Kenapa PKR Kedah senyap sunyi?

Selasa, 29 Jun 2010
Di Selangor kecoh dengan isu PKR cacamerba kerana Pengerusi PKR Negeri diserahkan kepada Azmin Ali yang juga seorang ADUN dan MP. Sebaliknya Khalid Ibrahim yang juga seorang ADUN dan MP diberi jawatan Menteri Besar. Inilah yang sebenarnya dikatakan caca merba, bukan seperti yang disebut oleh CIPUT Anwar sebagai tiada agenda tersembunyi.

Dari pergolakkan ini, ramai yang meramalkan yang PKR akan tenggelam dan tinggal mereka-mereka yang bermain 'Politik Pulun' saja yang tinggal seperti kata YB Zulkifli Nordin dalam termuramah dengan media di Palimen baru-baru ini. Kita sebagai pemerhati politik hanya perlu tunggu dan lihat TETAPI sepatutnya UMNO Selangor perlu mengambil peluang ini untuk mempercepatkan proses pereputan PKR yang telah terlalu banyak merosakkan minda orang-orang Melayu Khasnya.

Di Kedah, PKR semakin hilang dan senyap sunyi. Adakah mereka masih aktif sebagai penggerak PKR atau masing-masing sekarang dalam sindrom 'Politik Pulun' dimana peluang untuk merebut apa yang masih ada sebelum PKR reput dari arus perdana politik Kedah.

ADUN PKR Kedah hanya tinggal 3 orang sahaja yang pada satu masa diheret keKomplek PAS Jln Alor Setar-Sg Petani baru-baru ini untuk mengumumkan 'SOKONGAN' mereka kepada kerajaan PR Kedah, mungkin sedang mencongak apa tindakan seterusnya yang boleh mereka ambil memandangkan pucuk pimpinan PKR sendiri melakukan apa saja tindakan mengikut kehendak mereka sendiri tanpa mengambil kira pendapat bawahan atau protokol politik semasa.

Jika masih pening berfikirin mengenai masa depan politik masing-masing, eloklah juga Kedah Times mencadangkan supaya mendengar atau terus memilih untuk mengikut cadangan YB Zulkifli Nordain supaya berada dalam concensus BEBAS. Di DUN Kedah sudah ada concensus Bebas yang sudah establish. Tunggu apa lagi?

Politik PKR Kedah sudah kelihatan hambar dan tidak menonjol lagi. Nampaknya ketua-ketua atasan PKR Kedah sedang berada dalam situasi Politik Pulun sebelum apa-apa terjadi. Dan nampaknya situasi di Selangor mungkin akan merebak ke Kedah walaupun PKR tidak menjadi ketua negeri. Tetapi mungkin dalam bentuk yang lain.

Diketahui yang permainan firaun-firaun kecil juga wujud di Kedah. Hanya mereka-mereka yang tertentu saja yang mengawal semua tindak-tanduk PKR Kedah. Ini yang membuatkan beberapa ADUN PKR merasakan yang meraka ibarat TELUR DIHUJUNG TANDUK.

Keluarlah dari PKR dan bentuklah concensus bebas anda. Tidak rugi!

Dan UMNO Kedah perlu lebih pro-aktif dalam menggerakkan penerangan dan aktiviti politik UMNO demi untuk merampas kembali Kedah dari PR. Jangan terlalu berasa selesa dek kerana Tun Daim mengatakan yang Kedah akan dapat dirampas kembali pada PRU13 nanti. Ingat Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa itu jika bangsa itu sendiri tidak mahu merubahnya.

PR Kedah tidak melakukan apa-apa selepas 2 tahun memerintah, sebaliknya asyik berceramah menyalahkan kerajaan dahulu. Ambillah peluang ini untuk menyerang mereka. PKR sudah caca merba, kerajaan PR pimpinan PAS asyik berbohong dengan janji-janji kosong, UMNO Kedah perlu berubah dan tonjolkan diri supaya tidak ada orang pertikai akan kewujudan UMNO Kedah atau tidak.

Read Full 3 comments

Benarkah KJ Ketua Pemuda sebuah Parti Melayu?

Sabtu, 26 Jun 2010
ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Kedah Times bukanlah hendak mempertahankan Ibrahim Ali tetapi cara nampaknya Oxford guy ini sudah cuba masuk campur urusan dalaman Perkasa. Dia sepatutnya menjaga Pemuda UMNO supaya menjadi champion kepada semua isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Pendekatan inilah yang berjaya mengingatkan kerajaan bahawa kepentingan Melayu dan Islam yang disebut dalam perlembagaan perlu dipelihara dan dijaga. Bukannya mengikut kehendak minoriti. Soalan kepada KJ dan Pemuda, pedekatan cara apakah yang Pemuda bawa untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam selama ini? Kita tidak pernah nampak atau dengar statement KJ dan Pemuda mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan dengan kepentingan orang Melayu sebaliknya berdiam diri. Apa yang kita nampak KJ dan Pemuda lebih kepada penumpang sahaja. Lihat isu Gaza, KJ dan Pemuda hanya tunjuk muka apabila mereka nampak ini boleh menaikkan nama mereka.

"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

Adakah cara yang dibuat oleh MCA, GERAKAN, MIC dan DAP memupuk kepada perpaduan? Apakah kenyataan Ketua Pemuda MCA boleh memupuk perpaduan? Pemuda UMNO Pimpinan KJ menjadi pondan apabila rakan se BN mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh hati orang Melayu/Islam. Pendekatan yang dibawa oleh KJ dalam Pemuda UMNO lah sebenarnya yang menjadi penghalang kepada konsep 1Malaysia. Pemuda UMNO pimpinan KJ tidak pernah mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Sedarkah KJ pengorbanan orang Melayu selama ini tidak pernah dihormati atau dihargai oleh sesetengah mereka dari keturunan Cina atau India. Kita berikan kewarganegaraan secara ikhlas tetapi mereka masih hanya menganggap bahawa itu adalah hak mereka. Ya! mungkin benar tetapi tanpa pengorbanan besar orang Melayu, siapalah mereka hari ini.

Benar konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan seperti yang dipersetujui sebelum ini akan TERGADAI jika tiada NGO seperti Perkasa yang mempertahankannya. Kemana Pemuda UMNO dalam isu-isu seperti ini?

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Kalau kita bercakap dengan orang tua, mereka akan kata KJ baru setahun jagung dalam politik, Ibrahim Ali sudah lama makan garam. Benarlah kata mereka, jaguh kampung yang sudah lebih dulu makan garam inilah yang banyak menyuara dan mempertahankan hak-hak keistimewaan Pribumi Melayu. Apa yang lululsan Oxford pertahankan? Jawatan ? (yang didapati secara haram?) Atau mempertahankan MASTER sebenar?
Amatlah sedih kerana Wanita Kuala Kedah kerana menjemput KJ kerana inilah Melayu Liberal yang tidak peduli atau cuba menghapuskan hak-hak orang Melayu. Wanita Kuala Kedah nampaknya tidak memahami hasrat akar umbi dengan menjemput Ketua Pemuda Rasuah merasmikan Persidangan mereka. Tiada orang lain kah yang layak? Ketua Wanita se aliran pemikiran KJ juga ka? Atau Wanita Kuala Kedah juga dibawah genggaman KJ? Heran bin Ajaib! masih tidak ingatkah perjumpaan dengan MT tertinggi dulu semasa Paklah masih berkuasa!

Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Eloklah juga letak jawataan sebagai ahliu Parlimen Rembau tu. Ada pun tak berguna, tiadapun lebih elok.

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

Apa yang KJ telah bawa untuk perubahan kepada orang Melayu. Sehingga hari tiada apa yang membanggakan yang diperkenalkan oleh KJ terutama terhadap Pemuda kecuali imej elitis serta imej pencari projek atau RASUAH. Pemuda UMNO lah yang sepatutnya membawa perubahan itu kepada orang Melayu terutama Pemuda, bukannya Ibrahim Ali. Beliau seorang Presiden Perkasa yang bertujuan menjaga hak-hak keistimewaan Melayu bukan membawa perubahan kepada orang Melayu. Perubahan adalah tugas Kerajaan dan Pemuda UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan yang memerintah. Lucu, Pemuda UMNO pun KJ tak boleh bawa ke depan, suruh orang pulak yang melakukannya.

"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu.

Desakan Ibrahim Ali adalah desakan Perkasa, desakan Perkasa adalah desakan akar umbi orang Melayu. Jadi KJ tak melayan desakan orang Melayu! Oooooop lupa, KJ bukan dilantik sebagai Ketua Pemuda oleh orang Melayu, tapi dia dilantik oleh $$$$!

Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat. Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA.

Ibrahim Ali mendesak atas kapasiti PERKASA, bukannya atas kapasiti Politik. Katanya belajar dari Oxpfor tapi desakan macam inipun masih tak faham. Lagipun bukannya dia desak KJ letak jawatan Ketua Pemuda tapi ahli Parlimen.

Inilah cakap ala Anwar. KJ tidak mempertahankan kenyataan Ka Siong tapi kata-kata Ka Siong tu atau tindakan Ka Siong tidak salah. Issk berbelit pulak. Adakah maksud tu hampir sama? OOO KJ tidak mempertahankan Ka Siong tapi bersetuju dengan kenyataan Ka Siong. Ini kah yang dimaksudkan KJ. Kalau macam tu benarlah KJ memang mempertahankan apa yang disuarakan oleh Ka Siong.

"Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

Heran, apakah mempertahankan hak-hak Melayu dianggap melaga-lagakan mereka dalam BN? Yang Ka Siong membuat kenyataan sebegitu tak melaga-lagakan orang-orang Melayu dengan mereka ka? Atau memang Pemuda UMNO tiada sensitiviti terhadap isu-isu keistimewaan orang Melayu ka? Kalau macam tu, bubar saja saya Pemuda tu atau masuk saja sayap Pemudi!
Memang lah tidak sensitif bagi melayu Liberal macam KJ, tapi bagi melayu akar umbi perkara sebegini amat sensitif. Dia seolah-olah mempertikai hak-hak orang Melayu. Dan KJ sebagai KETUA PEMUDA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Apakah KJ ingat dia mengetuai Persatuan bukan Melayu ka?

"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.

Ibrahim Ali memanglah bukan Ahli BN tetapi beliau ada hak untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu walaupun tidak berada dalam parti Melayu. Yang KJ pulak berada dalam parti Melayu, sebaliknya meruntuhkan hak-hak orang Melayu. Nasihat kami LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMUDA PARTI MELAYU tu, jangan jadi hipokrit. Anda adalah lialibiliti kerana pertama kali dalam sejarah Calon didapati bersalah RASUAH boleh bertanding dan menang. Memang SAH Rasuah!
Read Full 10 comments

Maksud Kerajaan Negeri Kedah - Cakap tak serupa bikin

ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru kakitangan awam negeri ini supaya mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat yang ‘lemah’ kerana mereka yang lebih layak dibantu dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan kehebatan luaran seseorang dalam membuat keputusan.

Beliau menegaskan bahawa, Islam juga menyatakan supaya manusia mengutamakan insan-insan yang lemah dalam menghulurkan bantuan.

“Sebagai pegawai kerajaan dan saya sebagai ketua kerajaan, dalam bertugas, niat dengan baik, maka Allah akan tolong dengan niat untuk tolong manusia. Kita perlu beri khidmat kepada rakyat sebaik mungkin, saya tak nak ada yang kena zalim.

“Sebagai kerajaan, kita didatangi oleh orang bawahan dan lemah dan susah, jadi kita perlu tolong mereka, ini kerana orang-orang ini lebih banyak memerlukan pertolongan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Aman di perkarangan Wisma Darul Aman, di sini.

Sementara itu, mengenai isu lain, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak menyekat sebarang bentuk hiburan dalam negeri ini, tetapi ianya perlulah mempunyai landasan agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Hiburan melampau mengundang kepada kerosakan akhlak berleluasa di kalangan belia. Isu pembuangan bayi yang heboh diperkatakan akhir-akhir ini adalah contoh, akibat dari hiburan dan kebebasan melampau yang merosakkan masyarakat.

“Masalah sosial yang berlaku sekarang disebabkan oleh kebebasan berleluasa tanpa kawalan.

“Di Kedah, kita tak sekat hiburan, kita tak mau hiburan yang merosakkan masyarakat, terutama golongan belia,” ujar beliau

*** Tidak zalim kah kerajaan negeri yang membiarkan pemotongan air di Pondok ini? 

















*** Bagaimana dengan pusat-pusat hiburan yang baru diberi lesen ni. Hiburan terkawal ka? Hiburan mengikut Islam ka?





















Read Full 2 comments

ALIFF BAA TAA

Jumaat, 25 Jun 2010
Perjuangan UMNO adalah perjuangan ALIF BAA TAA. Agama Islam, Bangsa dan Tanahair. Itulah yang diperjuang dan dipertahankan. Track record telah menunjukkang perkara ini menjadi tunjang perjuangan UMNO.

Cuma hanya beberapa kerat pemimpin yang mempalit kekotoran terhadap UMNO, pembangkang sudah menganggap UMNO terlalu kotor, hina dan amat teruk.

Tetapi hari ini kita lihat UMNO masih disayangi, disenangi dan masih dianggap satu wadah unggul ALIF BAA TAA.

Maka dengan itu kita lihat hari ini seramai 40 orang Ulama dan mereka yang berilmu agama tinggi menyertai UMNO secara sukarela. Ini disebabkan mereka melihat UMNO adalah wadah sebenar perjuangan menegakkan agama Islam. Sumbangan mereka tetap ada dalam UMNO dan amat dialu-alukan.

InsyaAllah, UMNO akan pulih menjadi yang lebih baik dengan kehadiran mereka ini ke dalam UMNO. Ahli-ahli UMNO secara terbuak menerima mereka ini bersama berjuang menegakkan ALIF BAA TAA.

Dalam artikel lalu yang Kedah Times bertanyakan tentang peranan UMNO Kedah dalam mengajak ulama-ulama Kedah bersama berjuang menegakkan ALIF BAA TAA, kini sekali lagi Kedah Times menyeru pemimpin-pemimpin besar UMNO Kedah yang tiada dihatikah untuk mengajak mereka-mereka ini bersama. Sumbangan mereka amat diperlukan.

Atau seperti kata kata veteran dari Pendang, masih wujudkah UMNO Kedah?
Read Full 2 comments

BIASISWA - IBRAHIM ALI VS WEE KA SIONG VS KJ. KEMANA PERGINYA PANGLIMA UMNO ?

1. TAHNIAH IBRAHIM ALI, Tahniah kerana berani mengatakan YB Dr Wee Ka Siong ahli kabinet kerajaan Malaysia seorang yang BIADAP lagi KURANG AJAR. Kenapa Ibrahim Ali berani mengeluarkan kata-kata kesat lagi kasar terhadap seorang Jemaah Menteri Najib? Kenapa tidaknya? Kalau Dr Wee berani menyoal dan mempertikai HAK-HAK Melayu seperti terkandung dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan mahu Kerajaan turut memberhentikan Peruntukan Biasiswa terhadap penuntut MARA jika Kerajaan memberhentikan Biasiswa JPA. Adakah patut kenyataan dari seorang Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia menyoal keputusan Kerajaan dimana beliau juga merupakan salah seorang ahlinya. Kenyataan Dr Wee adalah hasil dari gesaan Presiden MCA yang mahukan semua Pemimpin MCA terus vokal didalam menyuarakan kepentingan kaum CAUVANIS CINA.

2. Tetapi yang paling malang sekali ialah sikap Pemimpin-pemimpin UMNO terutama sekali kenyataan Ketua Pemuda UMNO/BARISAN NASIONAL yang menyokong kenyataan Dr Wee Ka Siong. Baca disini. Semua rakyat Malaysia tahu siapa Khairy Jamaludin @ KJ @ SIL @BAKAL PM MALAYSIA yang paling muda dalam sejarah Malaysia dan rakyat juga tahu bagaimana beliau menang didalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Utusan Malaysia hari ini 24 Jun 2010 melapurkan "Khairy pertahan Ka Siong", kenyataan ini maha biadap dan amat kurang ajar. UMNO akan hancur jika ada pemimpin LIBERAL MELAYU didalamnya, sudah cukup dengan Melayu Liberal didalam PKR, PAS dan NGO Melayu yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang cukup Liberal terutama sekali didalam menyokong MODEL EKONOMI BARU yang telah menghumban kepentingan Bumiputra.

3. Amat sedih sekali apabila Pemimpin NGO Melayu diluar UMNO berani menempelak Pemimpin muda CINA yang amat rasis tetapi tiada sebarang sokongan dari Panglima-panglima UMNO diperingkat Majlis Tertinggi atau pun peringkat Bahagian. Kemana perginya Ahli-ahli MKT, Menteri-Menteri Melayu dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian? Kenapa terlalu bacul ! Sepatutnya inilah masa yang terbaik bagi Panglima- panglima UMNOmengambil kesempatan dengan menyerang kembali Dr Wee Ka Siong.

 
4. Sudah sampai masanya terutama sekali Ahli-ahli MKT dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian menjadi Pemimpin yang VOKAL didalam mempertahankan dan memperjuangkan HAK-HAK Melayu seperti mana terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Dalam konteks kepimpinan negeri Kedah amat betul lah apa yang telah ditulis oleh Kedah Times berkenaan sikap pemimpin UMNO Negeri Kedah yang sunyi sepi, hidup segan mati tak mahu, entah masih wujud atau telah mati ! Sekurang-kurangnya dalam kes ini sepatutnya mereka beramai-ramai berani mengeluarkan kenyataan menyokong Kenyataan Ibrahim Ali.

1Melayu
Read Full 0 comments

Umno Kedah Perlu Berubah

Selasa, 22 Jun 2010

Setelah kami siarkan email dari veteran Sungai Tiang, terdapat banyak respon yang diterima, termasuklah respon-respon dalam blog-blog lain yang membuat artikel pautan berkaitan email tersebut.

Komen-komen yang menarik adalah tentang penafian terhadap dakwaan veteran Umno Sungai Tiang. Nafi lagi!

Kami siarkan disini beberapa artikel pihak lain yang lebih mendahului kami dalam isu ini. Ini adalah bukti bahawa kami berhasrat menyatakan apa pandangan majoriti ahli Umno tentang situasi sebenar Umno di Kedah.

Sila baca  Bila tiada pertandingan, mesyuarat cawangan hambar bagaimana pemimpin tidak turun ke mesyuarat cawangan sebab kali ini tak perlu lobi untuk apa-apa jawatan pada musim tiada pertandingan.

Juga baca Dilemma Umno Kedah menceritakan situasi yang hampir sama dengan apa yang dinyatakan oleh veteran Sungai Tiang.

Kedah Umno To Take Action Against Non-Performing Leaders oleh Dato' Ahmad Bashah yang secara tidak langsung mengakui akan masalah serius pemimpin yang tidak berkerja. Kata beliau "Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya."   Tapi bukti lebih jelas dari kenyataan ini ialah Dato' Ahmad Bashah sendiri tidak tahu bahawa pembangkang di Kedah kini adalah UMNO.

Dan di sini Bila Umno Nak Berubah, Masa Semakin Suntuk yang lebih umum kepada Umno secara keseluruhannya, namun membuktikan bahawa yang bermasalah adalah pemimpin, dan yang pantang ditegur juga pemimpin.

Dan ini juga meminta Umno Kedah Kena Berubah

Dan sebagai menjawab cabaran bagaimana hendak mengubah Umno Kedah, kami percaya perubahan perlu bermula dari kepimpinan dan ianya perlu dimulakan dengan sikap terlebih dahulu. Tak perlu cakap soal yang terlalu global dan perancangan tahap tertinggi, buat yang kecik-kecik ni dulu.

Pertama sekali, buat kerja kena ikhlas, jangan kerja tunjuk muka. Sebagai contoh, jika Presiden melawat bahagian Sik, maknanya dia nak jumpa rakyat Sik laa. Ketua bahagian-bahagian lain tak payah menyibuk tunjuk muka, kalau presiden nak jumpa ketua bahagian lain, tau la dia nak panggil.
Kedua, habiskan lebih 70% masa dengan rakyat, bukan dengan pegawai-pegawai dan AJK bahagian sekeliling, depa dah dapat cukup "kebajikan", rakyat dan ahli biasa yang perlukan perhatian.

Ketiga, Ketua bahagian dan AJK bahagian, turun ke setiap masjid dan surau, solat jemaah dengan penduduk, sambil pergi solat pun boleh dengar masalah rakyat dari rakyat sendiri, bukan dari pegawai-pegawai, pegawai-pegawai ni pun macam tuan-tuan ketua bahagian juga, kepoh masa pemimpin turun saja.

Keempat, kalau di Kedah ni, turun la sama ke bendang, tengok masalah petani dengan mata kepala sendiri, masalah gondang emas sampai la ni petani sengsara, sekarang ni takdak satu langkah pun dalam bendang kalau tak terpijak siput pemusnah ni, itulah gambaran masalah petani. Kalau dok pandu kenderaan pacuan 4 roda lalu saja, mana nak faham masalah rakyat.

Kelima sehingga ke seratus ribu: Kami boleh bagi cadangan macam-macam sehingga ratusan ribu, tapi kami pasti pemimpin Umno Kedah sendiri pun tau apa nak buat.

Puncanya bukan taktau apa patut dibuat, tapi tak mau buat.
Read Full 5 comments

Dr Asri - Bagaimana pula dengan Ulama-ulama Kedah

Isnin, 21 Jun 2010
Heboh diperkatakan tentang bakal kemasukkan Dr Asri dan hampir 100 orang berlatar belakangkan agama ke dalam UMNO Dataran Merdeka. Kita masih menunggu sehingga Jumaat ini. Harapan kita agar ini menjadi realiti, InsyaAllah.

Di Kedah, jika kita lihat ramai bijak pandai agama yang bertaraf Ulama berada dimerata-rata. Merekasamada berada di pondok-pondok atau pusat-pusat pengajian tinggi yang di asaskan oleh kerajaan UMNO. Dan jika diajak bersama, mereka ini boleh membantu membawa UMNO ke satu puncak yang hebat dalam membentuk sebuah negeri Maju berasaskan acuan Islam.

Apa tindakan UMNO Kedah untuk membawa mereka menyertai UMNO Kedah? Apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menarik mereka bersama UMNO yang terang-terang memperjuangkan ALIF BAA TAA. Atau perjuangan ALIF BAA TAA ini sendiripun tidak difahami oleh ahli-hali UMNO, hatta nak menceritakan kepada orang lain!

Ulama-ulama atau mereka berlatarbelakangkan Agama ini mempunyai ramai pengikut setia. Dan jika mereka bersama-sama UMNO memperjuangkan ALIF BAA TAA, tentulah UMNO Kedah akan kembali disegani dan gagah. Kita bukan memperlekehkan ahli-ahli UMNO yang sedia ada yang masih setia dan bersemangat. Setia dan semangat perlu disertakan dengan strategi dan pelan tindakan. Maka salah satu strategi yang mungkin boleh menguatkan UMNO Kedah ialah membawa Ulama-ulama atau pendokong-pendokong Islam bersama berjuang dengan UMNO.

Kita menunggu apa tindakan UMNO Kedah seterusnya dalam isu ini.

Mungkin akan timbul komen-komen mencabar penulisan-penulisan di Kedah Times yang mengajak bersama melaksanakan apa yang disarankan. Jangan mengajak melaksanakan program-program promosi pemimpin kerana kami sayangkan Islam dan UMNO lebih dari pemimpin.

InsyaAllah, kami di Kedah Times sanggup. Kami tidak bercakap saja. Yang kami herankan kenapa takut sangat dengan kami di Kedah Times!

Mungkin sebab tak buat apalah tu, yang kita tak sanggup sangat menerima kritikan. Yang makan cili akan terasa pedasnya.
Read Full 9 comments

Siapa sebenarnya Zalim

Pendedahan oleh Kedah Times dan Pelantaqhujah tentang pemotongan air oleh SADA ke atas Pondok Pak Ya Padang Lumat bukan untuk memburukkan SADA.

SADA hanya memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat utiliti swasta yang  untung rugi adalah matlamat utamanya. Jika mana-mana pihak yang tidak membayar bil tertunggak yang tinggi, maka adalah menjadi tugas SADA untuk memberi notis dan jika terus gagal membayar, maka servis akan dipotong atau diberhentikan.

SADA adalah milik Kerajaan Negeri Kedah. Walaupun ianya berfungsi atas kapasiti swasta, lembaga pengarahnya terdiri dari orang politik yang kebanyakkan juga menjadi pemerintah negeri. Ini menunjukkan bahawa mereka ini juga mempunyai kuasa mendesak atau mengarah untuk sesuatu tindakan dilakukan.

Maka dalam kes Pondok Pak Ya ini, satu kezaliman oleh kerajaan negeri Pemerintahan PAS (PR) telah dilakukan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pentadbiran Pondok Pak Ya untuk menyelesaiakan isu ini, tapi nampaknya pihak Kerajaan negeri tiada respon atau duduk diam sahaja.

Dulu bila SEKOLAH AGAMA RAKYAT diberhentikan BANTUAN, maka berceramahlah PAS seluruh Malaysia mengatakan UMNO ZALIM. UMNO tetap dituduh zalim walaupum SAR tersebut ditawar memasuki kurikolum arus perdana dan menjadi SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN. SAR diberi pilihan, bukannya diberi ultimatum. Sebaliknya PAS menganggap itulah hukuman kepada SAR yang rata-rata menjadi tempat atau sarang pembiakan pemikiran simplistik PAS. Zalim adalah untuk orang yang menganggu gugat aktiviti politik extrem PAS, tidak zalim jika PAS melakukkan sesuatu yang buruk kepada orang lain.

Surat-surat yang tidak berjawab dari exco atau kerajaan negeri menunjukkan ketidakupayaan mereka menyelesaikan isu. Jika kita tuduh mereka zalim kerana tidak memberi air kepada pelajar-pelajar asaram untuk mandi, maka mereka mulalah berdolak dalih dengan menuding jari kepada pihak lain. Kemungkinan besar mereka akan kata " Peluru Terakhir UMNO yang kehabisan idea" kerana PAS dan PR sedang hebat menuju ke Putrajaya.

Kepada Pondok Pak Ya, inilah sikap pemimpin-pemimpin yang dahulunya di atas pentas melaungkan PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Inilah tingkahlaku sebenar apabila berada di atas pentas kuasa. Cakap tidak serupa bikin.

Siapa yang Zalim sebenarnya? 
Read Full 7 comments

Masih teguh kah UMNO Kedah?

Ahad, 20 Jun 2010
Merujuk kepada email dari veteran Sg Tiang Kedah Times telah suarakan perkara yang sama diperingkat awal penubuhan Kedah Times dahulu. Baca disini .

Sila ikuti artikel itu disini cuma ianya dalam perspektif yang berlainan. Ianya lebih tertumpu kepada keperluan seorang ikon atau tokoh muda yang boleh diterima rakyat Kedah dalam mengambil kembali Kedah dari PR.

Kebanyakkan ketua-ketua bahagian sekarang sudah 'Out Dated'. Tidak mampu membawa UMNO bahagian masing-masing ke satu tahap yang boleh diterima oleh rakyat umum.


Begitu juga dengan Puteri. Baca Komen dari Sanggul Melayu disini.

Satu tindakan drastik perlu dilakukan oleh pucuk pimpinan jika ingin melihat Kedah kembali ke tangan BN.
Read Full 12 comments

BIASISWA, BAGI ATAU TAK MAHU BAGI? PM JANGAN FLIP FLOP !

1. Presiden Pertubuhan Persekutuan India Malaysia A.Rajaretinam berkata Kerajaan telah berlaku tidak adil kepada kaum minoriti kerana memberi 80% biasiswa JPA kepada kaum Bumiputra dan baki 20% diberi kepada kaum bukan bumiputra.

2. YB Dato Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan A.Rajaretinam berbau hasutan dan beliau bercakap bohong. Mengikut Nazri Kerajaan memperuntukan Biasiswa berdasarkan nisbah 56 : 44 dengan Bumiputra mendapat 56% dan bukan bumi dapat 44%.

3. Mengikut kata Rajareitnam daripada jumlah 1,500 biasiswa hanya 300 diberi kepada bukan bumi dan baki 1,200 diberi kepada penuntut Melayu. Siapa yang bercakap Bohong ! Nazri atau Rajareitnam ?  Setakat hari ini tiada siapa pun yang berani mengeluarkan angka yang sebenar.

4. Nazri terus membuat kenyataan yang mulai tahun hadapan Biasiwa JPA untuk ijazah pertama AKAN DIMANSUHKAN berperingkat peringkat, biasiswa hanya akan diberi kepada lepasan Ijazah untuk terus melanjutkan pelajaran di luar negara. Untuk ijazah pertama kena masuk Universiti tempatan terlebihi dahulu.

5. Presiden PERKASA YB Dato Ibrahim Ali berkata PERKASA akan menyaman Kerajaan jika menghentikan pemberian Biasaiwa kerana ini bertentangan dengan Perkara 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MCA dan MIC desak Kerajaan untuk teus memberi Biasiswa dan mereka mahu diberi sama rata mengikut meritokrasi..

7. Najib jangan FLIP FLOP lagi ! Terus beri biasiswa kepada semua pelajar pintar mengikut nisbah jumlah penduduk berasaskan jumlah setiap kaum didalam negara dengan keadaan penduduk sekarang 67% bumi dan 37% bukan bumi, FULLSTOP !

1Melayu
Read Full 2 comments

Takdak Otak Pun Boleh Tadbir Negeri: Pondok Pak Ya Jadi Mangsa

Sabtu, 19 Jun 2010
Kalau Tak Bayar Hutang... Saman.

Kalau Bil Air Tertunggak... Potong Bekalan.

Bunyi macam syarikat swasta, tapi inilah tindakan kerajaan negeri.

Tak kiralah, orang miskin ka, sekolah agama rakyat ka, apa kesukaran depa tak diambilkira.

Mudahnya mentadbir negeri, akal dan pertimbangan manusia dah tak perlu digunakan, auto-potong saja kalau tak bayar air, macam komputer.

Baca pelantaqhujah di sini: KERAJAAN PAS KEDAH KEJAM
Read Full 8 comments

Siapa Bohong Pun mereka tetap PKR

Jumaat, 18 Jun 2010

Kes Video Lucah Elly Wong

Kata Zahrain:
“Kalau dia nak nafikan, biasalah itu dia punya kepakaran. Saya sanggup bersumpah yang dia pernah kata dalam satu taklimat bahawa dia bukan saja pernah tengok gambar malah video (seks) Elizabeth juga,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Kata Zulkifli Noordin:
Saya mengesahkan bahawa saya ada sama ketika taklimat itu dibuat di Parlimen dan sekali gus mereka cuba mempengaruhi kami semua untuk menyelar Elizabeth.
Dia memang ada kata dia bukan saja melihat gambar tetapi juga video berkenaan. Kami percaya apa yang dikatakannya memandangkan dia adalah ketua pembangkang,” katanya.

Kata Anwar Ibrahim:
"Nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan.Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima," kata Anwar di lobi parlimen hari ini.
"Saya tidak menonton (video itu). Saya tidak tahu jika dia menonton video lucah. Saya tidak tahu jika dia berbuat demikian,” kata Anwar di lobi parlimen hari ini.

Kedahtimes:
Yang pastinya:
1. Semua diatas adalah samada orang kuat PKR dan bekas orang kuat PKR, dan mereka ini tiada kena mengena dengan UMNO dan BN.
2. Salah satu pihak mestilah berbohong kerana tidak mungkin kedua-dua kenyataan yang bertentang tersebut boleh jadi benar.

Inikah yang diketengahkan sebagai calon pemimpin negara oleh PKR, sebuah parti yang memperjuangkan Keadilan, Ketelusan, Kesaksamaan dan Integriti?
Read Full 3 comments

Isteri Perompak Pula Dirompak

Khamis, 17 Jun 2010

Normah, isteri  kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Sebelum ini, Mohamad Sabu pernah merompak isterinya itu dari orang lain dibilik 121, Hotel Perdana, Jalan Mahmood, Kota Bharu. Oleh kerana Mohamad Sabu merupakan AJK PAS, maka beliau dilepaskan atas alasan teknikal iaitu kesilapan nombor bilik oleh pihak pendakwaan.

Walaupun kedua-dua rompakan tersebut berlaku diwaktu dan lokasi yang berbeza, ironinya perompak juga kadang-kadang boleh dirompak. Adakah mungkin perompak Normah kali ini juga dapat lepas jika pendakwa tersilap menyatakan lokasi rompakan?

Nampaknya, sudah dua kali Normah di"rompak". Kami di Kedahtimes menghulurkan rasa simpati, dan berharap Normah dapat pulih dari "trauma" cepat sebagaimana cepatnya beliau pulih dari "trauma" rompakan terdahulu.
Read Full 3 comments

Wujudkah Lagi Umno Kedah?

@email pembaca

ahmd####@yahoo.com

Wujudkah Lagi Umno Kedah

Jika ditelusuri laman maya atau akhbar untuk mencari berita tentang Umno Kedah, tentang apa yang mereka sedang buat pasti yang ada hanya berita-berita basi lebih setahun yang lalu saja boleh ditemui. Malah kewujudan Umno di Negeri Kedah juga menjadi persoalan.

Jika semasa zaman Abdullah Badawi, Umno ditadbir oleh anak beranak, Umno Kedah menjadi pengampu setia langkah Abdullah Badawi melalui Mahdzir Khalid. Malah, Mahdzir Khalid, melalui rakan-rakannya cuba menyekat sehingga ke peringkat cawangan sebarang usul yang bakal menyentuh dinasti Badawi ketika itu. Begitulah setianya Mahdzir Khalid menyembah Abdullah Badawi, hasilnya Umno Kedah menyembah bumi.

Tidak cukup dengan sikap menutup pintu kepada suara akar umbi, Mahdzir Khalid dan konco-konconya, termasuklah Johari Baharum pula pada ketika itu menghina Tun Mahathir dengan bermacam tindakan bacul mereka untuk mengampu Abdullah Badawi. Ini sangat mengecewakan ahli Umno Kedah diperingkat akar umbi.

Mereka lupa satu perkara, bahawa bukan Abdullah Badawi yang memberi mereka jawatan, tapi rakyat. Kalau tak percaya, cuba sekarang ini mereka pergi minta jawatan Menteri Besar dari Abdullah Badawi , bolehkan Abdullah Badawi mengurniakan jawatan Menteri Besar kepada mereka?

Namun, perkara yang lepas itu bolehlah dijadikan sejarah. Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan. Tapi apa yang lebih mengecewakan, mereka ini masih lagi mahu menguasai Umno Kedah yang kini begitu lemah dan berada ditahap kritikal. Semua orang tahu bahawa Mahdzir Khalid masih dipanggil "bos" dan budaya zaman Abdullah Badawi masih lagi kental bersemadi didalam Umno Kedah.

Cukup-cukuplah, parti Umno bukan milik Mahadzir Khalid dan konco-konconya. Tak cukupkah lagi nikmat yang diperolehi dari Umno. Umno Kedah kini, bukan setakat tidak mampu memerintah, malah sebagai pembangkang pun Umno Kedah kelihatan tidak mampu.

 Tidak ada dalam sejarah Kedah, seorang Menteri Besar yang dijatuhkan dapat kembali Menjadi Menteri besar, apatah lagi bagi kes ekstrim seperti di Kedah, dimana Menteri Besar dengan parti sekali dinyahkan rakyat dari memegang tampuk pemerintahan. Jadi, lupakanlah cita-cita itu, berilah peluang untuk Umno bernafas semula.

Dengan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri yang tiada keyakinan diri dan masih bertuankan Mahadzir Khalid, dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dari Sabah, dengan warlord-warlord yang belum bangun dari tidur bahawa mimpi mereka sudah berakhir lebih dua tahun yang lalu, adalah mustahil bagi Umno menjadi pembangkang yang berkesan, jangan cakaplah pasal menjadi kerajaan, mimpi pun jangan.

Setelah hampir tiga tahun menunggu untuk melihat perubahan yang tidak kunjung tiba, eloklah Mahdzir Khalid dan konco-konco warlordnya mengundur diri, itupun jika ada secebis belas kasihan kepada Umno, sebuah parti orang Melayu yang pernah berjasa, dan paling besar jasanya tentulah dinikmati oleh dato-dato sekelian.

Pada saat-saat pembangkang pun begitu goyah kini, rakyat masih bersyukur kerana diselamatkan daripada pertukaran kerajaan kepada Umno yang bukan masih tidur, tetapi dalam keadaan koma akibat kepimpinan yang mementingkan diri dan tidak berbuat kerja untuk parti. Sedarlah bahawa selagi mana Mahdzir Khalid dan konco-konco masih menerajui Umno Kedah, samada secara rasmi atau tidak rasmi, jangankan ahli PAS, kami ahli Umno pun tidak mahu Umno menjadi kerajaan di Kedah ini. Tiada ada jalan lain, Mahadzir Khalid dan konco mesti berundur.

Kalau sekiranya tiada lagi secebis belas kasihan dari hati batu Mahdzir Khalid kepada Umno, Umno Pusat perlulah meletakkan mana-mana anak Kedah yang ada keberanian untuk memimpin Umno Kedah. Kami, ahli Umno Kedah sedia menerima pemimpin yang berani dan fokus kepada kehendak ahli dan rakyat.

Kedah mempunyai pemimpin muda yang berani seperti Mukhriz yang mampu membuat perubahan untuk memulihkan Umno Kedah. Kalau suatu hari nanti Umno sudah kembali memerintah Kedah, mungkin bolehlah diberikan sedikit habuan kepada Mahdzir Khalid dan konco atas jasa mereka yang sanggup berhenti mengkhianati Umno.

Kasihanilah kami ahli Umno yang selama ini berjuang diperingkat bawahan untuk melihat kejayaan Umno yang bagi kami dengan hanya melihat kejayaan Umno dan orang Melayu sudah menjadi "hadiah" besar pada kami.

Veteran Umno,
Sungai Tiang.
Read Full 10 comments

PKR : Tong Untuk di Pijak

Dalam satu mesyuarat, Ustaz Azizan pernah memberikan berkata bahawa PKR umpama tong untuk dipijak.

Kata Ustaz Azizan “Kat Kedah ni…kami dalam Pas ni macam orang nak kait rambutan. Dah lima puluh tahun dok kait, tapi tak dapat sebab galah tak cukup panjang. Tup-tup kita dapat tong untuk berpijak…maka dapat la kita kait rambutan tu.

Betapa hinanya ADUN dan Ahli Parlimen PKR, sehingga Ustaz Azizan tidak boleh mencari perumpamaan lain yang lebih sopan dan bermaruah, melainkan sebagai objek pijakan, iaitu diletakkan di bawah tapak kaki.

Sebab itulah, apabila terdapat ura-ura mereka dari PKR ini hendak melompat Parti, mereka dibawa ke sarkas PAS sebagai "haiwan" pertunjukan untuk mengaku masih menyokong kerajaan PAS di Kedah. Mereka dipandang hina dan begitu mudah ditundukkan seperti beruk sarkas yang hanya diupah dengan kacang*.

Kecuali beberapa YB yang lebih radikal dari selatan Kedah yang mampu membuat pendirian seperti YB Zulkifli Nordin, yang lain-lain masih lagi takut kekurangan kacang dari PAS walaupun hati sudah tidak bersama.

Sebenarnya, PKR bukan saja menjadi tong untuk dipijak oleh PAS di Kedah, tapi juga menjadi tong untuk dipijak di Perak, Pulau Pinang dan juga Selangor yang sebenarnya dikuasai oleh DAP.

PKR rela menjadi Tong Untuk Dipijak dimana-mana saja sebagai gadaian bagi memenuhi harapan besar pemimpinnya untuk menjadi perdana menteri. Lihat saja di Pulau Pinang, bagaimana ADUN dan Ahli Parlimen PKR di suruh menyembah "menjungjung titah" Lim Guan Eng sebagai timbal-balik sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri yang sehingga kini masih tinggal sebagai angan-angan.

BN tentu gembira jika setiap kali ADUN PR lompat Parti, PR menyalahkan BN, kerana ini bermakna PR tidak akan memperbaiki segala kepincangan yang ada, seterusnya arus alir keluar wakil PR akan berterusan. Dan kepincangan besar yang meronta jiwa wakil-wakil rakyat PKR ialah mereka status mereka sebagai "Tong Untuk DiPijak" yang tidak mungkin akan diselesaikan oleh Anwar.

Sebab itulah, kita dapat lihat Parti yang paling banyak hilang wakil sehingga kini adalah Parti TONG UNTUK DIPIJAK.


Nota:
*Sedang pemimpin serta kroni PAS sibuk menjarah GLC-GLC yang aktif, berduit dan menunjukkan untung, ADUN-ADUN PKR diperbodohkan dengandiberikan jawatan ahli lembaga pengarah GLC-GLC yang dorman.
Read Full 2 comments

DAP : Buta dan Pekak

Rabu, 16 Jun 2010
Reaksi DAP terhadap keluarnya ADUN Malim Nawar dari parti itu dengan mengadakan perhimpunan boleh disifatkan sebagai sudah buta, terbukti pekak pula.

Jelas sekali bekas ADUN DAP tersebut menyatakan bahawa beliau keluar kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sebagai tindak balas, DAP merancang memperbanyakkan lagi tindakan berbentuk politik dan tidak menguntungkan rakyat dengan menganjurkan perhimpunan pula. Sudahlah DAP buta untuk melihat kembali kepada parti tersebut apa silapnya dan apakah yang boleh diperbaiki untuk kepentingan rakyat, teguran dari wakilnya sendiri pun dipekakkan.

Tapi, DAP memanglah si luncai, jadi biarkanlah dia terjun dengan labunya.


Jun 16, 10 3:42pm
DAP Perak akan mengadakan satu perhimpunan di Malim Nawar dalam waktu terdekat bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam.
Read Full 0 comments

PAS Baiah Isteri, DAP Baiah RM5 Juta

Jika Pas mengikat ADUN dan Ahli Parlimennya dengan Baiah talak tiga, yang bermaksud mereka gadaikan isteri mereka dan hanya boleh kembali setelah dikahwini dan ditiduri lelaki lain, DAP pun ada Baiahnya juga, iaitu perjanjian bahawa jika melompat, mereka terpaksa membayar RM5 juta.

 Rahsia ini terbongkar apabila Ngeh yang merupakan bekas Menteri Besar Sebenar Perak (berbonekakan Nizar) hilang sabar apabila satu lagi ADUN Perak lompat parti, dan dalam kekepohan untuk mengertak ADUN Malim Nawar beliau telah membocorkan rahsia perjanjian tersebut.

RM5 Juta, itulah nilai yang di letakkan oleh DAP terhadap amanah yang diberikan rakyat. Jika keperluan untuk memerintah negara ialah lebih separuh dari 222 jumlah kerusi parlimen, ini bermakna dengan RM5 juta x 112 kerusi iaitu RM560 Juta, kerajaan Malaysia boleh dijual kepada sesiapa saja.

Ini juga menunjukkan bahawa dalam DAP dan PKR calon yang dipilih hanya diikat dengan wang dan kesetiaan mereka benar-benar diragui, malah PAS juga meletakkan calon-calon yang perlu diikat dengan tali material (isteri).

Tidak hairan jika mereka ragu terhadap wakil-wakil mereka kerana ianya benar-benar menjadi nyata dengan  wakil-wakil PKR keluar bertali arus dari parti masing-masing, dan masih berterusan sehingga semalam. Ini bukti jelas bahawa PR tiada keupayaan untuk memilih wakil rakyat mereka pun.

Jika itulah tahap "ketelitian" mereka memilih wakil rakyat, dapatlah rakyat bayangkan "ketelitian" mereka dalam merancang pemerintahan negara.


Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri, bertali leher biru) berkata pihaknya akan bertindak jika kedua-dua mereka tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008.

Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu.

Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang.
 
Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008.
"Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti,” kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.
Read Full 1 comments

Mimpi ngeri PR

Agaknya pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkan siapa pulak yang bakal melompat keluar menjadi ADUN atau MP bebas. Sehinggakan mereka sudah menjadi angau atau tidak keruan, dan agaknya sebab itulah pelbagai publisiti atau cerita murahan direka untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu mereka ATAU hanya untuk menyedapkan hati mereka sahaja.

PAS mungkin tidak pening sangat dengan masalah ini kerana semua wakil rakyat mereka ada Baiaah talak TIGA. Tetapi bagi negeri seperi Kedah, ketua besar PAS mungkin tidak dapat tidur atau masing angau, bukan memikirkan pasal ADUN atau MP PAS tetapi pasal ADUN atau MP PKR dan DAP. Kenapa? Kerana potensi mereka melompat keluar adalah besar.

Kita tidak tahu apa perancangan Allah Yang mempunyai sifat PEKUASA. Mungkin esok lusa ada saja kisah terbaru yang bakal terjadi. Dulu heboh berkaitan dengan 3 ADUN PKR yang tidak berpuashati dengan Kerajaan Negeri Kedah kerana melakukan mereka seperti anak tiri. Melukut di tepi gantang...

Telah reda masalah tersebut tapi mungkin pemimpin Kedah masih tidur tidak lena kerana apa saja boleh terjadi kepada ADUN-ADUN tersebut.

Itulah balasannya jika asyik menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan. Sekarang mereka tidak dapat tidur lena kerana memikirkan kemungkinan kehilangan kuasa dan sebagainya.

Itulah politik. Bersih atau kotor nya politik itu adalah ditentukan oleh pemainnya. Jika kotor, maka kotorlah yang kita perolehi. Jika bersih, maka yang bersihlah ditemui.  Dulu tidur lena, sekarang hanya tidur tapi tidak lena ...
Read Full 0 comments

KETAKUTAN ZIONIST ISRAEL KE ATAS MAHATHIR

Parti Islam Semalaysia ataupun PAS sangat sinonim dengan mencipta pembohongan demi pembohongan. Dari pelbagai khabar angin yang disebarkan di masjid mengenai kematian Dr Mahathir, UMNO ditubuhkan oleh British, menyokong UMNO adalah kafir dan sebagainya pembohongan demi pembohongan di sajikan kepada khalayak Muslimin dan Muslimah di Malaysia yang ternyata amat menyalahi dengan pengajaran ISLAM yang tulus dan suci.

Satu masa dulu PAS berbohong di LUNAS bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pendukung negara Zionist Israel. Ini adalah penipuan besar yang Insyallah PAS akan dapat pembalasan yang sewajarnya.

Di bawah ini di lampirkan artikel mengenai ketakutan Zionist Israel ke atas Tun Dr Mahathir. Insyallah pembaca akan dapat menilai sendiri dari artikel ini adakah Tun Dr Mahathir sebagai pendukung Zionist Israel ataupun seteru utama mereka.

Jawapannya terserlah. Mahathir Mohammad, adalah seteru utama Zionist Israel. Sayang seribu kali sayang penyokong pembangkang tidak dapat berita yang sebenarnya. Tapi masih mempunyai banyak masa untuk memusnah kan pembohongan PAS ini, insyallah kita sebarkan artikel di bawah kepada semua.

Terkini misi bantuan ke Gaza menunjukkan bahawa Tun adalah salah seorang yang aktif memerangi kekejaman Zionist Israel ini. Disamping usaha beliau melabelkan pendokong-pendokong perang ke atas Iraq, Palestin dan Afghanistan sebagai penjenayah perang. Ini membuatkan Zionist Israel menjadi gentar dan sering melabelkan beliau dengan pelbagai label. Usaha memburukkan usaha beliau dilakukan juga melalui parti-parti politik pembangkang di Malaysia

Pemberitahuan: Artikel di bawah adalah dari pertubuhan Yahudi sendiri: Institute of the World Jewish Congress.

Artikel ini di petik dari: Virtual Jerusalem "The Protocols" Malaysian Style: the case of Prime Minister Mahathir Mohamad At issue: The recent statements by Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad accusing Jews of conspiring to undermine the stability of the economies of Malaysia and its regional neighbors provoked the indignation of Jewish organizations. This response, however, produced little resonance among Asian leaders. Mahathir has a long history of antipathy towards Jews, an attitude which he links to his domestic political agenda. The prime minister has frequently used Jews (there are almost none in Malaysia) as a scapegoat for political and economic setbacks. The fact that Mahathir?s hostile remarks did not earn the censure of other Asian heads of state points to the need for deepening awareness of the pernicious effects of antisemitism - and of the role of political leaders in developing a tradition of tolerance

A history of antipathy towards Jews The recent remarks by Dr. Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia, constitute the latest chapter in a long personal history of antagonism towards Jews and Israel. There are almost thirty years of recorded anti-Jewish antipathy from Mahathir stemming back to his days as an up-and-coming political leader.

The policies of Mahathir and the ruling United Malays National Organization (UMNO) center on raising the socioeconomic status of the Malay ethnic majority, which is Moslem. In relation to the Chinese and Indian communities, Malays were less inclined to progress in business and educational fields. The UMNO political movement has cultivated the Malays? contribution to a growing economy through a slate of preferential and encouragement schemes; within a generation Malays have assumed many leadership positions in the quickly growing economy.

This agenda is prominently accompanied by a determined effort to develop Islamic pride. This religious dimension to the political program has frequently been expressed through empathy for the Palestinian and Arab causes. Classic antisemitic portrayals of Jews have been invoked to help explain the Malay people?s struggle to raise themselves in a world filled with challenges. The crisis currently affecting the Malaysian economy has seen the stockmarket plunge some 50% since the beginning of 1997, and the value of the Malaysian currency, the ringgit, itself fall by over 30% to its lowest value since 1973. These dire figures undermine the confidence that Malaysians have in their remarkable and substantial economic progress - and place a question mark over the head of the country's dominating prime minister of close to two decades.

There has been no organized Jewish community in Malaysia since colonial days. For the few years that Singapore was part of Malaysia (1963-65), the small number of Jews in that city comprised the Malaysian Jewish community. Since secession, only some dozens of expatriate (mostly American) Jews working in the fields of business or education live in the larger cities of Kuala Lumpur and Penang. Essentially, Mahathir's hostility is not only a case of antisemitism without Jews - but antisemitism without even any history of interaction with Jews.

Mahathir?s Malaysia gives voice to antisemitism For Mahathir, Jews have served as an additional, if imaginary, force working against the Malays' development. The rationale for this supposed Jewish counterforce has been, for example, that Malaysia's progress undermines the economic interests of Jews, or that Jews are naturally hostile to Moslems, or due to the affinity between the Palestinian and Malay causes. In a 1970 book outlining his view of the problems facing the Malay people, The Malay Dilemma, Mahathir wrote that "the Jews for example are not merely hook-nosed, but understand money instinctively." Prime minister since 1981, Mahathir?s government has long been an adversary of Israel in international forums, particularly in the United Nations, and actively advocated the economic boycott. Throughout the 1980?s Mahathir spoke of foreign (and critical) newspapers being controlled by Jews, and of Zionist plots to undermine his government. A litany of other incidents are evidence of continued antagonism, such as the following:

in 1983, the Protocols of the Elders of Zion was printed in Malaysia; the 1986 visit of Israeli President Chaim Herzog to Singapore was fiercely criticized by the Malaysian government, and the Malaysian high commissioner was temporarily withdrawn to Kuala Lumpur; in a 1986 speech at meeting of the Non-Aligned Movement, Mahathir stated that "the expulsion of Jews from the Holy Land 2,000 years ago and the Nazi oppression of Jews have taughtthem nothing. If anything at all, it has transformed the Jews into the very monsters that they condemn so roundly in their propaganda material. They have been apt pupils of the late Dr. Goebbels"; and in 1994 the Malaysian film censor refused to license the screening of "Schindler?s List" because of the film?s apparently excessive sympathy towards Jews. The censor wrote that "its seems the illustration is a propaganda with the purpose of asking for sympathy, as well as to tarnish the other [German] race."

In most cases, Jews are associated with classical antisemitic characteristics: parties to international conspiracies, an excessive propensity for material gain, causing unemployment and economic instability, and animosity towards Moslems.

Mahathir targets Soros - and the Jews The recent crisis of confidence in Asian currencies, which saw many Asian currencies plunge in the months of October-November 1997, had a dire effect on the Malaysian ringgit. Speaking at the International Monetary Fund?s conference in Hong Kong in October 1997, when the crisis was shaking markets across the region, Mahathir spoke of the presence of "sinister powers" working against the progress of Asian economies. He criticized financier George Soros for having caused the currency instability - but one of a number of similar allegations against Soros - and called him a "moron".

On his return to Malaysia, Mahathir repeated that Soros was culpable for the ringgit?s plunge. Describing Soros, who is of Jewish origin, as a Jew, Mahathir went on to say that Jews were generally responsible for the currency?s collapse:

"We do not want to say that this is a plot by the Jews, but in reality it is a Jew who triggered the currency plunge, and coincidentally Soros is a Jew. It is also a coincidence that Malaysians are mostly Moslem. Indeed, the Jews are not happy to see Moslems progress. If it were Palestine, the Jews would rob Palestinians. Thus this is what they are doing to our country."

The prime minister subsequently denied that either he was antisemitic or that his comments should be interpreted as such. When journalists suggested such, Mahathir responded that "I merely stated that incidentally this person [Soros] is a Jew, and incidentally we are Moslems." Some weeks later, Mahathir reiterated that "I did not say there was a Jewish conspiracy. That was one of the options. We did not accuse the Jews of causing the currency plunge, but it looked like they triggered the currency crisis. Are we not allowed to say anything about it? We feel as if we are not allowed to say anything irritating concerning other countries."

Political observers in Malaysia suggested that Mahathir?s comments were intended to regain support amongst Moslem traditionalists; Mahathir?s modernist approach to Islamic practices has stirred criticism from the traditionalists. Yet his invocation of antisemitism when confronted by both economic troubles and ethnic uncertainty is a familiar and disturbing form of scapegoating.

The World Jewish Congress announced that it would lodge a complaint with the UN Human Rights Commission in Geneva. Meantime, members of the US House of Representatives passed a motion demanding that Mahathir retract his "hateful" words - or resign. This motion was overwhelmingly rejected by the Malaysian lower house of parliament in a debate about perceived American and Jewish interference in domestic politics. Indeed, Mahathir commented that "I was accused of being antisemitic. I do not know if the world functions this way. Does a leader need to apologize when his opinions oppose American politics?"

Conclusion In the postwar period, it has become rare for state leaders to declare antisemitic opinions. When outgoing Swiss President Pascal Delamuraz claimed that Jews were blackmailing the Swiss people, the Jewish response was a rapid demand for a retraction and an apology.

That Mahathir could give voice to conspiracy theories at international forums - as he did with his "sinister powers" insinuation at the IMF conference - is a cause for renewed concern. There was no outcry from participants at the conference, even though Mahathir?s hostility towards Soros left little doubt as to the nature of the conspiracy he was suggesting. Asian leaders - and other participants at the IMF gathering - either saw no reason to comment on Mahathir?s statement, or felt muted. Being somewhat distant from the European scene, Asians are perhaps less conscious of the dire effects of antisemitism.
Read Full 1 comments

PAS PUNCA UMAT ISLAM BERPECAH

Dalam manifesto Pakatan Rakyat tidak menyebut sebarang rujukan hasrat penubuhan sebuah negara Islam, hudud atau kepimpinan Ulama. Ini kerana salah satu parti yang menjadi tunjang kepada barisan itu, Pas selama ini lantang memperjuangkan sebuah negara Islam di Malaysia. Malah, pengikut Pas selama ini mencemuh Umno sebagai tidak Islamik kerana kononnya Umno tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud. Umno juga dikutuk kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam sepertii MCA, MIC dan Gerakan menerusi Barisan Nasional (BN).

Hari ini, disebabkan suasana politik yang gawat, Pas mula menukar lagunya. Kalau dulu Umno tidak lslamik kerana bersahabat dengan bukan Islam, hari ini kerana hendak berkuasa, Pas sanggup menelan kata-katanya sendiri dan mencadangkan pembukaan keahlian parti Pas kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu serta memberi ruang kepada bukan Islam untuk mewakili PAS dalam pilihanraya. Kini PAS sedang cuba menjadi lebih universal. Maklumlah PAS 4 ALL!

Pas tidak sanggup bekerjasama dengan sebuah parti umat Islam seperti Umno, kerjasama kononnya akan dilakukan jika Umno menerima perjuangan menegakkan pemerintahan Islam. Inilah fatwa Mursyidul Amnya. Tetapi yang menghairankan Pas hari ini sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang semuanya tidak mahukan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia, malah membawa masing-masing dengan ideologi sekular dan Islam Liberal. Ini seiring dengan fatwa Pas yang akan menghalalkan apapun hatta kerjasama dengan syaitan dan perbuatan mencarut jika ia mendatangkan keuntungan kepada politik PAS.

Tindakan Pas menggugurkan tuntutan penubuhan negara Islam di dalam manifesto PR membuktikan Pas sanggup melupakan teras perjuangan partinya semata-mata kerana takutkan DAP dan PKR. Jika demikian bagaimana dengan fatwa Pas yang mengkafirkan sesama Islam selama ini kerana kononnya mereka tidak mahukan pemerintahan Islam. Bagaimanakah mereka, yang kononnya dikatakan mati syahid di Memali kerana menentang taghut. Bagaimanakah nasib keluarga yang bercerai-berai dan berpecah-belah kerana akad nikah orang Umno tidak sah, sembelihan orang Umno tidak halal dan perkuburan orang Umno hina. Ini adalah kesan perpecahan di kalangan umat Islam yang selama ini berlaku di sebabkan ajaran Pas bahawa tidak cukup Islam orang yang tidak mahu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

Alasan pengikut Pas bahawa ini samalah dengan strategi di dalam perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh diterima pakai kerana pada masa itu, perjanjian membabitkan umat Islam di satu pihak dan orang kafir di satu pihak lain serta pada masa itu umat Islam lemah. Hari ini di dalam PR dari tiga buah parti didalamnya, dua daripadanya diketuai oleh orang Islam, cuma satu bukan Islam. Adakah ini bermakna PAS mengatakan di dalam PR umat Islamn lemah sehinggakan terpaksa mengorbankan prinsip PAS mengenai penubuhan sebuah Islam.,

Apakah sikap PKR satu komponen PR terhadap penubuhan sebuah negara Islam. Jika mereka tidak bersetuju terhadapnya kenapakah Pas perlu meneruskan kerjasama dengan mereka? Adakah mereka juga tidak Islamik? Jika Umno kononnya tidak Islamik pada pandangan Pas kerana tidak mahu menubuhkan negara lslam maka rakan-rakannya juga di dalam PR tidak Islamik. Jadi atas dasar/alasan apa Pas bekerjasama dengan mereka dan tidak dengan Umno? Apakah Presiden MCA Dato Seri Dr Chua Soi Lek menghina Islam sedangkan Karpal Singh pernah berkata langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam?

Pemimpin Pas juga memberi alasan supaya tunggu selepas pilihan raya untuk melihat perkembangan konsep negara Islam yang digugurkan dari agenda perjuangan Pas. Ini alasan bagi memperdaya rakyat agar mengundi mereka dulu sebelum fatwa baru dikeluarkan selepas pilihanraya jika mereka menang yang akan menghalalkan ketidakperluan penubuhan negara lslam. Kita juga perlu melihat pembahagian kerusi di dalam PR. Jika Pas tidak mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga daripada peruntukan kerusi Parlimen maka bagaimana Pas ingin meminda Perlembagaan Persekutuan yang selama ini disifatkan oleh Pas sebagai perlembagaan penjajah yang tidak Islamik dan perlu ditukar untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ini kerana majoriti pertiga perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Pas bermaksud untuk mengisytiharkan darurat jika pemimpinnya menjadi Perdana Menteri jika ia tidak mempunyai majoriti dua pertiga di dalam Parlimen.

Kenapa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Pas sebagai bakal Perdana Menteri jika PR menang? Bahkan Nik Aziz pun masih merendahkan diri untuk tidak menjadi pemimpin nombor satu PR walaupun dicadangkan oleh pengikutnya. Adakah Pas tidak berasakan pemimpinnya layak? Kemanakah perginya slogan kepemimpinan ulamak parti itu? Anwar bukannya seorang ulamak, malah apabila Anwar memilih menyertai Umno berbanding Pas pada 1982, Anwar dituduh masuk tong taik. Adakah seorang yang masuk tong taik kembali menjadi harum kerana ia bersesuaian dengan nafsu politik dan orang ini pula layak untuk dinobatkan menjadi pemimpin.

Dulu Pas menuduh Datuk Seri Dr ,Mahathir Mohamed diktator dan tidak boleh dikritik. Sebenamya Pas lebih maha dahsyat. Pemimpinnya tidak langsung boleh dikritik kerana semuanya kononnya ulama. Mengkntik mereka bermakna mengkritik ulama pewaris Nabi walaupun yang dikritik adalah perkara yang membabitkan fungsi mereka sebagai pentadbir kerajaan negeri. Contoh terbaik ialah Nik Aziz di Kelantan. Tidak ada orang yang pernah difatwakan kafir kerana mengkritik, menghina, malah menfitnah pemimpin Umno.

Kepada pemimpin Pas berhentilah dari sikap buruk mereka yang suka memfitnah dan memperdaya rakyat. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. Sebelum itu mohonlah maaf kepada individu yang mereka 'bunuh' melalui lidah mereka. Mohonlah maaf juga kepada pengikut, penyokong dan rakyat Malaysia semuanya sebelum tiba ketentuan Allah s.wt di padang Mahsyar yang kita tidakdapat lari daripadanya.
Read Full 0 comments

Penyakit Melompat PKR Sudah Menjangkiti DAP

Selasa, 15 Jun 2010
DAP menerima tamparan hebat apabila ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh mengishtiharkan keluar parti dan menyokong Dr. Zambry.

Dalam kesibukan Anwar mencanangkan ADUN BN akan keluar parti, sebaliknya ADUN PR yang keluar parti lagi. Nampak gayanya, penyakit keluar parti wakil-wakil pembangkang tidak menemui titik nokhtahnya.

Tapi perbuatan Anwar terus berbohong untuk memastikan sisa-sisa nyawa PKR tidak berakhir bukanlah sesuatu yang pelik, apa yang peliknya ialah bagaimana PAS sebuah parti politik besar yang sanggup membuang banyak dasarnya untuk Anwar.

Apa-apa pun, penyakit PKR sudah menjangkiti DAP. PAS mungkin ada imunisasi "talak tiga" jika tidak, tidak mustahil ADUN PAS pun akan lompat sama.

Itulah padahnya mengambil kanser yang dibuang Umno. Karpal Singh juga pernah berpesan agar Anwar bertaubat..

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Read Full 1 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates