Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!

Selasa, 31 Ogos 2010
Oleh Fathul Bari Mat Jahya

Kita tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.

Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).

Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).

Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),

Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.

Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.

Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).

Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.

Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al- 'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.

Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).

Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

Wallaahua'alam.

FATHUL BARI MAT JAHYA
Penasihat Agama Institut Jantung Negara
Read Full 4 comments

Merdeka Merdeka Merdeka

Kedah times mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Pertahankan kemerdekaan ini. Pertahankan kemerdekaan minda dari dijajah oleh pihak yang berkepentingan diri.

Merdekakan Agama Islam yang sekarang ini disentuh oleh mereka yang tidak berhak melakukannya.
Merdekakan Hak Bangsa Melayu Bumiputera daripada diganggu gugat oleh mereka yang ingin membolot segalanya.
Merdekakan Hak Raja Melayu yang sudah tidak dihormati lagi oleh mereka yang ingin menghapuskan institusi ini.

Kita sudah tiada masa. Marilah kita bersama menentang mereka yang cuba menjajah serta menghapuskan ketiga-tiga hak tersebut itu.

MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA   MERDEKAAAAAAAAAAAAA  MERDEKAAAAAAA
Read Full 0 comments

Beranikah Mereka?

Isnin, 30 Ogos 2010
Isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dibawa masuk ke ruang utama solat dan memberi Tazkirah di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu telah menjadi begitu hangat sehingga Sultan Selangor menjadi murka dan pentadbiran Surau itu diambilalih oleh Majlis agama berkuatkuasa segera.


Yang menjadi peliknya ialah timbulnya ularmak-ularmak PAS dan DAP yang menghalalkan semua tindak tanduk YB tersebut. 

Tidak dinafikan yang zaman nabi dahulu ramai bukan Islam masuk masjid bertemu Nabi tetapi ianya adalah kepada pertanyaan atau keinginan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam dari Nabi sendiri. BUKAN masuk ke dalam masjid memberi tazkirah kepada Nabi dan sahabat-sahabat penganut Islam. Dan NABI tidak akan sama sekali membenarkan perempuan berpakaian ala Teo untuk bertazkirah kepada umat Islam yang mana bukan muhrimnya.


Ularmak-ularmak ini memberi pelbagai alasan logik akal mereka yang cuba nak disamakan dengan tindakan nabi pada zaman dahulu walhal tindakan dan niat si kafir tersebut sudah kita ketahui kerana mereka adalah 'OVER MY DEAD BODY jika Islam dilaksanakan di Malaysia'. Inilah yang memeningkan serta mengelirukan Umat Islam di Malaysia. Bayangkan mereka yang imannya amat nipis. Secara sepontan mereka akan menerima kata-kata ularmak-ularmak ini.

Tidak cukup dengan mengeluarkan fatwa-fatwa bercirikan keuntungan politik, mereka mula mencari kesalahan atau keburukan orang lain. Contoh terkini ialah isteri PM sendiri. Mereka sudah mula membandingan tindakan DS Rosmah dengan YB ini. AMAT DHAIF dan BENGAP sekali tindakan perbandingan ini.

Sila perhatikan ringkasan disebelah. Amat jauh beza antara keduanya.

Inilah mentaliti totok yang sentiasa ada kebencian dalam hati mereka ke atas apa saja tindakan yang dilakukan. Mereka inilah manusia yang berperangai syaitan yang mana kawan baik utama mereka ialah jin dan iblis yang berperangai syaitan. Sifat mereka ini terserlah dibulan puasa kerana jin dan iblis sudah dirantai Allah. Maka tinggallah manusia durjana syaitan ini menjahanamkan umat Islam.

Kita masih menunggu reaksi totok-totok PAS di Kedah. Apakah mereka sealiran dengan pemimpin arus perdana mereka? Atau memang mereka tak mahu ambil peduli. 

Walaubagaimanapun sudah ada suara Mahfuz walaupun tidak mempertahankan tindakan pemimpin-pemimpin besar mereka tetapi beliau memilih untuk membuat perbandingan dan mencari keburukan orang lain. Tindakan yang hampir SAMA dengan pemimpin besar mereka. Cuma ianya berbentuk sokongan.

Mungkin penyakit ini akan berjangkit tidak lama lagi. Kita tunggu dan lihat.

Read Full 0 comments

Mahkamah Umno!!?

Kita sering mendengar pembangkang meraung-raung bahawa, mahkamah dinegara ini adalah mahkamah kanggaro, mahkamah tidak adil, mahkamah ikut telunjuk Umno, mahkamah Mahathir diulang-ulang tanpa henti berdekad-dekad lamanya..

Tapi kita juga dapat lihat mereka juga tidak putus-putus membawa kes ke mahkamah yang mereka tuduh kanggaro, tidak adil, milik Umno itu.

Dalam beberapa hari ini saja, boleh kita lihat berapa banyak kes yang dibawa pembangkang ke Mahkamah. 

Adakah mereka ini bodoh atau gila, sudah tahu mahkamah tidak adil, milik Umno, dibawanya juga kes saman ke sana. 

Atau adakah setelah mengikuti perbicaraan Liwat Anwar terbaru, mereka mula sedar bahawa mahkmah negara ini adalah adil. Buktinya adalah saman-saman dibawah.

1. Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

2. KUALA LUMPUR, 30 Ogos: PAS memberi kata dua kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terbarunya terhadap PAS atau berdepan saman.

3. KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi......

4. Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu di MahkamathTinggi Kuala Lumpur.

Syed Husin, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Selangor juga menamakan, pengarang akhbar milik Umno itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim sebagai defendan


Kedahtimes: Berpandulah kepada Al-Quran dan Hadis:

Hadis Rasulullah SAW: Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”

(al-Baihaqi)
Read Full 2 comments

Bila lagi?

Kita masih menunggu pihak berkaitan untuk ambil tindakan ke atas perbuatan-perbuatan atau statement mereka-mereka yang telah begitu menyentuh sensitiviti bangsa Melayu. Menteri KDN sekarang ini macam biasa sahaja, macam tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dalam perniagaan dikatakan BAU ... business as usual.

1. Teo yang masuk memberi tazkirah dalam surau di kajang sentral tanpa memakai tudung. Itu belum lagi kita perincikan apa yang dikatakan dalam surau tersebut.

2. Nawemee yang sudah beberapa kali mempersendakan bangsa Melayu dan negara ini.
3. Izzah yang terang-terang memceritakan rahsia ketenteraan kita di negara luar.

4. Anwar yang asyik ke luar negara membocorkan / memburukkan Malaysia supaya pelabur tidak datang ke Malaysia

5. Nik Aziz yang asyik mengeluarkan fatwa/statement yang bertentangan dengan ajaran Islam demi menghalalkan kuasa politik beliau dan PAS.

6. Penghasut-penghasut yang bermaharajalela dalam facebook, blog dan forum yang memnyentuh hak-hak orang Melayu.

7. Soi Lek yang nak menghapuskan 30% kek ekonomi orang Melayu

8. dan lain-lain lagi yang boleh disenaraikan lagi yang berkaitan dengan RASIS yang dikeluarkan oleh bukan Melayu dan Melayu PKR/PAS.

Bila lagi kita nak bertegas. Apakah hendak tunggu sehingga dah terantuk baru nak tengadah?
Read Full 3 comments

Kemuncak Ketaksuban

 Salam 2 all.

Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.


Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan!

Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini?

Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah.

Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang.

Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.

Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Wassalam, adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010
Read Full 1 comments

Mana Lagi Anggota DAP Yang Tidak Di Jilat PAS

Ahad, 29 Ogos 2010
1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching telah masuk ke ruang utama solat dan memberi Tazkirah di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.

2. Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama negeri telah menyatakan kemurkaan baginda terhadap perbuatan Teo dan Jawatankuasa Surau terbabit. JK Surau tersebut telah digantung dan Teo telah diberi surat amaran.
3. Sedang Teo sendiri mahu memohon ampun dari Sultan Selangor, PAS pula lebih sudu dari kuah. Mahfuz masih lagi mahu menjilat DAP dengan menyelewengkan fatwa JK Fatwa Kebangsaan yang membenarkan pelancong masuk ke masjid. 

4. Samada Mazfuz lupa atau tidak pandai membaca kita tidak pasti, tetapi Teo bukanlah seorang pelancong. Tidak pernah kita dengar ada pelancong masuk ke masjid atau surau dan memberi tazkirah. Kalau pelancong mendengar tazkirah tu logik la juga, tapi pelancong pula memberi tazkirah, amat pelik!! PAS nampaknya tidak ada kerja lain, setiap saat hanya memikirkan bagaimana hendak menjilat DAP.

5. Sedangkan Dr. Asri yang merupakan bekas mufti sekalipun di dakwa kerana tiada mempunyai tauliah, adakah Teo ini memiliki kelayakan lebih tinggi dalam bidang agama Islam sehingga beliau tetap dipertahankan Mahfuz

6. Nik Aziz lagi tambah bercelaru, sehingga mengambil sirah diluar konteks untuk menjilat DAP, sehingga masjid pun boleh dikencing. Adakah lepas ini PAS akan mempromosikan aktiviti kencing di lantai masjid untuk memuaskan hati DAP? Mungkin Nik Aziz boleh cuba di Kelantan dulu, negeri serambi Mekah.

7. Perbuatan PAS yang menjual agama secara melampau inilah yang menjadi pemangkin kepada kafri harbi untuk memperbodohkan dan menghina Islam dan institusi Islam.Ianya semakin menjadi-jadi.
Read Full 2 comments

PAS : Hipokrasi Tahap Tertinggi

Jumaat, 27 Ogos 2010
Sehingga kini, di kampung-kampung, ustaz-ustaz PAS menjalankan kempen membenci Umno kerana dikatakan menolak hudud dengan berpegang kepada perlembagaan Lord Reid.

Petikan Amanat Hadi dibawah tetap menjadi pegangan sebahagian besar pengikut PAS, jelas menggambarkan bahawa Umno dikeji dan dinista kerana mengekalkan perlembagaan kafir dan peraturan jahiliah. Malah mati menentang Umno atas sebab mengekalkan perlembagaan penjajah dianggap mati syahid.

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Umno , bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka." - Amanat Hadi

Tetapi sebenarnya, dalam diam dan menyorok dari penyokong taksubnya, Parti PAS telah dengan rela hati menandatangani perjanjian pakatan yang mengiktiraf Perlembagaan yang dikatakan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir dulu.
  
KOTA BHARU 26 Ogos – Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh kepada Perlembagaan negara.

Kata Zaid Ibrahim, “Saya cuma nak jelaskan dasar bersama yang kita tandatangan pada Disember 2009, ketiga-tiga (parti pakatan pembangkang) telah iktiraf Perlembagaan sebagai undang-undang pokok dan di atas landasan itu kita setuju segala undang-undang yang kita buat mesti ikut Perlembagaan negara. Utusan

 Penyokong-penyokong PAS sepatutnya merasa malu apabila jelas sekali mereka diperbodohkan oleh kepimpinan mereka sendiri apabila terang-terang ditipu pemimpin mereka.

Kedahtimes:
Untuk makluman penyokong PAS, Hipokrasi dalam bahasa arabnya adalah MUNAFIK..
Read Full 6 comments

BERSATU - Tentang PAS, DAP dan PKR

Khamis, 26 Ogos 2010
1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah, perosak kemurnian rumah Allah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegah menggunakan tangan, kalau tidak mampu gunakan lidah, kalau tidak mampu gunakan hati dan itulah selemah-lemah iman". (Hadis riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemah dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina serta menolak hak keistimewaan orang Melayu.

3. Kita menentang PAS kerana mereka sanggup melakukan apa saja kemusnahan terhadap bangsa Melayu dan Islam demi mencapai cita-cita politik mereka.

4. Marilah semua kita tentang PAS dan konco-konco DAP dan PKR. Mereka Perosak bangsa dan Agama.
Read Full 3 comments

Rumah Allah dikotori

Di Palestin, Zionist Yahudi begitu hebat memasuki masjid dan rumah ibadat orang Islam. Tiada rasa hormat  mereka ke atas rumah Allah tersebut serta tehadap penganut-penganut agama Islam. Seterusnya mereka memusnahkan tempat-tempat ibadat tersebut.

Di Iraq, tentera Amerika dan sekutunya memasuki rumah ibadat orang Islam atas alasan mencari musuh mereka. Ada yang dibom ranap atas alasan tempat menyimpan senjata atau sebagainya.

Di Pakistan, tentera Pakistan dengan kerjasasama tentera Amerika memasuki rumah ibadat orang Islam kononnya mencari pengganas AlQaeda atau Taliban yang mereka sendiri cipta pada satu masa dulu.

Di Afghanistan, perkara yang sama berlaku dimana rumah-rumah ibadat dicerobohi kononnya kerana mencari musuh mereka yang bersembunyi didalam rumah tersebut. Ini semua adalah rumah ibadat orang-orang Islam.

Pernahkan anda dengar atau baca tentang tentera Zionis Yahudi, tentera Amerika dan sekutunya menceroboh masuk gereja atau Wat atau Kuil ? Amat jarang sekali!

Tetapi kemusnahan masjid, pencerobohan ke atas rumah Allah sering kita dengar dan baca. Apakah orang Islam sudah tidah sensitif lagi dengan rumah ibadat mereka? Atau kesucian rumah ibadat orang Islam sudah tidak dipedulikan lagi?

Kini, di Malaysia perkara yang seakan-akan sama telah berlaku. Tetapi dalam bentuk yang lebih lembut dan teratur.

Pengerusi dan AJK rumah ibadat dengan sewenang-wenangnya menjemput kafirun memberi ucapan dalam tempat ibadat mereka. Kafir ini masuk dengan cara hormat walaupun amat diragui kebersihan dirinya.

Rumah Allah dicerobohi dengan bantuan pengurus-pengurus tempat ibadat tersebut sendiri. Mereka yang berpeluk dengan anjing, tiba-tiba boleh masuk dalam rumah Allah dan memberi ucapan. Mereka yang beraknya hanya disapu dengan tisu dibawa oleh AJK rumah Allah ke dalam dan berucap mengutuk orang Islam yang lain. Mereka yang tidak pernah mandi junub akbar dibawa masuk dengan sukarela ke dalam rumah ibadat orang Islam untuk menyerahkan sumbangan.

Hina sangatkah rumah ibadat orang Islam ini? Miskin sangatkan rumah-rumah ibadat orang-orang Islam? Kotor dan jelik sangatkan rumah ibadat orang Islam sehingga yang hidup seharian dengan anjing, tidak mandi junub dan memakan daging babi dibawa masuk ke dalam rumah ibadat Islam?

Hina sangatkah orang Islam sehingga meminta kepada bukan Islam untuk kemajuan rumah ibadat mereka? Apakah tiada ilmuan Islam yang boleh memberi ucapan didalam rumah ibadat ini?

Kita menunggu jawapan atau fatwa dari ulamak-ulamak PAS yang hanya nampak dan mengeluarkan fatwa apabila ahli UMNO yang melakukan sesuatu. Kenapa mereka memejamkan mata apabila berlaku perbuatan-perbuatan seperti ini.

Kita lihat betapa sejahtera dan tolerannya negeri yang diperintah PR kerana rumah ibadat orang Islam sekarang sudah tiada sekatan. Sesiapapun boleh masuk dan berucap.

Berbanding dengan di Palestin, Pakistan, Afghanistan. Disana mereka memasuki rumah ibadat orang Islam secara paksa dan ditentang oleh orang Islam. TETAPI DI NEGERI BAWAH PR, kafirun dibawa masuk dengan sukarela. Nauzubillahiminzaalik.
Read Full 1 comments

Tazkirah ramadhan

Rabu, 25 Ogos 2010
1. Masjid atau Surau adalah Rumah Allah yang suci. Jadi untuk berada di dalam Masjid atau mana-mana Rumah Allah, maka kita haruslah sentiasa dalam keadaan suci dan bersih samada dari hadas kecil atau besar.

2. Ketika berada didalam rumah Allah dan kawasan sekitarnya, kita diwajibkan berkata-kata perkara-perkara kebaikan serta perkara-perkara berkaitan suruhan agama Islam sahaja.

3. Paling afdal dan baik ketika dalam rumah Allah ialah beribadat dan mengadakan majlis ilmu yang diketuai oleh alim atau mereka yang mengetahui serta arif tentang ajaran Islam.

4. Bacalah AlQuran atau adakan majlis pembenihan ilmu semasa tidak menunaikan sembahyang fardu/sunat demi memperkuatkan iman kita kepada Allah SWT. 

5. Tetapi sebaliknya lain yang berlaku di Surau Alhuda, Kajang.  Ahli Parlimen bukan Islam telah dijemput untuk memberi tazkirah Ramadhan di dalam surau tempat umat Islam menunaikan sembahyang berjamaah. Pada 22 Ogos 2010, lebih kurang pukul 9.33 malam, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang. Siapakah yang menjemput mereka? Sudah tentu Pengerusi serta AJK surau. Kenapa mereka tak menjemput Ahli Parlimen atau Menteri dari UMNO yang beragama Islam? Ini kerana mereka adalah FANATIK PAS!

6. Di Kedah masih belum ada lagi perkara sebegini berlaku. Tetapi di Alor Setar DAP sudah letakkan streamer di sekitar mengucapkan Selamat Hari Raya dan Berpuasa kepada umat Islam. Kenapa ucap selamat hari raya dan berpuasa sedangkan mereka menolak negara Islam?
 
7. Kita masih menunggu reaksi pemimpin-pemimpin serta alim ulamak PAS seperti Mahfuz memberi reaksi diatas semua kelakuan ini.
 
9. Selamat bertazkirah!
Read Full 7 comments

Siapakah mereka di mata PAS sekarang?

Nik Nazmi ini Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia cakap,

"..hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

KARPAL DAN PEMIMPIN DAP PUN TOLAK. DAN SEAKRANG PKR PULAK. PAS BILA LAGI.




KEDAHTIMES: Kita masih menunggu apa juak-juak PAS akan label kepada Melayu Islam PKR ini. Adakah mereka menentang Islam? Adakah mereka ini jatuh kafir? Adakah mereka ini musuh Islam? 

Apakah mereka berani melabelkan mereka ini seperti yang mereka telah lakukan kepada orang-orang UMNO? 

Bagaimana dengan PAS Kedah? Tiada komen ka?

Read Full 7 comments

Kedah tidak laksana Hudud?

Dek kerana tak tahu nak jawab apa setelah PKR juga seiring pendirian dengan DAP untuk menolak hudud PAS (sini), akhirnya pemimpin PAS akur dengan dasar Pakatan Haram iaitu tiada hudud, tiada dasar pentadbiran Islam dan semua agama sama rata, sama rasa jika mereka berjaya menawan Putrajaya!

Keakuran PAS terhadap pendirian DAP dan PKR itu telah memaksa mereka untuk mengeluarkan kenyataan agar isu hudud ini tidak lagi dibincangkan dan didebatkan oleh pemimpin Pakatan Haram. Ini dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, 24 Ogos 2010 (sini).

Ini juga bermakna, persoalan mengenai hudud dan pentadbiran Islam dalam kerajaan Pakatan Haram tidak lagi akan diketengahkan oleh PAS sebagai hala tuju mereka dalam mana-mana forum Pakatan Haram.

Pendirian ini diambil oleh PAS bagi mengelakkan mereka kehilangan sokongan dan undi khususnya bukan Melayu sehingga boleh menyebabkan Pakatan Haram berpecah dan akhirnya mereka gagal untuk menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

PAS tidak sanggup lagi berulangnya peristiwa perpecahan Barisan Alternatif yang menyaksikan parti itu hilang banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 2004. Mereka juga tidak lagi rela kehilangan kuasa, takhta dan pengaruh yang pernah mereka kecapi ketika menawan Terengganu pada tahun 1999.

Penulis mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjadikan parti anda begitu hina sehingga sanggup menggadai prinsip yang kononnya dipegang selama ini. Demi kerana kuasa, pangkat dan darjat segala-galanya anda sanggup gadaikan. Anda juga telah membuktikan bahawa PAS hanyalah pencacai kepada DAP dan PKR, bukannya teraju utama. Tahniah para pimpinan dan penyokong PAS!

Semoga seluruh umat Melayu Islam di Malaysia membuka mata untuk melihat hipokrasi PAS di dalam Pakatan Haram ini.

Ehsan Satulimatiga.blogspot.com

KedahTimes: Kita tunggu apa reaksi PAS Kedah di atas statement ini. Apakah PAS Kedah akan berterus terang dengan pengikut-pengikutnya? Dimanakah nak buang semua banner atau slogan-slogan 'membangun bersama Ulamak', 'Hudud matlamat kami' dan pelbagai slogan menarik tentang Islam yang dicanangkan oleh PAS Kedah selama ini?

Kita juga masih menunggu apa PAS Kedah akan kata apabila berlaku sembahyang 2 imam, boikot kenduri, boikot kematiaon, boikot majlis tahlil UMNO dan pelbagai lagi. Apa yang PAS Kedah nak jawab dan terangkan kepada pengikutnya dan rakyat amnya.

Kalau PAS Kedah berdiam diri, bermakna mereka setuju dengan apa yang disebutkan oleh Malaysiakini. BERMAKNA PAS KEDAH PEMBOHONG BESAR. PAS KEDAH PENIPU RAKYAT.
Read Full 1 comments

KOMUNIS ALAF BARU


Selamat Tinggal Malaysia?
Perakians are mourning. Do not force us to celebrate.
If forced to fly the flag, can we fly half mast?


Allow Perakians to mourn for this may be soothing to their souls. Allow them to wear black coloured shirts or even fly black coloured flags on 31st August, if that will help to alleviate the injustice that they are subjected to.

Has the Mayor of Ipoh been directed by BN Government of Perak to enforce the above said ruling? It sounds like imperial masters of the past forcing patriotism on the conquered subjects. It is like the Japanese who conquered the then Malaya and using force on the people of Malaya to host the Japanese flag and swear allegiance to the Imperial Japanese Government.

If the BN government and the Mayor of Ipoh insist that shop owners must fly the flags, may I ask if they are allowed to fly half mast?

Dated this 17th day of August 2010.

DATO’ NGEH KOO HAM
MP for Beruas
State Assemblyman for Sitiawan 
Read Full 2 comments

Hudud : Kenyataan Rasmi Bakal Perdana Menteri Dinantikan

Selasa, 24 Ogos 2010
Setelah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan terbaru Nik Nazmi membuat keyataan yang jelas tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang syariah hudud yang dilaungkan PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim seharusnya membuat kenyataan rasmi beliau tentang perkara ini.

Dato' Seri Anwar Ibrahim perlu menyatakan secara jelas adakah Hudud akan dilaksanakan jika PR memerintah?

Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, isu dasar dan begitu besar seperti pelaksaan sistem perundangan perlu diberi penjelasan memandangkan rakyat perlu tahu sistem perundangan Malaysia yang bakal dilaksanakan apabila PR memerintah kelak. Adalah tidak logik sebuah pakatan yang gah hebat hendak memerintah Malaysia masih belum berbincang dasar sepenting ini.

Kita mengajak rakan-rakan blogger memaparkan soalan ini kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Kita juga mengajak wartawan-wartawan menggesa untuk mendapatkan jawapan dari Dato' Seri Anwar Ibrahim, apakah hudud akan dilaksanakan di Malaysia.
Read Full 9 comments

Pas Kedah Panas, Azizan Dalam Dosa Berlegar di Kedah?

dari malaysia-instinct.com

Pas Kedah Panas, Azizan Dalam Dosa?

AZIZAN Razak dan Pas Kedah dikatakan cukup tenang. Tiada apa-apa yang berlaku. Orang Kedah dikatakan cukup selesa dengan keadaan macam itu. Tiada kontroversi, walaupun miskin tak apa.

Namun, adakah benar Azizan dan Pas Kedah tenang? Buku yang diterbitkan secara underground menceritakan segala-galanya. Buku bertajuk Azizan Dalam Dosa (ADD) menceritakan mengenai banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Azizan dan juga Pas Kedah.

Tidak cukup dengan itu, ada pula pihak yang menerbitkan buku Bingkisan Jawapan (BJ), iaitu buku yang membela pentadbiran Azizan dan Pas Kedah daripada tuduhan ADD.

Buku ADD itu kononnya didakwa oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Politik kepada MB Kedah, Hassan Razak ditulis oleh bekas orang kuat Pas Memali di Baling yang dikenali sebagai Cikgu Non atau Zainol Ismail.
Kini berlaku tuduh-menuduh siapa yang menulis dan menaja buku hantu itu.

Cikgu Non menafikan sekeras-kerasnya. Sebaliknya Cikgu Non dalam sepucuk surat yang saya peroleh menulis: ''Saya ingin bertanya kepada beliau (Hassan), kenapa tidak mengerah anggotanya menyiasat dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam ADD itu? Siasat MB yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah yang disebut tidak amanah, membazirkan wang rakyat, mengutamakan kroni…"

Satu perenggan menarik yang Cikgu Non tulis: "Kalau saya diberi pilihan, saya minta di tapak Muassasah Darululum, Pokok Sena tempat bersemadinya jasad Allahyarham Ustaz Fadzil, biar rohnya mendengar segala isu penyelewengan, ketidakadilan dan salah laku anak-anak buahnya yang ditinggalkan. Biar rohnya lebih kenal siapa Azizan Razak dan siapa Hassan Razak dan konco-konconya. Biar rohnya tahu siapa yang mendapat nikmat sejak Pas memerintah Kedah. Orang Islamkah atau orang bukan Islam, orang Melayukah atau orang bukan Melayu. Siapa yang menjadi anak emas, siapa pula yang menjadi anak tiri."

Ditulis lagi: "Kenapa dalam BJ tidak langsung menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam ADD. Umpamanya, kenapa MB tak mahu hapuskan judi di Kedah, tidak tegas dengan isu aurat wanita, kenapa lebih sejuta wang dihabiskan untuk pamerkan poster-poster MB, kenapa kerajaan negeri kerugian lebih 8 juta hasil pelaburan di luar negeri dan paling penting di akhir buku ADD ada pertanyaan 'apa yang dibuat oleh Pas semuanya halal, apa yang dibuat oleh UMNO semuanya haram'."

Kita tunggu seterusnya. Pas pun sama saja 2X5.

Kedahtimes:
Kami dikirimkan senaskah buku AZIZAN DALAM DOSA tersebut baru-baru ini dan akan siarkan keseluruhan  isi buku tersebut dalam masa terdekat. Tunggu kandungan hangat membara dalam buku tersebut. PAS lawan PAS.
Read Full 4 comments

Hudud Tidak Sesuai - PKR

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad membuat kenyataan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.

Menurut Bernama, Nik Nazmi berkata, “ PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai.”

”Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Nazmi.

Menurut beliau lagi, berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Kedahtimes:
Apa kata PAS dan Pengikutnya? Percanggahan akan sentiasa berlaku apabila agama ditunggangi untuk meraih keuntungan politik.
Read Full 10 comments

JANGAN DICABAR PAYUNG NEGARA

Isnin, 23 Ogos 2010

SAYA ingin menarik perhatian kepada tulisan Maarop Mohd Noh bertajuk ‘Umno perlu keluar dari kebencian rakyat’ yang tersiar dalam Berita Harian.
Sebagai seorang Melayu yang rapat dengan Umno dan hidup di bawah empat Perdana Menteri, saya berasakan perlu membetulkan sedikit pandangan beliau.

Sekiranya pandangan saya tidak secocok dengan pendirian beliau, saya memohon maaf. Ada pandangan beliau yang saya bersetuju dan ada pula sebaliknya.

Tetapi saya berpendapat walau apa pun yang terjadi, Umno mesti dipertahankan. Hancurnya Umno, akan hancurlah orang Melayu. Ini bukan andaian tetapi kenyataan.

Orang Melayu masih sayangkan Umno. Cuma disebabkan adanya golongan tertentu yang mengapi-apikan perasaan orang Melayu dan pelawaan tanpa usul periksa itu diterima, maka lama-kelamaan ia menjadi satu penyakit politik sempit yang sukar untuk diubati.

Ubat kepada kecenderungan sempit ini ialah kepercayaan ‘biar Umno hancur tapi jiwa aku puas’ dan akhirnya tamadun orang Melayu akan hancur.

Susah-payah pemimpin terdahulu hanya mahu dihancurkan dengan hasad dengkikan kenyataan bangsa. Orang Melayu, rasa saya, mengetahui sebenar-benarnya bahawa hidupnya sesuatu bangsa dan majunya sesuatu bangsa berkait rapat dengan kedudukan politik bangsa sendiri. Tidak ada bangsa di dunia ini yang berjaya tanpa kaitan politik.

Ada pula golongan dalam negara yang termakan umpan tanpa memikirkan kepentingan bangsa dan hanya mengikut pertimbangan fikiran yang kotor, jijik dan terikut-ikut dengan pelbagai umpan yang dihulurkan seperti kronisme, konspirasi atau sebagainya selagi orang Melayu gagal menggunakan pertimbangan yang wajar.

Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Ini bermakna sudah 54 tahun usia Umno. Maka, tanpa perjuangan Umno, orang Melayu tidak akan menikmati apa yang dinikmati sekarang.

Berapa ramai doktor Melayu telah dilahirkan oleh Umno melalui kerajaan sendiri. Berapa puluh ribu pensyarah dan profesor telah dilahirkan oleh Umno.

Berapa banyak tanah rancangan Felda atau sebagainya diwujudkan oleh Umno di samping banyak melahirkan jutawan Melayu.

Golongan ini telah menjadi sasaran kebencian rakyat disebabkan telah ditanam satu perasaan oleh golongan tertentu yang akibatnya mencurigai kejayaan dan kekayaan sesama bangsa.

Kalau hendak diceritakan satu persatu, jasa Umno terlalu banyak. Tetapi orang Melayu perlu sedar sekiranya perasaan membenci Umno ini terus wujud dan seterusnya menjadi satu penyakit yang tidak boleh diubati lagi, orang Melayu akan kehilangan segala-galanya yang ada di tangan mereka.

Sementara pihak lain akan cuba mempertahankan apa yang ada disebabkan sememangnya peraturan politik adalah begitu.

Sesuatu yang telah hilang melalui politik, maka bangsa Melayu terpaksa menggunakan permainan politik. Justeru, permainannya amat kejam dan zalim untuk mengembalikan apa yang telah terlepas dari tangan kita.

Jadi, kepada orang Melayu, saya mengingatkan diri saya dan seluruh orang Melayu supaya jangan bermain api dan jangan bermain perasaan.

Kekuatan orang Melayu hanya melalui Umno. Orang lain memandang kekuatan bangsa Melayu sekarang hanya disebabkan Umno kuat. Bila Umno lemah, maka tunggulah saat-saat kehancuran umat Melayu di Malaysia. Sememangnya orang Melayu ramai di seluruh dunia tetapi orang Melayu yang mampu memerintah hanya di Malaysia.

Kepada pensyarah universiti, penduduk Rumah Pangsa Taman Bukit Antarabangsa, Pantai Dalam dan penyokong parti pembangkang, saya menyeru supaya merenung kembali sejarah perjuangan bangsa dan tamadun bangsa.

Bila kita telah kenal sejarah bangsa, kita akan sayangkan bangsa kita.

Ingatlah apa yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu bukan untuk diri mereka tetapi untuk dinikmati oleh anak cucu mereka. Renungkanlah kepada sejarah pahit mana-mana bangsa. Bila isu-isu agama, tohmahan dan fitnah disebarkan tanpa kawalan, runtuhlah bangsa.

Kita sedia maklum tidak ada kejadian yang sempurna sebab semuanya adalah ciptaan belaka, begitu juga Umno yang tidak sunyi daripada sedikit-sebanyak kelemahan.

Allah telah menduga Umno dengan berbagai-bagai dugaan, dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Namun, agaknya Allah masih sayangkan Umno. Sebab itulah segala kelemahan Umno dipertontonkan sekarang supaya ia diperbaiki.

Namun, satu hakikat yang tidak boleh ditolak ialah jika rumah ingin diperbaiki, mestilah dilihat di mana yang perlu diperbaiki. Tetapi jika rumah ingin dibaiki dengan cara ditumbangkan tiang serinya atau induknya, maka akan robohlah rumah tersebut dan untuk mendirikannya semula memerlukan bukan sedikit tenaga dan pengorbanan.

Saya yakin orang Melayu tidak ingin bangsanya menjadi pengemis di tanah air sendiri.

Sebagai orang biasa yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti politik tetapi sebagai orang Melayu yang hidup di empat zaman, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan alaf baru, saya menyeru kepada penyokong pembangkang supaya hentikanlah menggunakan isu-isu yang boleh menjahanamkan bangsa.

Kalaupun anda terlalu membenci Umno, renungkanlah apa yang telah berlaku dan sedarlah apa yang anda sedang lakukan sekarang sesungguhnya amat berbahaya.

Justeru ia boleh merosakkan bangsa Melayu, jangan biarkan suatu masa nanti kita dikutuk oleh bangsa lantaran kesalahan yang dilakukan sendiri.

Sesungguhnya renungkanlah bidalan Melayu yang paling masyhur: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Jangan dibakar kedondong bisa,
Tidak boleh dimakan dijual beli,
Jangan dicabar payung bangsa,
Kelak hilang pengganti diri.
Read Full 2 comments

TEMBELANG PAS dan PKR

At-Taubah 9:18 (ayat 18)

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

DAKWAAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Saiful dan perihal ia dijadikan isu politik serentak dengan pelbagai isu lain seperti 16 September, pembunhan Altantuya dan sebagainya adalah pergolakan yang dibawa oleh PR yang amat membimbangkan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Para penyokong Anwar termasuk ahli PAS telah mengambil tindakan untuk berdemo dalam menyelesaikan isu-isu yang mereka bangkitkan. Contoh terbaik ialah perhimpunan pada satu masa dulu di ibu negara untuk mencemarkan kesucian Masjid Negara; berarak di jalan raya dan mengganas; tidur di atas jalan menghalang kenderaan Sultan Perak.

Untuk kes yang memerlukan siasatan terhadap dakwaan, mereka ini telah mengambil keputusan untuk berarak dengan laungan seolah-olah mahkamah sudah membuat keputusan bahawa Anwar difitnah dan sebagainya.

Contoh terbaik ialah  perhimpunan yang mencetus keganasan di ibu negara dimana isu keracunan arsenik itu telah gamat dijadikan modal oleh para pemimpin parti PKRn dan Pas untuk meniupkan api kebencian terhadap Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Persoalannya - benarkah Anwar dilakukan sedemikian, jika benar siapakah yang melakukannya dan apakah tujuannya? Bagaimanapun, belum sempat persoalan itu dijawab, dakwaan itu telah dieksploitasi sebagai modal politik termasuk oleh kalangan yang bergelar 'ustaz'. Dan sehingga kehari ini isu ini didiamkan saja oleh pendusta-pendusta yang bergelar 'ustaz' apabila tiada kes keracunan sebenarnya berlaku.

Kita wajar bertanya, apakah adil bagi sebuah parti yang bernama PKR dan PAS, bertindak melulu tanpa menunggu hasil siasatan? Sudah tentu mereka menjawab bahawa keadilan tidak wujud lagi di Malaysia. Sebenarnya, bagi mereka ini, keadilan hanya wujud jika ia memihak kepada Anwar dan mereka.

Oleh itu, bayangkan apa yang akan terjadi ke atas Malaysia kelak jika golongan yang fanatik dan jumud ini memerintah atas prinsip 'keadilan' tersebut.

Pertanyaan juga dikemukakan kepada para pemimpin Pas yang mendabik kononnya hanya parti itu dan orang-orangnya sahaja layak beragama Islam. Apakah hukumnya jika seseorang Islam menuduh orang lain tanpa sebarang bukti yang sah? Jika dikatakan bahawa mereka memfitnah, percayalah bahawa seperti 'ahli kitab' yang disebutkan dalam al-Quran, mereka juga akan menjawab dengan memutar belit ayat-ayat Allah.

Beberapa orang 'ustaz' Pas telah menggunakan isu-isu Anwar ini untuk meniupkan kebencian rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan walaupun ada isu yang masih dalam siaatan dan mahkamah.

Dalam kes liwat, para pemimpin Pas ini menuntut pelaksanaan hukum hudud yang mesyaratkan empat orang 'beriman' menjadi saksi setiap pertuduhan. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa tuntutan pelaksanaan hukum hudud itu hanyalah gimik politik. Para pemimpin Pas sendiri ternyata tidak memerlukan sebarang saksi untuk melemparkan tuduhan terhadap musuh-musuh politik mereka.

Jika beginilah cara mereka, bayangkanlah apa yang akan terjadi ke atas Malaysia jika Pas dan PKR serta kawan baik mereka DAP memerintah.

Sebilangan 'ustaz' sering menyalahgunakan masjid untuk menghentam musuh-musuh politik mereka, tanpa mempedulikan kesannya ke atas perpaduan ummah.

Kini mereka mengajak pula rakan-rakan politik yang bukan beragama Islam untuk mencemarkan rumah-rumh Allah dengan mengajak dan melontarkan perasaan kebencian kepada umat Islam lain. Dengan megah, rakan-rakan politik bukan Islam itu diberikan pembesar suara di rumah Allah itu untuk meniup api kebencian terhadap saudara-saudara seagama mereka sendiri.

Syukurlah Allah telah mendedahkan sifat-sifat sebenar golongan ini. Mereka mahu meruntuh keamanan. Yang anehnya mereka langsung tidak menghiraukan ayat 18 surah At-taubah yang menyatakan hanya mereka yang beramal soleh dan takut kepadaNya yang berhak berada di rumahNya. Tetapi nampaknya puak-puak yang kononnya melaungkan yang mereka lebih Islamaik dari yang lain telah membawa kaum-kaum kafir masuk ke rumah Allah dan melontarkan api kebencian terhadap orng Islam yang lain. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan membalas dengan setimpalnya di atas perlakuan mereka.
Read Full 0 comments

UMNO KEDAH Selamat Sentosa Untuk Disemadikan

Ahad, 22 Ogos 2010
Kisah UMNO Kedah yang berantakan dan ditegur berkali-kali oleh Dato' Najib membawa makna apa kepada kita? Ketua-ketua bahagian di Kedah seperti tak tercubit, terpanas atau terangkat punggong pun. Sebab apa gamaknya?

Pertama sebab kalau Dato Najib kata UMNO Kedah, secara langsung pergi kepada Datuk Shafie Afdal. Mana ada Ketua di dalam Kedah kecuali Pengerusi Badan Perhubungan negeri. Padahal dalam minda masing-masing faham bahawa perlantikan Datuk Shafie itu adalah kerana memudahkan UMNO Pusat melakukan kawalan dan arahan kepada UMNO Kedah.

Tetapi perlu diingat. Faktor perlantikan di atas adalah faktor yang berkata lembut atau isyarat lembut tetapi jelas. UMNO Kedah tidak mempunyai calon-calon yang layak sebabnya Ketua-Ketua Bahagian mereka semuanya bermasalah dan sebahagian besar rakyat dah tak hendak tetapi ahli-ahli yang memilih mereka hendakkan atas sebab not-not yang bernilai.

Tak payah untuk kita senaraikan Ketua-ketua Bahagian ini. Siapa yang layak? Adakah selama ini wujud satu suara di kalangan mereka yang menyeru untuk bersatu dan berjuang untuk membelasah PAS? Adakah selama ini seruan dan bantuan yang Dato Najib minta pada mereka dilayan? Tidak sama sekali.

Jadi mengapa mereka tidak pernah mahu bersuara sebagai satu pasukan?

Sebabnya, masalah demi masalah dalaman yang media dan Dato Najib bangkitkan bagi mereka adalah satu pernyataan selamat dan bela diri terhadap kesemua mereka sebagai 15 Ketua Bahagian mengapa UMNO kalah dan Kerajaan Negeri bertukar tangan.

Rakyat tak perlu bertanya banyak sebab satu Kedah bermasalah. Dalaman mereka punyai masalah-masalah ahli dan ahli-ahli yang tak puas hati inilah yang mengundi parti lain. Jadi mereka punyai sebab mengapa UMNO kalah. Sedangkan hakikat selama mereka berkuasa, rakyat melihat bagaimana mereka mewah, elit, memilih waktu untuk bersuara dan melawat kawasan dan berlagak itu, mereka tolak ke tepi.

Bila sudah bertukar kuasa, peranan sebagai pembangkang kelam di atas 3 faktor. Petama, kerana tidak tahu menjadi pembangkang. Kedua, kerana pembangkang yang menjadi pemerintah mempunyai bukti-bukti kerja melampaui batas dan ketiga, masalah dalaman.

Ada seorang rakan berkata, barisan kepimpinan yang diketuai oleh Mahadir Khalid sehingga kini adalah kebal dan Maha Berkuasa. Benarkah? Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Bukan wang atau manusia yang berkuasa.

Benarkah UMNO Kedah sudah ketandusan pemimpin? Siapakah yang memegang jawatan Ketua Bahagian? Jumlahnya berapa orang dibanding ahli-ahli UMNO satu Kedah?

Hairan kerana dalam kesemua Ketua Bahagian, seorang pun tak berketrampilan untuk menjadi Ketua di kalangan Ketua. Itu baru nak memimpin negeri bukan negara lagi.

Harapan untuk melihat UMNO Kedah kembali garang mungkin sukar. Sebabnya mereka tidak langsung mempunyai satu matlamat yang sama dalam erti kata sebenarnya. Mereka hanya punyai matlamat untuk kekal sebagai pemimpin walaupun diterima atau ditolak rakyat.

Pengertian yang cukup mudah. UMNO Kedah kena ditukar. Pemilihan perlu diadakan kerana bila tertukarnya keseluruhan kepimpinan maka barulah rakyat Kedah terutamanya ahli-ahli UMNO akan kembali yakin bahawa UMNO Kedah akan memenangi PRU13. Jika tidak, keadaan akan sama seperti hari ini.

Mereka tidak pernah menampilkan diri mengutamakan rakyat tetapi lebih kepada mengutamakan diri dan kroni. Syok sendiri dan yakin dengan kemampuan wang yang ada, satu Kedah boleh ditutup mulut.

Jika mereka layak untuk dikekalkan, jawap dahulu soalan ini. Apakah yang mereka telah lakukan supaya UMNO Kedah terus kuat sejak PRU12 sehingga kini? Jika tiada jawapan maka lebih baik kita bersedia untuk melihat Kedah terus pasif seperti sekarang.
Read Full 7 comments

KATA DUA PERDANA MENTERI KEPADA KEPIMPINAN UMNO KEDAH DAN PERLIS

Apa sudah jadi dengan Kepimpinan UMNO Kedah sehingga membuatkan Presiden UMNO Dato Seri Najib naik angin dan marah hingga memberi kata dua kepada Kepimpinan Negeri dan Bahagian. Insiden ini berlaku semasa ucapan beliau pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar pada 20 Ogos 2010.

Kata dua Najib ialah "Kepimpinan Negeri dan Bahagian mestilah menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi Pilihanraya umum yang akan datang.Tegas Najib Kepimpinan Negeri tidak mempunyai pilihan selain memastikan kepimpinan UMNO disetiap peringkat mempunyai kesepakatan dan perpaduan atau berdepan kemungkinan tumbang pada pilihanraya kelak".

Mari kita senarai apa masaalah yang sedang dihadapi didalam UMNO Negeri Kedah :
1. Ketua-ketua Bahagian tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap Pengerusi Perhubungan Negeri, contoh paling mudah ialah apabila Pengerusi melantik Setiausaha kerja baru iaitu saudara Zahran Dato Abdullah bagi menggantikan Dato Ariffin Man dan ini tidak menyenangkan Panglima-Panglima perang Kedah dan mereka terus membuat protes dengan membuat petition agar perlantikan Zahran ditolak. Mereka berjaya dan Dato Osman Aziz dilantik sebagai Setiausaha Kerja.

2. Pengerusi sebagai seorang Menteri dan juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Sabah tidak mempunyai masa yang banyak untuk memberi tumpuan 100 peratus didalam menyelesaikan masaalah dalam tiap-tiap Bahagian, contohnya masaalah Bahagian Sungai Petani, ianya bermula sejak pemilihan tahun 2008 tapi hingga sekarang Perhubungan Negeri tidak dapat menyelesaikannya.

3. Masaalah Bahagian Kuala Kedah, Alor Star, Padang Serai, Baling, Merbok, Kubang Pasu, Padang Terap, Jerai, Jerlun, Sik dan Pendang semuanya telah sampai ke tahap penyakit kronik yang amat sukar diubati dan ianya berpunca dari Ketua Bahagian sendiri yang bertindak balas terhadap penentang-penentang yang telah kalah semasa pemilihan 2008. Nampaknya Ketua-ketua Bahagian mengamalkan sikap buruk yang menang, menang semua dan yang kalah harus dihumban kedalam gaung. Selagi perangai buruk dan dendam kesumat terhadap yang kalah tidak dapat dibuang selagi itulah akan ada tentangan dari kumpulan yang kalah.

4. Terlalu banyak masaalah dan jika hendak ditulis mungkin boleh buat sebuah buku setebal 200 muka surat, itulah keadaan sebenar kedudukan UMNO Negeri Kedah. Najib tahu dan sedia maklum berkenaan masaalah ini dan ini yang menyebabkan beliau memberi KATA DUA 'SAMA ADA ANDA BERUBAH ATAU ANDA AKAN DIUBAH'.

Bloggers pro UMNO Kedah telah berbuih lidah membincang dan menulis berkenaan perangai buruk kepimpinan UMNO Kedah tapi nampaknya mereka tidak sanggup berubah dan masih kekal dengan perangai buruk lama mereka.

1Melayu
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates