Kedah Sejahtera, nikmat untuk Pemimpin

Jumaat, 30 Julai 2010

Milik siapakah kereta ini? Memang banyak duit juga yang dibelanjakan untuk 17 biji kereta Camry ini.

Sudah tentu pendapatannya sangat tinggi sehingga boleh membeli kereta-kereta ini.  Ini bermaksud semua kebajikan rakyat sudah diselesaikan dan dipenuhi. Maka bagi duit lebihan tersebut bolehlah dibelanjakan untuk kereta-kereta ini. Tahniah

Bagaimana pula dengan manifesto yang lalu? Sudahkah dipenuhi semuanya?

Kalau sudah, baguskah. Berbaloilah dengan kereta-kereta yang baru ini. Tugas untuk rakyat sudah selesai, maka sudah masanya pemimpin menikmati kemudah terkini.

Atau semua tanggungjawab kepada rakyat tidak ditunaikan langsung, sebaliknya tunaikan taggungjawab untuk diri sendiri dulu. Kalau macam tu, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Penoreh getah pun boleh duduk disana.

Janji manis kepada rakyat tapi bila sudah dapat tempat, penuhi keperluan sendiri dulu.

Tahniah. Kedah sejahtera, Nikmat untuk pemimpin!

Read Full 7 comments

Ke Mana Halatuju Negeri Kedah

Setelah 2 tahun PAS memerintah Kedah, tidak kelihatan satu pun langkah diambil untuk membawa negeri Kedah ke arah penambah-baikan atau pembetulan samada dalam sistem pentadbiran, ekonomi mahupun sosial.

Rakyat Kedah yang mengharap perubahan yang besar dibuat di Kedah sebagaimana janji dalam kempen PAS sepanjang 50 tahun sebelum berjaya menubuhkan kerajaan di Kedah. Manakan tidak, sepanjang 50 tahun menjadi pembangkang, PAS sentiasa mempunyai idea dan kritikan yang tidak pernah putus dalam ceramah-ceramah yang diadakan setiap malam disetiap daerah. Bayangkan, setiap ceramah dan setiap daerah 365 hari setahun selama 50 tahun.

Tetapi dalam masa 2 tahun semenjak 2008, PAS tidak berbuat apa satu pun, melainkan melantik sanak saudara pemimpin dan kroni terdekat menggonggong hasil dari kedudukan dalam kerajaan dan GLC-GLC di Kedah, rakyat dan penyokong PAS sendiri ternyata terlopong melihat tingkah-laku tindak-tanduk PAS.

Ini menyebabkan lebai-lebai PAS yang siang malam menghentam penyokong Umno (sehingga ketahap mempersoalkan aqidah penyokong Umno) dikampung-kampung kini bertukar menjadi lebai bisu. Malah menyebut politik pun mereka merasa malu seolah-olah dipaksa bertelanjang didepan kedai-kedai nombor ekor yang semakin ligat menjual nombor disetiap ceruk negeri.

Jika alasan kelemahan kedudukan ekonomi digunakan untuk tidak berbuat apa-apa di Kedah, kenapa soal-soal sosial yang hanya memerlukan sedikit usaha pentadbiran dan air liur pun tidak PAS laksanakan.

Kepada pemimpin PAS Kedah, kasihanilah penyokong-penyokong anda dikampung-kampung dan dulunya sanggup mengkafirkan sesama Islam untuk manjadikan PAS pemerintah.
Read Full 3 comments

Umno Kena Belajar Agama Lagi

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Umno tak faham bahawa mentaati perintah Allah kena lah mentaati ulama tertinggi pakatan iaitu Tuan Guru Karpal Over-my-Dead-Body Singh.

Umno tak faham bahawa mentaati perintah Allah adalah Umno tidak boleh melantik anak beranak dalam kerajaan, tetapi Allah 'bagi' kebenaran kepada pakatan untuk gabung Guan Eng- Kit Siang, Nik Abduh-Ariffahmi-Nik Aziz, Nurul-Izzah-Wan Azizah-Anwar, Yusrin-Azizan.

Umno kena belajar banyak pasal Islam dari PAS. PAS sahaja yang faham ajaran yang dibawa Nabi Muhamad SAW. Belajarlah dari PAS bahawa perpaduan itu "tidak wajib", dan "bukan perintah Allah".

Umno tidak faham tentang perpaduan. Perpaduan yang diajar PAS ialah hanya perpadan antara orang Islam dengan kapir harbi seperti DAP sahaja. Tiada Perpaduan sesama Islam.

Umno tidak faham tentang dakwah. Dakwah PAS hanya kepada pengikut DAP sahaja dan yang layak untuk berdakah hanyalah PAS. Pengikut bukan Islam lain tak perlu di dakwahkan.
Read Full 1 comments

Subsidi Rakyat Ditarik, Subsidi Korporat dinaik

Khamis, 29 Julai 2010
Inilah tajuk Roadshow YB Datuk Mahfuz dalam siri ceramah beliau di sekitar Parlimen Kota Setar dan Pokok Sena.

Sudah tentu isu yang bakal dicerita kepada hadirin ialah barang-barang  kegunaan harian seperti gula, minyak dll yang meningkat naik hasil dari tindakan kerajaan menarik balik subsidi. Sebaliknya duit subsidi rakyat tersebut akan dibayar untuk subsidi korporat. Begitulah agaknya yang bakal dlaung-laungkan.

Cuma kalau boleh YB jawab la dulu satu dua soalan di bawah ini.

1. YB ada duit RM2, tiap-tiap hari anak YB pergi sekolah dan belanja 10 untuk beli coklat yang manis-manis tu. Dah jadi macam ketagih anak YB ni terhadap coklat tersebut. Maka YB pun pergilah jumpa tokey kedai dimana anak YB selalu beli coklat tersebut dan berjanji membayar sebulan RM1 supaya anak YB dapat beli coklat tersebut dengan hargai 5 sen saja. Dek kerana makan coklat tiap-tiap hari, maka anak YB jadi ketagih dan kena penyakit kronik. Apa perasaan YB. Buang duit bayar subsidi kepada tokey kedai supaya anak YB boleh dapat coklat murah dan dihinggapi penyakit kronik ATAU  tarik balik bayaran RM1 tu dari tokey kedai supaya anak YB tak dapat coklat murah dan belanja RM1 tu untuk beli buku atau pensil untuk anak YB belajar jadi pandai?

2. YB ada beli motor Kris baru. Maka melompatkan anak YB nampak motor baru. Tiap-tiap hari anak YB hilang dan balik lewat kerana ronda dengan motor baru. Maghrib entah ke mana, isyak pun kemana. Anak tidak dapat di kesan. Maka setiap kali balik, tangki kering. Maka YB pun pergi jumpa tokey stesen minyak yang YB sanggup bayar sebulan RM100 asalkan setiap hari anak beliau boleh datang isi minyak penuh tangki dengan harga murah. Maka bayarlah setiap bulan Rm100 kepada tokey stesen minyak demi anak boleh naik motor ronda entah kemana asalkan apabila pergi ke stesen minyak dia dapat bayar murah. Bayangkan RM100 tu jika YB guna untuk pool kereta ke pejabat ke atau beli buku untuk pelajaran anak-anak! Mungkin anak YB tak ronda motor sangat kerana duit tiada untuk isi minyak kerana minyak mahal dan lebih banyak berada di rumah membaca buku hasil belian RM100 YB tu.

3. Duit tarik balik subsidi kepada rakyat tu dibayar kepada korporat yang begitu prihatin dengan tanggungjawab sosial. Korporat tersebut berkembang maju dengan membuka cawangan dan sebagainya. Gaji staf pun naik. Anak YB yang kurang makan coklat dan meronda dengan motor tu diterima kerja di syarikat ini selepas berjaya dalam pelajaran. Gajipun lumayan. 

Fikir-fikir lah YB oooi.
Read Full 2 comments

PRU13, Dijamin PAS Akan Jadi Pembangkang Kembali

Rabu, 28 Julai 2010
Yang dinamakan ahli politik adalah individu-individu yang senang berkata UNDILAH SAYA, SAYA AKAN BAWA RAKYAT KE ARAH PERUBAHAN. SAYA BEKERJA KERAS UNTUK RAKYAT DAN AKAN TERUS BEKERJA KERAS WALAUPUN SAYA MENANG ATAU TIDAK'.

Saya telah lama mengikuti pelbagai pandangan, sokongan, kritikan, kisah-kisah kejayaan UMNO, kemajuan yang dibawa PAS dan sebagainya. Saya mengikuti perkembangan membabitkan apakah tindakan yang PAS buat lebih ke hadapan berbanding UMNO dan apakah usaha UMNO sebagai pembangkang di negeri-negeri yang telah kalah dalam PRU12.

Sebelum memberikan pandangan, tahniah kepada Tun Lah kerana memerintah negara dengan begitu 'baik' dan lebih 'cemerlang, gemilang dan terbilang' dari Tun Mahathir.

Saya langsung tidak memberi komen untuk mana-mana pihak. Selaku rakyat yang berfikiran di atas pagar, saya masih melihat bahawa BN adalah yang terbaik. Bukan menyokong tetapi itu adalah kebenarannya.

Isu-isu yang dibawa oleh pembangkang sebelum ini terutamanya PAS adalah isu-isu umum yang telah ditokok tambah dan disulam dengan begitu baik dengan sikap-sikap 'terpuji' Melayu iaitu berjanji dan dengki.

Siang malam mengatur ceramah dan serangan hanya berbekalkan percakapan. Sehingga sekarang PAS masih begitu. Tak malukah PAS di mana pada hari ini tiada satu pun pentadbiran Azizan dapat dibanggakan?

Ini adalah pertanyaan ikhlas saya. TAK MALU KAH? Sedangkan dahulu ramai benar ayam-ayam sabung PAS beria-ia mengatakan BN perlu ditolak kerana buat duit, rasuah, tak jalankan pemerintahan dengan baik tetapi sekarang, PAS membuktikan partinya hanya layak menjadi parti yang mewujudkan kedai-kedai kopi yang cukup banyak.

Saya tidak nampak satu pun kemajuan dan pembangunan yang PAS bawa. Bermula dari Changloon sehinggalah ke Padang Serai. Tiada! Apa yang PAS mampu buat?

Ada? Iaitu mengadakan program-program keagamaan yang tidak membawa keberkesanan dan keinsafan yang tulen. Sebab apa? Sebabnya program-program ini dilakukan bukan secara ikhlas malah menunjuk-nunjuk bahawa PAS lah menegakkan Islam dan sebagainya.

Kalau benar begitu, maka tolonglah lihat segala kemudahan dan kebersihan masjid-masjid dan surau-surau di seluruh pelusuk negeri Kedah. Jenguk-jenguklah tandas-tandas dan kebersihan sejadah dan ruangnya.

Jika tidak bersih adakah sembahyang kita akan tenang dan kusyuk? Walaupun perkara yang dibangkitkan saya ini kecil tetapi ianya adalah salah satu ciri-ciri Islamik yang rakyat nanti-nantikan.

Bercakap memang senang wahai PAS tetapi dalam tempoh hampir 3 tahun ini, saya jamin PAS hanya layak sebagai pembangkang yang membangkang isu-isu murah dan tidak membantu meningkatkan mentaliti rakyat. PAS patut malu.
Read Full 3 comments

Siapa Mahfuz berbanding Tan Sri Harussani?

Biarlah umat Islam menilai Mahfuz - Harussani
 
PUTRAJAYA 27 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyerahkan kepada kebijaksanaan umat Islam di negara ini untuk membuat penilaian dalam isu tindakan Pas mempersoalkan penglibatannya dalam usaha mengukuhkan ikatan Islam UMNO-Pas.

Katanya, beliau tidak mempunyai komen tertentu terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai pecacai UMNO dalam isu yang menimbulkan kontroversi di kalangan para pemimpin kanan Pas itu.

''Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahfuz semalam menyifatkan Harussani sebagai pecacai UMNO kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

Naib Presiden Pas itu menjelaskan, Hassan telah mengaku yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama Pas-UMNO.

-- Bernama

Persoalan:
1. Jika Mahfuz kata Harussani balaci UMNO, dia pula balaci sapa? DAP? Zionist? Anwar? Yang tidak mahu Melayu bersatu ialah DAP, Zionist dan Anwar.

2. Mahfuz bercakap atas kapasiti ahli politik. Dalam politik tiada undang-undang atau buku rujukan. Boleh ikut nafsu dan keinginan serta kepentingan diri. Harussani bercakap atas landasan Islam dan Bangsa Melayu. Dia sudah tentu rujuk kepada ajaran Islam yang tidak ada kepentingan diri sendiri.

3. Yang suka memecahbelahkan umat ialah syaitan. Ini adalah kawan PAS menurut Nik Aziz. Jadi Mahfuz ini berkawan dengan sapa?

4. Apakah prioriti Mahfuz sebenarnya? Politik/Kuasa atau Islam/Melayu dulu? Harussani meletakkan Islam/Melayu di atas kerana Islam akan berada pada tahap tinggi jika Melayu wujud dan kuat. Agaknya Mahfuz letak Islam di kepala lutut dan Melayu di telapak kaki!

5. Sebagai Naib Presiden, kata-kata beliau adalah melambangkan polisi atau halatuju parti. Maka PAS adalah pembawa perpecahan. PAS berjuang bersama Zionist dan DAP. PAS memperaktikkan cara kerja buruk syaitan.

6. Inilah taraf pemikiran seorang Naib Presiden PAS.
Read Full 7 comments

SITA MENYITA DAN PERCUMA

Selasa, 27 Julai 2010
Masa mula-mula mengambil alih kerajaan negeri, perkara pertama yang dilakukan ialah peminat bola dapat melihat perlawanan bolasepak Kedah secara percuma. Maka berduyun-duyunlah penyokong membawa bendera PAS dan kaki bola datang ke stadium. Gah dimerata kampung bercerita tentang kerajaan baru yang bagi tonton bola secara 'Free'. Tapi yang menjadi mangsa ialah pemain dan kakitangan bolasepak. Masalah bayaran pemain timbul. Akibatnya bumi menghijau yang menjadi mangsa. Balak diangkut berselisih lori. Di Kg Syed Ahmad, Pendang, kita dapat lihat lori balak dari Sik mengangkut balak Sik ke Kuala Nerang atau Padang Terap; lori dari Kuala Nerang atau Pendang membawa balak menghala ke Sik, Bkt Selambau atau Sg Petani. Itulah hebatnya kerajaan baru Kedah. Bola percuma tapi hutan rimba menjadi mangsa. Rakyat kampung ditipu.

Tidak lupa juga kisah letak kereta yang selama ini menggunakan meter syiling di sekitar bandar Alor Setar. Apabila mengambil-alih kerajaan, meter-meter lama dicabut supaya nampak seolah-olah parkir kereta di Bandar Alor Setar adalah PERCUMA. Maka hebahlah seluruh kampung yang kerajaan baru menghapuskan caj parkir.

Meter sudah tiada, tetapi selepas beberapa bulan pemakir diwajibkan membeli kupon untuk diletakkan di atas dashboard tanda pembayaran parkir. Haha penduduk kampung ditipu lagi. Buang meter, ganti dengan sistem kupon.

Lebih teruk lagi, selepas beberapa lama menggunapakai sistem kupon, tiba-tiba meter baru diletak kembali. Haha Kembali kepada sistem meter. Tetapi kali ini lebih hebat, meternya adalah meter baru. Kemana pergi meter-meter lama. Wallahuaalam ...

Kalau dulu Majlis bandaraya amat jarang menyita rumah atau harta benda. Tetapi kini, motor dan kereta anda janganlah diletak disebarangan. Ya, kita pun tidak setuju jika kereta atau motor di parkir merata-rata. Tetapi kelonggaran perlulah ada.

Tapi hari ini, jika anda meletak motor atau kereta dibukan tempat parkir, alamat kena pergi mengadap Majlis Bandaraya lah jawabnya. Motor diangkut dengan trak, kereta di 'seal' dengan clamp. Inilah negeri Kedah baru, Kedah sejahtera nikmat untuk semua.

Tidak lupa juga operasi sita menyita harta benda. Tak kiralah rumah atau apa saja premis yang tidak membayar cukai.

Membayar cukai adalah perlu untuk pihak Bandaraya beroperasi tetapi operasi sita-menyita amat menjadi-jadi semenjak Kerajaan baru ini ditubuhkan. Dulu amat jarang operasi ini dilakukan kerana kerajaan ada cara lain untuk mendapatkan duit. Kelonggaran diberi kepada penduduk supaya mereka tidak sentiasa merasa gusar takut rumah atau harta disita kerana lambat membayar cukai pintu dan sebagainya.

Banner-banner premis atau harta akan disita bertaburan di sekitar bandaraya. Harta atau premis sudah banyak disita. Dulu orang PAS yang hidup bersenang-lenang dibawah pemerintahan BN tanpa peduli untuk membayar cukai, kini dalam kegusaran.

Baru-baru ini Kedah Times terjumpa sebuah rumah penyokong PAS yang agak berada (berniaga di Pekan Rabu) yang disita kerana mungkin tidak pernah membayar cukai pintu. Tak tahulah apa perasaan penyokong PAS tersebut kerana ini adalah arahan Kerajaan sokongan beliau. Kalau dulu gelak besar memerli kerajaan BN kerana beliau tidak pernah bayar cukai tapi kini berada dalam kegusaran takut rumah disita.

Cuba pembaca ronda sekitar pekan-pekan di Kedah, akan terjumpa banner-banner yang menyatakan operasi sita menyita sedang dijalankan.

Inilah kerajaan yang sejahtera. Tidak tahu nak cari duit cara lain, tapi projek sita menyita menjadi sumber mencari pendapatan baru kerajaan negeri.

Sejahteralah Kedah, nikmat untuk semua!
Read Full 5 comments

Lim Guan Eng ; Penipu Tegar

Kata Guan Eng, beliau tidak disediakan tempat duduk dalam majlis tersebut. Tapi gambar disebelah (kiri) menunjukkan perkara sebaliknya. 

Tidak mungkin dia tersilap kerana dia yang mulakan dakwaan dan  tidak mungkin dia terlupa kerana dimajlis itu dia duduk disebelah Nor Mohd Yackop, dan dia juga dijemput naik kepentas. (gambar bawah kanan)
Benda yang terang pun dia tipu, cuba bayangkan benda yang tak terang dan tersembunyi. Cuba kita fikirkan dah berapa banyak dia dah tipu kita semua perkara yang kita tidak tahu. Dan yang paling penting ialah, menipu dah jadi sebahagian dari hidup dia. Jika pegawai tinggi kerajaan pun dia cuba jatuhkan dengan menipu, bayangkan apa yang Guan Eng telah buat pada rakyat marhaen yang kecil suaranya.

Orang yang tak biasa menipu akan teragak-agak untuk membuat kenyataan palsu. Orang yang jujur akan menyemak maklumat sebelum membuka mulut bercakap. Orang yang diasuh menipu tidak akan sempurna hidupnya jika tidak dapat menipu sehari.

Tidak hairanlah sampai sekarang belum ada kedengaran soal ketelusan diamalkan sebagaimana yang dilaung-laungkan dulu. Kalau BN dulu dikatakan tidak betul kerana tidak telus, Guan Eng melakukan dua kesalahan, pertama tidak telus sebagaimana BN juga dan kedua berbohong kononnya mahu telus.

Kepada yang mahu tidur sebantal dengan DAP, fikirkanlah sekali lagi, mereka ini bukan tahu dosa pahala, menipu jadi sunat saja bagi mereka bila ada kepentingan. Jika kita bersahabat dengan mereka dan mengambil nilai diri dari mereka, apa bezanya kita dengan mereka.
Read Full 0 comments

Blogger Upahan UMNO

Isnin, 26 Julai 2010
Kedah Times amat tertarik dengan penulisan Sanggul Melayu disini.

Hebat! Semua blogger yang pro-UMNO dituduh mendapat upahan beribu-ribu. Atau lebih senang lagi dibela dengan kemewahan.

Agaknya Kedah Times juga dilabel dengan tuduhan yang serupa. Wang masuk melimpah ruah hasil menghentam ketidak cekapan Kerajaan pemerintahan PAS.  Memanglah Kedah Times mendapat nikmat. Bukan nikmat dari ' Kedah sejahtera, nikmat untuk semua" tu. Nikmat yang diperolehi ialah keamanan, kemudahan mencari rezeki, kesenangan beribadat dan pelbagai lagi hasil dari pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Duit ringgit ... sorry la. Kedah Times pun kena kerja teruk perah tenaga juga untuk 'earn' beberapa ringgit se hari. Kita hentam pembangkang bukan di atas bayaran sesapa pun, atas kesedaran sendiri yang pembangkang ini penipu sebenarnya. Ada penipu agama, ada penipu Melayu dan ada penipu segala-galanya.

Nak tambah sikit lagi yang Kedah Times bukannya macam lembu atau kerbau yang dicucuk hidung dan boleh ditarik ke sana dan sini. Heheh bunyi kasaq tu tapi setakat ni sapa pun tatau Kedah Times ni sapa sebenarnya!

Heheh lagipun seronok tau jadi ANON ni kerana mana yang tak betul, kita boleh hentam/tegur. Tak kira la PAS ka, UMNO ka. PKR dan DAP memang musuh ketat la.

Lagi satu, Kedah Times tak lama lagi akan pindah ke TAPAK baru. Maklumlah blogspot ni dah agak bermasalah. Jangan kata Kedah Times dapat sponsor dari UMNO plak? Memang la duit sponsor tapi duit sponsor dari poket sendiri laaa.
Read Full 7 comments

Selepas Zaid, PAS Pula Mahu Saman Allah

Isu kerjasama politik PAS-Umno menimbulkan semacam ketakutan kepada PAS, sehingga sampai tahap saman menyaman hanya kerana ada pemimpin mereka dikatakan berjumpa untuk berbincang perpaduan.

Apa sudah jadi dengan umat Islam, dimana roh sebenar perjuangan Islam, jika perpaduan ummah yang menjadi tuntutan Islam, bukan sekadar tidak diendahkan, malah dilihat sebagai perkara yang perlu disaman.

Maksud Ayat Al-Quran Surah al-Hujarat ayat 10:
   “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

Perpaduan dan perdamaian adalah tuntutan Allah kepada umat Islam, sebaliknya PAS mahu menyaman mereka yang mahu taat kepada perintah Allah tersebut.  Apa bezanya jika dulu Zaid Ibrahim dikatakan menyaman Allah kerana menyaman Hudud PAS Kelantan.
Nyata, PAS yang dulu telah menjual nama Allah kepada Kristian Herald Tribune, kini semakin mabuk sehingga menyaman Allah pula.

Tapi apa nak dihairankan, Zaid Ibrahim pun sudah tidur satu selimut dengan PAS. Zaid dan PAS, sama-sama saman Allah.

Kedahtimes:
Samada suka atau tidak, bila datang perintah Allah, itulah yang wajib ditaati dengan redha, itulah namanya Iman. Jangan ditaati dan diimani pemimpin sehingga derhaka kepada perintah Allah, kerana pemimpin sebegitu umpama Firaun.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Read Full 1 comments

Mampukah PAS menjaga hari orang Islam?

Jumaat, 23 Julai 2010

EMAIL PANAS DARI PEMBACA! GEREJA KEBANGGAAN PAS YANG TERBESAR DI GOMBAK!

Salam Tuan Parpukari,

Saya sebenarnya simpan hasrat saya untuk tuliskan email tentang hal yang ingin saya sampaikan harini ketika mula mula keluar balik hasrat golongan agamawan yang mahukan kesatuan orang islam di Malaysia yang asasnya ditunjangi oleh orang melayu yang ramai berada dalam UMNO dan PAS. Tetapi setelah saya melihatkan kesombongan oleh ramai pemimpin PAS terhadap usaha murni ini untuk melihat perpaduan dikalangan umat islam-melayu maka saya rasa patut saya tulis email ini kerana ianya merupakan satu bukti jelas bahawa PAS tidak boleh memartabatkan agama islam sebagai agama yang suci dan tinggi sebagaimana termaktub dalam Al Quran dan perlembagaan negara Malaysia dan langsung tidak boleh jadi sebab kepada penyatuan umat islam-melayu di negara kita.

Untuk makluman Tuan Parpukari, satu gereja besar telah siap dibina pada tahun ini di Gombak. Seperti yang kita semua maklum bahawa Gombak diduduki oleh penduduk islam yang majoritinya hampir 80%. Dan menyedihkan lagi ialah pemimpin yang dipilih oleh majoriti penduduk sini ialah pemimpin islam yang dikenali dgn penampilan islamiknya yg sesuai dgn wakil politik PAS iaitu Dato' Hassan Ali.

Gereja yang besar ini sebagaimana yang 'diattached' di email ini adalah gantian gereja yang terbakar di Ampang. Semua penduduk di taman-taman di sekitar gereja melahirkan ketidakpuashatian kerana gereja ini dibina di tempat majoriti islam. Ramai yang merungut dan dan tidak kurangnya ada yang mahu mengadakan protes terhadap pembukaan gereja besar ini.

*Lokasi gereja ni adalah di belakang Giant Batu Caves dan di kelilingi oleh taman samudera utara, timur, barat dan selatan, taman greenwood, taman sri batu caves, taman selasih 2, taman samudera teres, taman desa minang, taman MELEWAR, taman gombak, taman berjaya, taman batu, taman berlian, taman bolton, taman sunway batu caves

Untuk makluman juga, saya kira telah sampai ke pihak gereja tersebut tentang ketidakpuashatian penduduk sekitar tentang pembukaan gereja ini kerana kehadiran bangunan gereja ini jelas apabila tiba hari ahad yang menjadi hari mereka berhimpun. Pihak gereja sudah menurunkan sign board " Gereja Metrotabenacle" yang mana sebelumnya telah dipasang untuk beberapa minggu.

Saya ingin menyampaikan hal ini kepada Tuan parpukari bagi membuktikan bahawa PAS memang tidak boleh harap untuk menjaga hati dan kebajikan orang islam. Agenda islam mereka hanya untuk meraih undi orang islam terhadap mereka.

Sekiranya PAS memerintah negara ini bersama DAP dan PKR sebenarnya agama islam akan diperkotak katik oleh golongan yang nampak beragama dalam PAS tetapi hati penuh dengan cinta dunia. Kita memang tidak tahu hati orang PAS cinta dunia tetapi dari tindak tanduk mereka memang sangat cinta dunia, buktinya sanggup bersekongkol dgn DAP dan PKR hanya semata mata nakkan kuasa.

Saya Tuan parpukari sebarkan cerita ini di blog tuan dan kawan2 blogger yang lain agar rakyat semua tahu tembelang PAS ni yang suka pada kuasa dan gunakan islam sebagai modal tetapi bila dah dapat kuasa biarkan hati orang islam tergadai dan terbiar. Inilah bahana bersekongkol dgn Anwar dan konco2 dlm PR.

Terima kasih

Thanks

Br/zahari

Apa komen korang wahai ahlul PAS? 

Kedah Times : Di KEdah pusat Karoake dan judi hebat beroperasi. Mungkin setahun dua lagu naik pulak gereja besar.

Ehsan dari parpukari.blogspot.com
Read Full 0 comments

Psywar Saifudin

Bila la nak taubat ni Saifuddin?

Dipetik dari unspinners

Nampak tak taktik psywar Saifuddin burukkan UMNO?


Baru ini Saifuddin Nasution berkata UMNO telah melakukan semua konspirasi untuk menjatuhkan Anwar termasuk homoseksual, kronisme, ejen CIA-Yahudi dan tinggal percubaan membunuh Anwar.

Saifuddin merupakan pakar strategi PKR. Kata-kata itu bertujuan membina persepsi baru.

Jikalau Anwar mati sekarang, samada ajal dah datang atau kemungkinan dibunuh oleh agen CIA dan MOSSAD, rakyat akan anggap kematian ini ada kaitan dengan UMNO.

UMNO akan dituduh dan disalah merancang dan melakukan pembunuhan terhadapnya. Rakyat akan membenci UMNO kerana Saifuddin pernah buat spekulasi Anwar akan dibunuh.

Kenyataan ini nampak tak ada apa-apa tapi boleh kepimpinan dan pemerintah.

Selain itu, ia satu permainan membina persepsi yang semua politik yang kotor dikaitkan dengan UMNO.

Rakyat yang hiolang rasional tidak sedar bahawa kes Anwar sekarang dan dulu tidak ada kena mengena dengan UMNO tapi adalah tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kes liwat Awnar tahun 1998 benar berlaku. Kali ini kes liwat Anwar lebih tulus dan bersih dari penglibatan ahli politik atau sesiapa yang Anwar tak suka. Anwar bebas melambatkan kes.

Hal kronisma, memang awnar ada banyak kroni. Cina pakai trompah dan keling pakai pelikat putih yangmain saham tau kroni2 Anwar.

Kaitan Anwar dengan CIA-Zionis, apa lagi nak selindung. SPin APCO tak boleh tutup begitu banyak sekali penglibatan2 Anwar dengan organisasi yang terang2 untuk tujuan covert operation.

Sapa tak tau nama2 yang Anwar jumpa selama ini dan baru2 masa Apology Tour semua adalah Zionis dan CIA link belaka.

Sebenarnya Saifuddin dah buntu tak ada helah lagi untuk tepis tuduhan2 ini semua. Pensimpati PKR dan PR dah akui ini semua. Cuma UMNO tak beruabh lagi. Kalau tidak dah lama mereka balik sepenuhnya ke UMNO.

Baca juga blog Emang Galileo sini

Harap-harap blogger-blogger mendedahkan taktik psyop pembangang-kangang
Read Full 0 comments

Tahukah Anda : GLC Kedah Belanja RM Setengah Juta, Hasil RM2

Tahukah anda bahawa sebuah GLC Kedah yang baru ditubuhkan sejak pemerintahan PAS atas nasihat ex-Menantu Ustaz Azizan telah membelanjakan RM500,000.00, dan hanya mengutip hasil RM2 sahaja.

Tahukah anda kenapa GLC ini belanja banyak tapi tiada hasil? Kerana GLC ini ditubuhkan hanya untuk menjadi sarang untuk menyalurkan duit kepada kroni-kroni PAS semata-mata.
Read Full 3 comments

MENTERI BESAR KEDAH DARUL JUDI - FLIP FLOP LAGI

Rabu, 21 Julai 2010
Masih ingatkah lagi kisah cerita kegagalan Projek Balak di Papua yang mengikut cerita orang PAS sendiri telah gagal dan kehilangan hampir RM4j uta? Akibat dari kegagalan projek tersebut CEO Kedah Corp, Hj. Akashah telah dibuang kerja tanpa dibayar gaji selama 3 bulan. Selepas Hj. Akashah dibuang kerja tanpa usul periksa beliau telah difitnah oleh seorang EXCO kanan yang mengatakan Hj. Akashah telah menyalah guna wang pelaburan tersebut.

Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan untuk meyiasat kes ini dan pada masa yang sama juga pengurusan Kedah Corp telah diambil alih oleh syarikat Menteri Besar Incorporated. Bila selesai siasatan, Lembaga mendapati tiada kes salahguna kuasa dilakukan oleh CEO Kedah Corp dan Lembaga berpendapat bahawa Projek tersebut adalah 'VIABLE' dan boleh memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri Kedah .

Maka Menteri Besar pun mula melatah serta 'FLIP FLOP ', beliau telah menghantar orang tertentu untuk bertemu dengan mantan CEO Kedah Corp bertujuan memujuk CEO tersebut supaya kembali bertugas. Semasa Lembaga sedang dalam siasatan, Hj. Akashah telah bertindak dengan mengambil tindakan undang- undang saman terhadap orang yang membuat tuduhan bahwa beliau telah menyalahguna wang Kerajaan Negeri serta menyaman Kerajaan Negeri Kedah kerana gagal membayar gaji beliau selama tiga bulan.

Kalau dulu semua orang termasuk orang parti PAS kata Pak Lah kaki tidur dan selalu 'FLIP FLOP, tetapi hari ini Menteri Besar mereka sendiri yang terkena badi tersebut. Kalau kes kecil sebegini pun MB tak boleh selesaikan macamana dia nak tadbir Negeri Kedah?  Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya? Nampaknya MB Azizan akan tumbang sebelum tamat tempoh penggal sebagai Wakil Rakyat, tanda tanda telah ada !

1Melayu
Read Full 3 comments

Ahli Politik vs Ulama

Kedah Times ingin bertanya kepada YB Datuk Mahfuz Omar beberapa soalan. Ini disebabkan beliau dengan beraninya berkata yang Tan Sri Harussani telah membuat fitnah serta melakukan pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan UMNO menemuinya bagi mendapat pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti.

Kepada pengundi-pengundi Parlimen Pokok Sena, renungi dan fikirlah betapa 'low' nya wakil parlimen yang telah anda semua lantik.

1. Kenapa apabila Karpal Singh baru-baru ini menolak Islam yang dibawa oleh PAS tidak anda tentangi atau sergahi oleh YB? Mufti Perak bercakap atas nama orang Islam dan Melayu. Ini soal perpaduan Melayu dan Islam serta 'survival' bangsa yang beragama Islam ini.

2. Kenapa YB sangat takut dengan perpaduan umat Islam? Sepatutnya YB takut dengan Anwar Ibrahim yang terang-terang tunduk dengan Zionist Israel. Apakah YB ada saham juga ka dalam kes pertalian Anwar dengan Zionist? 

3. Yang ini mungkin sensitif sedikit. Cuba renung kembali takuk mana ilmu YB berbanding denga Mufti Perak tu? Orang yang ilmu agama nya tinggi amat takut sekali nak membuat fitnah. Maklumlah fitnah ni ibarat macam ratah daging saudara sendiri!

4. Cuba baca balik disini. Apa yang YB dah laksanakan di Pokok Sena? Jangan hanya harapkan pembangunan yang telah lama dirancang untuk Daerah Kuala Nerang saja. Yang YB rancang sendiri mana dia? Dapat jadi daerah barupun adalah hasil usaha dari kerajaan yang lalu. Jangan kata kami fitnah pula. Umat Islam bertambah pecahbelah ada la disana. Ini hasil dari kebijaksanaan YB merancang la. Sebab tu YB sangat-sangat tidak suka perpaduan sesama Ummah. Perpaduan bagi YB hanyalah untuk ahli PAS, PKR dan DAP saja. Ini dinamakan perpaduan taik kucing!

Nanti kita sambung lagi pasal YB Mahfuz ni.  Kalau ronda Pokok Sena, boleh lah kita lihat apa yang dia buat sebenarnya.



Read Full 5 comments

KCS Balun Ustaz Azizan Depan Sultan

Dalam Satu majlis di sebuah daerah diselatan Kedah, Ustaz Azizan pernah di tempelak oleh pegawai KCS di hadapan KDYMM Sultan Kedah.

Ustaz Azizan ditempelak kerana kuat komplen sana sini tapi tidak melakukan apa-apa. Dalam ucapan pegawai KCS itu, beliau berkata, beliau memohon maaf sekiranya terdapat sebarang cacat cela dalam pelaksanaan kerja-kerja yang dilaksanakan. Itulah adat resam apabila melakukan kerja, lainlah mereka-mereka yang tidak melakukan apa-apa dan hanya tidur sahaja, dengan itu tidak pernah melakukan sebarang kesilapan.

Tapi jangan sesiapa yang baca artikel ini bagi tahu Ustaz Azizan. Ini kerana walaupun Ustaz Azizan hadir dalam majlis tersebut dan duduk dibarisan VVIP dibahagian hadapan, beliau tidak mendengarnya kerana beliau sedang tidur.
Read Full 1 comments

Umno Kedah Baru Nak bincang Strategi

Setelah 2 tahun 4 bulan atau  28 bulan Umno Kedah tewas, Umno akan mengambil masa kira-kira 11 hari lagi untuk memikirkan bagaimana untuk memenangi Kedah.

Jika 28 bulan diperlukan untuk Umno Kedah sedar bahawa parti itu perlu berbincang dengan pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan, berapa lama pula Umno Kedah perlu masa untuk merangka strategi? Mungkin 24 tahun la kot. Itu belum pelaksanaan.

Ustaz Azizan boleh bersantai-santai saja la, Umno Kedah ni macam team sayug ja.



Umno To Discuss Ways Of Recapturing Kedah
ALOR SETAR, July 20 (Bernama) -- Kedah Umno Liaison Committee will hold a convention on July 31 to find ways to recapture the state from the opposition.

Its deputy chairman, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said eight workshops, which would be conducted during the convention, would identify Umno's strategies in its foray to wrest Kedah in the next general election.


He said about 1,000 divisional and branch leaders would attend the convention and some of them would be divided into eight workshops of between 100 and 120 participants each.


Kedah Umno liaison committee chairman Datuk Seri Shafie Apdal will deliver a keynote address at the convention which will he held at Universiti Utara Malaysia, Ahmad Bashah said in a statement Tuesday.


He said resolutions passed at the convention would form the blueprint on Umno's onslaughts against the opposition at the state, division and branch levels.


"Various issues will be deliberated at the workshops and participants are encouraged to air their views and proposals to fine-tune Umno's strategies in the run up to the 13th general election," he added.


-- BERNAMA
Read Full 0 comments

One Arm Bandit

Selasa, 20 Julai 2010
Di Kedah terdapat banyak mesin-mesin slot atau lebih dikenali sebagai one arm bandit di premis-premis yang diluluskan operasinya oleh Kerajaan PAS Kedah.

Jika dulu, PAS menggelarkan Pahang Darul Judi, bolehkah Kedah digelar Darul One-Arm-Bandit? Gelaran itu tentunya amat jijik bagi sebuah negeri yang diperintah oleh ulama, dan kami rakyat Kedah merasa amat terhina.

Tapi, menggunakan anologi yang sama, maka itulah gelaran selayaknya bagi Kedah dibawah pemerintahan PAS.

Kepada Pengundi Pendang, sila baca semula artikel anda di tranungkite.net yang di tampalkan sebahagiannya dibawah ini. Tidakkah Ustaz Azizan melakukan perkara yang sama sekarang:

Kerajaan Pahang dan Timbalan Menteri Tauke Judi

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir telah memberi kelulusan kepada syarikat ini untuk membuka sebuah lagi kasino – tambahan kepada kasino di Genting Highland. Dr M telah meluluskan 250 lesen mesin slot (judi) kepada syarikat ini. Maka akan bertambah “Makmur”lah negeri Pahang Darul Makmur. Mungkin inilah ciri-ciri Negara Islam Fundementalis Malaysia yang sebenar, yang telah diberitahu oleh Dr M kepada pemimpin-pemimpin negara luar semasa perjumpaannya dengan mereka. Islam tidak menghalang kegiatan perjudian asalkan ianya judi yang halal – mungkin ini apa yang diterangkan oleh PM!!!!!!!!!

Kepada pengundi pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, ambillah ikhtibar dan pengajaran dari kedudukan ini. Sebuah kerajaan negeri dan seorang Tim. Menteri beragama Islam sanggup terlibat secara langsung dalam kegiatan perjudian. 

Sudah pasti MB Pahang, Adnan Yaakub, yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, PKNP (pemegang saham utama Pasdec) tahu kegiatan judi ini. MB Pahang nampaknya menyokong penuh pusat perjudian ini kerana ianya akan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri ke negeri Pahang.

Kerajaan dan rakyat Pahang boleh mendapat hasil dan pendapatan tambahan dari kegiatan judi ini. Sudah tiba masanya seluruh rakyat menolak pemerintahan Dr M dan UMNO/BN. Kita percepatkan pengunduran Dr M. Tak payah tunggu sehingga Oktober 2003. Tewaskan UMNO di Pendang dan Anak Bukit. Kita tidak perlu pemimpin dan pemerintah yang menghalalkan judi.

Pengundi Pendang

Kedahtimes:
Kami hanya mencatatkan, takut-takut mereka lupa.

Read Full 2 comments

Di Selangor mereka Robek, di Kedah mereka tak buat Apa-apa


Kalau di Selangor mereka merobek-robek kawasan-kawasan wetland, YBK, IKYS dan lain-lain. Kebanyakan berkait rapat dengan bangsa Melayu. Ini kerana DAP dan PKR berkuasa sepenuhnya kerana kerusi yang banyak.

Tetapi di Kedah, tiada apa-apa yang dilakukan kerana TAKUT kepada 1 DAP dan 3 PKR. Padahal DAP dan PKR tiada apa-apa kuasa dalam pentadbiran. Suarapun tenggelam timbul.

Cuma mungkin balak-balak saja yang dirobek-robek kerana inilah masanya untuk buat duit. 

SULIH hanya pada nama sahaja. KHTP semakin malap. Pusat Karaoke semakin banyak. Kedai Ekor masih beroperasi. Arak dijual seperti biasa.

Katanya Islam matlamat kami. Hudud matlamat kami. Membangun bersama Ulamak.

Apa dah jadi?

Read Full 1 comments

Pemimpin UMNO Kedah perlu Berubah

ALOR SETAR, July 20 (Bernama) -- Kedah Umno Liaison Committee will hold a convention on July 31 to find ways to recapture the state from the opposition.


Its deputy chairman, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said eight workshops, which would be conducted during the convention, would identify Umno's strategies in its foray to wrest Kedah in the next general election.



He said about 1,000 divisional and branch leaders would attend the convention and some of them would be divided into eight workshops of between 100 and 120 participants each.



Kedah Umno liaison committee chairman Datuk Seri Shafie Apdal will deliver a keynote address at the convention which will he held at Universiti Utara Malaysia, Ahmad Bashah said in a statement Tuesday.



He said resolutions passed at the convention would form the blueprint on Umno's onslaughts against the opposition at the state, division and branch levels.


"Various issues will be deliberated at the workshops and participants are encouraged to air their views and proposals to fine-tune Umno's strategies in the run up to the 13th general election," he added.

Kedah Times: Setuju sangat dengan Tunku Aisha yang UMNO Kedah sepatutnya adakan convention ini se waktu awal kekalahan mereka. Maka dengan itu masa yang begitu panjang selepas PRU dapat digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan apa yang dirancang dan sepakati. 

Mohon izin " better late than never" seperti kata orang putih. Kovensyen ini mungkin boleh menyatukan kembali UMNO Kedah. Hapuskan sikap ego, akulah lebih dulu makan garam, dan pelbagai kerenah pemimpin-pemimpin atasa UMNO Kedah supaya pandangan dan persepsi rakyat berubah kepada UMNO. 

Seperti kata seorang pemandu teksi di Subang yang mereka bukan tidak sayang kepada UMNO tetapi kerenah dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO membuatkan mereka naik cuak. Contoh terbaik katanya MRSM. Orang-orang atasan UMNO serta kawan-kawan yang kaya raya berebut-rebut nak masukkan anak mereka ke MRSM. Kenapa? Kerana free dan pembelajaran yang amat baik. 

Hasilnya, anak-anak rakyat yang layak tidak dapat masuk MRSM.

Isu seperti kenapa pengundi atas pagar serta muda-mudi  tidak mengundi UMNO perlulah dibincang secara terperinci dan perlukan ada satu hasil atau resolusi untuk tindakan susulan.

Tidak lupa ialah masalah dalaman UMNO itu sendiri. Cincang mencincang, kerat mengerat dan sebagainya berleluasa. Duit menjadi ukuran dalam pemilihan siapa yang layak.

Begitu juga dengan sikap-sikap pemimpin-pemimpin besar UMNO yang menganggap mereka adalah warlord UMNO yang tidak boleh disentuh dan tiada siapa yang boleh mengarah mereka.

Jika nak ditulis, berkajang-kajang kertas diperlukan. Harap mereka yang mengepalai UMNO Kedah faham dan ambil tindakan.

Tahniah kerana ada kesedaran!

Read Full 4 comments

Tahukah Anda ; Siapa Penasihat GLC Kedah

Pegawai Khas Menteri Besar bagi GLC adalah Yusrin Zakri Adnan.  AJK Dewan Pemuda PAS Kedah ini adalah menantu MB Kedah (Ustaz Azizan). 

Yusrin pernah mempunyai syarikat sendiri dalam bidang Jururunding Kewangan yang rugi dan akhirnya gulung tikar.

Seorang usahawan yang telah gulung tikar untuk menasihatkan perjalanan GLC-GLC Kedah. Fikirkanlah !!!
Read Full 6 comments

Kedah Times - Not Bad

Isnin, 19 Julai 2010

Terima kasih kepada Perak Today kerana bersusah payah mnyiarkan ranking terkini blog anti-Pakatan yang berdasarkan Alexa ranking.


Kedah Times yang baru memasuki umur 5 Bulan beroperasi secara sepenuhnya, telah berada pada tahap agak membanggakan. Rujuk di dibawah.

Terima kasih kepada semua kerana sudi mengunjung dan menghantar artikel. InsyaAllah, kami akan dedahkan segala penyelewengan dan penipuan terkini di Kedah.

Heheh tapi pemimpin-pemimpin UMNO pun jangan dok tak sedar diri. Kami akan cuit juga ... jika masih di takuk lama.

Tidak lupa kepada pengendali-pengendali Kedah Times yang secara sukarela mengendalikan blog ini. Kita berjuang atas Alif Baa Taa.



Ranking Bloggers Mesra Kerajaan pada 17hb Julai 2010
Blog
Ranking Dunia
Ranking Malaysia
Alamat Blog
1
House PK @ ParpuKari
143,237
931
http://parpukari.blogspot.com/
2
Agenda Daily
158,566
998
http://www.agendadaily.com
3
MyKMU
166,059
812
http://www.mykmu.net/
4
Rocky's Bru
176,457
1,285
http://rockybru.com.my/
5
Gerakan Anti PKR @ GAP
181,991
1,253
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
6
The Unspinners
186,650
1,233
http://theunspinners.blogspot.com/
7
Kickdefella
239,330
2,641
http://kickdefella.wordpress.com/
8
RBF
254,479
2,674
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/
9
Taipingmali
310,337
2,561
http://taipingmali.blogspot.com/
10
UMNO Reform
378,050
3,268
http://umno-reform2.com/
11
AIDC
378,315
3,305
http://www.anwaraidc.com/
12
Papa Gomo
439,770
4,597
http://www.papagomo.com/
13
Pisau
443,850
6,758
http://www.pisau.net/
14
Husin Lempoyang
493,528
5,506
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
15
Malaysia-Instinct
500,323
4,477
http://www.malaysia-instinct.com
16
Dr Novandri
529,583
6,218
http://novandri.blogspot.com/
17
Another Brick In The Wall
541,605
2,653
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/
18
Dato Kadir Jasin
555,051
4,473
http://kadirjasin.blogspot.com/
19
Pilhan Anda
641,091
6,260
http://pilihan-anda.blogspot.com/
20
Out Syed The Box
689,312
6,967
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/
21
Apa Yang Tersirat
745,559
12,845
http://musramrakunman.blogspot.com/
22
The Flying Kicks
749,841
16,880
http://theflyingkick.blogspot.com/
23
My Anger
774,368
13,247
http://marahku.blogspot.com/
24
Big Dog
795,006
8,100
http://bigdogdotcom.wordpress.com/
25
Melayu Bersatu
868,161
19,541
http://kitaanakmelayu.blogspot.com/
26
UMNO Online
897,525
7,584
http://umno-online.com/
27
Penghuni Gua
919,177
9,329
http://arifomar.blogspot.com/
28
McTheory
991,660
8,748
http://kedahkekl.blogspot.com/
29
Beranikan Hati
1,034,605
13,234
http://braveheart-blogger.blogspot.com/
30
DetGuaq
1,047,433
9,307
http://pelantaqhujah.blogspot.com/
31
Jebat Must Die
1,053,938
25,362
http://jebatmustdie.wordpress.com/
32
GaraManis
1,068,004
18,283
http://garamanis.blogspot.com/
33
Mahaguru58
1,141,305
29,168
http://mahaguru58.blogspot.com/
34
Medan Info Kita
1,178,950
12,519
http://medan-info-kita.blogspot.com/
35
Pribumi Perkasa
1,209,659
10,418
36
Paneh Miang
1,223,429
12,122
http://paneh.blogspot.com/
37
Tunku Aisha
1,236,010
10,294
http://tunkuaisha.blogspot.com/
38
Kedah Times
1,281,160
17,319
http://syburi-times.blogspot.com/
39
Warisan2057
1,328,869
26,072
http://warisan2057.blogspot.com/
40
Apanama
1,536,847
60,006
http://apanama2020.blogspot.com/
41
X-PKR
1,541,357
16,662
http://x-pkr.blogspot.com/
42
Panglima Perang Cyber
1,548,034
40,592
http://penembak-tepat.blogspot.com/
43
Putra Merdeka
1,555,045
21,966
http://politikputramerdeka.blogspot.com/
44
Keris Putera
1,605,025
9,955
http://kerisputera.blogspot.com/
45
Jeffry Damien
1,707,954
12,049
http://jeffrydamien09.blogspot.com/
46
RajahMas
1,761,893
23,842
http://rajahmas.blogspot.com/
47
Azli Shukri
1,918,155
14,202
http://azlishukri.blogspot.com/
48
Anak Omak
1,985,865
38,454
http://anakomak76.blogspot.com/
49
Abang Tuah
1,997,227
11,779
http://abangtuah.blogspot.com/
50
Kita Gempur
1,998,803
21,364
http://www.kitagempur.com/
51
Nobisha
1,998,997
41,529
http://nobisha.com
52
Analisa Kumbang
2,008,183
31,176
http://analisakumbang.blogspot.com/
53
WBHim
2,058,254
21,483
http://writtenbyhim.wordpress.com/
54
SatD
2,116,993
19,884
http://satdthinks.blogspot.com/
55
Gelagat Anwar
2,388,267
29,058
http://gelagatanwar.wordpress.com/
56
Wake Up!
2,571,507
35,894
http://lifeisnotafairytaledude.blogspot.com/
57
Sri Tri Buana
2,888,612
31,951
http://sribuana.blogspot.com/
58
Kepal Nasi Kepal Beras
3,463,565
54,597
http://kkamdias.blogspot.com/
59
Maharaja Blogger
3,825,340
33,571
http://maharajablogger.blogspot.com/
60
Duke Of UMNO
4,233,479
40,133
http://dukeofumno.blogspot.com/
61
Sahabat Gunung
4,315,656
51,067
http://www.sahabat-gunung.com/
62
Unit Media Baru Pemuda UMNO
4,335,246
33,757
http://unitmediabaru.blogspot.com/
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates