar Ludah PAS

Rabu, 28 April 2010
Kesimpulan yang berbelit dan bercabang tetapi menuju ke salah satu sinopsis mudah iaitu Anwar mempertaruhkan moral Zaid untuk memikat undi bukan Melayu tetapi dalam masa yang sama memikat undi Melayu melalui PAS tetapi menyediakan sebuah jawapan jika PKR kalah. Siapakah Nik Aziz? Siapa pula Nasaharuddin Mat Isa? Perhatikan corak strategi politik tikam menikam yang telah dipertontonkan dengan cara yang cukup tersirat tetapi jelas tersurat.

Siapakah pemain yang paling malang kalau bukan penyokong-penyokong PAS yang sedia menanggung membawa 2 panji-panji yang lain selain panji hijau di bahu mereka. Siapa yang telah diperbodohkan dan telah diperangkap untuk dipersalahkan dengan mudah bilamana PKR kalah sedangkan mereka-mereka ini turun berbondong-bondong beribu-ribu tanpa berkira. Akhirnya sebuah tuduhan yang cukup sial keluar dari mulut sang penjual bangsa dan negara. PAS punca PKR kalah.

Dan akan diakhiri oleh anggukan Tok Guru bahawa jenteranya yang lemah sedangkan dia sendiri tahu petualang sebenar adalah seorang yang 'power maniac'. Kasihannya PAS. Selama-lamanya menjadi parti yang tertindas. Mungkinkah ianya balasan kerana mempergunakan ugama. Jika benar-benar berada di jalan yang benar-benar bersih tentu sahaja PAS akan sentiasa cerah dan ceria tetapi berlainan sekali sejak sekian lama. PAS sekusam wajah-wajah riak dan takbur menidakkan keimanan Islam lain.

Kembalilah menilai apa yang sebenarnya diperjuangkan. Jika bangsa dan agama sudah bergoyah sebegini teruk adakah PAS akan terus mengiyakan parti lain menuduh mereka pembawa 'sial'. PAS hebat bila dipanggil penggerak jentera pilihanraya yang paling baik dan agresif tetapi itu hanya dipermulaan. Menang atau kalah PAS tetap dilayan seperti anjing kurap. Kasihannya!!
Read Full 0 comments

POHON MAAF DAN BERI PENJELASAN

Seperti yang dikupas Kedah Times dalam artikel lepas berkaitan ADUN Kubang Rotan yang mengemukakan soalan berkaitan dengan bidang kuasa Sultan dan telah meminta ADUN, Speaker dan juga MB menjelaskan dengan terperinci isu tersebut supaya rakyat faham dan jelas.

Janganlah buat stail lama! Hanya anjur ceramah dan cuba jelaskan diceramah. PAS bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah. Kalau nak jelaskan isu berkaitan pemerintahan dan isu negeri, maka gunakanlah saluran yang sesuai dan sepatutnya.

Hari ini mengikut laporan The Star, 28 April 2010, ADUN tersebut telah diseru oleh "The Royal Descendants Assosiaciation" melalui Presidennya Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menyarankan agar ADUN Kubang Rotan tersebut memohon maaf kepada Sultan kerana secara sengaja menyoal kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Kedah.

Dan Presiden persatuan juga menyeru agar MB Azizan memberi penerangan sejelasnya kenapa soalan tersebut boleh terlepas masuk DUN.

Kedah Times sebelum ini memohon penjelasan tetapi kali sekata dengan Presiden Persatuan Kerabat Diraja supaya ADUN Kubang Rotan, Speaker Dewan dan MB memohon maaf serta memberi penjelasan kenapa boleh berlaku demikian.

ADUN Kubang Rotan perlu memohon maaf dan menjelaskan kenapa soalan-soalan sebegitu dikemukakan.

Speaker perlu memohon maaf serta menjelaskan kenapa soalan-soalan tersebut dilepaskan dalam persidangan.

MB sebagai ketua Negeri dan Ketua PAS Kedah perlu jelaskan kenapa membiarkan ADUN di bawahnya mengemukakan soalan-solan seperti itu. Adakah MB masih tidur atau sudah hilang kawalan terhadap ADUN Kerajaan? Atau memang sengaja soalan-soalan itu dikemukakan untuk menjatuhkan MB?

Sekali lagi .... MOHON MAAF DAN JELASKAN!
Read Full 1 comments

Zaid Fail Petisyen : Batal Kemenangan BN di Hulu Selangor

Disebabkan tidak dapat menerima kekalahan, Zaid Ibrahim sudah mula meracau. Zaid akan membawa kes membatalkan keputusan pilihanraya parlimen Hulu Selangor ke mahkamah.

Adakah dengan membawa kes ini kemahkamah, ini bermakna Zaid mengakui bahawa Mahkamah akan dapat membuat keputusan dengan adil. Takkanlah orang "sebijak" Zaid hendak membawa kes ke mahkamah yang dirasakannya tidak akan berlaku adil. Tak mungkin Zaid hendak membawa kesnya ke mahkamah yang tidak adil kecualilah jika beliau dalam keadaan mabuk, tapi kita semua tahu bahawa zaid sudah bertau buat bertaubat.

Jangan nanti, bila tewas di mahkamah, kata pula mahkamah berat sebelah, sistem kehakiman negara tidak betul. Jangan jadi macam Nizar sudah la, dah kalah 1-0, bawa ke mahkamah, jadi kalah 2-0. Akhirnya, dia yang meracau. Nizar pun bukan pemabuk, macam Zaid sekarang juga, tapi tetap meracau bila tewas.

KT: Percaya pada Qada' dan Qadar

Zaid to file election petition to declare Hulu Selangor null and void
PETALING JAYA:
PKR leader Datuk Zaid Ibrahim will file an election petition to declare the result of the Hulu Selangor by-election on Sunday null and void. Zaid, who was the losing PKR candidate in the by-election, said he had the necessary evidence to prove that Barisan Nasional was involved in "blatant" bribery.

"Every citizen has a fundamental right to vote. But this right is meaningless if he is not able to exercise it because his name is removed from the electoral roll without his knowledge, or if he is intimidated, or bribed or given all kinds of inducements to influence his choice.

"In the recent Hulu Selangor by-election, we witnessed all of the above. We have witnesses who will come forward with the necessary evidence of blatant bribery," he said.
Read Full 1 comments

Kenapa Soalan tentang Bidang Kuasa Sultan dikemukakan dan dibenarkan?

Selasa, 27 April 2010
Jika di baca disini, soalan-soalan yang dikemukakan dalam sidang DUN Kedah ini seoalah-olah menjurus ke arah itu. Niat sebenar si pengemuka iaitu ADUN Kubang Rotan kita tidak tahu. Hanya Allah SWT dan dia saja yang tahu.

Kedua-dua soalan itu memang menjurus ke arah mempertikaikan bidang kuasa Sultan sempat ditarik balik oleh Speaker dewan selepas dibangkang oleh ADUN-ADUN dari UMNO.

Inilah sifat seorang ADUN Melayu Islam yang masih merasakan dirinya pembangkang. Kepentingan politik sendiri didahulukan dari kepentingan rakyat agama dan negeri.

Beliau disarankan memberi penjelasan sewajarnya ke atas kenapa soalan-soalan tersebut di kemukakan. Dan Speaker Dewan juga perlulah memberi penjelasan lengkap kenapa beliau boleh membenarkan soalan-soalan tersebut terlepas dalam senarainya.

Dan tidak lupa, MB perlu juga jelaskan kenapa tidak boleh mengawal ADUN-ADUN kerajaan daripada mengemukan soalan-soalan sebegini.

Jangan hanya tarik balik dan diam sahaja. PENJELASAN DIPERLUKAN TERUTAMA KEPADA SULTAN DAN RAKYAT KEDAH.

Kepada ADUN Kubang Rotan, kalau nak jadi hero kenalah pilih tempat, gelanggang dan penonton yang sesuai. Jangan jadi gelojoh bodoh. 

Rakyat jelata yang amat sayangkan Sultan Kedah, lihatlah sikap/sifat sebenar ADUN ini! Sifat apakah ini?

Rakyat menanti penjelasan!
Read Full 8 comments

Bai'ah Talak Tiga. Bagaimana Nak Mengugurkannya?

Isnin, 26 April 2010
Assalamua'alaikum..

Saya seorang isteri dan ibu kepada seorang ahli PAS tegar. Masalahnya saya adalah salah seorang di antara isteri-isteri yang diberi amaran, melakukan bai'ah bahawa sekiranya kami memangkah calon BN maka jatuhlah talak ke atas kami dengan talak tiga. Sejujurnya, saya berasa amat tertekan kerana saya tahu bahawa suami saya seorang yang baik tetapi agak keterlaluan taksubnya pada PAS. Saya masih tercari-cari apakah hukum bai'ah tersebut? Adakah bai'ah yang dilakukan boleh dibatalkan dan apakah kesannya jika akak melanggarnya.

Sehingga kini tiada penerangan dan perbahasan yang dapat meleraikan masalah ini. Sekiranya PRU13 nanti, bagaimanakah jika saya sudah tidak mahu mengundi PAS? Sebabnya PAS sudah terbukti tidak mampu mentadbir dengan baik dan banyak mempergunakan ugama.

Semoga masih ada pihak yang mengambilberat tentang hal ini. Kalau nak siarkan pun tak apa.

Salam Hormat

Bulan Kesiangan
KEDAH

P/s: Pssttt..tolonglah jawab sat..Ramai yang sudah sedar dan terbelengu dengan perlakuan sang suami taksub ni..
Read Full 19 comments

PRK ULU SELANGOR -KEPUTUSAN YANG TIDAK BOLEH DIBANGGAKAN

1. Pengundi telah membuat keputusan, kemenangan memihak kepada BN. TAHNIAH ! Tetapi kemenangan ini tidak ada apa apa yang boleh dibanggakan oleh BN, KENAPA? Lihat analisa dibawah :





PRU 12 2008

G. Palanivel                 (BN)             22,979
Zainal Abidin               (PKR)           23,177
Majoriti                                                 198
Undi Rosak                                        1,466
Keluar mengundi                               47,622
Jumlah Pengundi                                63,593

PRK 2010

Kamalnathan               (BN)              24,997
Zaid Ibrahim                (PKR)            23,272
Majoriti                                               1,752
Undi rosak                                             731
Keluar mengundi                               48,935
Jumlah Pengundi                                63,701

2. Undi yang diperolehi oleh BN meningkat sebanyak 2,018 undi ( 24,997 - 22,979 = 2018 )

3. Undi yang diperolehi oleh PKR juga meningkat sebanyak 95 undi (23,272 - 23,177 = 95 )

4. Andaian yang boleh dibuat ialah pengundi yang Protes pada PRU 12 seramai 1,466 kembali menyokong BN dan ianya ditambah dengan pengundi tambahan yang keluar mengundi sebanyak 108 pengundi. Pengundi CINA MASIH TIDAK BERGANJAK DENGAN SIKAP RASIST DAN PATUH PADA ARAHAN DAP UNTUK UNDI CALON PILIHAN MEREKA DARI PKR. Pengundi MELAYU PAS pun cukup taksub dengan Pemimpin ulama mereka dan mereka akan patuh apa saja arahan dari pucuk pimpinan mereka. Pengundi India ada yang berpatah balik tetapi tidak begitu banyak.

5. Persoalan yang harus dibahas ialah adakah MCA masih RELEVAN? Politik memberi wang, projek dan bantuan, masihkah boleh diguna pakai? Dianggarkan lebih RM 100 JUTA telah dijanjikan oleh pemimpin BN semasa berkempen di Hulu Selangor.
1 Melayu
Read Full 2 comments

Sembang-Sembang di Kedah (Siri 2)

Lokasi : Kedai Mamak di Jalan Stadium, sedang makan pagi, tiba-tiba ditegur oleh Pak Cha, kawan lama dari Pendang.

Pak Cha: Assalamu'alaikum, KT!

KT: Wa'alaikumsalam, laa.. Pak Cha! Pak Cha mai mana? Soghang (seorang) saja ka?

Pak Cha: Mai kedai tayar kat ujung tu, nak kena tukag taya.

KT: Mai dok dulu. Bukan la la ni boleh siap pun.

Pak Cha: Bulih jugak tu, dok lapag ayaq (dahaga air) dari tadi lagi. Nih, kopi aih (ais) satu.

KT: Pak Cha mai mana?

Pak Cha: Mai daghi ghumah la, dok ingat nak pi kedai baja kat jalan pi Pacific Tandop tu.

KT: Ooo...dusun dok nak berbuah apa?

Pak Cha: Tumpang dok panaih (panas) ni, bulih boh baja siap-siap (sekarang).

KT: Ingatkan Pak Cha saja mai "jalan-jalan caghi makan."

Pak Cha: Hak tu takdak, jalan jalan, jalan kedaghah (makan) taya ada la.

KT: Ha?

Pak Cha: Tengok la la ni kat Kedah ni, tang mana yang jalan elok? Kalau belubang sikit sikit takpa la, ni sekali masuk lubang, taya dengan rim gheta (kereta) pun pi sekali!

KT: Ooo, tu yang Pak Cha pi kedai taya tu?

Pak Cha: Taya pecah, rim pun bengkok, depa kata nak kena katok dulu.

KT: Pak Cha tukag tayar satu?

Pak Cha: Dak, dua-dua tayar belakang. Mula-mula dok ingat nak boh tayar seken hand saja, tapi takdak, budak kat kedai tu pun habag, taya seken hand susah caghi, oghang banyak dok beli. Tau saja la lani, kat belah alogsetaq ni ekonomi bukannya pi mana sangat.

KT: Ghetu pun saya kena, tapi tak jadi apa. Saya pi ambik anak menakan (anak saudara) isteghi saya kat Shahab Perdana, nak elak lubang belah kiri, last-last pluum!! Masuk lubang sebelah kanan jalan. Jalan kat alogsetaq ni memang teruk la ni.

Pak Cha: Alog Setaq apa? Pi round satu Kedah tengok, jalan highway saja yang elok, yang lain tu, adoi!!!

KT: Betoi ka, Pak Cha?

Pak Cha: Ni tukag taya kali ke dua ni, ghetu gheta bini punya, dia pi sungai petani, ujan lebat, lopak meghata, dia pakai ghedah saja, tau-tau masuk lubang. Dalam pulak tu, pecah dua-dua taya depan. Kesian kat dia, mujug ghumah pak menakan (bapa saudara) dekat, depa tulong mai ambik dia, lepaih tu depa tulong pangge cina kedai taya.

Pak Cha: Mampuih!! Meniaga tak tegha mana, duit dok keluag tak beghenti. La ni bawak gheta kena bekbaik, lubang kat jalan la ni bukan koi kecik, lama-lama mat ghempit mana pi belah lubang tu, tak pasai pasai mampuih macam tu saja.

KT: State gomen tak bayag kontrektor kot?

Pak Cha: Tak bayag apa, duit nak wak keluag nak pebaik jalan pun takdak, toksah dok cerita pasai nak bayag la. Pi tengok kat jalan nak mai aloq setag dari pendang, jalan nak pi kola neghang (kuala nerang), jalan nak pi penang, 1-2 taun lebih dah dok belubang tak pi kambuih-kambuih (kambus) lagi.

Pak Cha: La ni lepaih federal lantik e-daman angkat sampah ok sikit, tu pun lambat kadang-kadang. Kalau tidak, lepas ghaya taun lepaih, pi mana pun, kat pekan pendang ka, pekan alog setaq ka, semua bau sampah. Malu saja, dulu kita dok kata penang darul sampah, la ni alog setaq pulak ganti.

KT: Takpa, sampah punya isu ok dah.

Pak Cha: Ok la, pasai kementerian lantik, haghap MB Kedah, tanya ni "Tak Tau", tanya tu "Tak Tau", MB apa semuanya tak tau. Lepaih tu, gheja (kerja) dok lena saja. Anak menakan kawan Pak Cha habag, Azizan ni, pi Kulim Hi Tech Park ni khas untuk nak tidog saja. Pi function Tuanku pun, dok gheja tidoq saja, patut gheja satu pun tak bejalan.

KT: Ya ka? Takpa la, sabag pi la...ehhh...bukan dulu Pak Cha yang maghah sangat BN?

Pak Cha: Maghah, maghah la masa tu, tapi kalau tau yang depa lagi teghuk, tak pasai la nak bagi ghosak undi ghetu. Dapat depa ni, dulu depa dok kata jadi kerajaan adil, dengan ayaq problem, jalan belubang teghuk, pokok dok tebang tak beghenti, adil kepala hotak apa macam tu?

KT: Takpa, Pak Cha, sabag sabag. Saya ghasa kot-kot duit tak dak kot?

Pak Cha: Kigha tengok la, hasei (hasil) pintu ambik, cukai ambik, balak banyak mana depa potong, duit pi mana tak tau la. Kalau state dapat, mesti duit ada, jalan mesti pebaik punya, pikiaq sendighi la.

KT: Tak tau la, Pak Cha, dok dengag MB kata duit masuk banyak, pelaburan dari Meghapuh, nak bukak SULIH kat Yan, tak tau la, dengag dengag saja la.

Pak Cha: Depa nak bukak kilang kat Yan tu, depa tau ka bulih ka tak bulih. Depa ingat kilang tu kecik kecik ka? Kena tenggelam pi, tak pasai pasai. Dari melabog jadi melebog. Pak Cha dok dengag kata group Bukhary apa dah pindah bukak kilang tang lain dah, depa dok habag kata tanah situ tak bulih buat kilang, lembik.

KT: Tak tau la, state kata ghetu nak reclaim laut.

Pak Cha: Kalau reclaim, buat gheja pak pandiag la depa ni, punya la mahai, lepas reclaim depa sure ka tanah tu boleh tahan. Nak buat kilang penapih tu, bukan kilang buat meja.

Pak Cha: Ok lah, KT, Pak Cha nak pi tengok depa dah siap ka belum.

KT: Tak pa Pak Cha. Saya pun nak kena balik pi ofis ni. Nanti kot-kot saya pi Pendang, kita pi makan nasi dengan dagin masak meghah kat pekan.

Pak Cha: Bulih bulih. Ok KT, saya pi dulu, Assalammalaikum.
KT: Wa'alaikumsalam.
Read Full 5 comments

TAHNIAH BN DI HULU SELANGOR

Ahad, 25 April 2010
KEDAHTIMES  MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA BN
TAHNIAH KEPADA CALON BN
TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS BN
TERUSKAN KERJA KUAT ANDA
24,997 undi

Read Full 5 comments

Belum Memerintah Dah Jadi Samseng Tahan Orang

Sejak bila orang awam mempunyai hak untuk menahan mana-mana pihak lain? Ini yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan yang menahan 10 bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Belumpun berkuasa, boleh tahan bas sesuka hati, bayang kalau puak ini menang dan menjadi pemerintah Malaysia ini, segala suara yang bertentangan akan dihapuskan.

Mana kan tidak, suara bantahan dalam parti seperti Zulkifli Noordin pun kena pangkas.

Pihak polis eloklah siasat dan dakwa mereka yang menahan orang awam lain atas alasan politik. Mereka ini boleh menjadi pencetus kejadian yang tidak diingini. Tiada individu awam berhak menghalang perjalanan mana-mana individu lain di negara ini.

-laporan Malaysiakini-
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 buah bas yang disyakinya membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Peretak di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mendakwa anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 yang disyakinya pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Read Full 0 comments

BENARKAH TUHAN MENCARUT DALAM ALQURAN ? - ULANGAN

Marilah kita sama-sama membaca teks ucapan Nik Aziz Di Stadium Sultan Muhammad IV Kota bharu pada 1 Mei 1999 lalu. Teks ucapan ini memberikan hujah-hujah yang kita boleh mencarut kerana Allah ada mencarut dalam AlQuran - seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz. Dia tidak dapat membezakan antara sumpah seranah dengan mencarut. Dalam salah satu Hadis yang mangatakan " kita hendaklah berakhlak mengikut ahlak Tuhan" - dia memaksudkan bahawa jikalau Tuhan danh mencarut dalam Quran, maka kita pun boleh mencarut.

Dia menklafikasikan 'kera yang hina' sebagai mencarut!

Dia mendefinisikan 'mati dibunuhlah semua manusia' sebagai mencarut. Dan dia tidak dapat membezakan erti mencarut dengan sumpah seranah.

Yang kita kasihankan ialah pengikut yang dibawah yang terikut-ikut dengan ajaran Nik Aziz ini. Kalau seorang yang digelar Tok Guru masih tidak tahu membezakan antara mencarut dengan sumpah seranah; antara mencarut dengan tempelak, sudah tentu pengikutnya yang kurang arif tentang agama dapat membezakan ini semua.

Dia lakukan ini demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad.

Marilah kita baca dengan teliti dan cuba fikirkan. Dato Harun Din dah sahkan sendiri yang Tuhan tidak mencarut dalam AlQuran. Yang mana satu kita nak percaya sekarang ? Fikirlah..

TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999

Mengenai isu mencarut ... kita ada hak mencarut... cumanya tengok tempat....

Dalam sehari dua ini sibuk masalah mencarut. Hari Jumaat baru ini, wartawan dok tanya, (dan) pagi tadi dok tanya lagi. Ambo kata malam nilah (akan jawab). Masalah mencarut yang sibuk sangat dibesar-besarkan oleh suratkhabar (adalah) hasil sebuah buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad.

Sebenarnya, belum pada ni takdakah (di) negeri kita (berlaku perbuatan) yang mencarut. Tak adakah (di) negeri kita yang mencarut seperti mana yang dikatakan kepada Shahnon. Pernah ko tidak kita dengar bahawa orang dok perli kita dok sembahyang hajat buat (kata mereka, sembahyang hajat buat) menyusah Tuhan jah? Ni mencarut ke tidak?

(Kata-kata) buat menyusah tuhan sembahyang hajat ni (adalah) perkataan mencarut, kenapa tidak dibesar-besarkan.

Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata kalau nak makan sup tangan pergi ke Kelantan. Ni mencarutkah (atau) tidak?

Pernah orang kata Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia. Ni mencarutkah (atau) tidak? Mengapa tidak diperbesar-besarkan?

Boleh jadi mereka tidak rasa benda ini mencarut. Tak terasa kerana kemanusiaan/ keIslaman mereka tidak ada, tak terasa benda (perkataan) itu mencarut. Adakah layak bagi seorang manusia muslim mengata ugama dia sendiri tidak layak memerintah di Malaysia. Erti Malaysia ni sendiri ‘black area’ (kawasan hitam) nak memerintah Malaysia tak sah (tak mampu), kerana kawasan hitam/black area. Tapi orang (mereka) ini tak terasa perkataan begitu, (adalah) perkataan berdosa - perkataan mencarut.

(Bagi) seorang manusia akan merasa malu nak berak di (atas) jalan. Tapi lembu malukah (atau) dok? Manusia malu nak kencing (di) tepi jalan, manusia malu nak berak tengah jalan, kerana (dia tu) manusia. Tapi lembu nak berak, nak kencing, tak apa (di tempat terbuka) kerana dia (tu) lembu.

Kalau seorang rakyat Malaysia bercakap di mana-mana kedai kopi, (atau) di mana-mana, dia sebut;

“undang-undang Malaysia tidak bagus, lebih baik undang-undang Singapura, lebih baik undang-undang Thailand, lebih baik undang-undang Amerika. (Maka) dia seorang rakyat Malaysia kata hodoh (mencaci - mencarut) kepada undang-undang Malaysia, apakah tindakan yang akan dibuat oleh polis? Tak sampai dua minit, dua jam orang itu mesti dibawa ke balai polis.

Inikan manusia Muslim, sanggup (mengata – mencarut) bahawa Islam tidak layak memerintah Malaysia. Alasannya pula, alasan yang betul-betul jahil. Alasan masyarakat majmuk. Sedangkan (realitinya) mana ada di dunia ini masyarakat yang tidak majmuk. Di Mekah (Saudi Arabia), masyarakat majmuk, di Madinah masyarakat majmuk, di negeri kita (Malaysia) pun masyarakat majmuk. Maka kenapa (sifat) masyarakat majmuk di Mekah dan Madinah, Islam boleh dilaksanakan? Sedangkan masyarakat Islam yang sama di Malaysia tidak boleh nak buat (memerintah secara Islam).

Kalau orang MCA (parti bukan Islam mewakili orang Cina), cakap bahawa Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia, (adalah) munasabah kerana mereka tak tahu (tentang Islam). Kalau MIC (parti bukan Islam mewakili orang India) bercakap seperti itu, munasabah kerana mereka tak tahu. Ini manusia Muslim yang setiap hari menyebut Allahu Akhbar (Allah Yang Maha Besar – di dalam sembahyang atau luar sembahyang). Tiba-tiba kata begitu (Islam tak layak memerintah di Malaysia). Tidakkah itu (kata-kata)mencarut? Tetapi kerana apa ia tidak dibesar-besarkan? (dan) tak ada sapa kata apa.

Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah itu (perkataan) mencarut? (Begitu pula) Kalau babi itu (asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang takut (dianggap) mencarut.

Kononnya nak ajar rakyat Malaysia bercakap moleklah, tak usah sebut-sebut babi, (lebih baik) sebut khinzir. Tapi ketika nak sebut orang buat maksiat, kita sebut terang-terang(an), liwat dan berzina. Dan (sampai) ada (satu) suratkhabar menyatakan erti liwat begini, “masuk benda ini dalam lubang ini”, (secara) terang-terang(an). Tetapi (mengapa) tak ada siapa kata apa.

(Tetapi) jatuh ke Dato’ Shahnon Ahamad buat buku (novel SHIT). Sibuk macam nak kiamat esok (dah). Itupun (mungkin kerana) Shahnon Ahmad tulis ‘Shit’ (di)tuju (ke)pada orang tidak PAS. Kalau dia tulis buku ‘Shit’ (itu) (di)tuju pada orang PAS, (rasanya) orang tak (akan) kata apa-apa.

Kalau Shahnon Ahmad tulis satu buku yang mencarut mengenai Parti PAS, orang tak (akan) kata apa-apa. Tetapi kerana buku ini ditujukan kepada orang-orang (terasa oleh pihak) tertentu, maka jadilah keadaan sibuk.

Nampak sangat para hadirin semua, (ia adalah) berat sebelah. Nampak sangat kita menengok dengan sebelah mata. Kalau orang melihat dengan mata sebelah ini, kita panggil apa dalam agama kita ini? Bila kita sembahyang, dekat nak beri salam, kita diajar baca doa banyak jenis. Diantaranya (maksudnya) “Wahai Tuhanku, aku meminta kepadamu berlindung dari azab kubur, dan cabaran masa hidup dan mati, dan juga cabaran dari Dajal”.

Kita baca dalam hadith, Dajal ini, yang bermata sebelah ni, akan timbul akhir zaman. Semua orang tahu, Dajal ini disebut oleh Nabi sendiri bahawa ia akan timbul akhir zaman. Kita pun tak faham, dah tentu Dajal akan timbul akhir zaman. Kenapa Nabi kita (meng)ajar dan dia sendiri membaca doa ini ketika dia ada lagi. (Sejarah berlaku) 1400 tahun dulu, Nabi kita dah (meng)ajar supaya semua orang baca doa tadi. Minta Tuhan pelindung kita dari itu, dari ini dan (berlindung dari) Dajal. Maka kita (mungkin) jadi tak faham. (Maknanya) doa ini perlu dibaca (sekarang) jangan tunggu akhir zaman.

Sebenarnya begini, (perkataan) mencarut(kah atau) tak mencarut ni, kita (kena) ingat (kata-kata) orang tua-tua kita dulu, (da)tuk kita, emak kita (masa) dukung budak (anak) kecil, dan bila budak (anak) kecil ini menangis, bila dia pujuk tak dengar (terus menangis), (maka perbuatan mereka adalah dengan menunjuk-nunjuk) Nu! Nu! Nu! kereta tu, Nu! Nu! Nu! burung! burung! tu. Orang politik bila dia tengok Parti dia (sedang nak) runtuh (begitu) sekali sekarang, huru-hara terlalu banyak masalah politik sekarang. Hilang duit tak tahu ke mana. Duit Perwaja hilang beratus juta, beribu juta. BBMB nak kata hilang berapa ribu juta. BMF hilang duit orang tak tahu ke mana. Mari pula penyakit orang itu keluar parti, orang ini keluar parti. Maka dia pun mula (menunjuk-nunjuk) nu! nu! nu! Shahnon! Shahnon!, Nik Aziz! Nik Aziz!. Itu saja bendanya.

Semata-mata nak alih pandangan. (Cara begitu) dipanggil (cara) ‘psikologi tabir’. Seperti kita nak panggil orang-orang besar, maka (di sepanjang laluan orang besar itu) pegawai-pegawai (akan memasang) tabir di tepi tembok (jalan laluan itu) supaya tak nampak benda-benda yang hodoh. Tetapi kalau jengok di sebalik tabir itu, nampaklah bendanya (yang hodoh).

Begitu juga yang ini (mengenai perkataan mencarut), kerana amat teruk masalah dalam UMNO sekarang ni, dengan pelbagai perkara maka disebut sebentar tadi. Nu! nu! Shahnon mencarut. Nik Aziz sokong!. Bendanya (adalah psikologi tabir - sebenarnya) untuk (peringkat) budak-budak. Tuan-tuan semua budak-budak (lagi) kah? Boleh dipermain-mainkan oleh UMNO? Kalau tidak (peringkat budak-)budak (maka kita) kena reti. Tak ada apa melainkan mainan orang politik saja. Para hadirin semua, yang itu kita jawab secara logikal untuk (me)mudah(kan) kita faham.

Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri. Adakah perkataan menyumpah (di dalam al-Quran)? Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?

Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;
(pertamanya) “Islam ini – (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat manusia, Dia buat sama naluri-naluri tertentu. (ini bermakna) tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala, beri lidah saja. Ada lagi benda lain (di)dalam yang kita panggil ‘Gharizah’. Naluri bermakna sifat-sifat tertentu. Sifat kedekut, sifat baik, sifat pongah, sifat berjurus, sifat suka mencari harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat, naluri apa apa saja. Macam-macam sifat dan perangai (yang) Allah beri kepada kita.

Dan yang keduanya, tidak ada sifat yang Allah beri pada manusia bila mari (didatangkan) Islam (kepada manusia), Dia sekat, Dia musnah, tak ada! Allah Taala beri kepada kita sifat suka mencari wang/duit, Allah Taala tidak sekat kita. Cari duit, cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah. Nak cari duit boleh, kerana apa? Sifat cari duit ada padamu tapi jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu. Sifat nak pada seks, orang lelaki nak pada perempuan, orang perempuan nak pada lelaki. Adakah Dia sekat? Tidak, cuma Dia kata nak ko orang perempuan, (mesti) menikah-kahwin, jangan berzina, jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.

Itu sajalah bendanya. Sifat membunuh, manusia suka membunuh. Tak apa boleh membunuh, ketika mana ? Ketika musuh mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga hartanya sendiri maka dia mati syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak bininya maka dia mati syahid.”

Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik (biar kena pada empatnya), ketika mana perlu kamu membunuh. Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik. Orang yang buat khianat, kamu boleh khianat sama. Begitu juga sifat mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada orang yang buat tak tentu kepada dia. Ketika mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai) menyumpahlah.

Ambo pilih dua, tiga, empat ayat dan hadis (sebagai dalil dibolehkan mencarut, menyumpah).

(Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud,
“Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”.

(Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang muka-muka-orang yang kita panggil orang sekular. Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak. Kalau mengikut orang Kelantan (kita kata), “baso tak dok otak, baso tuli”. Itu tidak(kah) mencarut? Allah sendiri sebut begitu dalam Al Quran.

(Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu berakhlaq dengan Allah akhlaq Tuhan”. (Hakikatnya) Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan) mencarut. Cumanya tengok tempat. Orang kafir Dia sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah. Biar tentu (sasaran mencarut biar) kena (pada) tempatnya.

(Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi (maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu kera yang hina”, Allah Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut? (Sebelum ni, Tuhan menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi, kera lagi ? Apakah itu tak mencarut?

(Keenam), Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

(Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa binatang, takkah mencarut lagi? Itu ayatnya (dalam al-Quran).

(Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata, hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami kebenaran – diumpamakan juga serupa orang mati dibunuh)”.

Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau tengok tubuh hebat, tetapi Allah kata “baso mati dibunuh” – terjemah(an) bahasa Kelantannya, “Baso mati bbunuh”. Terjemah secara jawi, secara tradisional, “membunuh akanlah mereka itu oleh Allah”. Tak tahu satu perkara pun, akhir orang mendengar mengantuk belaka. Cuba kata “Baso mati bbunuh”. Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena menterjemahkan maknanya dan misinya. Barulah sampai mesej Quran kepada kita.

(Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud), “Mati dibunuhlah semua manusia, pelik sungguh, mengapalah manusia menjadi kafir”.

Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam (al-)Quran. Ertinya bila Allah buat sesuatu dalam (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata “Hendaklah kamu berperangai (akhlaq) sebagaimana perangai (akhlaq) Allah”. (Di sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita berhak (boleh) marah. (Dalam hal mencarut, mengata keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab (untuk) ianya dibesar-besarkan. Boleh jadi orang ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada perkataan berunsur mencarut, kata-kata keji mereka) tak pernah dengar (kandungan al-Quran).

Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran. Awal-awal lagi dia pandang lekeh pada Islam. Islam ini layak (di) padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta, maka baca buat apa (al-) Quran?

Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu menerima hakikat kandungan al-Quran, mulalah) kata Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’. Padahal dia tahu, fatwa-fatwa ni hanya (layak dikeluarkan oleh) mufti sahaja. Tapi dia nak ‘provoke’ orang, nak suruh orang marah pada ambo. Dia sebut ambo buat keluar fatwa. Itu tak apalah. Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!

(Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan kena ingat satu ketika berlaku perselisihan faham di antara Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas hijrah), (bertujuan) pergi buat umrah ke Mekah. Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini terkenal dengan nama ‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini disebut Sumaisi. Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala sewaktu beliau berada di Madinah. “Hai Muhammad, satu masa kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram dalam keadaan aman damai, boleh buat tawaf dan apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan boleh gunting rambut.” Nabi kita beritahu kepada orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak buat haji nak buat umrah, Muhajirin daripada Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak isteri dan sebagainya. Nabi kita iklan tahun yang ke-5, bahawa aku sedang bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat umrah. Nabi kita tak bawa sebarang senjata selain daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti mana orang Melayu dahulu berjalan ada parang, pisau raut di pinggang. Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu kambing-biri yang telah diletak tanda untuk disembelih di Mekah. Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia tengok kambing-biri ada tanda di tengkuk, dia gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan kambing orang dah. Maka dia tidak ganggu. Sampai di Hudaibiyyah, kena sekat. Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari sekat nabi Muhammad di Hudaibiyyah bahawa “kamu tidak boleh masuk ke Mekah”. Nabi kata “pasal apa kamu tidak beri, aku bukan mari nak berperang, tengoklah senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam tanda menunjukkan kambing biri ini telah dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding, berunding.

(Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair bin Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah bab Hudaibiyyah. Hudair bin Warqa’ mari bercakap perkara yang benar-benar (paling) tidak menyenangkan hati Rasulullah SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar dan sebagainya. Bila Saidina Abu Bakar (men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam. Mula-mula dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu pedang. Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan (mengeji).

Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt” (di)depan-depan Nabi. ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’ nama bagi tuhan (orang Quraisy musyrik). Maknanya pergi balik jilat punggung tuhan mu dulu. Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar (di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak kata apa-apa. Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut depan-depan dia sendiri. Nabi tak kata apa walaupun perkataan yang begitu sekali hina. “Balik jilat punggung tuhanmu dulu, baru mari bercakap di sini”. Habis menyumpah, nabi tak kata apa. Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah. Yang ambo dok baca malam Jumaat “Sirah Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah ini).

(Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari orang beri salam di tangga. Apabila Nabi dengar suara itu, dia cam suara itu. Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah, maksudnya “hak paling jahat dalam kampung ni, dia ni lah”. Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum manis, sambut dan terima molek.

Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada orang lepas itu buka pintu dan sambut. Ini para hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk ‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu untuk meredakan kemarahan hati. Kadangkala kita sumpah. Lepas itu dari sumpah itu reda. Kalau tak sumpah ia akan naik ke kepala nanti jadi selsema, beringus hidung. Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga menyumpah di depan Nabi dan Nabi tak kata apa-apa.

Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh manusia ini (tak ada) satu habuk yang Islam mari sekat (buat sekatan). (Cuma) nak ke orang perempuan boleh. Tidak sebagaimana setengah-setengah pemimpin agama sampai ke tahap tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh) cari harta. Islam tidak, tok guru setinggi mana pun, Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin. Cumanya peraturan, kaedahnya nak ke orang perempuan, berkahwin. Nak harta boleh. Nak bunuh pun boleh. Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri kita, kalau tak cukup dengan askar dan polis, kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang. Peluang kamu untuk bunuh orang boleh ketika itu. Sifat orang mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar. Kalau ada kebenaran bunuh daripada Islam boleh bunuh.

Apa benda lagi? Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini berpunca daripada (ada) benda lain, ‘something behind’, (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon buat buku ‘Shit’ dia ni untuk maki PAS tak apa, tak ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....

Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni) lakon orang, lakon malaikat dan lakon syaitan atas dunia.

CATITAN:

Demikianlah sedutan daripada hujah-hujah YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan berhubungan dengan isu mencarut yang dihebohkan oleh media massa dan tokoh politik tertentu.

Bagi pihak Unit Penerbitan Lujnah Penerangan, membuat beberapa editing terhadap sedutan tersebut, khususnya perkataan yang dalam kurungan ( ) adalah tambahan bagi memudahkan kefahaman pembaca sekalian.

Harap maklum.

Rujukan Tambahan, maksud ayat al-Quran;
(1) as-Shaaffaat ayat 63 – 65, “Sesungguhnya Kami menjadi pohon zaqqun itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya, dia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan”

(2) al-Jumu’ah ayat 5, “Perumpamaan orang-orang yang dipikul kepadanya Taurat, kemudian dia tidak memikulnya (tidak mengamalkan, tidak mengakui kebenarannya, termasuk mengenai kerasulan Muhammad SAW), adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.”

Read Full 0 comments

Bila Malaysia Kini Bercakap Tentang Kebebasan Akhbar

Akhbar "ultra kiasu" yang menyamar pembela kebebasan akhbar, Malaysiakini telah memalukan diri sendiri apabila cuba membela seorang editor NTV7 yang dikatakan meletak jawatan akibat campurtangan dari pihak kerajaan.

Jika Joshua Wong meletak jawatan dan bukan dipecat, ini sudah menggambarkan bahawa NTV7 dan juga kerajaan tidak memilih bulu siapa yang dilantik bekerja dengannya. Malah mereka yang berjiwa pembangkang seperti Joshua juga boleh berada di organisasi NTV7 sejak begitu lama. Cuma, tentulah ada polisi majikan yang perlu dipatuhi oleh pekerja dan jika Joshua rasa beliau nak jadi tauke, boleh la buka syarikat sendiri. nanti beliau boleh beritahu pekerjanya bahawa mereka boleh berbuat sesuka hati tak payah patuh kepada majikan.

Disebalik cerita ini, ia juga merupakan satu bukti bahawa, tidak seperti NTV7 yang mengambil pekerja dari semua latarbelakang, waima yang berbau pembangkang, Malaysiakini yang mana semua artikelnya menyebelahi pembangkang samada secara terus atau berselindung hanya mengambil wartawan dan editor yang telah dikembirikan saja.

Maksudnya, tiada yang berani langgar arahan dan tiada yang berani letak jawatan sekalipun, walaupun diketahui apa jenis pemberitaan Malaysiakini yang hanya satu hala.
Read Full 1 comments

Huru-hara Jika PR Kalah

Sebagaimana pilihanraya-pilihanraya yang lepas, apabila BN tewas, maka penyokong-penyokong BN akan menerima kekalahan dengan tenang, tiada berlaku kekecohan walaupun persekitaran dipenuhi provokasi oleh PR. Nama SPR akan dilupakan dan tidak begitu popular,tiada siapa akan menyalahkan mereka. Begitu juga polis dan apa saja agensi yang terlibat, tiada yang akan kena marah.

Tapi bagaimana jika BN menang?
Jika BN menang dan PR kalah, penyokong PR akan meracau-racau dan menyalahkan semua pihak kecuali diri sendiri. Jika penyokong tidak meracau teruk, pemimpin mereka akan membuat provokasi menyalahkan SPR, Polis, dan semua pihak lain supaya penyokong taksub mereka meracau-racau.

Apatah lagi kemenangan BN PRK P094 akan menjadi isyarat terakhir  dari rakyat kepada PKR bahawa parti itu sudah tidak lagi relevan dan rakyat lebih jauh bertamaddun berbanding mereka. 

Jika tidak percaya, tunggu dan lihat dalam 10 jam lagi, apabila keputusan PRK P094 diumumkan, apakah reaksi mereka jika tewas....

Pihak keselamatan disarankan meningkatkan tahap pemantauan bagi mencegah sebarang kemungkin memandangkan kemenangan dijangka kearah perubahan. PKR sudah menjadi Parti Kebencian Rakyat.
Read Full 0 comments

Kerajaan Perpaduan PAS Dan UMNO

Semakin hari semakin kencang benar angin mengatakan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan. Dan hari ini pula ada yang mengkhabarkan bahawa Kerajaan PAS Kedah akan tumbang. Mungkin sesetengah pihak berpendapat, berita ini akan menguntungkan BN dan sesetengahnya akan berasa sedih dan kecewa.

Dalam perasaan yang bercampur baur, wujud satu pendapat yang rasanya wajar difikirkan oleh Azizan. Masih ada masa untuk selamatkan Kerajaan PAS dengan cara yang terhormat dan dihormati. Peluang untuk Ustaz Azizan menjadi lebih baik dari Nik Aziz juga masih ada. Yang sedang ditunggu-tunggu ialah MB Kedah ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Kedah adalah yang terbaik bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga PAS.

Nik Aziz telah mencalar imej kepimpinan PAS kerana menyebabkan berpuluh-puluh ribu umat Melayu bercakaran dan berbalah sesama sendiri. Mengkafirkan sesama Melayu Islam yang lain dan membenci perpaduan. Nah! Inilah masa yang sesuai untuk Ustaz Azizan kembalikan imej PAS. Wujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Satukan rakyat negeri Kedah terutamanya Melayu dalam 2 parti gergasi ini. Adakah Ustaz Azizan takut atau malu? Jika tidak berbuat begini maka PAS Kedah akan tercalar seluruhnya.

Dan bagi pihak BN pula, memenangi semula pentadbiran negeri secara ini bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan. Kedah lain. Perak lain. Di Perak, keadaan yang berbeza di mana PAS minoriti kemudian di lantik sbeagai MB. Menjadi boneka yang membuat pelbagai tindakan yang keterlaluan dan membawa ancaman kepada Melayu. Akhirnya Kerajaan BN mendapat mandat kerana masalah yang kalau dibiarkan amat berbahaya kepada masyarakat yang berbilang kaum.

Tetapi di Kedah, Ustaz Azizan bukan seperti Nizar. Ustaz Azizan masih menguntungkan Melayu tetapi akhirnya terpaksa akur dengan perkataan 'darurat'. Permsalahan demi permasalahan yang melibatkan wang ringggit untuk mendapatkan jalan-jalan penyelesaian telah melumpuhkan sepenuhnya Ustaz Azizan.

Jika Ustaz Azizan bersetuju untuk mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO maka tiada yang merugikan. Perpaduan sesama Melayu akan lebih kuat dan sejarah akan dapat menyaksikan Melayu PAS dan Melayu UMNO boleh bergelak ketawa dan sama-sama mentadbir untuk sebuah negeri yang bernama Kedah Darul Aman.

Cumanya Ustaz Azizan perlu ingat bahawa sentiasalah menyedarkan ahli-ahli dan penyokong PAS bahawa UMNO wajar dihormati. UMNO wajar dijadikan sahabat bukannya DAP. Berkongsi pemerintahan bukanlah sesukar mana. Dan di PRU13, biarkan rakyat sendiri menilai antara PAS baru dan juga UMNO yang telah berubah.

Jika tidak maka akan tercalarlah Melayu.


ccz sanggulmelayu
Read Full 1 comments

Kilang Fitnah DAP berleluasa

Sabtu, 24 April 2010
Sudah terbukti yang DAP dan konco-konconya menerima pakai taktik fitnah. Kilang-kilang fitnah PKR, PAS dan DAP telah mula bergerak dan bekerja keras mengeluarkan fitnah-fintah serta provokasi-provokosi yang cuba mempengaruhi orangramai.
Inilah taktik yang telah lama dipraktikkan oleh Zionis Israel dengan jayanya. Dan kini DAP telah membawa taktik ini ke Malaysia. PAS telah diajar supaya mengguna taktik ini juga. Biar berlebai putih atau serban di kepala, tapi taktik menfitnah ini menjadi gaya hidup mereka dan kemuncaknya bila ada pilihanraya.

Mengapa PAS perlu bersekongkol sehingga menjadi sebegini? Kuasa adalah matlamat utama mereka. Islam hanyalah alat mereka. Semua janji-janji tentang Islam kepada pengikut-pengikut mereka selama ini adalah penipuan semata-mata. Islam adalah gula-gula yang sering dijamu kepada pengikut-pengikut PAS walhal tiada sebutir zarahpun ingin mereka tegakkan Islam itu di Malaysia.

Kilang-kilang fitnah ini telah wujud dengan dahsyatnya di Selangor dan Pulau Pinang dan PAS telah menjadi sebahagian darinya. Mana pergi sifat tawadduk dan ke Islaman mereka? Apakah sudah dibuang ke tepi demi untuk berkawan dengan syaitan dan kominis PKR/DAP.

Kita masih tertanya-tanya apa 'stand' PAS Kedah dalam isu ini. Apakah mereka bersama dengan dalam menggerakkan kilang-kilang fitnah ini? Sehingga kini tiada suara-suara menafikan yang mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja ini.

Ditambah juga dengan sifat suka diam atau "saya tak tau' MB yang juga pesuruhajaya PAS Kedah samada setuju atau tidak dengan calon PR Hulu Selangor membuatkan kita semua di Kedah tertanya-tanya. Apakah diam tanda setuju? Atau diam kerana takut kepada DAP atau PKR?

Kedah Times menyarankan agar janganlah pengikut PAS memakai serban atau kopiah putih sepanjang kempen PRK. Terutama apabila mereka secara langsung menjadi kilang-kilang fitnah. Kerana ini memberi imej buruk Islam kepada bukan Islam. Ingat bagaimana AlQaeda telah memberi satu imej menyeleweng terhadap orang Islam oleh Barat?

Islam akan dipandang buruk oleh bukan Islam akibat dari tingkahlaku pengikut PAS yang berkopiah putih dan berserban tetapi menyebarkan fitnah terhadap Muslim/bukan Muslim yang lain.
Read Full 0 comments

Tun Dr Mahathir Bukan Pendedam

'One picture is worth a thousand words', lihat gambar ini yang memaparkan seorang NEGARAWAN MALAYSIA yang dituduh sebagai seorang RASIST oleh ahli MIC dan turut dipersenda oleh Presiden MIC semasa Mesyuarat Agung MIC tahun lepas. Ada seorang perwakilan MIC yang bangun bercakap dengan lantang memaki hamun Tun dihadapan perwakilan MIC dengan kata-kata kesat. Tidak cukup dengan itu Perwakilan ini seorang penyokong kuat Mr Samy Vellu turut mencadangkan untuk MENGKALONGKAN SELIPARR DI LEHER Tun, cadangan yang cukup biadap dan kurang ajar.

Hari ini calon MIC ditakdirkan bertanding di Parlimen Hulu Selangor, nyawa MIC makin hari makin perlu ditambah dengan oksigen dan Tun dengan rela hati turun padang berkempen untuk Calon MIC, BUKAN SEKALI TETAPI DUA KALI BERTURUT-TURUT. Mana pergi orang yang maki hamun Tun ?  Amat jelas Tun bukan seorang PENDEDAM, inilah yang membuat Rakyat amat menyayangi Tun dan bukan macam perangai PRESIDEN MIC yang busuk lagi memusukan.
Read Full 1 comments

PR Pilih peminum arak, Kedah ada pusat ala Las Vegas

Jumaat, 23 April 2010
Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:
“Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.

Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”

Surat "Al Baqarah" yang mengandungi 286 ayat diturun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Hajji wadaa' (hajji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat Al Baqarah termasuk golongan Madaniyyah, merupakan surat yang terpanjang di antara surat-surat Al Qur'an yang di dalamnya terdapat pula ayat yang terpanjang (ayat 282).

Surat ini dinamai "Al Baqarah" karena di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada BAni Israil (ayat 67 sampai dengan 74), dimana dijelaskan watak orang Yahudi pada umumnya.

Dinamai "Fusthaatul-Qur'an" (puncak Al Qur'an) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat "alif-laam-miim" karena surat ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

Pokok-pokok isinya :
1. Keimanan :
Da'wah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin.

2. Hukum-hukum :
Perintah mengerjakan shalat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishash; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiyat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merusak mesjid; hukum merubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.

3. Kisah-kisah :
Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.

4. Dan lain-lain :
Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat orang-orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat, kebangkitan sesudah mati.

(Albaqarah ayat 2:219):
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar [ Segala minuman yang memabukkan] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir

Tunggu pendedahan terhadap Kerajaan negeri Kedah yang membiarkan pusat judi dan arak beroperasi di tanah miliknya. Adakah kerana takut hilang undi atau memang ketidakmampuan kerajaan negeri menghapuskannya? Tunggguuu esok 23/04/2010 tepat jam 9 pagi.
Read Full 5 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates