Waras .. . Waras ... Waras ... lah wahai bangsa Ku

Isnin, 31 Mei 2010
Dalam sejarah manusia, berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa itu bergantung kepada nilai-nilai yang dipegang dan yang diamalkan oleh bangsa itu. Malaysia boleh. 1Malaysia!

Mungkin kita berpendapat amat sukar bagi sesuatu bangsa mempunyai semua nilai yang ideal tadi. Tetapi tanpa memiliki semua pun akan membawa sedikit sebanyak kejayaan yang dicita-citakan. Amatlah negatif kalau awal-awal lagi kita menolak kemungkinan kita memiliki nilai-nilai yang disebut itu tanpa mencuba. Malaysia boleh, kita boleh.

Tidak ada siapa melainkan orang Islam sendiri yang mesti membetulkan masyarakat mereka. Mereka mesti menjaga adab yang betul. Mereka adalah pemimpin di kalangan manusia. Mereka sepatutnya berjemaah di kalangan para aulia sekiranya mereka benar-benar mencintai Rasulullah SAW seperti para sahabat sebelum mereka. Mereka tidak boleh lagi mencampur adukkan politik dengan agama kemudian menggunakan agama untuk kelompok sendiri terutama mereka yang tidak ada perasaan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap sesama manusia serta tidak lagi memikirkan tentang alam dan ketuhanan. Berimankah mereka yang hanya fikirkan kepentingan diri dan kepentingan puak-puak serta kaum kerabat sendiri semata-mata? Hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan diketepikan sama sekali. Itulah padahnya bila asyik berceramah dan asyik mendengar ceramah.

Memang seronok apabila kita dapat menyatukan diri dengan alam, laut dan langit ketika kita cuba menyelesaikan sesuatu masalah negara yang memerlu dan melibatkan setiap anggota masyarakat. Kita akan merasa lega, bertenaga apabila kita tidak lagi memberikan keutamaan kepada nafsu jasad kita dan segala-galanya yang berbentuk dan berupa. Menyendiri dan mengosongkan diri serta melawan kehendak nafsu yang mementingkan kebendaan dan keduniaan adalah merupakan satu kekuatan. Kita perlu membersihkan hati dan kita juga perlu mengukuhkan iman. Sesungguhnya kita telah dapat menundukkan musuh yang bersembunyi dan menyamar sebagai diri kita sendiri.

Islam tidak melarang penggunaan ilmu pengetahuan yang betul dalam menghadapi perubahan masyarakat menurut masa dan tempat. Islam mengizinkan penganutnya berijtihad kepada orang yang mempunyai keahlian pemerintah hak yang dinamakan siyasah syariyyah kepada pemerintah untuk mengendalikan masyarakat dan negara yang mengalami cabaran situasi yang berbeza-beza tanpa menyanggah hukum Islam yang tetap memberi kebaikan kepada manusia.

Adalah tidak wajar kalau kita menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan dan mengaku menegakkan kebenaran sedangkan pendokongnya tidak bersifat begitu. Dan tidak wajar melarang orang lain daripada melakukan kemungkaran sedangkan yang bercakap itu terus hidup dalam kemungkaran.

Kalau kita sendiri hidup dalam kegelapan macam mana hendak menerangkan orang lain. Begitu juga mencegah fitnah tetapi dia sendiri melakukan fitnah. Kesimpulannya, apa juga kebaikan yang dianjurkan hendaklah dengan cara penuh keikhlasan.

Orang PAS tak boleh double standard. Apakah dalam PAS tidak mengamalkan sistem ikut saja kata Tok Guru dan pemimpin? Majlis usrah buat sedap mata dan telinga saja dan siapa pun tak boleh bantah, sebagai contoh bersekongkol dengan PKR serta DAP dan memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri apabila ditakdirkan Pakatan Rakyat menang pilihan raya. Apa nak jadi dengan Hadi Awang? Pemimpin jenis apa dia ni? Pemimpin tak sepatutnya memiliki perasaan rendah diri. Tak malukah pengikut PAS dengan tindakan Presiden mereka? Kenapa tak pilih Anwar Ibrahim sahaja jadi Presiden PAS? Ada apa-apa ke antara Hadi Awang dan Anwar? Dulu sama-sama dalam ABIM. Sayang betul nampaknyan Hadi Awang pada Anwar. Ada ke perhubungan adik angkat dengan abang angkat? Anwar pun memang banyak adik angkat.

Kecuh ... ribut.. hebuh. Ramai yang tak setuju, memberontak di luar, tak sebulu. Semua ini datang dari mulut orang PAS, yang datang sendiri dan mendedahkan kepincangan dalam PAS.

Dulu Syed Husin AlAtas sendiri jadi pening kepala kerana dia baru saja berbaik-baik dengan PAS dan belum sempat mengisi borang menjadi tetapi semua dah jadi kelam kabut. Mereka adakan usrah dan kuliah subuh di rumah dan adakan percutian serta datang bersantai-santai ke rumahnya. Bukunya, Mahathir Di Ambang Senja telah dilancarkan oleh Fadzil Nor, Presiden PAS.

Seronok. Bukan seronok apa, seronok tengok orang ramai terima PAS dan Hadi Awang serta Nik Aziz dah terima Anwar sebagai "PM". Dah ramai intelek yang menyertai parti itu. Tapi belum apa-apa dah bercelaru. Alangkah sedihnya jika nasib PAS jadi macam nasib Al-Arqam. Orang hilang kepercayaan pada pucuk pimpinannya. Bila sebut pasal AI-Arqam, kita kena sebut pasal Arwah Ustaz Ashaari. Ashaari pun dulu dengan ABIM juga. Arqam ditolak oleh rakyat bila Ashaari mengaku dia telah menyesatkan orang dan kes yang terbesar sekali ialah kes yakazah yang mana beliau menggunakan seorang perempuan, Azzura, sebagai operator untuk bercakap dengan Nabi.

Memuji dan mengingati kebesaran IIahi adalah kelaziman yang mesti kita lakukan sebelum memulakan sesuatu tugas berat yang ada kaitan dengan alam manusia dan kemanusiaan. Kita orang Islam tak pakai operator perempuan, takut nanti waktu dia nak berhubung dengan Tuhan, satu wayar sudah shot, tapi dia tak bagi tahu boss. "Bulan" perempuan, disimpankan ditempat yang tersembunyi. Habis time dia okay balik. Bertawasul sendiri sudahlah.

Tak guna bercakap pasal agama kalau datang bulan pun tak tahu. Sembahyang pun, tak boleh waktu kotor. Ini pula nak bercakap dengan Nabi. Orang sekeliling Ustaz Ashaari patut sedar dan mulakan hidup baru. Sesat di hujung jalan baliklah kepangkal jalan. Orang sekeliling Ashaari waktu itu mula tunjuk ego dan angkuh. Buang masa saja bercakap dan berlagak sebagai ahli agama jika kita tidak mahu menerima kebenaran. Pendapat kita saja yang betul orang lain semua salah.

Kita jangan membiarkan pemimpin memperbodohkan pengikut, tak kira sama ada pemimpin PAS atau UMNO kerana kita sebagai rakyat ada mata, telinga dan suara hati. Bila rakyat sudah simpati dan kasihan pada Mahathir juga Najib dan benci pada Anwar kerana berita pembohongan dan kejahatannya sudah diketahui umum maka kita kena sampaikan.

Maka budaya burung kakak tua ini mesti dihapuskan. Kita marahkan pemimpin-pemimpin UMNO yang hipokrit, bagaimana pengikut PAS dan PKR yang menyerahkan diri bulat-bulat pada pucuk pemimpin mereka? Ternyata mereka telah membuat banyak kesilapan dalam percaturan politik mereka? Mahukah kita terus hidup di dalam kerugian? Kita semua manusia yang beragama dan yang ada kitab. Kita bukannya kambing biribiri, ikut saja gembala. Sia-sia hidup merdeka jika fikiran kita jumud dan minda kita tertutup rapat tidak mahu menerima kebenaran. Kalau gembala terjun perigi buta kita terjun sama.

Ikut sajalah jalan yang lurus, yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan sebagai pelengkap kepada permulaan mukadimah tulisan ini, marilah kita membaca surah AI-Fatihah dan sesudah itu kita bersama-sama menadah tangan dan memohon doa kehadrat Allah SWT.

Ya Tuhanku!

Jadikanlah negara ini

Sebuah negara aman dan makmur

Anugerahkanlah rakyatnya

Dengan rezeki yang melimpah

jadikanlah rakyatnya

Orang-orang yang beriman

Kepada-Mu...

Ya Allah!
Read Full 10 comments

Fikir Fikir Fikir ......

Memang selalunya orang ramai menganggap dengan pergi menikmati keindahan laut seorang diri adalah gila. Apa kan daya, kalau mahu mencari inspirasi, mahu menemukan diri dengan ilham yang baik yang datangnya dari Allah, haruslah melakukan sesuatu seperti ini. Orang nak kata gila pun katalah. Yang penting kita harus mengadakan perhubungan dengan Allah Azzawajalla. Beristaqarah, berkomunikasi dengan menggunakan 'frequansi' gelombang dalaman. Melihatkan keghairahan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, boleh sakit jiwa dibuatnya.

Orang Melayu boleh memilih samada untuk mencapai kejayaan atau kehinaan. Dalam bidang politik apabila orang Melayu bersatupadu, mereka berjaya menewaskan British. Tetapi apabila mereka berpecah belah, mereka akan latah dan amuk. Bila Melayu latah dan amuk, Melayu lemah dan jatuh satu demi satu demi satu. Demikianlah sejarah penjajahan negeri-negeri Melayu. Demi perpaduan bangsa Melayu dan cintakan negara dan generasi akan datang, marilah kita bersatu. Marilah kita tentang mereka yang ingin menjahanamkan bangsa Melayu dan mereka-mereka yang sentiasa menangguk di air keruh.

Cita-cita untuk meningkatkan maruah bangsa tidak akan tercapai dengan memaksa orang lain menghormati kita. Maruah bangsa adalah hasil daripada pencapaian bangsa itu. Bangsa yang bersusila, bersopan-santun, berhemah tinggi, berbudi bahasa, rajin dan terkenal kerana mengamalkan nilai-nilai yang mulia dengan sendirinya bermaruah tinggi. Kejayaan sesuatu bangsa amat mustajab dalam menentukan bangsa itu dihormati. Dalam ceramah-ceramah PAS dan PKR seoalah-olah mereka terlupa yang mereka itu Melayu dan Islam.

Sekali sekala terpaksa kita buat kerja gila, terpaksa meminta jumpa Nabi Allah Hidir, tunggu berita dari langit kerana ramai yang dah ikut kegilaan ceramah politik siang malam, pagi petang, lupa anak bini, lupa tanggungjawab, ajak rakyat membenci dan memusuhi kerajaan dan tidak sedar yang mereka telah melupakan akan nasib dan masa depan bangsa dan negara. Kita mesti hentikan kerja-kerja karut ini hari ini juga.

Namun apabila ingatan anda dapat dihubungkaitkan dengan hati, dengan niat sambil menyerahkan diri kepada kekuasaan Allah dan kita sanggup mengikut Al-Quran dan AlSunnah seperti yang dianugerahkan Rasulullah SAW, maka jalan yang kita terokai akan disinari cahaya yang terang benderang. Tali yang kusut akan segera terlerai. Yang penting kita mesti bersihkan otak dan hati kita yang telah dikotorkan dengan sikap tak tahu bersyukur, membenci sesama manusia dan menukar buruk sangka kepada baik sangka.

Itu cara mereka memperdayakan orang ramai dengan kehebatan pidato mereka. Tapi apa yang anda cita-citakan untuk kebaikan umat manusia akan menjadi lebih bermakna dan anda akan lebih kreatif jika ingatan terhadap Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang disertai dengan kesedaran siapakah kita ini ? Apakah tujuan kita berada di atas muka bumi ini ? Mudah-mudahan juga apa yang dicita-citakan menjadi lebih bermakna lagi apabila kita memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana sesungguhnya Tuhan telah meminjamkan nyawa dan segala-galanya kepada kita.

Kita patut bersyukur kerana kita hidup dalam rahmat Allah hasil dari adanya kuasa politik yang stabil berpunca dari kesepakatan dan permuafakatan. Semua kaum di dalam negara kita ini diketuai oleh seorang Islam yang orang PAS dan PKR tidak hormati dan taati. Yang ini kita kena betulkan dahulu. Kerajaan yang ada hari ini DS Najib Perdana Menterinya. Itupun Tuhan yang pilih. Anwar Ibrahim jadi Ketua Pembangkang adalah kerja Tuhan juga. Macam juga Tuhan jadikan perbezaan di antara malaikat dan iblis. Itu Tuhan punya sukalah. Suka hati Tuhanlah siapa yang nak dijadikan hero dan siapa yang nak dijadikan crook.

Kita terlupa dan seolah-olah terlali akan hakikat bahawa kita ini sebenarnya tak ada apa-apa. Kita ini ibarat patung-patung wayang kulit sahaja. Kalau nasib kita jadi Pak Dogol jangan kita nak jadi Hanuman.

Semua yang ada dipinjamkan saja, datang tak bawa apa-apa, matipun tak berdaya untuk membawa apa-apa bersama ke liang lahat. Maka bila ego dan sifat riak dapat kita matikan, InsyaAllah, mudah-mudahlah kita dapat mendengar suara Tuhan, suara-suara kebenaran dan bukannya suara tuan-tuan kita yang gila kuasa, gila hendak menang pilihanraya.

Tanyalah pada diri sendiri, bukankah manusia yang paling bodoh itu adalah manusia yang membiarkan diri dipatuk oleh ular yang sama untuk kali kedua dalam lubang yang sama. Ahh, memang manusia takut kepada ombak yang begitu besar. Ombak yang kita nampak begitu besar apabila berada di tengah laut, datangnya mengganas tapi akhirnya mengecil longlai apabila mencecah pantai.

Begitulah kekecohan politik yang berlaku sekarang. Kita yakin kekecohan yang sedang berlaku di negara ini akhirnya akan selesai jika kita sentiasa berfikir, berikhtiar mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya. Mudah-mudahan tok-tok guru dan ustaz belajar dari sejarah. Kita telah diingatkan supaya berhati-hati, tidak terpedaya dengan anjing yang tersepit. Dulu PAS pernah menerima Ku Li dan ahli UMNO dari Semangat 46, hari ini mereka menerima parti PKR dan tidak juga lupa bukan Islam serta DAP. Apakah pengajaran yang telah mereka timba dari sejarah ini ?

Lautan yang kita sangka begitu luas, begitu juga dengan langit yang begitu tinggi dan gunung-gunung yang berseragam ibarat raksasa di tengah belantara semuanya menjadi kecil apabila kita telah masukkan ke dalam fikiran kita menerusi biji mata kita yang sangat kecil. Jadi, masalah Anwar ini, kena buang, kes liwat, kes arsenik , no big deal lah. Hal kecil. Kita taruh belakang sajalah. Simpan belakang lagi baik. Tuhan pun pernah terbalikkan seluruh kaum Nabi Lut. Bukan setakat tumbuk sebelah mata lebam dan meliwati Saiful.

Oleh itu, kita percaya bila hilang gelap akan timbul terang dan apabila timbul yang haq yang batil akan gugur dengan sendirinya. Hakikat ini perlu kita sampaikan kepada manusia yang sudah hilang pertimbangan, hilang akal, menjadi celaru dan haru biru disebabkan membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh nafsu amarah tanpa menggunakan pertimbangan akal hanya kerana seorang manusia sahaja. Patutkah kita mempertaruhkan bangsa dan agama kita?

Cuba fikirkan apa bezanya Anwar Ibrahim, Musa Hitam atau Tengku Razaleigh sesudah mereka meninggalkan UMNO ? Apa lagi sdra Anwar yang sesudah dibuang. Dr. Mahathir bukan bodoh. Mustahil dia boleh suka hati buang orang macam Anwar Ibrahim yang begitu berpengaruh. Dia tahu Anwar ini mesti banyak buat hal, hal-hal yang karut marut. Tapi dia nak buat macam mana ? Dia bapa. Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri.

Tapi rakyat tahu Anwar dan mereka yang telah meninggalkan UMNO ibarat tidak lebih dari botol-botol kosong yang hanyut di atas laut dan terumbang ambing tanpa arah tujuan. Cuma bila Anwar dijumpai oleh orang-orang PAS, mereka gunakannya seperti yang pernah berlaku kepada Ku Li, barulah orang ingat semula betapa oportunisnya PAS. Tetapi perkara sebaliknya berlalu kepada PAS sekarang. PAS menjadi tunggangan PKR dan DAP dalam mendapatkan sokongan Melayu.

Mereka ambil peluang keemasan ini untuk membidas dan mengkritik kerajaan bahkan kalau dapat inilah masanya mereka menumbangkan kerajaan yang majoritinya orang Islam menjadi pemimpin! Kita kena lihat kekuatan MCA dan MIC tidak tergugat. Bahkan keadaan "didoa" agar UMNO hancur atau 50% hilang kuasa dalam kerajaan dan secara otomatis akan memberi laluan kepada MCA, DAP atau MIC berkuasa pada alaf 2000! Siapa jadi Perdana Menterinya? UMNO akan menjadi satu parti yang hanya tumpang sekaki dalam kerajaan, kasihan, manakala PAS sebagai pembangkang!!! Inilah agenda iblis alaf 2000! Para ilmuan, para politik ingusan, para penulis upahan dan pengampu, para koperat yang kecewa, ahli-ahli politik yang tersingkir dan "budak-budak" ingusan yang baru dikejuti oleh insiden yang luar biasa, para profesor, ahli agama yang baru kenal agama, para ahli munafik, fasik dan kafir BUTA semuanya tidak dapat melihat agenda iblis alaf 2000!!! Bahkan mereka semuanya menjadi perangsang tentera-tentera iblis yang berada didalam diri mereka sendiri.

Nabi SAW bersabda: "Semua manusia ada syaitannya masing-masing." Hanya mereka yang jihad melawan hawa nafsu sendiri melihat "perbuatan-perbuatan syaitan" ini. Sebab Nabi SAW bersabda : kita baru saja kembali dari perperangan yang kecil tetapi sentiasa hadapi perang yang paling besar iaitu memerangi hawa nafsu sendiri. Janganlah anda tertipu dengan kehebatan luaran kerana taqwa tidak dapat diukur melalui hal-hal luaran tetapi taqwa diukur melalui ilmu tentang Tuhan.

Anwar sudah tidak lagi berharga, tidak berguna dan tidak lagi relevan untuk perjuangan rakyat. Kita cuma kira rahsia-rahsia Mahathir yang berada di tangan Anwar. Kita lupa siapa boss. Siapa lebih kuat antara harimau tua dan harimau muda yang bertarung di atas bukit? Yang muda, yang masih berhingus dan yang kurang berpengalaman kini sudah cedera dan tersisih dari puncak bukit. Hari ini kita tidak mahu bercakap pasal mereka berdua. Anwar pun sudah habis. Gone case. Gone with the wind. Cukuplah sekadar "ta, ta" dan "bye, bye" buat Anwar. Mari kita cakap pasal bangsa dan negara kita pula.

Read Full 0 comments

Mari Kita Berfikir Sejenak

Tiga puluh tahun yang silam umum dapat menyaksikan satu pilihan raya umum yang berakhir dengan tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei (1969).

Ketika itu parti-parti pembangkang begitu kuat dan berpengaruh serta terdiri daripada PAS, DAP, PSRM dan sebuah lagi parti yang dinamakan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) yang dipelopori oleh para cendikiawan dan bijak pandai Melayu dari menara gading bersama-sama dengan Dr. Tan Chee Koon dan Dr. Lim Chong Eu. Dengan kehebatan mereka, Pulau Pinang bedaya ditawan. Dalam masa yang amat singkat sekali parti yang baru ditubuhkan bermula sebagai sebuah parti multi-racial, sama seperti parti PKR yang ditubuhkan sejak Anwar dipenjara akhirnya Gerakan yang mulanya sebagai pembangkang menyertai BN bertukar menjadi parti untuk satu kaum saja. Hari ini tak ada satu kerusi Gerakan pun yang menjadi milik Melayu. Melayu yang bersemangat dengan politik berbilang kaum hilang Pulau Mutiara.

Orang lain dapat pulau. Melayu Pulau Pinang pula menjadi pening. Mereka cuma dapat kulitnya saja. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Walaupun kebiruan air laut Cina Selatan pada waktu petang tidak begitu indah, namun ianya tenang dan damai. Warna dan pantulan sang mentari yang kian menyentuh ufuk Barat mencerminkan apa yang sedang berlaku di alam maya. Suasana seperti ini menghanyutkan fikiran akan untuk pergi lebih jauh dan merenung dengan ingatan dan hati tentang akan masa depan bangsa dan tanah air tercinta, di mana rakyatnya kini berada di dalam dilema, di dalam kebimbangan ibarat kata orang tua-tua diluah mati emak, di telan mati bapak. Begitulah keadaan perasaan apabila dikuasai oleh emosi.

Keindahan langit, pantai dan lautan yang terbentang luas semuanya adalah ciptaan Tuhan. 'Subhana Allah', segala puji bagi Allah. Itulah saja yang dapat dilafazkan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah kerana menghidupkan kita dalam dua dimensi. Dengan ilmu yang Kau beri kita dapat melalui kehidupan di alam nyata dan di alam ghaib.

Terlebih dahulu marilah kita mengucap berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita masih aman dan kita masih dalam keadaan yang selamat. Tuhan masih sayangkan kita semua jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di negara jiran Indonesia akibat mahu menjatuhkan pemimpin. Itulah padah yang diterima akibat membiarkan beberapa orang petualang yang menjadi alat kepada kuasa luar dan kuasa dalaman yang dipengaruhi oleh iblis yang akhirnya menghancurkan kemerdekaan, keamanan dan kebahagian hidup satu masyarakat dalam sebuah negara yang berdaulat.

Keindahan alam semulajadi yang cuba diperlihatkan tadi membuktikan rahmat dan kekayaan Allah SWT.

Demi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Pencipta, sesungguhnya segala sesuatu yang berada di langit, di bumi dan di lautan adalah amanah-Nya kepada kita semua. Maka ia menjadi kewajipan kita untuk menjaga amanah yang telah diletakkan ke atas bahu kita. Banyak tulisan mengambarkan alam demi untuk membuka fikiran manusia terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para sahabatnya. Semuga tiada lain darinya yang kita jadikan ikutan semasa mengabdikan diri dengan Tuhan.

Jalan yang akan kita lalui mempunyai banyak ranjau. Insya Allah kita akan melaluinya dengan minda yang terbuka dan perancangan yang kemas. Kita akan menambah usaha kita dan berserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita adalah hamba Allah. Menyalahkan takdir adalah sama dengan menyalahkan Tuhan. Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datangnya dari perbuatan kita sendiri. Jika kita tidak berusaha memperbaiki diri kita dan tidak berusaha sedaya upaya maka diri sendirilah yang harus kita persalahkan. Tambatkan perahu kita dahulu sebelum berserah kepada Allah.

Mari kita cuba bertafakur di tepian pantai sambil menghirup udara laut yang segar dan nyaman. Daun nyiur melambai lambai ditiup angin seolah-olah menyampaikan sesuatu di waktu senjakala, ketika siang akan digantikan dengan malam. Di kesempatan begini, marilah kita memikirkan tentang diri, tentang manusia, tentang alam dan terutama sekali perihal hubungan antara roh dengan Penciptanya. Memang ada kalanya kita perlu menyendiri mengosongkan segala-galanya dari ingatan kehendak dan kemahuan duniawi. Ingatan hanya untuk Allah, Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang kita sembah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah SWT.

"Kamu tidak lain hanyalah seorang pemberi ingatan" Faathir,ayat 23

Seperti diwahyukan dalam AI-Quranulkarim, Allah SWT telah pun menyempurnakan Din-Nya serta melimpahkan rahmat-Nya dan menamakannya Islam, maka amat mustahil untuk membayangkan bahawa Rasulullah SAW telah diutuskan tanpa ilmu untuk memimpin umatnya hidup bennasyarakat, membentuk ummah yang unik dan tersendiri. Teladan ini telah pun ditunjukkan dan dicatatkan untuk dicontohi oleh umat Islam yang kemudian. Peradaban yang dibawa dan dilaksanakan oleh baginda ialah politik. Mengikut Nabi dan Rasul terakhir politik di laksanakan dengan contoh akhlak yang terpuji.

Jika demikian Allah selalu mengingatkan Rasulullah SAW yang paling dikasihi-Nya sekadar seorang pemberi ingatan. Oleh itu bagaimanakah kita (sebagai penyambung tugas-tugas baginda) tergamak melakukan lebih daripada itu.

Hubungan sesama manusia terutama mereka yang mengaku Islam dalam hal silatulrahim antara umat Muhammad SAW kini nampaknya sudah tidak mempunyai erti apa-apa. la membuat ramai yang merasakan sedih dan pilu kerana tidak mahu mengikut jalan yang satu.

"Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah" Faathir, ayat 5

Bagaimana keadaan seburuk ini boleh berlaku sedangkan hubungan sesama manusia itu sama pentingnya dengan hubungan dengan pencipta-Nya? Mengapakah mereka yang menyuarakan AI-Quran untuk menyerang sesama Islam boleh melupakannya?

"Dan kami tidak mengutus kamu (Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui" . Surah Saba, ayat 28

Sewaktu hayatnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa bertafakur atau bermeditasi dengan tujuan mencapai tingkat pemikiran yang paling mendalarn bagi memecahkan sesuatu permasalahan adalah merupakan satu ibadat. Walaupun ianya hanya untuk seminit, ganjarannya sama seperti beribadat seratus tahun apa lagi jika kita dapat melakukannya setiap saat dan waktu tidak kira dimana juga kita berada. Yang penting kita sentiasa mengadakan perhubungan yang rapat dengan-Nya, siapa lagi, di mana lagi tempat kita mengadu dan mengharapkan pertolongan. Hendak mengadu pada manusia mereka sudah terlalu angkuh dan dikuasai ego. Tiada daya dan upaya selain dari Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung.

Mana tahu dalam bertafakur dan bermeditasi itu kita dapat bertemu dengan Nabi Allah Hidir a.s. Nabi Musa a.s. pun dahulu pergi jumpa Nabi Hidir a.s. di tepi laut. Nabi Hidir menjelmakan diri. Kita perlu tengok ke laut dan memandang ke langit. Siapa tahu kalau-kalau ada berita dari langit yang dapat membantu menyelesaikan kemelut rakyat Malaysia hari ini.

Biar pun Hidir telah mengingatkan Musa jangan banyak bertanya jika mahu belajar sesuatu mengenai mistik, Musa tetap bertanya. Kenapa Hidir membunuh seorang anak muda dan membocorkan kapal ? Nak tahu jawapan cuba baca surah AlKahfi.

Bertafakur dan berzikir, membenarkan diri menghilangkan segala-galanya, sehingga semuanya jadi kosong, maka yang ada cuma Tuhan semata-mata. Bermeditasi secara mendalam adalah penting bagi memperolehi tenaga dalam. Kita perlukan kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah luaran. Kita perlu kembali kepada-Nya kerana dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Kita kena reda. Dia boleh ambil apa saja yang dipinjamkan dengan apa saja cara yang dikehendaki-Nya kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Cuba renung dan perhatikan.

Merenung dengan mata hati akan memperlihatkan kepada kita bahawa bagi Allah segala kehebatan alam fizikal yang berada di hadapan kita hanyalah tidak lebih dari serpihan debu yang terumbang-ambing ditiup bayu. Kepada siapa kita hendak mengadu jika tidak pada-Nya yang bersifat Pemurah lagi Amat Pengasihani untuk menyelamatkan setiap makhluk yang telah diciptakan di atas bumi bertuah ini. Masakan Dia baru meletakkan Anwar Ibrahim dalam penjara maka kita mesti menimbulkan huru hara di dalam negara ?

Kita kini berada di dalarn dharurat akidah dan pemikiran umat telah dirosakkan oleh manusia yang mengelarkan diri sebagai pemimpin dan ulama. Mereka menimbulkan pelbagai masalah dan mengambil kesempatan dari kesempitan tapi tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.

Kalau kita mahukan dunia maka kita mesti perolehinya dengan ilmu. Begitu juga dengan akhirat. Itu pesan Nabi. Kalau kedua-duanya itu kita tak cukup, macam mana mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negeri. Inilah masalah yang sedang fikirkan. Kalau anda kata tak sayang ulama, itu satu dosa, tak menghormati ulama juga satu pembohongan, tapi mahu bersetuju dan bersekongkol dengan ulama yang mahu merebut kuasa politik untuk kepentingan parti. Maaf .. jangan kita cari pasal .. jauhkan diri dari mereka!. Nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang bernama "manusia" ialah akal untuk berfikir, menguji dan mengkaji bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan. Sebaliknya bila mereka menggunakan ilmu dan pemikiran untuk menimbulkan masalah dan menimbulkan kacau bilau, kita sepatutnya tak boleh terima. Kerja buat kacau, timbulkan kecuh yang boleh menyusahkan orang ini adalah kerja syaitan. Tapi sayangnya manusia yang telah diberi petunjuk, di beri AlQuran masih tidak mahu berfikir, tidak mahu lagi menggunakan akal untuk membezakan yang mana satu haq dan yang mana satu batil. Itu tandanya manusia yang angkuh dan sombong, dan manusia yang telah terlupa siapakah diri mereka.
Read Full 0 comments

PEMIMPIN UMNO BACUL BILA DISERGAH SAMY DAN VELL PARI

Khamis, 27 Mei 2010
PWTC batal tempahan lokasi kempen GAS desak Samy Vellu letak jawatan! Amat terperanjat bila terbaca tajuk ini dipampang didalam ASTRO Awani. Kita tertanya-tanya apa sudah jadi kepada Peminpin UMNO ? Dua hari lepas Timbalan Perdana Menteri/Timbalan Presiden UMNO membuat satu kenyataan yang cukup tegas dengan berkata kepada Vell Pari anak Samy Vellu agar jangan kurang ajar dan BIADAP, maka pembodek-pembodek UMNO pun berkokok dan turut membelasah Vell Pari dan Samy Vellu, antaranya ialah Menteri Amaran Hisham Pondan, KJ, Ketua Bahagian Cheras dan Ketua Penerangan Pemuda Rezal Merican Naina Merican.

Implikasi pembatalan tempahan Dewan Merdeka PWTC yang telah di buat oleh Mugilan, ketua GAS (GERAKAN ANTI SAMY ) cukup buruk kepada kepimpinan UMNO. Rakyat terutama sekali orang Melayu akan hilang kepercayaan terhadap UMNO, Pemimpin UMNO dilihat sebagai sangat takut kepada desakan serta tekanan dari Pemimpin MIC dan anaknya yang gila kuasa.

Apabila Vell Pari menuduh UMNO terlibat didalam rancangan untuk mematikan karier politik bapanya disanggah dan dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh UMNO, rakyat dan orang Melayu amat gembira tetapi hari ini bila UMNO membatalkan tempahan Dewan Merdeka ini bermakna UMNO memang terlibat didalam agenda untuk menjatuhkan Samy Vellu.

Pemimpin UMNO kenapa jadi begitu BACUL! Ini bukan kali pertama Pemimpin UMNO membuat keputusan yang mengguris perasaan orang Melayu, lupakah apa sudah jadi dalam kes Dato Nasir Safar,  Dato Ahmad Ismail, Dato Noh Omar dan Dato Hishamuddin, semuanya berakhir dengan Melayu menggalah dan melutut memohon MAAF.
Read Full 11 comments

BENGGALI DAN MANDI JUNUB

Tanggal 31 Mei 2010 ini, kes liwat yang paling hebat dan paling panjang sekali didalam dunia akan diteruskan semula selepas berpuluh-puluh kali ditangguh. Al Sheikh Anwar Ibrahim Al Juburi dan rakan karibnya Sahibul Samahah AL Ustaz Karpal Al Bengggali peguambela Maha Agung dan tersohor tidak ada alasan lagi untuk tangguh. Hakim kata saya mahu teruskan kes perbicaran ini hingga selesai and no more delay, enough is enough! Do you understand that Mr Karpal pakar pusing ?

Elok kita toleh ke belakang dan singkap kembali apa yang telah berlaku didalam Mahkamah semasa perbicaran bersidang pada dua minggu yang lepas, ada beberapa perkara yang cukup menarik telah berlaku didalam mahkamah. Al Ustaz Karpal Singh semasa menyoal Saiful (pengadu) telah bertanya kepada Saiful samaada beliau seorang Muslim yang patuh kepada ajaran agama Islam dan menunaikan sembahyang lima waktu. Saiful menjawab 'ya' dan beliau seorang muslim yang patuh pada ajaran Islam. Al Ustaz Karpal bertanya lagi adakah kamu mandi JUNUB selepas hari kejadian dimana kamu telah diliwat oleh Al Sheikh Anwar Ibrahim, jawab Saiful beliau tidak mandi Junub sebab Darurat dan hanya mengelap badannya sahaja.

Al Ustz Karpal dengan nada dan suara yang tinggi lagi keras telah menuduh Saiful sebagai seorang pembohong dan bukan seorang Muslim yang baik. Jika anda seorang muslim yang baik, anda WAJIB MANDI JUNUB sebelum anda sembahyang. Persoalan hukum ini patut dijawab oleh ULAMA PAS! Yang kena LIWAT atau yang MELIWAT yang patut mandi JUNUB. Peliwat dalam kes ini ialah Al Sheikh Anwar Ibrahim, dia yang memancutkan AIR MANI NYA kedalam dubur Saiful dan Pendakwa dalam ucapan pembukaannya telah menyatakan dengan jelas bahawa terdapat air mani milik Al Sheikh Anwar Ibrahim didalam dubur Saiful dan mereka akan membuktikannya melalui ujian DNA.

Sepatutnya Sahibul Samahah Al Ustaz Karpal Singh mengeluarkan FATWA dan mengarahkan anak guamnya bermandi JUNUB terlebih dahulu dan barulah mengarahkan Saiful untuk berbuat demekian. Pelik, cukup pelik, peliwat tak perlu mandi junub tapi yang kena liwat wajib mandi junub. Inilah malapetaka yang akan menimpa orang Islam jika dibenarkan peguam bukan Islam mencampuri hukum hakam Islam.

Ada lagi perkara yang cukup aneh berlaku didalam Mahkamah apabila Sahibul Samahah Al Ustaz Karpal Singh mohon bicara aksi meliwat diadakan didalam kamera, kebiasaanya mangsa yang kena liwat atau dirogol yang memohon dibicara didalam kamera tetapi didalam kes ini Peliwat tegar Al Sheikh Anwar Ibrahim mengarah peguamnya mohon Mahkamah bicara aksi liwatnya dibuat didalam kamera supaya orang awam didalam mahkamah tidak dapat mengikutinya.
Kita tunggu Isnin 31 Mei 2010, apa pula yang bakal ditemui semasa Peguambela menyoal balas Saiful! Jangan lari kemana mana 'stay tune'.

1Melayu
Read Full 3 comments
Read Full 2 comments

Sembang-sembang di Kedah - Siri 4

Rabu, 26 Mei 2010
Lokasi: Warung Kopi di Pekan Langgar, tak jauh dari sungai. Menerima panggilan dari Haji Man untuk berjumpanya di sana.

KT: Apa ceghita?

Haji Man: Tak dengag ceghita ka?

KT: Ceghita apa?

Haji Man: La, apa la hang ni, oghang dok heboh dah belah ni, hang tak tau gi.

KT: Ceghita la, apa dia?

Haji Man: Kalau tidak ghetu ni, Kedah jatuh kat BN balik dah.

KT: Ya ka? Sapa habag?

Haji Man: Dengag dulu bagi habih. Depa dok habag kata haghi ahad ghetu patutnya ada announcement pasai Kedah kat hotel di KL.

KT: Ahad ghetu ni?

Haji Man: Ghetu ni la, ADUN 3 orang hak nak lompat tu kata nak umum haghitu, Det Khalid apa pun dah ada sana dah hari ahad tu. Tau tau oghang dia bagitau kata ADUN tu semua hilang.

KT: Hilang? Depa tak mai?

Haji Man: Hilang...ghaib mcam tu saja. Preskonperen (Press conference) tu pun kansel macam tu saja.

KT: Press conference kat hotel mana?

Haji Man: Depa kata kat Blue Wave, tapi tak tau lah, tak confirm pun dengan depa tu.

KT: Tu la, pecaya sangat kat depa tu. Depa tak beghani nak mai la.

Haji Man: Dak, ada oghang wokpelaghi depa (bawa lari mereka/culik).

KT: Oih, gila betoi.

Haji Man: Tu yang dok heran la ni, depa wokpelaghi masa kat ghumah ka, atau masa depa dah dalam gheta ka.

KT: Ghasa-ghasa sapa pelaghi depa?

Haji Man: Sapa gi, semua dok kata dah, oghang anwar la, dia expert gheja tu.

KT: Ya ka?

Haji Man: Azizan ngan Amirudin dah berpeluh-peluh dah tak boleh tidog, dengag-dengag tiga ekog tu dah kena pelaghi, dan-dan boleh buat ceramah.

KT: Ehh? Ceramah ghetu depa (3 ADUN) tu ada ghasa-ghasa.

Haji Man: Ada la, tapi nampak dak ghamai orghang kat belakang depa dok jelin (jeling) kat depa 3 orang tu saja?

KT: Stail ni macam stail depa pelaghi ADUN Bukit Selambau dulu saja?

Haji Man: Ya la, sapa lagi yang pakar benda macam tu?
Read Full 6 comments

JANJI JANJI PAS KEDAH DALAM MANIFESTO PRU 12

Ahad, 23 Mei 2010

Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :



1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B.  Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM
A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM
A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?
Read Full 26 comments

KHTP Bakal Kehilangan RM300 Juta Lagi Pelaburan

Khamis, 20 Mei 2010
Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bakal kehilangan lagi pelaburan di Taman Perindustrian itu dengan keluarnya pelaburan bernilai sehingga RM300 juta. Kali ini, ia merupakan syarikat tempatan yang tertumpu kepada R&D yang diasuh dari sebuah syarikat kecil, sehingga membesar menjadi sebuah syarikat tersenarai di Ace Market di Bursa malaysia.

Kami dimaklumkan, Syarikat berteraskan R&D ini akan berpindah ke negeri yang dulunya dibawah pembangkang dan kini kembali kepada BN.

Kami faham jika berita ini juga dinafikan oleh kerajaan Kedah kerana Exco Pelaburan YB Amiruddin yang syok sendiri tidak tahu pun akan hasrat syarikat tersebut untuk berkembang besar dengan pelaburan tambahan sehingga RM300 juta dan ratusan peluang pekerjaan untuk anak-anak Kedah. Disamping sibuk dengan Golf, Datuk Amiruddin juga hanya mendengar penasihat 25% sahaja, jadi, apa diharapkan maklumat dari penasihat sebegini. Sibuta memimpin Sibuta.

Syarikat tersebut pada mulanya hanyalah sebuah syarikat yang kecil, kemudian diletakkan dibawah program inkubator (asuhan) yang ditadbir oleh pentadbiran lama KHTP sehingga menjadi sebuah syarikat yang berjaya, berkembang menjadi syarikat dengan nilai ratusan juta RM. Setelah memiliki kemudahan R&D dan pengilangan di KHTP, adalah menjadi persoalan besar bagaimana mereka tidak lagi mahu membesarkan pelaburan di KHTP, sebaliknya memilih negeri jiran untuk mengembangkan pelaburan mereka. Bukankah lebih mudah, murah dan cekap dengan meletakkan pelaburan di satu lokasi yang sama?

Kami tidak akan mendedahkan nama syarikat tersebut buat masa ini, namun bagi mereka yang berpengalaman dalam pelaburan, segala pembayang diatas sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan susulan aliran keluar pelaburan yang semakin berterusan di KHTP.

Nota: Ini adalah syarikat kedua yang bakal keluar, selain dari satu lagi organisasi yang bakal meninggalkan KHTP dalam masa terdekat. Kami hanya akan menyatakan namanya apabila sesuai kelak untuk mengelakkan dari mengganggu strategi perniagaan syarikat-syarikat terbabit.
Read Full 3 comments

Pembubaran DUN - Propoganda PR/PAS?

Selasa, 18 Mei 2010
Mungkin benar juga jika dikatakan yang ini adalah satu propaganda PR/PAS bagi menyedapkan hati mereka atau sebagai satu 'test' kepada reaksi BN terhadap krisis yang hangat berlaku sekarang - ADUN lompat parti.

Datuk Mukhriz mengatakan yang ini adalah taktik pembangkang untuk mencetuskan pilihanraya lebih awal.

Kita faham akan kedudukan kerajaan PR/PAS Kedah sekarang yang boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk.  Seperti kata MB Azizan disini yang dia akan bubarkan DUN jika seorang ADUN PR lompat parti.

Mungkin ada usaha-usaha mengajak ADUN-ADUN berkaitan untuk menyokong UMNO tetapi ini sebenarnya bukanlah budaya UMNO sepenuhnya. Mungkin dengan niat murni untuk membantu Kedah selari dengan kemajuan di negeri-negeri lain, individu tersebut mengambil usaha tersebut.

Membubarkan DUN juga memerlukan perkenan dari DYMM Sultan Kedah. Bayangkan jika DYMM Tuanku tidak bersetuju dengan pembubaran kerana PRU13 mungkin tidak lama lagi. Adakah UMNO akan bersedia untuk ambil alih kerajaan?

Jika benar ini berlaku, sudah pasti kita akan dengar suara-suara sumbang mengatakan UMNO Zalim perampas, UMNO Penyamun dan sebagainya. Inilah sikap puak-puak PR/PAS. Tanpa mereka sedari yang ini adalah keputusan DYMM. Apakah mereka juga bakal menjadi penderhaka kepada DYMM Kedah seperti yang berlaku di Perak. Allah Maha Mengetahui.

Buat masa ini, UMNO harus menganggap yang ura-ura pembubaran DUN hanyalah taktik PR/PAS yang tiada pilihan jika benar ada ADUN bakal meninggalkan mereka. Kerajaan PR/PAS Kedah sekarang amat goyah. Ini ditambah dengan pelbagai permasalahan yang tidak pernah selesai.

Pembubaran DUN juga adalah perkara terakhir kerajaan PR/PAS Kedah akan lakukan kerana mereka pun masih sayang kepada kuasa yang dipegang dalam masa yang amat pendek ini. Kroni-kroni pun tidak dapat merasa keenakkan berkuasa dan mencar kekayaan. 

Diperkatakan juga yang exco-exco PKR bakal dijemput ke Pusat Perhimpunan PAS untuk mendapatkan komitmen mereka supaya terus menyokong kerajaan yang ada sekarang. Ini menampakkan yang MB Azizan amat takut akan kehilangan kuasa. Ura-ura pembubaran DUN hanyalah sandiwara mereka tapi dalam masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk mengepung exco-exco dan ADUN PKR supaya tidak lari.

Beginilah suasana kerajaan yang ditubuhkan atas janji-janji palsu dan bersekongkol dengan DAP parti Kominis dan PKR Islam Liberal. Sehingga PAS sendiri sudah bertukar menjadi parti caca merba. Islam sudah kemana, yang ada hanya PAS 4 ALL.

Sejahteralah PAS ...
Read Full 3 comments

UMNO Tidak perlu gopoh dalam mengambil alih Kedah

Isnin, 17 Mei 2010
Nampaknya artikel Kedah Times yang lalu tentang kehilangan kuasa kerajaan PR menghangatkan suasana. Maka timbullah angin-angin kencang yang DUN bakal dibubarkan bagi PRK untuk mendapatkan mandat baru. Selain itu timbul pula angin-angin yang ada beberapa ADUN PR akan keluar parti dan bakal menyokong UMNO (BN).

Hangat juga. Mungkin propaganda pembubaran DUN ini dibawa oleh kerajaan PR sendiri. Dengan ini mereka akan nampak sangat telus. Jika majoriti sudah tiada di DUN, maka kuasa diserah kembali kepada rakyat untuk melantik kerajaan baru. Dan untuk UMNO, inilah masanya untuk menunjukkan yang slogan 1Malaysia, BN Menang Rakyat Senang dan Juara Rakyat memang berkesan menarik kembali sokongan.

Cara membubarkan DUN adalah cara terbaik bagi kerajaan PR sekarang dan bagi UMNO (BN) inilah cara paling bermaruah jika ingin mengambil kembali pemerintahan Kedah.

PULAU PINANG, 15 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu mengulas kemelut yang berlaku dalam parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

Mukhriz, yang juga anggota Parlimen Jerlun, berkata: "Ia hanyalah khabar angin semata-mata, dan tiada tindakan lanjut untuk mengesahkan spekulasi yang berlaku." -- BERNAMA

Persoalan yang timbul : Adakah pemimpin-pemimpin UMNO di bahagian sudah bersedia untuk PRK. Jika ditanya terus, jawapan mereka tentulah "BERSEDIA", "JENTERA KITA SUDAH 100% BERSEDIA" dan pelbagai lagi jawapan BERSEMANGAT. Cuma bila ditanya 'sudahkah semua ketua-ketua ini menyelesaikan masalah dalaman bahagian masing-masing? Semuanya membisu kerana masing-masing masih bersilat pulut yang akulah hero dan sebagainya.

Jika PRK diadakan, advantage adalah kepada kerajaan PR sekarang. Ini adalah kerana mereka adalah pemerintah. Semua jentera dan fasiliti kerajaan negeri boleh dikerahkan.

Banyak bahagian UMNO masih bergolak hebat. Ada ketua yang hanya ketua di nama sahaja tapi kerja akar umbi tidak pernah bergerak. Kerja-kerja penyatuan parti tidak dijalankan.

Andainya tidak berlaku pembubaran DUN, dan beberapa ADUN PR melompat keluar ke bebas dan menyokong UMNO (BN), maka imej UMNO akan di potray sebagai UMNO (BN) Perak yang merampas kuasa. Ini akan menambah gahkan lagi imej PR terutamanya PAS. UMNO dilihat sebagai tamak kuasa dan sanggup membeli ADUN untuk dapatkan kuasa.

Kita tidak tahu apakah pandangan DYMM Sultan Kedah mengenai hal ini. Mungkin DYMM Tuanku telah ada keputusan sendiri mengenai hal ini dan kita akan tunggu dan lihat.

PKR sedang runtuh dan baki ADUN mereka di Kedah akan mencari kapal baru untuk menumpang. UMNO perlu menjaga maruahnya dengan tidak tergopoh-gapah mencuri peluang untuk mengecek atau membeli ADUN-ADUN Bebas ini.

Walaubagaimanapun kita perlu tunggu dan lihat. Politik ini sangat indah. Tiada buku yang spesifik yang boleh kita baca. Pengalaman dan pemerhatian menjadi sumber yang terbaik dalam membuat keputusan politik.

Salam Sejehtera Kedah ....
Read Full 5 comments

Pilihanraya Kecil Lagi Di Kedah

Sabtu, 15 Mei 2010
Dengan hukuman denda sebanyak RM3000.00 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret keatas YB Gobalakrishnan, secara automatik beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Melainkan beliau berjaya dalam proses rayuan, Parlimen Padang Serai akan kehilangan wakil rakyatnya.

Melihatkan kepada kelakuan YB Gobalakrishnan yang penuh dengan sikap agresif bagi memancing populariti, hanya masa yang dapat menyelamatkan beliau dari dilucutkan jawatan Ahli parlimen. Ini kerana Ahli Parlimen Padang Serai ini bukan saja didakwa dan didapati bersalah dalam kes di Pulau Pinang, tetapi mempunyai banyak lagi kes yang bersusun padat, termasuk kes memukul anggota polis semasa pilihanraya kecil Permatang Puah, yang mana bukti rakaman sangat jelas membuktikan beliau memukul anggota polis.

Dengan kedudukan ini, Gobala hampir pasti akan terhukum oleh perbuatan ala samseng beliau, cuma mungkin masa beliau dihukum agak lambat lagi, dan penggal beliau sebagai ahli parlimen mungkin tamat sebelum beliau dihukum dengan kes-kes lain.

Inilah contoh wakil rakyat PKR yang lebih mementingkan populariti (dengan cara salah) berbanding tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai ahli parlimen oleh pengundi beliau. 
Read Full 11 comments

Sibuk Pasal Sime Darby, Skandal Pasir Buat Tak nampak

Harakahdaily hari ini melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bukan main lagi menggesa PNB menggantung semua ahli Lembaga Pengarah Sime Darby, walaupun tindakan menggantung pihak yang terlibat telah diambil oleh Sime Darby sendiri lebih awal.

Tapi bila Tan Sri Khalid Ibrahim, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liew menyembunyikan Skandal pasir negeri Selangor yang membawa kepada perletakan jawatan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Salahuddin diam membisu.

Kalau nak cuci rumah, mulakanlah dengan membersihkan laman rumah sendiri dulu, apa ke jadahnya, laman sendiri penuh dengan najis dan bangkai, laman rumah orang lain yang dah dicuci yang nak dicuci lagi.
Read Full 3 comments

Ada Lagi Organisasi Bakal Meninggalkan Kedah

Setelah dikejutkan dengan tindakan Intel yang menutup operasi R&D yang melibatkan kehilangan 500 peluang pekerja bernilai tinggi dan juga peluang perniagaan bernilai jutaan ringgit, kini terdapat satu lagi organisasi yang akan menarik keluar pelaburannya dari Kedah.

Walaupun organisasi ini lebih kecil tetapi fungsinya amat besar sebagai tarikan kepada pelabur-pelabur lain untuk melabur di Kedah.

Menurut maklumat dari email yang kami terima, organisasi ini juga bakal keluar dari Kedah kerana tidak berpuas hati dengan layanan pentadbiran yang tidak faham apa satu pun tentang pelaburan.

Oleh kerana tidak mahu mendahului pengumuman oleh "tuan punya badan", maka kami tidak akan mendedahkan nama organisasi tersebut sehinggalah pengumuman rasmi di keluarkan oleh organisasi terbabit.

Walaubagaimanapun, kami yakin, Ustaz Azizan tidak tahu akan hal ini kerana beliau sentiasa ditebat dari sebarang situasi sebenar oleh bekas menantu, penasihat ekonomi negeri dan kroni-kroni beliau yang lain. Beliau hanya disuapkan dengan berita baik belaka.

Oleh itu, pembaca boleh berbangga kerana anda lebih tahu pasal masalah pelaburan di negeri Kedah berbanding dengan Ustaz Azizan sendiri, iaitu Menteri Besar Kedah yang serba "tak tau".
Read Full 0 comments

CEO Terakhir diminta berhenti

Jumaat, 14 Mei 2010
Setelah membaca komen seorang pelawat tentang CEO Amanah Saham Kedah Berhad yang sudah tiada lagi di sana, syburi-times cuba mendapatkan lagi maklumat terperinci berkenaan maklumat berkenaan.

Adakah dia berhenti secara sukarela atau diminta berhenti?

Mungkin Amanah Saham Kedah tidak berapa penting bagi Kerajaan Negeri Kedah bawah PAS/PR. Ini disebabkan mungkin ianya tidak memberi keuntungan kepada kerajaan atau tiada apa-apa yang dapat kerajaan atau individu dari pihak kerajaan boleh ambil.

ASKB memegang pelaburan lebih dari 20 ribu pelabur Kedah. Kebanyakkan pelaburan adalah di Bursa Malaysia, juga pasaran wang (money market). Semua kerugian atau keuntungan akan terus kepada pelabur, bukan kepada kerajaan negeri atau Holding company.

Jadi kerajaan negeri menganggap ianya tidak berapa signifikan jadi dibiarkan ASKB di uruskan oleh CEO lama.

Tetapi apabila mengingatkan bahawa terdapat 20 ribu pelabur dalam ASK, maka keinginan untuk meletakkan kroni mereka mula wujud.

Maka dengan rasminya mac 2010 yang lalu, CEO yang telah mengetuai ASKB sejak dari mula lagi telah secara rasmi berhenti.

Soalannya, kenapa berhenti secara tiba-tiba sedangkan lesen pelaburan (unit trust) ada bersama CEO ini? Apakah ada pihak yang begitu berminat sangat untuk ambil alih tempat itu?

Mungkin CEO ASKB yang lama ini bukan kroni mereka, jadi mereka perlu letakkan orang mereka untuk menarik sokongan 20 ribu pelabur ini.

Maka benarlah komen pelawat yang mereka hanya berminat untuk meletakkan kroni mereka dimana saja dalam SLC walaupun syarikat itu tidak boleh memberi apa-apa kepada mereka.

Selamat maju jaya Pemangku CEO baru. 3 bulan boleh ka dapat lesen tu? Katanya dalam facebook anda .... politically inclined toward ....
Read Full 4 comments

Di Sibu Belum Menang, Kalah Lagi Satu Di Semenanjung

Sementara Pakatan Rakyat sedang berperang di Sibu untuk mendapatkan satu kerusi Parlimen, Pakatan dengan mudah telah hilang satu lagi kerusi parlimen, iaitu di Wangsa Maju.

Nampaknya tidak henti-henti pemimpin-pemimpin PKR keluar parti. Hendak dituding kepada Umno pun rakyat sudah tak percaya.

Sementara di Kedah, Menteri Besarnya sedang bergelut mengekang beberapa lagi wakil PKR yang dijangka akan keluar parti seterusnya menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS.


Wangsa Maju MP YB Wee Choo Keong has finally given up on his adopted party, PKR. He would be announcing his resignation at a press conference in KL at 3pm. Wee is the latest in a series of elected reps who have left the Pakatan Rakyat.
Read Full 1 comments

PKR Jadi Raja, PAS Kedah Pening Kepala

Kerajaan PAS Kedah seolah-olah sudah tidak mempunyai cara lagi membendung lompatnya ADUN-ADUN PKR keluar dari pakatan. Jika ini berlaku, ia  boleh menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Parti itu.

Apa tidaknya, daripada hanya 3 ADUN PKR yang berada dalam kerajaan negeri, ketiga-tiganya telah dianugerahkan jawatan Exco. Tidak pernah berlaku dalam sejarah parti yang mempunyai begitu banyak kerusi tunduk kepada sebuah parti minoriti hanya kerana parti PKR menjadi penentu kejatuhan kerajaan negeri.

PAS sanggup mengecewakan ramai lagi ADUN-ADUNnya sendiri dengan tidak memberikan jawatan Exco kepada mereka bagi memuaskan kehendak wakil-wakil PKR ini, namun wakil-wakil PKR tetap menunjukkan pendirian longgar mereka terhadap kerajaan PAS.

Sehingga hari ini, Ustaz Azizan semakin resah dengan pendirian tiga ADUN PKR yang semuanya memegang jawatan Exco. Ustaz Azizan dilaporkan terpaksa mengadakan satu majlis pada 22 Mei ini bagi mendapatkan "pengakuan" bahawa mereka masih menyokong, sedangkan ikrar tersebut tidak perlu diulang-ulang jika "tiada apa-apa" yang berlaku.

Sebenarnya, Exco-exco dari PKR ini lebih cerdik dari PAS, kerana mereka tahu walaupun PAS menawarkan jawatan Exco, tetapi isinya kosong. Malah lantikan sebagai ahli lembaga pengarah yang diberikan kepada Exco-Exco PKR ini hanyalah di GLC-GLC yang boleh dikatakan dorman, tidak mempunyai projek, rugi dan tiada apa yang yang boleh dituai. Sementara GLC-GLC yang boleh dituai, semuanya diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan anak beranak mereka.

Ustaz Azizan tidak menyedari fenomena ini kerana beliau hanya mendengar nasihat bekas menantu dan juga penasihat ekonomi negeri yang berlagak pandai dan ikhlas, walhal fokus mereka ini hanyalah duit. Segala maklumat sahih sudah ditebat dari pengetahuan Ustaz Azizan oleh beberapa individu dari kelompok ini, dan Ustaz Azizan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diselewengkan.

Exco-Exco PKR yang nampak muslihat ini sudah panas kerana habuan sekadar elaun mesyuarat lembaga pengarah, sedangkan projek-projek GLC yang aktif dibedal oleh kroni PAS.

Kita lihatlah, bagaimana dan apa lagi yang boleh ditawarkan kepada Exco-Exco PKR ini bagai menyambung hayat kerajaan PAS yang akan diugut secara berterusan selama mana DUN tidak dibubar. Jangan lupa, ADUN DAP juga pernah mengugut untuk keluar dari pakatan rakyat Kedah.


Fakta Kedudukan Terkini:
PAS 16 PKR 3 DAP 1 - Jumlah 20
Umno 12 MCA 1 Gerakan 1 - Jumlah 14
Bebas 2 - Jumlah 2
Jumlah Kerusi DUN Kedah 36

PKR : Tan Joo Long @ Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim), semua mereka adalah exco kerajaan negeri.
Read Full 0 comments

Kerajaan Kedah Perkenalkan Sistem Perjawatan Baru

Khamis, 13 Mei 2010
Setelah sekian lama rakyat Kedah menunggu perubahan dalam pentadbiran, akhirnya dapat juga rakyat melihat perubahan dan pembaharuan yang dibuat PAS.

Sistem perjawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Kedah, samada dibawah kumpulan PKNK, MBI dan lain-lain kini telah diubah terus. Rakyat kini tidak lagi perlu memohon jawatan-jawatan, terutamanya di peringkat eksekutif dan pengurusan.

Jawatan-jawatan tersebut kini diisi terus dari kalangan pemimpin dan kroni PAS sahaja, tiada lagi iklan terbuka untuk mengisi jawatan. Jika dibuat statistik kemasukan kakitangan baru GLC sejak Mac 2008, lebih 80% lantikan dibuat berdasarkan kepada kroni, malah ada GLC-GLC yang mana kemasukan baru kakitangan eksekutif dan keatas 100% diisi oleh kroni.

Temuduga-temuduga yang dijalankan hanyalah sekadar memenuhi prosedur sahaja, malah ada yang menipu kelayakan dan tidak pernah menyertakan sijil dan dokumen-dokumen yang wajib bagi menyandang jawatan-jawatan profesional. Borang-borang permohonan dibuat selepas kemasukan.

Inilah sistem baru yang diperkenalkan oleh PAS dalam GLC-GLC Kedah kini. Rakyat Kedah ramai yang tidak sedar hal ini, namun mereka boleh tanya dan selidik perlantikan-perlantikan baru yang dibuat selepas Mac 2008.

Kalau dibandingkan perbuatan melantik adik beradik, menantu dan ahli keluarga antara PAS dengan Umno, PAS jauh lebih hebat meninggalkan Umno, zaman Umno dulu jarang-jarang sekali kita ada dengar pelantikan kroni, bukan tak ada langsung, tapi zaman PAS tiada langsung saki baki untuk rakyat biasa, malah untuk ahli biasa PAS pun tiada.

Gitulah Parti Islam...
Read Full 4 comments

Sebuah Lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Akan Runtuh

PETALING JAYA: Former Kulim-Bandar Baru MP Zulkifli Noordin has dropped another bombshell, predicting the collapse of another Pakatan Rakyat state government like what happened in Perak last year.

He said two PKR MPs and a state assemblyman would soon leave the party. He, however, did not reveal any names or mention which state he was referring to.

“The whole situation is imminent if the coalition does not come to its rescue swiftly. I can confirm that they are leaving very soon. The state government should seek a dissolution of its assembly from the Sultan fast,” he said yesterday.
********************************************************************************

Nampaknya, bukan kami saja yang menasihatkan agar Ustaz Azizan membubar DUN Kedah dengan segera, tapi YB Zulkifli Noordin juga memberikan nasihat yang sama.

Agaknya, YB Zulkifli tak sanggup tengok taksuban PAS dan penyokong Ustaz Azizan berguling-guling didepan kereta Sultan, malah ada wanita dengan bertudung labuh seperti dirasuk syaitan mahukan Dewan Undangan Negeri dibubar.

Kami tahu kenapa YB Zulkifli begitu yakin akan "melompatnya" beberapa ADUN ini dan senarai nama yang ada pada YB Zulkifli juga pasti sama dengan apa yang ada pada kami. Ini kerana sebab "lompatan" mereka dari PKR dan Kerajaan PR memang kukuh.

Apa-apa pun, meminjam kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September lalu, "the number is increasing by the hour", cuma bukan kepada PKR.

Kedahtimes:
We have the names.
Read Full 0 comments

Bubar DUN: Nasihat Kepada Ustaz Azizan

Rabu, 12 Mei 2010
Berikutan dengan isu lompat parti yang semakin menjadi-jadi sekarang ini, Kerajaan PR Kedah semakin tergugat. Satu demi satu pemimpin PKR lompat keluar dari parti tersebut. Semakin kalut Dato' Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tingkah laku luar tabienya, semakin ramai yang lompat keluar.

DAN KAMI JAMIN DAN TAHU, ADA LAGI YANG MENUNGGU MASA UNTUK MELOMPAT. WE HAVE THE NAMES.

Dengan PAS sendiri tidak cukup kerusi dan bergantung kepada sokongan PKR, Ustaz Azizan terpaksa berada dalam keadaan berjaga-jaga 24 jam sehari kerana bimbang, jika tersilap teknik, kerusi MB dan juga kerajaan negeri terlepas dari tangan PR (Baca PAS).

Jika Bekas Menteri Besar Perak dulu mendapat amaran Tsunami agak lewat dan tidak sempat berfikir panjang sebelum bertindak, Ustaz Azizan pula mempunyai masa yang cukup panjang untuk memikirkan pilihan membubarkan dewan bagi menghalang kejatuhan kerajaannya.

Jika Nizar sehingga sekarang masih meracau-racau akibat gagal membubarkan dewan pada masa yang sepatutnya, Ustaz Azizan akan lebih meracau lebih lagi jika kerajaannya jatuh, kerana beliau mempunyai banyak masa untuk membuat tindakan, tetapi memilih untuk "tidak-apa". Tapi tentulah racauan Ustaz Azizan tidak sehiba ratapan Che Had dan Yusrain yang tengah seronok membedal hasil-hasil negeri melalui proksi mereka. Jadi tentulah nasihat Che Had dan Yusrain adalah agar Ustaz mengekalkan kuasa selama mana mungkin, bukan berdasarkan situasi sebenar dan kehendak rakyat.

Nanti akan meraung dan merabanlah penyokong-penyokong Ustaz Azizan, kata mereka kembalikanlah kuasa kepada rakyat. Biar rakyat tentukan.

Rakyat Kedah menuntut agar diserahkan kuasa kembali kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka, memandangkan kuasa yang diberikan telah dicemarkan oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

Lagipun Ustaz Azizan dan PAS sering menyatakan keyakinan mereka akan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, jadi apa nak ditakutkan jika kuasa pemilihan diserahkan semula kepada rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri, biar rakyat yang tentukan.

Ustaz sendiri sudah kata, jika ramai lompat, nak bubarkan DUN Kedah. Jangan nanti, bila kuasa sudah hilang, dewan sudah dikuasai pihak lain, baru nak bubar dewan. Dewan sendiri tak mahu dibubar, tapi nak bubarkan dewan orang, bercambah la.

Nasihat kami cuma satu, Jangan Jadi Nizar
Read Full 2 comments

BUBAR DUN ATAU DITURUNKAN

Dari 36 DUN di Kedah, 16 dimenangi PAS, 14 UMNO, 3 PKR, 1 DAP dan 2 bebas.

Kerajaan Kedah kini ditunjangi oleh PAS dengan 16 Kerusi dan disokongi oleh 3 PKR dan 1 DAP. Kuasa pemerintahan PAS Kedah amatlah bergantung kepada 1 kerusi DAP dan 2 lagi dari PKR.

Maka jika 2 ADUN PKR lompat keluar menjadi bebas, maka secara otomatik PAS akan hilang majoriti di DUN. Dan jika dalam masa yang sama semua ADUN bebas mengumumkan menyokong UMNO, maka UMNO (BN) secara sahnya bolehlah berjumpa DYMM Sultan untuk membentuk kerajaan.

Kini pilihan ditangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan. Dia ada pilihan samada membiarkan UMNO (BN) mengambilalih kerajaan atau memulangkan kembali hak memilih kepada rakyat jelata.

PKR nampaknya semakin hilang taring dan juga penyokong atasan dan bawahan. ADUN PKR semakin goyah kerana sudah tiada pengikut. Kini hanya tinggal ADUN Sidam, Kulim dan Bukit Selambau sahaja dari PKR. Ketiga-tiga mereka ini di beri jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pelancongan/Hal Ehwal Masyarakat India/Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna/Perpaduan/Pengurusan Sumber Manusia serta  Alam Sekitar/Hal Ehwal Masyarakat Cina.

Keadaan amat genting kerana PKR sudah kehilangan sokongan kaum Melayu, India dan Siam. ADUN Bukit Selambau sudah hanya tinggal fungsi sebagai Exco Pelancongan saja. Dan difahamkan EXCO Kulim adalah sahabat baik kepada ADUN Bakar arang. Mungkin sedikit goyah kedua-dua ADUN ini.

Cuma, kerajaan Kedah sekarang perlu sedar betapa rapuhnya pemerintahan mereka. Dari segi prestasi, nampaknya mereka jauh ketinggalan. Kedah tidak bergerak ke mana. Kulim Hitech, Isu air, Rumah rakyat, SULIHH, balak, dan pelbagai isu lagi yang tidak dapat diselesaikan.

Itu isu negeri. Bagaimana dengan isu politik dalaman sekarang? Kerajaan MB Azizan kena buat keputusan SEGERA! Turun atau DITURUNKAN!


Read Full 7 comments

Rakyat Kedah Sudah Muak, Mula Protes

Selasa, 11 Mei 2010
1. Rakyat Kedah pada mulanya terperanjat dengan kemenangan PAS mengambil-alih kerajaan negeri dari Barisan Nasional pada PRU 2008 dulu. Walaupun hasrat sebenar rakyat Kedah hanyalah untuk memprotes tindak-tanduk Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu, nyata mereka memberi protes yang terlalu besar sehingga kerajaan BN jatuh. Mungkin ini turut disumbang dengan protes kepada kepimpinan Umno negeri yang sehingga kini masih tidak sedar-sedar.

2. Rakyat Kedah memang nyata terkejut. Tapi yang lebih terkejut adalah penyokong PAS, malah pemimpin PAS sendiri terkejut kerana tidak bersedia memerintah negeri yang secara tiba-tiba dimenangi diserahkan kepada mereka oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid.

3. Walaupun terkejut, rakyat menaruh harapan besar agar pentadbiran baru ini memenuhi janji mereka pada PRU lepas. Tetapi harapan lebih besar adalah dari penyokong-penyokong PAS yang telah lama berjuang untuk memenangkan PAS di negeri Kedah.

4. Antara harapan mereka adalah membersihkan "kekotoran" yang sering dijaja PAS sepanjang beberapa dekad menjadi pembangkang.

5. Paling besar lagi harapan ialah melihat perkembangan Islam diKedah dengan pelaksanaan Hukum-hukum Islam sebagaimana yang dituntut Agama dan menolak hukum-hukum yang dikatakan dari kerajaan toghut dahulu.

6. Tunggu dan tunggu, tiada apa perubahan, dan apa yang didengar ialah pemimpin PAS tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran negeri. Perkara-perkara asas yang sudah menjadi prosedur asas pun tidak difahami, apatah lagi mahu mengubah dan memperbaiki apa yang ada.

7. Bimbang kemerosotan populariti akibat sikap tidak-tahu-apa-apa, nafi-sana-sini,  pemimpin-pemimpin mula bercakap kembali tentang hal-hal rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran untuk mengekalkan momentum populariti.

8. Mereka semakin bercakap keterlaluan tentang salah itu dan salah ini sehingga mereka lupa bahawa mereka adalah kerajaan dan bukan pembangkang. Maksudnya, jika ada salah dan tak betul, kenapa dijaja dan tidak diperbetulkan. Kuasa sudah ditangan.

9. Rakyat yang pada mulanya melihat tindak-tanduk mereka ini sebagai satu kelucuan bila mereka mempamerkan kedangkalan mereka kini mula merasa bimbang. Ini kerana pelawak-pelawak ini sedang mentadbir negeri.
Read Full 10 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates