Air Naik Harga Juga

Khamis, 30 September 2010
Minggu lepas SADA (Syarikat Air Darulaman a.k.a Syarikat Air Dato Azizan) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri meraikan pelanggan, rakan perniagaan dan para pemimpin Kerajaan Negeri dari PAS.

Majlis berlangsung dengan meriah, senyum ketawa meraikan tetamu dengan hidangan pelbagai jenis makanan.

Namun, tanpa sesiapa sedari disebalik senyum tawa Pegawai SADA dan Pemimpin Kerajaan Negeri itu mereka menyembunyikan satu rahsia bahawa “kami akan meragut duit dalam poket anda dengan menaikkan tarif air”.

Hari ini SADA telah mengumumkan kenaikan tarif air, yang amat tinggi sehingga 40 peratus yang menyaksikan pemilik rumah perlu menambah sekurang-kurangya RM10 bagi membayar bil air.

Apabila UMNO mendedahkan rancangan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air pada awal tahun lepas, Ustaz Azizan seperti biasa menafikan cerita itu, malahan menyalahkan UMNO dengan mendakwa UMNO menakutkan rakyat dengan cerita itu.

Bagi menafikan dakwaan itu Azizan dipetik berkata “Siapa buat cerita kadar tarif air hendak naik,”. Nah sekarang terbukti kadar tarif sudah naik, naik bukan sedikit tetapi sehingga 40 peratus.

Alasan SADA kenaikan itu kerana kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dan ia tidak pernah dinaikkan sejak 17 tahun lepas.

Ini jawapannya.

Kos pengeluaran dan pengurusan yang meningkat tidak harus dengan mudah dibebankan kepada pengguna, kalau mengamalkan konsep seperti itu sesiapapun boleh menjadi pengurus di SADA.

Asal naik kos, salurkan kenaikan itu kepada pengguna. Asal hendak menambah untung beban kepada pengguna.

Pengurusan yang hebat dan cekap akan mencari jalan bagaimana hendak menyerap kos pengeluaran dan pengurusan yang meningkat itu tanpa membebankan pengguna.

Kos pengurusan yang meningkat juga berpunca daripada pentadbiran yang tidak cekap. Tertanya juga berapa banyakkah yang dibelanjakan oleh SADA untuk membeli sebegitu banyak pacuan empat roda Nissan X-Trail.

Pengkorporatan seharusnya menjadikan pengurusan SADA lebih cekap, lebih kos efektif dan perkhidmatan yang berkualiti.

Tetapi sebaliknya berlaku, perkhidmatan bekalan air makin teruk, kos operasi makin meningkat.

Sada mendakwa kos operasi meningkat kerana bilangan pengguna yang bertambah, penggunaan air yang bertambah dan kos bahan kimia yang bertambah.

Dari sudut perniagaan, pertambahan bilangan pengguna dan penggunaan air adalah sesuatu yang bagus kerana ia menjadikan pendapatan SADA bertambah.

Pertambahan pendapatan SADA itu sepatutnya dilaburkan kembali bagi memberi perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus, tekanan air yang tinggi dan tidak lagi terputus bekalan air.

Yang peliknya, semasa pendapatan bertambah, SADA juga menaikkan tarif air. Tamak sangat ka SADA ni sampai tidak fikir kesan kepada pak cik yang kerja kampung, yang bagi mereka RM10 itu besar nilainya.

Secara tidak langsung SADA mengakui pengurusan mereka tidak cekap kerana terpaksa menaikkan kadar tarif apabila kos pengurusan meningkat, dan pada masa yang sama mereka mengakui kehebatan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang tidak mengambil jalan mudah menaikan tarif air.

SADA berkata kadar tidak pernah dinaikkan sejak 17 tahun lepas, iaitu sejak 1993, semenjak Kedah berada di bawah Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff lagi.

Kenyataan itu adalah satu pujian kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dahulu. Selama 15 tahun kerajaan Barisan Nasional tidak menaikkan tariff air tetapi tetapi datang kerajaan PAS yang berusia 2 tahun setengah terus naikkan tarif air.

Ustaz Azizan perlu diingatkan kembali tentang janjinya mahu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah, tetapi tindakan menaikkan kadar tariff hanya membawa kesusahan kepada rakyat.
Read Full 14 comments

BIARKAN UMNO KEDAH TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA ...

Kita tinggal sebentar bab UMNO Kedah.. (BIAQ BETOI?).. Mana boleh?.. Teguran mesti dibuat, pandangan mesti dizahir, parti ni bukan hakmilik individu, tapi kepunyaan 3.2 juta umat Melayu.. Ok kita balun lagi.. biaq sampai depa cap aku sebagai anti UMNO.

Inilah budaya feudalisme melayu totok bawaan UMNO.. cuba baca tesis PHD, Dr Shaharuddin Maarof tentang konsep loyalty, dan pelbagai lagi budaya fueudal yang terus terbawa kedalam UMNO (tidak terkecuali PAS dan PKR) dan juga mana-mana organisasi yang ahlinya atau komuninitinya adalah Melayu.

Dalam UMNO menegur bererti tidak setia. Berbeza pandangan dianggap menderhaka. Menentang perbuatan mungkar atau tidak bersetuju dengan kebodohan dan kezaliman ketua dianggap sebagai petualang. Dalam UMNO, kesetiaan mengkhinzir(BABI) buta cukup disanjung. Kecerdikan dan kecergasan akal fikiran dianggap satu ancaman. Kebolehan bekerja dianggap sebagai satu gugatan. Jadi biarlah pengikut semua dalam, keadaan bodo atau pun buat-buat bodo, senang ketua nak tadbir.

Dalam UMNO kata ketua semestinya betul, 'THE BOSS IS ALWAYS RIGHT'. Pendek kata budaya UMNO ibarat ABC.. bukan Air batu campur (orang Kedah panggil ais kacang). Tetapi Ampu, Bodek dan Cantas.. Pandangan ahli bawahan hanya layak masuk dalam bakul. UMNO adalah parti serba sempurna, jangan tegur jangan dikata, jangan diberi pendapat nanti cepatlah anda dipecat.. SILAKAN..

Kadangkala bila difikirkan kenapa membuang masa menegur dan mencanang perkara baik yang susah untuk didigest oleh sebuah organisasi yang kononya terbuka, demokratik dan utamakan suara akar umbi. Ada orang marah kononya aku gunakan Kedah Times (bila masa yang aku rasuah KEDAH TIMES untuk menulis melepas geram)... Style aku kalau nak kenai bukan takat tulis,aku confirm buat cara lain yang lebih real kalau aku benar-benar nak lepas geram kat UMNO Kedah.

Setakat menulis ni apa la sangat. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Apa pun sebelum kita lanjutkan sesi diskusi bab UMNO Kedah, terlebih dahulu kalau benar berlakunya perkahwinan Shapie Apdal dengan artis Zahida Rafik, 'SELAMAT PENGANTIN BARU KITA UCAPKAN'(mudah-mudahan selepas ini UMNO Kedah akan kembali memecut bertenaga). Yang bab kawin ni bukan aku kata, blog 'anotherbrick on the wall' yang mula hebahkan isu ini. Bab bina masjid ni patut kita sokong tapi Dato' Seri binalah sama kekuatan, gerakerja dan semangat ahli dan pimpinan UMNO Kedah.

Kedah.. bah.. bah.. bah.. setengah tempat di Kedah airnya sudah naik bah.. memang benar-benar bah.. minta UMNO Negeri tubuhkan segera UNIT TINDAKAN CEPAT terdiri dari PEMUDA, PUTERI DAN WANITA SELURUH BAHAGIAN, yang on call 24 hours dilengkapi peralatan dan latihan yang wajar agar setiap musibbah atau bencana alam unit ini sampai dahulu memberikan bantuan yang wajar, agar imej UMNO sebagai pembela rakyat boleh dijulang BAH.. BAH.. BAH..

Berdasarkan pengalaman aku memang AGAK RUMIT nak ajar orang bodoh sombong jadi cerdik dan memang celaru bila nak tambahkan kecerdikan makhluk bernama manusia.Walhal apa yang kita bagi adalah free of charge.

Ada tiga kategori manusia (yang ni ikut pengalaman aku sebagai pensyarah). Yang memang benar-benar blur tak faham menatang apa yang diajar, yang faham tapi buat-buat tak faham, yang memang jenis tak faham tapi buat-buat faham.. (kategori jenis kedua yang ketiga ni la spesis paling bahaya). Ironinya.. Biarlah UMNO Kedah terjun dengan labu-labunya.

Mereka ada strategi sendiri, jangan sesekali ditegur mereka takut musuh tahu apa yang berlaku, maklumlah KEPALA KETUA UMNO DI KEDAH semuanya sedang bekerja keras, banyak bantuan nak kena salur,  bantuan ke IPTA,  rumah kena ribut,  rumah terbakar,  bantuan sekolah, bantuan kenduri kendara, bantuan kawin, bantuan nak haji, bantuan nak bersunat, tambahan la nik pulak musim banjir,  apa lagi rakan-rakan di Baling, Sik, Sungai petani dan Padang Terap banyak yang tak boleh menoreh, maka KEPALA UMNO BAHAGIANlah yang dicari.

Mereka inilah yakni KEPALA BAHAGIAN YANG keluarkan biaya sendiri... untuk langsaikan segala permintaan rakyat.. POODAH.. biaya sendiri konon, biaya dari JPP dan ICU adalah.. Untuk memahami prosedur pentadbiran KERAJAAN PERSEKUTUAN, bagi mana-mana kawasan Parlimen yang dimenangi oleh PAS, PKR atau DAP, geran Ahli Parlimen sebanyak RM1juta setahun disalurkan kepada Ketua Bahagian. Di Kedah 11 kerusi PARLIMEN dimenangi Pakatan Rakyat, bermakna 11 ketua Bahagian mempunyai kuasa penuh ke atas peruntukkan geran pembangunan bagi Parlimen TERBABIT.

Justeru kalau kata semua peruntukkan Ketua Bahagian guna duit sendiri, maka semak balik dengan JPP dan ICU Jabatan Perdana Menteri, jangan emosional.

Dan jangan la pula kita menegur atau memberi cadangan apa pun jua sebab semua KEPALA UMNO BAHAGIAN di Kedah sejak azali memang dilahirkan sebagai pemimpin, bijak dan pandai.. born to be a leader (kata orang putih). Mereka sekarang ini sibuk mengatur strategi yang ampuh lagi hebat, pemudanya pulak begitu gah bersuara isu-isu kritikal libatkan masyarakat marhein. Saban minggu ada saja demonstrasi depan WISMA DARUL AMAN dan ahli pemuda pula bertebaran setiap kali selesai JUMAAT disekitar pekan Rabu dan tempat-tempat tumpuan awam yang lain mengedarkan risalah berhubung penyelewengan kerajaan munafik PAS di Kedah.

Dari isu penganguran, peningkatan jenayah kampung, ketagihan ayaq daun ketum, kurangnya peluang pendidikan, ekonomi dan banyaklah lagi. PUTERI UMNO Kedah pulak bukan main hebat, tersusun sungguh strategi dan tindakan mereka, terasa hebatnya pink power menjengah keserata negeri dengan program yang gah lagi digeruni MUSLIMAH PAS. Wanita UMNO jangan cakap la.. skuad sayangnya memang penyayang, habis semua rumah OKU, Ibu tunggal, anak yatim, janda piatu dilawati diberi bantuan, daftar pemilih dan geng pintu 10 pula makin cergas dan aktif di Kedah.

Sesi penerangan disana-sini, aktiviti tak mengharapkan imbuhan atau dana dari UMNO Negeri, semuanya hasil sistem beredarau, gotong royong, suara wanita pula begitu gah kedengaran sehingga USTAZ AZIZAN DAN USTAZAH AISHAH kecut perut mendengarnya.

"SOBRI.. SOBRI.. hang TOLONG EDIT SAT TESIS M.A AKU", suara halus senyap-senyap kedengaran, rupa-rupanya Anuat Tolang(Sahabat lama di KSAH), baru tiba di hadapan pintu rumah.. Rupanya tadi aku mengelamun sebentar, bermimpi tentang betapa indahnya jika semua jentera UMNO Negeri termasuk diperingkat Bahagian dan Cawangan bergerak sepadu sepertimana yang digambarkan tadi.

Memang benar kata Albert EISNTEIN,  'imaginasi adalah tidak terbatas, sedangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman cukup terbatas'.  TIDAK salah kita mulakan imaginasi untuk memulakan langkah pertama..

Adlof HiTLER, ketika dipenjara, dibawah selimut usang dan lantai yang menyakitkan beliau berangan-angan, 'TODAY GERMANY, TOMORROW WORLD'.

Akhirnya angan-angan dicanai dalam bentuk blue print, maka lahirlah 'MEIN KAMP' hasil nukilan beliau yang ditulis dalam penjara. Tersiap sagalah satu gerakan NAZI yang cukup teratur dan terancang. Indoktrinasi pun berlangsung bagi memuliakan 'THE ARYAN'. Bangsa pilihan dengan slogan 'THE REAL ARYAN WILL NEVER CRY'. Outcomenya gerakan NAZI menguasai GERMAN, German gah dipersada dunia sebagai pelopor Perang dunia ke-2. Pengajaran disini usahlah mengambil teladan buruk dari sejarah Hitler, nilai dan kaji apa pengajaran sisi yang boleh dipelajari dari keupayaannya menggerakkan gerakan NAZI dan menyatukan rakyat GERMAN.
BOLEH FAHAM MURID-MURID SEMUA?

ANDA BUAT,  ANDA DAPAT... LU PIKIRLAH SENDIRI.

WASSALAM:
SOBRI BIN SUDIN
Read Full 4 comments

Pertikaian mereka yang Melampau

Rabu, 29 September 2010

MENJELANG pilihan raya umum November 1999, sebuah Gabungan Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) telah mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 Perkara. Tuntutan ini disifatkan sebagai memenuhi hak kaum Cina di negara ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri dalam Perutusan Hari Kemerdekaan ke 43, menyifatkan Suqiu sama dengan komunis kerana mengamalkan sifat ekstremisme.

Selepas itu Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan maksud komunis seperti yang dilabelkan beliau kepada Suqiu yang dikatakan telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Berikut jawapan penuh Perdana Menteri, kepada soalan berhubung Suqiu di Dewan Rakyat.

SOALAN asal Kerk Kim Hock (DAP-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan:

a) Apakah beliau maksudkan dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-43 yang menyatakan jawatankuasa Suqiu tidak banyak berbeza dengan komunis dulu yang hendak menghapuskan sama sekali kedudukan istimewa orang Melayu; dan dari segi pendekatan, mereka adalah sama dengan Al-Ma'unah; dan

b) Adakah beliau sedar bahawa kata-katanya yang tidak berasas dan telah menyinggung perasaan komuniti Cina.

Inilah Jawapan kepada soalan itu.

MALAYSIA adalah sebuah negara berbilang kaum yang aman dan makmur. Semasa Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ramai yang meramalkan bahawa Malaya bukan sahaja tidak akan maju tetapi tidak akan aman kerana orang Melayu akan merebut kuasa dan akan menindas kaum-kaum lain. Ini adalah kerana 80 peratus daripada warganegara Persekutuan Tanah Melayu semasa kemerdekaan dicapai adalah orang Melayu yang termiskin dan ketinggalan dalam bidang pelajaran dan perniagaan.

Pada masa itu pendekatan yang popular di negara yang baru merdeka ialah memiliknegarakan semua perniagaan dan perusahaan dan mengagihkan kekayaan kepada warganegara. Tetapi pemimpin-pemimpin Melayu telah bermuafakat dengan pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India yang diwakili oleh MCA dan MIC supaya rampasan harta tidak dilakukan dan sistem sosialis ditolak.

Sebaliknya lebih satu juta penduduk bukan Melayu diberi kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu setelah mereka bersetuju dan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera anak watan dengan hak istimewa. Dengan perkataan lain orang Melayu sanggup cairkan (dilute) dominasi mereka dalam politik kerana ingin mengiktiraf hak bukan Melayu dan menerima konsep negara berbilang kaum.

Pakatan atau sosial kontrak ini membolehkan semua kaum menuntut kemerdekaan bersama. Malangnya setelah merdeka tidak banyak kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu dan bumiputera lain. Mereka memiliki hanya 1 peratus sahaja dari kekayaan dan punca kekayaan negara.

Dalam pilihan raya 1969 apabila mereka lihat bagaimana hak istimewa mereka tidak menjamin kemajuan mereka dan setelah diejek oleh parti tertentu bahawa mereka akan hilang kuasa mereka, maka rusuhan kaum berlaku.

Sekali lagi ramalan bahawa Malaysia tidak akan dapat dipulih dan akan terus dilanda huru-hara dan rusuhan kaum sepanjang masa. Tetapi kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Perikatan sekali lagi diperlihat apabila Mageran yang dikuasai oleh orang Melayu tidak dikekalkan.

Sebaliknya pemimpin Perikatan mengajak semua parti dan semua kaum berunding untuk menjalin kerjasama antara kaum yang baru. Rundingan ini akhirnya menghasilkan pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan pembangunan antara kaum.

Dengan itu Dasar Ekonomi Baru dibentuk dan dilaksanakan. Walaupun 60 peratus dari warganegara Malaysia terdiri dari orang Melayu dan bumiputera lain, Dasar Ekonomi Baru hanya memperuntukkan 30 peratus dari kekayaan ekonomi negara bagi mereka.

Untuk mencapai matlamat yang sederhana ini beberapa affirmative action plan dilaksanakan.

Untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dari 1 peratus kepada 30 peratus pertumbuhan sebanyak 3000 peratus dalam masa 20 tahun diperlukan. Bagi bukan bumiputera pertumbuhan 33 peratus dalam 20 tahun mencukupi untuk mencapai matlamat 40 peratus. Tidak hairanlah jika hari ini Melayu dan bumiputera mencapai hanya 20 peratus. Itu pun 17 peratus dimiliki oleh agensi kerajaan dan hanya tiga peratus oleh orang Melayu. Bukan bumiputera pula sudah mencapai jauh lebih tinggi dari 40 peratus yang dijadikan matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Jika diberhentikan affirmative action maka prestasi orang Melayu dan bumiputera lain akan merosot. Mereka akan kembali menjadi kaum yang termiskin dan terasing di negara mereka sendiri. Sudah tentu ketegangan akan berlaku dalam hubungan mereka dengan kaum-kaum lain. Keamanan tidak boleh dijamin dan kemajuan juga akan tergugat.

Di Malaysia kita terima hakikat bahawa tidak akan ada mana-mana kaum yang akan dapat semua yang dianggap sebagai hak oleh mereka. Semua kaum mesti korban sedikit supaya hak orang lain tidak terhakis. Sebab itu keharmonian antara kaum dan pembangunan yang pesat dapat dicapai di Malaysia.

Suqiu telah membuat 83 tuntutan di bawah 17 tajuk. Walaupun ada beberapa yang boleh diberi pertimbangan tetapi umumnya tuntutan Suqiu ialah supaya orang Cina mendapat semua yang mereka anggap senagai hak mereka. Inilah maksud dan hasil daripada memansuhkan perbezaan antara bumiputera dengan bukan bumiputera.

Memang benar Suqiu tidak berkata demikian. Seperti juga dengan Malaysian Malaysia, yang dituntut ialah hak sama rata dan meritokrasi. Kita sudah lihat di sebuah negara berdekatan dan di negara negara lain yang telah dirampas oleh pendatang asing daripada penduduk asal, bagaimana penduduk asal yang diketepikan menjadi miskin dan daif dan tidak berperanan dalam pemerintahan apabila hak sama rata dan meritokrasi diamalkan kononnya. Sebenarnya mereka sengaja disekat dan ditindas.

Kajian ilmiah yang dibuat di negara tertentu menunjuk bagaimana kaum yang lemah dapat diketepikan sama sekali dan kekal dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa affirmative action.

Jika semua 83 tuntutan Suqiu diterima maka bukan sahaja kita perlu membelakangkan sosial kontrak, asas negara yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India tetapi Perlembagaan Malaysia juga akan diketepikan. Saya yakin jika ini dibuat negara kita tidak lagi akan aman dan tidak
mungkin maju.

Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara. Saya tahu sebarang percubaan untuk merampas hak Melayu dan bumiputera akan menyebabkan huru-hara berlaku. Ia tidak menjadi serius dan rusuhan tidak berlaku kali ini kerana saya melarang Pemuda UMNO dan lain-lain kumpulan orang Melayu daripada memprotes secara keras. Mereka diberitahu bahawa saya akan menangani tuntutan Suqiu ini. Hasutan orang asing supaya Malaysia juga jatuh ke dalam keadaan huru-hara seperti di negara membangun yang lain, terutama negara Islam, sudah berkesan di kalangan rakyat Melayu dan Cina.

Tetapi Suqiu nampaknya ingin teruskan juga dengan tuntutan mereka. Sikap mereka tidak mengendahkan larangan untuk tidak membangkitkan isu sensitif dan tidak menghormati sosial kontrak, dasar-dasar negara dan arahan kerajaan adalah sama dengan sikap Komunis. Tindakan mereka tidak menghormati hak kaum lain sama dengan Al-Ma'unah.

Teguran saya hanyalah terhadap kumpulan Suqiu terutama pemimpin-pemimpin tertentu mereka. Tetapi dengan pintarnya mereka dan akhbar Cina tertentu menjadikan teguran saya sebagai ditujukan kepada masyarakat Cina keseluruhannya. Jika orang Cina berasa tersinggung kerana salah faham yang disengajakan oleh Suqiu dan akhbar tertentu, saya mohon maaf.

Tetapi saya masih berpendapat bahawa Suqiu perlu ditegur kerana mencabar sosial kontrak dan mencuba merebut semua untuk satu kaum melalui kononnya hak sama rata dan meritokrasi telah ditolak oleh orang Melayu setengah abad dahulu.

Soalan tambahan Kerk Kim Hock:

a) Apakah sebabnya tuntutan Suqiu yang ditandatangani oleh 2,095 organisasi di seluruh negara dan telah dipersetujui dan diterima secara prinsip oleh kabinet pada 23 September 1999 seperti diumumkan oleh MCA, Gerakan dan SUPP, tiba-tiba boleh jadi pihak yang boleh menggugat keselamatan negara?

b) Perdana Menteri berkata cuma merujuk kepada pemimpin mereka. Kemungkinan Perdana Menteri tidak sedar kewibawaan Suqiu, menyebabkan majoriti orang Cina akan terasa apabila ia dikritik.

Suqiu banyak kali jelaskan bahawa mereka tidak pernah menyentuh hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, cuma Utusan Malaysia yang memutarbelitkannya bukan akhbar Cina.

Apakah Perdana Menteri sedar ekoran kenyataannya yang tidak berpatutan itu, sebab utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Lunas ialah pengundi memberi mesej jelas?

Jawapan Tn Dr Mahathir:

Oleh kerana disebut pilihan raya Lunas, saya rasa perlu sebut sikit. Kita kalah kerana ugutan oleh begitu ramai penyokong pembangkang, penipuan dan fitnah yang dilemparkan terhadap BN.

Antara cara untuk mendapat sokongan orang Cina terhadap bantahan Sekolah Wawasan ialah kalau ada Sekolah Wawasan maka budak-budak Cina akan pakai kopiah, akan dipaksa pakai kopiah. Ini semua disebar dengan meluas melalui mulut tetapi amat berkesan sama sekali. Cara ini menyebabkan orang Cina tiba-tiba pada tahun 1999 memberi sokongan kuat kepada BN sehingga mengalahkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, tiba-tiba bertukar dan membantah kononnya berkenaan tuntutan Suqiu.

Suqiu mendakwa ia mewakili 2,000 pertubuhan. Soalnya apakah 2000 pertubuhan ini mengadakan mesyuarat dan membincang secara mendalam tentang tuntutan 83 dan 17 tajuk? Apakah mereka mengadakan mesyuarat dengan merujuk rank and file kepada persatuan yang mereka dakwa wakili?

Kalau perkara yang begini serius hendak dibuat di Malaysia ini yang penduduknya berbilang kaum yang sensitif terhadap hak masing-masing, tentulah satu rundingan teliti dibuat dan rundingan perlu terbuka kepada orang ramai. Kita juga nak tahu apakah yang mereka runding, apakah satu persatu daripada 83 tuntutan itu dirunding oleh 2,000 persatuan Cina dan mereka memberi pandangan mereka bersetuju.

Saya tidak mendapat laporan, dalam akhbar Cina pun tidak ada laporan. Tiba-tiba beberapa orang datang dengan memorandum ini membuat tuntutan yang bukan-bukan untuk menghapuskan hak orang Melayu dan bumiputera lain.

Kita tahu selama 43 tahun merdeka, kita telah cuba mengimbangkan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera tetapi kita gagal. Kalau pun ada bumiputera yang boleh menjadi kontraktor dan mendapat lesen dan sebagainya, mereka dapat kontrak kerana kontrak kerajaan semata-mata. Di luar daripada kerajaan mereka tidak mendapat kontrak apa-apa.

Ini menunjukkan tanpa hak istimewa mereka tidak mungkin dapat apa-apa kontrak pun.

Begitu juga peluang pelajaran. Kita akui kita memberatkan sedikit kepada bumiputera kerana mereka lemah ekoran tidak mempunyai wang. Kalau bukan bumiputera tidak mendapat tempat di universiti di sini, tidak dapat biasiswa, mereka masih mampu. Sebab itu walaupun kita memberi 60 peratus kepada bumiputera dalam universiti tempatan, kalau kita bilang bilangan profesional dan mereka yang lulus daripada universiti, di Malaysia dan luar negara, jumlah orang Melayu dan bumiputera masih rendah prestasi mereka.

Bahkan kita percaya kalau tidak ada kuota seperti kajian yang telah kita buat, mengikut meritokrasi, untuk masuk universiti, hanya 25 peratus sahaja daripada bumiputera dan Melayu akan berpeluang. Apa akan jadi kepada negara kalau bumiputera ketinggalan sebegitu, kalau bumiputera tidak bangun menentang. Saya telah lihat pengalaman 1969 dan lihat pengalaman di negara lain, di mana kedudukan tidak seimbang antara kaum mencetuskan huru-hara, rusuhan sehingga sampai kepada pembunuhan.

Sebab itu saya berpendapat Suqiu tidak mengkaji secara mendalam tuntutannya supaya dimansuhkan perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera, sekali gus ini bermakna bahawa taraf kerakyatan sama rata... semuanya bangsa Malaysia tetapi taraf kerakyatan berbeza kerana di negara lain juga ada affirmative action yang diperlukan. Kalau tidak diperlukan, kita tidak perlu ada affirmative action tetapi kerana diperlukan. Ini telah dipersetujui oleh pemimpin semua kaum. Mereka sedar bahawa orang miskin nak jadi kaya amat sukar, tetapi orang kaya nak jadi lebih kaya, mudah. Semua kita tahu, sebab itu kita mesti ada peruntukan ini.

Walaupun kita rakyat sebuah negara tetapi kita ada keistimewaan tertentu. Kalau kita nak ke Sarawak kita perlu bawa pasport. Kita diancam apabila dekat pilihan raya, mereka keluarkan tuntutan ini. Mereka tahu tidak lama lagi akan ada pilihan raya, mereka keluarkan tuntutan sebagai ugutan kepada kita, ugutan kepada Barisan Nasional.

Kalau tidak layan ini, maka kami akan suruh seluruh orang Cina jangan sokong BN. Ini dibuat dengan sengaja, timingnya cukup baik. Apabila dekat pilihan raya maka keluarlah tuntutan 83 ini, kita nak buat apa.

Kalau kita kata tolak, kalahlah dalam pilihan raya. Itulah tujuannya, nak bagi kita kalah pilihan raya... dikeluarkan sebelum pilihan raya tuntutan yang tidak munasabah. Kita terpaksa tidak mengambil pendirian yang keras, kalau kita ambil juga, kita akan kalah dalam pilihan raya. Kita kena jaga kepentingan kita, samalah juga dengan DAP... DAP kini pun dah sokong negara Islam, bagi mendapat sokongan... bersubahat, dah peluk cium dah... Saya tidak bercakap bohong pada bulan puasa, saya cakap benar.

Saya jawab dengan serius... saya tidak sebut soal perkauman dengan nada tidak serius. Saya betul-betul khuatir tentang masalah perkauman di negara kita. Ketika BN cuba menjalin kerjasama antara kaum, kita dapati orang seperti DAP sengaja membangkitkan soal kaum, di waktu inilah, seperti apabila nampak saja pilihan raya kecil Lunas, bawa keluar semula 83 tuntutan. Pada hari buang undi, sebanyak 10,000 naskhah surat khabar disebar supaya orang Cina membenci kerajaan.

Orang Cina di negara ini diberi layanan yang cukup adil tidak seperti orang Cina di negara lain. Sebenarnya Malaysia saja benarkan sekolah Cina didirikan. Jika kita tengok negara jiran kita, mereka tidak benarkan walaupun ada orang Cina di negara mereka.

Sebab itu Chung Ling High School menerima begitu ramai orang Cina dari negara jiran kerana negara mereka tidak ada.

Kita beri layanan sederhana kepada orang Cina dan India dan orang Melayu juga. Tidak ada mana-mana kaum yang akan mendapat 100 peratus daripada tuntutan mereka. Orang Melayu pun kita tidak beri 100 peratus tuntutan mereka... kerana di negara kita, kalau layan 100 peratus mana-mana kaum, bermakna kita tidak adil kepada kaum lain.

Tetapi tuntutan ini (Suqiu) menjadikan orang Melayu yang tidak ada hak, tidak ada kemajuan di negara kita. Dikatakan meritokrasi, kerakyatan sama rata tetapi kita lihat di sebuah negara di mana orang Melayu tidak ada peluang langsung, tidak boleh menjadi tentera, tidak boleh membawa kapal terbang, bukan orang Melayu bodoh sangat.

Orang Melayu di Malaysia boleh mengurus syarikat gergasi milik orang asing. Mereka mempunyai kebolehan, mereka boleh menjadi pilot tetapi hak sama rata diamalkan, maka orang Melayu menjadi kumpulan termiskin, terasing dan tidak berpelajaran.

Inilah tuntutan yang dibuat oleh Suqiu, kita menentang tetapi kita nak selesaikan masalah ini secara aman. Saya berjumpa sendiri tetapi kemudian mereka terus keluar dan kempen lagi apabila ada pilihan raya kecil di Lunas. Inilah keadaan yang menyebabkan tuduhan Suqiu sama dengan komunis, tidak menghiraukan masalah keamanan dalam negara dan cuba membuat sesuatu yang boleh mencetus huru-hara dalam negara. Dan mereka tidak mengambil berat hak kaum lain, sama seperti Al-Ma'unah yang membunuh orang bukan Islam. Sebab itu saya buat bandingan antara mereka dengan komunis dan
Al-Ma'unah.

Soalan tambahan Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin):

Saya hendak bertanya pandangan Perdana Menteri mengenai Pas dan perjuangannya membela orang Melayu.

Jawapan:

Mengikut kenyataan pemimpin Pas, Pas menentang segala diskriminasi kaum kerana tidak ada dalam agama yang membenarkan diskriminasi antara kaum. Yang tidak disebutkan diskriminasi antara kaum yang semuanya beragama Islam.

Tidak patut ada diskriminasi umpamanya antara orang Turki dan Kurdish, ini kita boleh faham. Tetapi Pas sementara ia tidak bersetuju dengan diskriminasi antara kaum, tidak pula menolak sebarang nikmat yang datang kerana diskriminasi.

Soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong):

Apakah benar apabila Perdana Menteri berjumpa dengan Suqiu di pejabat, mereka hanya dengar taklimat dan hujah Perdana Menteri 5 hingga 10 minit, kemudian tolak sama sekali?

Juga kenyataan berbeza antara Perdana Menteri dengan pemimpin MCA, Gerakan dan SUPP berhubung tuntutan Suqiu?

Jawapan:

Berkenaan sikap, pemimpin UMNO dan MCA yang nampak berbeza, sebabnya ialah reaksi UMNO pada mulanya pada tuntutan ini ialah satu reaksi yang boleh disangka kerana ia cuba menidakkan perjanjian kita. Tetapi selepas daripada itu kita diberitahu akan memberi kesan terhadap pilihan raya dan sokongan daripada orang Cina. Dengan kerana ini kita terpaksa bendung sedikit pendapat kita.

Dalam politik, ini perlulah dibuat. Ramai daripada orang bercakap berkenaan tentang tuntutan Suqiu tidak pernah baca sampai habis tuntutan... sebab itu mereka tidak mempunyai pendirian, saya tidak tahu sama ada pemimpin Pas biasa baca atau tidak.

Berkenaan dengan perjumpaan dengan Suqiu, adalah satu fitnah mengatakan saya memberi syarahan kepada mereka. Mereka dijemput dengan baik, mereka datang dengan memorandum, mereka bersopan santun dan pemimpin mereka menyerahkan memorandum.

Saya meminta mereka mengulas... siapa juga boleh mengulas memorandum dan mereka sendiri kata semuanya terkandung dalam memorandum dan tidak perlu mengulas.

Memang benarlah saya terang masalah perkauman di negara kita betapa bahayanya kita bawa perkara ini kepada orang ramai.

Seperti yang dikatakan oleh MCA dan Gerakan, ada juga tuntutan yang boleh diperiksa sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

Tetapi tuntutan seperti menghapuskan atau memansuhkan perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera... ini adalah sesuatu yang amat sensitif dan tidak boleh dibincangkan.

Saya terang dengan jelas pada mereka selama satu jam, bukan saya saja bercakap, mereka juga bercakap. Mereka juga ada bangkitkan perkara tetapi saya tidak ingat.

Kemudian kita bergambar dan selepas itu mereka bertanya apakah kenyataan akhbar yang perlu mereka buat. Saya mempunyai harapan yang cukup baik, kerana mereka begitu baik sekali, mereka begitu bersopan-santun bertanya kepada saya, apakah kenyataan mereka boleh buat... saya kata cuba sebut kita ada perbincangan dalam suasana yang muhibah tetapi permintaan saya ialah supaya mereka balik memikirkan mengenai perkara ini. Saya tidak tekan suruh mereka sokong, tetapi memikir. Saya mahu mereka fikir tentang kesan-kesan tuntutan oleh mereka.

Kalau mereka kemudian daripada itu berkata saya bersyarah, itu adalah fitnah. Saya tidak ingat ahli jawatankuasa yang berjumpa saya berkata demikian, tetapi orang lain yang sengaja hendak memburuk-burukkan hubungan akan berkata demikian.

Inilah yang berlaku.

Kita tahu bahawa ada tuntutan yang boleh kita timbang sedikit sebanyak tetapi umumnya tidak boleh terima tuntutan yang dibuat dengan cara itu. Apabila dekat saja pilihan raya, maka dikeluarkan kenyataan ini untuk membangkitkan sentimen perkauman yang kuat di kalangan orang Cina. Ini saya ingat, sama dengan cara DAP berkempen, dia cuba bangkitkan sentimen orang Cina terhadap kerajaan. Ini sajalah yang menjadi modal kepada mereka. Kita memperkenalkan cara pemerintahan yang baik yang membawa keharmonian kepada rakyat berbilang kaum, keamanan kepada negara dan
pembangunan, kesejahteraan semua rakyat Malaysia, termasuk ahli-ahli parti pembangkang.

Kedah Times : Kalau dulu hanya DAP, MCA, Gerakan dan NGO China saja yang sering membangkitkan isu-isu ini, tapi kini mereka telah disertai oleh PKR, PAS dan Melayu Liberal. Suara mereka semakin kuat kerana puak Melayu tak sedar diri ini sudah bersama mereka dalam menuntut dihapuskan hak-hak orang Melayu/Bumiputera untuk mereka bolot dan nikmati tanpa had.

Beranikah pemimpin Melayu bercakap seperti TUN DR MAHATHIR menjawab kepada chauvinist DAP ini? Malah ada pemimpin UMNO sendiri senada dengan mereka ini. Contoh terbaik ialah KJ, NAzri dan beberapa Melayu bongkak lagi yang menikmati kekuasaan Politik dibawah UMNO.

Mungkin PERKASA bakal menjadi suara penegak hak-hak Melayu/Bumiputera yang cuba dinodai oleh puak-puak tamak ini yang juga disertai segelintir Melayu lupa diri.

Sanggupkah kita melihta hak-hak Bangsa Melayu/Bumi diambil sedangkan hak-hak mereka tertutup untuk kita?
Read Full 1 comments

INGATAN UNTUK PEMUDA UMNO AUUW..AUUW.. KEDAH

Sejahtera ke atas kamu semua wahai pemimpin Pemuda UMNO Negeri Kedah Darul Aman, semoga sifat kepondanan yang diwarisi selama ini akan terus kekal mekar dalam tindakan anda semua.

Baik KETUA PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH mahupun barisan kepimpinan KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN pikir-pikirkanlah DAN jika ada sedikit keberanian sambutlah ingatan ini melalui gerakerja tindakan:

1)Tunjukkan sikit semangat berani dan keperwiraan anda bagi menyemarakkan semangat seluruh ahli PEMUDA di peringkat cawangan. Ternyata PERKASA lebih hebat dan berani dari kamu semua. Mungkin kepondanan sifat kamu semua hasil asuhan dan didikan KJ atau legasi tinggalan ABANG HISHAM AUUW..(Kalau Dato' Seri nak tangkap saya , saya rela, tapi tangkap NAMAWEE dan hukum dulu CHUA SOI LEK, AHLI PARLIMEN DAP DARI SERDANG, MAHFUZ OMAR, SHAMSUL ISKANDAR, XAVIER JAYAKUMAR, PEGUAM PEMBUNUH YANG BERAKSI KEJAM MEMBAKAR EMPAT SAUDARA ISLAM SAYA DAN MUNGKIN RAMAI LAGI YANG LAIN DAN anak muda Cina yang membaling cat merah di surau di SEREMBAN). Jika mereka ini semua telah dihukum, saya bersedia dihumban ke penjara dimana sahaja dengan kuasa DATO' SERI.

2) Banyak isu-isu kritikal dan signifikan melibatkan rakyat dan anak muda Kedah tetapi suara anda ibarat tikus dicucuk arsenik. Makin hari makin layu dan sepi dan tidak mustahil akan terus pupus ditiup bayu.

3) Lupakanlah dulu niat untuk bertanding sebagai calon, buktikan dulu khidmat bakti, tambahkan dulu ilmu didada dan pelajari dulu apa itu makna perjuangan. Ingatan ini ditujukan khusus untuk KETUA PEMUDA PADANG TERAP, KUALA KEDAH, ALOQ STAQ, POKOK SENA DAN BALING.

4) Rajin-rajinlah menjengok dan mengadakan aktiviti di kawasan, bagi KETUA PEMUDA YANG BERSTATUS EXCO PEMUDA MALAYSIA, kalau sudah hilang minat untuk jaga kawasan, maka buka sahaja cawangan atau sertai PEMUDA BUKIT BINTANG ATAU LORONG HAJI TAIB, disebabkan masa anda lebih banyak di Kuala Lumpur.

5) Buktikan kepada kami anak muda, bahawa dengan kepaduan semua pimpinan ketua pemuda UMNO Bahagian diterajui KETUA PEMUDA UMNO KEDAH yang berkelulusan SPM, HAJI BADROLHISHAM HASHIM bakal calon DUN Kuala Nerang yang memang sudah gian dan naik syeikh untuk menjadi calon meskipun sudah tahu keputusannya nanti bahawa dia akan kalah, CUBA-CUBALAH KALAU BERANI HIMPUNKAN 1,000 orang pemuda berani mati, kita berarak ke WISMA DARUL AMAN, kita tuntut AZIZAN MB JELASKAN SEGALA BENTUK PENYELEWENGAN YANG KIAN GALAK DILAKUKAN OLEH MENANTU, SEPUPU DAN ANAK MENAKAN YANG SEDANG MENGIKIS DUIT DAN KHAZANAH PERBENDAHARAAN NEGERI.. ADA BERANI?

6) Buktikan kepada kami anak muda profesional, anak muda kampung, anak muda yang di push out dari aliran pendidikan perdana negara, anak muda kilang, anak muda yang tinggal di luar bahawa anda semua punyai integriti, pendekatan tersusun untuk buatkan kami sayang pada UMNO. Buktikan dalam bentuk program bukan sekadar melalui kenyataan populis yang penuh jargon(untuk ketua PEMUDA NEGERI, jargon, aku ulangi satgi hang ingat jagung pulak sepertimana yang banyak ditanam di Kuala PAI DAN PADANG SANAI) lagi klise sepertimana yang disiarkan dalam akhbar syok sendiri SINAR HARIAN.

7) Usahlah bersikap seperti 'lalat mengurung tahi', bila sahaja ada Pak menteri, atau Mukhriz Mahathir turun padang menziarahi kawasan di Kedah ataupun menghadiri majlis keramaian, kamu semua KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN, buat-buat sibuk dan menunjuk lagak seolah-olah prihatin pada nasib pemuda. AKU KATAKAN POODAH. SIKAP HIPOKRIT SEPERTI KAUM MUNAFIK WAJAR KAMU TINGGALKAN, JADILAH SIKIT PEMIMPIN BERMARUAH YANG IKHLAS DAN BERSUNGGUH DALAM PERJUANGAN.

8) Jika perkara asas dan paling minima di atas gagal diupayakan, maka ANDAI kata sifat pondan anda kian beransur reda, maka berundur SEGERA, LETAK JAWATAN, biar kami ahli pemuda akar umbi membuat pilihan dengan memilih pemimpin pemuda yang benar-benar berani, bervisi, punyai kredibiliti dan sanggup berkorban nyawa, wang ringgit, masa dan tenaga serta punyai aura untuk mengembeleng semangat bersama agar PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH LEBIH BERTENAGA, lebih vokal, lebih tersusun gerakan dan lebih digeruni pakatan rakyat.

BUKAN SEPERTI SEKARANG IBARAT LELAKI MUDA MATI PUCUK DAN SEDANG MENGALAMI ANDROPAUS. BUAH ZAKAR PULA HILANG SEBELAH, HITLER JUGA MEMPUNYAI HANYA SEBIJI BUAH ZAKAR, NAMUN MAMPU MENGGONCANG DUNIA, BAYANGKAN JIKA HITLER PUNYAI DUA BIJI BUAH ZAKAR . PEMUDA UMNO KEDAH PUNYAI DUA BIJI BUAH ZAKAR, NAMUN MALANGNYA, KEDUA-DUANYA SUDAH GAGAL BERFUNGSI.

Salam ingatan dari aku

SOBRI BIN SUDIN
No keahlian PEMUDA UMNO :03368737
Ahli Pergerakan PEMUDA UMNO CAWANGAN TITI SIAM(UMNO BAHAGIAN POKOK SENA)
Read Full 4 comments

Melayu mudah Lupa

Selasa, 28 September 2010
Tuntutan-tuntutan yang tidak pernah mereka lupakan. Dan jika timbul waktu ini, ianya adalah perkara yang sama tapi dalam bentuk yang berlainan. Tapi kini tuntutan-tuntutan ini disokong oleh Melayu Liberal yang kononnya berjaya atas usaha mereka sendiri dan keadilan sejagat konon.

1. Di bawah tajuk menggalakkan perpaduan, merela meminta dimansuhkan perbezaan bumiputera/bukan bumiputera dalam semua bidang.

2. Demi mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan mereka meminta dipinda Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

3. Di bawah tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil, mereka meminta diberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.

4. Mereka mahu dihapuskan sistem kuota yang berasaskan 'kaum' dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan 'kebolehan' (means-tested sliding scale).

5. Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan liberal, mereka meminta dibatalkan rancangan Sekolah Wawasan atau sekolah integrasi (satu sekolah) dan hentikan pelantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah Cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah. Mereka juga mendesak dihapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti.

6. Di bawah perkara Lindungi Alam Sekitar mereka mahu kerajaan turut mengindahkan kawasan-kawasan perkuburan dan pastikan kawasan tersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan.

7. Dalam usaha memodenisasikan dan membangunkan kampung baru, mereka mendesak kerajaaan memastikan semua penduduk perkampungan baru diberi hak milik tanah dengan segera.

Tapi mereka secara bermati-matian mempertahankan hak mereka dari dihapus atau dicerobohi oleh bangsa lain. Contoh, sekolah Jenis Kebangsaan.
Read Full 0 comments

SELAMAT JALAN UMNO KEDAH ...

Jutaan kemaafan kepada pihak berkepentingan, balaci atau gurkha UMNO Kedah mahupun pak yit pada pimpinan UMNO sama ada diperingkat Bahagian mahupun yang menguasai pentadbiran di Tingkat 6 dan 7 Bangunan Tunku.

Tujuan aku melontarkan pandangan, analisis kritikal berdasarkan pengalaman, pemerhatian, dan temubual bersama ahli dan pimpinan semua peringkat,selain pihak pentadbir, veteran UMNO, rakyat marhein, anggota keselamatan, golongan non partisan tidaklah mempunyai apa-apa maksud tersirat.

Tujuan hanyalah memaparkan realiti UMNO Kedah selain sebagai satu peringatan agar usaha lebih proaktif dapat digerakkan.

Hakikatnya aku pernah menempuhi perjalanan dan jadual tugas yang memeritkan, dinista dan dikata bukan kepalang, namun tiada siapa yang mengerti betapa jerit perihnya aku dan rakan-rakan menyusun strategi, merencana tindakan dan melakar gerakerja semata-mata untuk memadamkan malu yang terpalit akibat tewas teruknya UMNO dan BN dalam pilihanraya 1999.

Buatlah telahan atau analisis empiris bagaimana sekalipun, ramai yang berkata PRU 2004 akibat angin Pak LAH, tetapi hakikatnya kami yang bertungkus lumus bekerja bersama bantuan seluruh jentera UMNO Kedah yang lain, maka kami lebih mengerti apa yang berlaku. Biarlah jerit perih dan pahit manis, suka duka apa yang aku dan rakan-rakan tempuhi disimpan sebagai memori indah bagaimana kami menghadapi PAS munafik agar tidak mereka berjaya mempersadakan kuasa di Kedah bumi bertuah.

Namun takdir penentu segala, selain kealpaan sikap manusia, PAS akhirnya berjaya juga kuasai Kedah setelah 11 kali pilihanraya mereka gigih berusaha.

Lantas, bila dua artikel aku 'SERIBU KALI SAYANG: TELOQ UMNO KEDAH KIAN PIPIH MELAYANG(BAHAGIAN 1 dan 2)disiarkan dengan ihsan oleh antara blog yang paling berani dalam konteks membicarakan soal politik Kedah, telefon bimbit aku tak putus putus menerima khidmat pesanan ringkas dari puak yang merasakan kepentingan mereka mula digoyah.

Spesis anai-anai yang berpaut di tingkat 6 dan 7 dan juga yang bergayut dikaki seluar sebahagian ketua bahagian. Sebab itu dalam soal ini aku tidak pernah gentar, puluhan artikel aku yang menyerang PAS Kedah seperti yang tersiar dalam wadah rasmi akhbar umat Melayu, UTUSAN MALAYSIA dan BERITA HARIAN tidak pernah aku menulis menggunakan nama samaran. Nama yang diberi oleh arwah ayahandaku, SOBRI dibinkan dengan namanya SUDIN, jadilah SOBRI SUDIN.

Disebabkan tulisan aku sehinggalah aku dituduh mendalangi penerbitan makalah underground MAI-KEDAH yang diedarkan diseluruh masjid di Alor Setar beberapa bulan yang lalu, meskipun bukan cara aku melempar batu sembunyi tangan, maka hingga kini PAS cukup mendendami aku.

Aku pernah hampir-hampir bergaduh dan mungkin berlakunya aksi smack down dengan orang kanan USTAZ AZIZAN di Wisma Darul aman. Kalau tidak kerana adanya teguran dari seorang ADUN UMNO, perkara tersebut pastilah berlaku.. Ini beza aku dengan pimpinan pemuda(sungguhpun aku hanya ahli biasa) yang hanya tahu membodek dan belenggang kangkung.

Paling kurang aku buktikan aku masih ada teloq. Demikian juga bila kawan rakan menjemput aku memberi kata semangat pada penduduk Taman WIRA yang diancam oleh kerajaan PAS, untuk diserahkan urusan bayaran balik hutang PAKR kepada bank, dan aku sanggup melakukan dan bersama para demonstrator disebabkan Taman wira adalah rumah atas nama ibu aku. TIADA SATU HUTANG PUN yang tertunggak dengan kerajaan negeri, memanglah ibu aku layak menduduki rumah murah kerana ayah aku seorang penarik beca.

Tapi aku dituduh sebagai orang kaya yang duduk di Taman Wira dan menjadi dalang menghasut penduduk membuat bising dan kacau bilau semata-mata untuk jejaskan imej kerajaan negeri.

Tiada UMNO Bahagian Alor Setar tatkala itu, suara Bashah senyap sunyi, lepas demosntrasi diadakan barulah ada dengar suara komenya itupun cukup berlapik. Nak harapkan suara pemuda, poodah, ketua pemudanya tauke kuah rojak lebih sibuk di ibu kota dan tiada masa mahu perjuangkan isu rakyat. Lebih baik sementara masih menjadi EXCO PEMUDA MALAYSIA, kekayaan atau apa yang ada dia sapu rata, supaya nanti senang aman bahagia, yang lain-lain dia peduli apa.

Pengalaman aku sebagai anak penarik beca yang dilahir dan dibesarkan di bandaraya Alor Setar tidak pernah menggusarkan aku dengan cacian dan makian. Silakan berbuat demikian, ini anak jantan, kelahiran di No. 13 A, Lorong Titi Siam, Jalan Teluk Wanjah, membujur lalu melintang patah.

Dan lantaran itu juga bila menulis dalam blog Kedah Times, nama sebenar aku turut digunakan. Prinsipnya berani kerana benar takut kerana salah. Tidak pernah aku gelojoh mahu menambah dihujung atau pangkal nama aku dengan pelbagai pangkat atau pengiktirafan yang aku perolehi. Misalnya kalau disebut soal bintang kebesaran, seawal usia aku 29 tahun aku sudahpun dianugerahkan BINTANG KEBAKTIAN MASYARAKAT(BKM) oleh KBDYMM TUANKU SULTAN KEDAH pada tahun 2003.

Tetapi tidak lah aku tergila-gila menambah hujung nama aku dengan SOBRI BIN SUDIN, BKM.

Sebab itu sekali lagi aku mahu berpesan kepada golongan yang terasa, panas telinga, tercuit dan tidak mampu menerima pandangan, idea, kritikan membina demi memacu UMNO Kedah agar lebih bersiapsaga dan menunjukkan sikap serius untuk menawan kembali Kedah. Maka, cuba-cubalah bermuhasabah diri. Selepas selesai, solat cuba renung renungkan diri sendiri, apa yang telah kita usahakan untuk sama-sama membantu parti.

Aku juga insan biasa, pernah muda suatu ketika dan kini masih dalam lingkungan umur PEMUDA. Salah silap, kerana ikutkan perasaan adalah fenomena yang sering dilakukan oleh insan yang bernama manusia. Cuba tunjukkan pada aku(selain para nabi dan rasul) yang tidak pernah berbuat salah dan dosa? Bezanya bagaimana kita mahu bangkit dan membaiki kesilapan lalu. Isunya sejauh mana kita mahu mengubah diri menjadi lebih baik, lebih memanfatkan manusia yang lain dan menjadi hamba Allah dan umat Muhammad yang gigih berusaha selain bertawakkal dalam segala hal dengan hanya menjadikan Allah Yang Esa sebagai wali dan penolong kita.

Dan jangan ingat hanya kerana cacian, ugutan, makian aku akan berhenti menulis. Menulis adalah kerjaya, kemahiran dan perkara yang aku minat selain profesion aku sebagai pensyarah sehingga kini.

Justeru, aku cabar puak yang suka lempar batu sembunyi tangan, dan menggunakan private number ataupun juga yang memberi komentar bersifat peribadi agar kita masuk gelanggang bertarung secara gentleman. Bukan bertumbuk tetapi marilah kita adakan diskusi, debat secara ilmiah lagi intelektual, tunjukkan dimana yang pandangan aku tentang UMNO Kedah yang salah.

Bentang dan buktikan secara nyata usaha, gerakerja yang telah dan sedang dilakukan(bukan yang sedang diangan-angankan di tingkat 6 atau 7 Bangunan Tunku) oleh UMNO untuk menawan kembali Kedah. Dan nyatakan juga melalui hujahan bernas kenapa PAS, PKR DAN DAP perlu dinyahkan dari Kedah, bagaimana mekanisme dan caranya mahu menyahkan pengaruh pakatan rakyat.

Bagaimana kaedah disertai dengn tindakan usaha untuk menjadikan UMNO Kedah punyai aura dan mampu menarik pengundi muda, bukan Melayu, non partisan, profesional dan pengundi yang bermastautin di luar Kedah.

Kepada golongan yang aku labelkan sebagai pecacai, pak yit dan balaci UMNO Kedah kerana beroleh habuan yang sedikit demi penuhkan poket sendiri bukannya beroleh habuan untuk disumbangkan kepada perjuangan parti, sila nyatakan tempat, tarikh dan masa atau di mana-mana sahaja, kalau didepan Najib sekalipun aku akan cakap benda yang sama.

Aku bersedia hadir DEMI MAKSUD YANG sama. Mari kita berhujah bagi mencari kebenaran demi membaiki satu keadaan.. membaiki UMNO KEDAH YANG KIAN MENUJU KE MUZIUM PURBA.. Kalau ditingkat 8, bangunan Tunku sekalipun aku sanggup pergi, seorang diri dan panggilah saksi-saksi kamu para pengampu kamu, para pembodek untuk menyokong hujah kamu.

Jangan pula sampai satu tahap aku bentangkan secara kritikal dan analitikal BESERTA STRATEGI TINDAKAN kenapa PAS, PKR DAN DAP PERLU dikekalkan sebagai kerajan di Kedah.. teruk jadinya nanti.. ini bukan ugutan, namun satu ingatan.

Jika UMNO parti yang aku sertai, sayangi masih kekal dengan sikap denial sindrom dan bebal mereka, berasa sudah cukup kuat, hebat dan angkuh untuk menerima pandangan, lontaran idea dan mengubah diri ke arah kebaikan.. maka apa lagi pilihan yang aku ada.. dan ramai lagi mugkin berkongsi sentimen yang sama.

Lihatlah, bila bloggers pro UMNO Kedah cuba membantu dikatakan blogger perasan. Walhal satu sen pun duit Shapie apdal dan Dato Bashah tidak pernah diminta pun untuk beli top up broadband atau bayar bil. Kecuali ada blogger tertentu yang memang dibayar oleh UMNO Kedah (tak payah kita sebut nama, harap tuan punya blog takan terasa, kita faham anda juga mahu hidup, sekadar mencari makan, teruskanlah namun jangan sampai berjiwa hamba dan takut menyatakan kebenaran).

Bila ada analisis kritikal cuba mengusulkan usaha ke arah mengukuh dan memperkasakan UMNO, dikatakan pulak kita pandai terlebih dan dibalas dengan cacian. Bila KEDAH CIVIL SERVICE(KCS) yang masih setia dengan UMNO mahu usulkan sesuatu dan lakukan tindakan bersama membantu UMNO KEDAH, dituduhnya KCS kini sudah berpaling tadah dan menyokong PAS.

Walhal semenjak merdeka KCS inilah yang menjadi pelaksana dasar dan pendokong kuat kerajaan UMNO dan BN di Kedah. Satu sahaja soalan bertarah rendah yang aku ingin tanya kepada pemikir UMNO yang bersarang ditingkat 6 atau 7 termasuk Shafie Apdal, Dato Bashah, Dato Ir Nawawi termasuk Dato Othman Aziz, pernah ka hangpa semua bertanya pada MB Kedah dan Pengerusi UMNO Kedah terdahulu yang banyak jasanya, bagaimana mereka itu kemudi UMNO Kedah sehingga PAS tidak pernah berjaya kuasai Kedah sehinggalah tahun 2008.

Pendekatan dengan mubarak (bukan pula jamuan makan murtabak), veteran UMNO pernah dak diambil pandangan? Dan adakah pandangan bernas, praktikal golongan ini diambil tindakan dan diuji keberkesananya? Jika tiga benda asas itu sehingga kini gagal dilunaskan (dah nak masuk 3 tahun dah UMNO Kedah hilang kuasa) maka ayat mudah untuk renungan hangpa semua.. POODAH..SELAMAT JALAN UMNO KEDAH..!

Ingatlah yang menentukan kejayaan UMNO kerana sokongan rakyat bukan semata-mata sokongan dari ahli, kerana ramai ahli parti hanya sokong berdasarkan emosi. Ramai yang sokong kerana dapat projek dan memeras parti untuk penuhkan poket sendiri. Berapa ramai KETUA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH yang sudah kaya raya, ADA YANG JADI KETUA BAHAGIAN LEBIH 20 TAHUN.

Sanggupkah mereka berkorban harta benda, nyawa, masa, wang ringgit untuk kembalikan semangat ahli di peringkat Bahagian. Memacu gerakerja untuk bongkar penyelewengan PAS? Melakukan aktiviti merakyat yang menyebabkan PAS, PKR DAN DAP Gerun dan bimbang dengan gelombang kebangkitan UMNO di setiap Bahagian.

Jawapannya kalau adapun sekadar melepas batuk ditangga. Sebab apa? Kerana mereka mengamalkan sikap tunggu dan lihat, sebab dalam hati 'yang menjadi persoalan setiap kepala bahagian, adalah' "jika aku bekerja keras, habiskan tenaga, masa dan wang ringgit, adakah aku pasti terpilih sebagai calon?

Dan kepala bahagian ini juga mana mungkin berani membongkar penyelewengan PAS Kedah kerana diri mereka sendiri penuh terlibat dengan rasuah dan kontroversi yang tak sudah-sudah.. Mereka lebih cekap mengabikan rakan dalam parti dan jatuh menjatuh sesama sendiri..

Sebab tu pada ketua bahagian kitar semula, KEPALA BAHAGIAN yang sentiasa kalah dalam pilihanraya dulu, kini dan selamanya, ataupun yang dah mula jadi ketua bahagian semenjak zaman Man Aroff jadi MB dan Pengerusi UMNO Kedah(1985-1996) sedar-sedarlah diri, satu penegasan jelas, dari aku, undur segera, organisasi yang tidak ada peralihan kepimpinan dan tidak disulami dan dipimpin oleh tenaga baru akan hilang daya dinamismenya.

Ini bukan aku kata, tokoh dan sarjana pengurusan dari Harvard, Syracuse, MIT DAN Princeton yang kata.. puak KEPALA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH tau ka Harvard, Syracuse dan MIT tu menatang apa?

Yang meletakkan pemimpin UMNO sehingga mampu menghimpun kekayaan adalah kesan jasa besar orang dibawah. Yang meletakkan individu bergelar YB ATAU YAB adalah hasil sokongan masyarakat marhein, pengundi muda, tua, wanita dan anggota keselamatan.

Justeru jika mahu merakyatkan UMNO, jangan jadikan ianya parti SDN BHD atau harta warisan mak bapak kita. Jangan asyik pandang ke atas,takut nanti kita terus khayal diawang-awangan. Sesekali tengok juga ke bawah, baru kita akan sedar apa yang sedang berlaku di bawah. Cuba berlapang dada dan bersikap terbuka apabila menerima pandangan dan kritikan, kenapa perlu gusar dan takut, kenapa perlu gelisah jika tidak berbuat salah?

Akhir kalam, sebagai membuktikan prinsip hidup aku dan diri aku yang masih ada teloq dan tidak punyai apa-apa kepentingan selain mahu melihat dan bersama terlibat dalam memperkasakan UMNO Kedah, maka andai kata UMNO Kedah terus tidak berubah,dan masih syok sendiri, maka aku tiada pilihan melainkan mengucapkan SELAMAT TINGGAL UMNO. Aku dengan rela akan menulis surat pada Ibu Pejabat UMNO dan BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH untuk menamatkan keahlian aku sebagai ahli UMNO.

Aku tidak rela lagi menipu diri dengan menjadi ahli sebuah pertubuhan yang hanya mengutamakan kaki bodek, kaki pengampu, kaki temberang, tukang kipas, tukang bakar dan tukang cucuk dan golongan pengkhianat dan perosak inlah yang akhirnya ditabal menjadi pemimpin.

Mudah-mudahan dengan tidak menjadi ahli pada mana-mana parti aku lebih bebas dan tidak lagi menghadapi dilema serta selesa untuk berkomentar demi kebaikan asalkan matlamat akhirnya kesejahteraan kerajaan dan manafat untuk rakyat Kedah dapat dijayakan.

SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA, SEMOGA UMNO KEDAH TIDAK LAGI TERUS tidur LENA, IKHLAS DARI:

SOBRI BIN SUDIN
Read Full 19 comments

Mari Belajar Kronisma dan Nepotisma Dari Anwar



Kronisma dan Nepotisma adalah apabila ianya dilakukan oleh orang lain. Apabila Anwar sendiri yang buat, ianya bukan Kronisma. Ada Faham?

Terima kasih AIDC
Read Full 0 comments

Khalifah "Umar Abdul Aziz" Ambil Duit Judi Lumba Kuda

Ahad, 26 September 2010
Khalifah Lim Guan Eng yang mendapat gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz oleh penyokong-penyokong beliau dari parti PAS nampaknya semakin galak mengikut jejak Khalifah Islam yang terkenal itu. Terbaru ialah pengakuan beliau menerima hasil judi dari sebuah syarikat Lumba Kuda.

Selepas mengeluarkan fatwa menyekat sambutan Maulidur Rasul yang kemudiannya disokong oleh PAS, (walhal PAS tidak pernah melarang perarakan Maulidur Rasul sebelum ini), beliau mula melakukan kebajikan dengan menggunakan duit judi.

Khalifah Umar ini juga pernah berbohong kononnya beliau tidak disediakan tempat duduk semasa satu majlis dan seterusnya menyerang dengan perkataan biadap kepada pegawai kerajaan persekutuan yang terlibat.

Namun agak pelik, sebelum membuat pengakuan ini beliau melaporkan kepada SKMM kononnya beliau difitnah apabila terdapat tuduhan bahawa beliau menerima wang dari syarikat judi untuk program kebajikan. Namun apabila ditunjukkan bukti bertulis tentang sumbangan itu, "khalifah Umar" ini cuba berdalih dengan mengatakan bahawa beliau mengasingkan sumbangan itu dari penerima Muslim.

Paling mengejutkan, sumbangan tersebut menjangkau RM2 juta berbanding dakwaan asal hanya RM400,000. Patutlah "khalifah Umar" ini begitu resah apabila sebuah blog membangkitkan isu ini.

Ini kerana beliau tahu bahawa perbuatan memberi sumbangan dari wang judi adalah amat sensitif bagi umat Islam. Apatah lagi apabila dakwaan ini timbul pada waktu air liur beliau semasa melaungkan anti judi bola belum kering.

Masih lagi segar diingatan kita bagaimana beliau cuba menjual taksuban PAS dengan mengatakan bahawa kerajaan tadbiran beliau sangat anti kepada judi, dan cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat meluluskan judi bola untuk mendapat wang. Walhal, judi bola tidak pernah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Terbuktilah, gelaran Umar Abdul Aziz kepada Lim Guan Eng yang dibangga-banggakan oleh PAS hanyalah perbuatan menjual nama-nama tokoh Islam yang nyata mencemarkan nama mereka.
Read Full 4 comments

Utusan and The Balaci

Alahai Nazri "The Balaci' Aziz buat hal lagi. Dah banyak kali terbukti Nazri adalah duri dalam daging bagi Umno. Sejak zaman Abdullah, dia asyik menyalak ke pokok yang salah, sampai Abdullah dijatuhkan.

Minta Dato' Najib tolong buang saja mamat yang jadi menteri atas tiket Umno ini kerana dia semakin anti kepada Institusi yang pro-Umno.

Sebagaimana dizaman Abdullah, kebencian orang Melayu kepada Nazri juga boleh menyumbang kepada kejatuhan Najib.

Baca Artikel Utusan dibawah:

Lagi jawapan buat Nazri Aziz

Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau. 

Kritikan
Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.
Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan. 

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan
Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.
Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.
(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum). 

The Malaysian Insider
Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional. 

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.
Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.
Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.
Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya. 

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.
Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu. 

Institusi Melayu
Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.
Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.
Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina? Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu. Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu. Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?
Read Full 3 comments

Tempat Ibadah Kita Pun Sudah di Pijak, Apa Seterusnya?

Khamis, 23 September 2010
Cakaplah apa saja, DAP pastinya tidak pernah menyalahi ajaran Islam.

Kalau dulu, kita mengajar wanita dan mereka yang tidak suci agar tidak memasuki ruang solat di masjid atau surau,  demi menjaga kesucian ruang ibadat tersebut. Kini kafirun DAP yang tidak pernah mandi hadas besar sudah memijak tempat tersebut.

Dulu apabila Lim Guan Eng tidak membenarkan perarakan maulidur rasul di Pulau Pinang, maka ulama-ulama politik pun mengeluarkan fatwa bahawa Maulidur Rasul tidak perlu disambut dan bukan ajaran rasul, bidaah dan sebagainya. Padahal, jika perbuatan itu bidaah, kenapa ulama-ulama ini menunggu Lim Guan Eng yang melarang baru mereka susuli denga hujah mereka. Kenapa perarakan yang telah dibuat berdekad-dekad lamanya ini tidak dihalang dari awal. Inilah menunjukkan Lim Guan Eng lebih pandai hukum Islam berbanding dengan ulama-ulama politik.

Tempah ibadah, lantai yang masjid dan surau yang kita letakkan dahi ketika bersujud pun sudah dipijak sambil memberikan tazkirah kepada kita, apa lagi seterusnya yang akan digadaikan demi kerusi.
Read Full 3 comments

MUKHRIZ: SAUDARA PERLU BERANI MENGUBAH

YB Muhkriz Tun Mahathir, jika tidak kerana campurtangan PAK LAH yang sayangkan menantu Oxfordnya, sudah tentulah 2 tahun lalu YB akan ungguli jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sayap kanan UMNO yang dulunya digeruni, sentiasa dihadapan membela dan perjuangkan isu rakyat sepertimana yang dibuktikan di era Saadon Jubir, Harun Indris dan Syed Jaafar Albar(Singa UMNO).

Namun takdir Allah ta'ala telah menentukan YB diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen Jerlun dengan pengorbanan cukup besar dibuat oleh Man Tok Pin (Ahli Parlimen sebelumnya). Ini memandangkan usaha untuk meletakkan YB bertanding di Langkawi, dan Kubang Pasu telah ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan di bahagian tersebut meskipun merekalah antara orang yang banyak mendapat habuan semasa ayahanda YB menjadi orang nombor satu negara.

Malangnya pengorbanan MAN TOK PIN diabaikan, justeru ucapkanlah terima kasih padanya, dan sesekali bila balik ke Kedah singgahlah ke rumah dia.

YB Mukriz, tuan antara tiga nama yang disebut untuk menggantikan Shapie bebal.. minta maaf Shapie Apdal sebagai Pengerusi UMNO Kedah sebaik sahaja perhimpunan Agong UMNO 2010 berakhir. Dua lagi nama yang jadi saingan YB ialah, Jamil Khir dan mantan MB, Mahdzir Khalid.

Namun kalau dibuat tinjauan pendapat, disertai dengan aura dan ketokohan yang YB tentulah YB jadi pilihan. Apatah lagi nama YB mengikut sumber yang boleh disahihkan cukup kuat dilobi oleh TUN DAIM ZAINUDDIN, bekas Menteri Kewangan dan mantan KETUA UMNO BAHAGIAN MERBOK.

YB Mukriz, walau dengan cara apa sekalipun jika YB ditabalkan sebagai Pengerusi UMNO Kedah nanti, masa yang YB ada sebelum PRU ke- 13 cukup singkat.

Sepertimana slogan YB semasa bertanding jawatan KETUA PEMUDA UMNO dulu.. 'BERANI BERUBAH' lantas andai ditakdir dan telah tertulis di Loh Mahfuz bahawa YB bakal mengemudi Kedah dan mungkin menjadi MB Kedah, itupun jika tidak dikapan dan ditalqinkan oleh Dato' Johari Baharom, yang strateginya berjaya membenam ayahanda YB di Kubang Pasu. Lalu, saya sarankan YB PERLU BERANI MENGUBAH DEMI SURVIVAL UMNO/BN DAN RAKYAT KEDAH SELURUHNYA

Lantas YB perlu ingat dan amalkan prinsip-prinsip kepimpinan berikut:

1. Jadilah pemimpin mesra rakyat, kurangkan protokol dan sifat elitis, ingatlah 85% pengundi di Kedah bermastautin di luar bandar dan mereka ini tidak suka pemimpin yang sombong, angkuh dan menunjuk-nunjuk

2. Berhubung rapat dan beramah tamahlah dengan empat komponen penting yang menjadi tonggak dalam mencorakkan politik Kedah. ISTANA, ALIM ULAMA, KCS DAN RAKYAT MARHAIN

3. Pilihlah orang yang boleh bekerja, bukan sekadar memilih orang yang hanya taat membabi buta dan mengiayakan apa saja yang YB kata. Ingatlah orang Kedah sering memakai prinsip buat mudah walhal dibelakang mereka adalah musuh dan petualang yang bakal bawa musibbah. Ubahlah pendekatan dan cara Pejabat UMNO negeri bekerja.

4. Dalam menangani Ketua UMNO Bahagian di 15 buah bahagian YB perlu bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung, namun tegas dan 'garang' mesti ada. Ingatlah mereka ini banyaknya 'beraja di mata, bersultan di hati'. Jangan percaya bulat-bulat kata mereka, sebaliknya buatlah 'homework' sendiri.

5. Jadikanlah agenda mengurangkan kemiskinan, mencergaskan ekonomi, meningkatkan syiar agama dan memajukan pendidikan sebagai empat keutamaan objektif yang ingin diusahakan oleh YB. Ingatlah Kedah antara negeri termiskin di Malaysia, RM50 bagi orang kampung di Alor Biak, Kampung Perik atau di Kampung Tawar cukup besarnilai dan ertinya.

6. Bekerjalah dengan pendekatan 'work smart and work hard', pendekatan mesra rakyat dan jangan malu untuk ziarahi jika ada kematian, sakit, kenduri kendara atau apa jua majlis yang dibuat oleh rakyat desa. Mereka akan berasa dihargai dan mencanang ke seluruh kampung andai ada pemimpin besar menziarahi atau menghadiri majlis keramaian mereka.

7. Janganlah diremehkan permintaan dan harapan rakyat kampung, desa, mereka inilah tonggak yang telah memenangkan UMNO selama ini, mereka ini tidak kenal erti prosedur, protokol atau konsep temujanji, justeru jika mereka minta untuk berjumpa, seboleh mungkin penuhilah hajat mereka walaupun sebentar.

8. Binalah kekuatan kepimpinan, khidmat bakti dan sikap mesra rakyat mengikut acuan YB sendiri. Bukan lagi bersandarkan nama TUN DR MAHATHIR.

9. Kenali dengan cepat pemimpin setempat, rumah JKK, rumah imam, veteran UMNO, orang lama yang berjasa. Hafallah jalan ke kampung dan petempatan mereka, bila menziarahi mereka tidak perlu diiringi 'outrider' sebaliknya pergi dengan kereta biasa, PERDANA V6 EXECUTIVE sudah cukup, lebih baik kalau memandu sendiri. Tidak perlu kereta pacuan empat roda berjenama Porsche Cayene. Tidak perlu berkot bertai, cukuplah dengan pakaian serba sederhana sesuai dengan majlis.

10. Ingatlah hanya YB antara pemimpin masa hadapan yang diharapkan untuk mengembalikan maruah UMNO/BN dan harga diri rakyat Kedah. Akan tetapi janganlah pula terus khayal dengan angan-angan dan impian, sebaliknya angan-angan dan impian perlu dibuktikan pelaksanaan oleh YB. Biar impian jadi realiti. Pelajari kesilapan, kelemahan dan kelebihan MB Kedah dan Pengerusi UMNO Kedah terdahulu, insya-Allah YB akan berjaya. Biarlah YB dicap sebagai pemimpin kampung atau pemimpin cap ayam, namun yang penting, sultan menghormati YB, alim ulama malu alah pada YB, KCS yakin dengan YB dan rakyat seluruhnya percaya dan yakin akan nasib masa depan mereka dibawah kepimpinan YB.

YB masih muda, masih punyai banyak masa untuk membetulkan keadaan, menokok tambah gerakerja agar lebih ada panduan, maka jadilah pemimpin sebenar rakyat, hero dan pejuang masyarakat, yang utamakan rakyat berbanding diri, yang sanggup meredah hutan, denai dan sungai di negeri jelapang padi demi menemui rakyat di bandar, pekan ataupun pendalaman. Ingatlah tok nenek YB adalah WAN MUHAMMAD SAMAN, PERDANA MENTERI KEDAH YANG PERTAMA.

Ayahanda YB adalah bapa pembangunan malaysia moden yang dikenali seantero dunia. Justeru biarlah YB menjadi pemipin rakyat Kedah yang bakal dikenang dalam sejarah, bahawa dibawah kepimpinan YB, maruah rakyat Kedah akan lebih terserlah, kemajuan ekonomi, kestabilan politik, peningkatan syiar agama dan keharmoninan antara kaum akan lebih gagah. MUDAH-MUDAHAN SEGALA HARAPAN INI BOLEH MENJADI KENYATAAN.

NAMUN SYARAT PALING UTAMA YB MESTI BERANI MENGUBAH. Tegakkan yang haq dan hapuskan yang bathil..InsyaAllah kemenangan dan pertolongan dari Allah s.w.t pasti akan hadir.

Wassalam:
SOBRI BIN SUDIN
Read Full 4 comments

SU Kerja UMNO Merak Kayangan

Rabu, 22 September 2010
Satu panggilan telefon telah diterima. Tut..'Assalammua'laikum..

Aku hairan dengan UMNO. Apakah yang penting UMNO buat sekarang? Bukankah menarik minat orang muda untuk kembali menerima UMNO dan menarik minat mereka terhadap UMNO pada yang sedang berjinak-jinak dengan politik? Ada lagi..Jaga hati orang UMNO bukannya terhegeh-hegeh memujuk dan memberi muka kepada mereka yang membenci UMNO dan tak akan mengundi UMNO. Pada orang-orang biasa ahli UMNO, senyum pun tidak tapi pada orang besar-besar, lembik tengkuk macam ayam kena sembelih.

Aku orang Kubang Pasu dan sangat dekat dengan Jerlun. Ada seorang bekas ADUN yang sekarang merak bukan main. Bila dah dapat jadi pegawai khas menteri di sebuah agensi Kerajaan, dengan sekali masuk terus gred 48, elaun RM3000 sebulan, kereta sebiji dan sekarang Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Negeri Kedah. Sebulan saja dekat RM10,000 masyuk. Hari ini, bila tengok sama-sama orang UMNO, jangankan kata nak senyum, buat tak tahu saja. Bukan saja aku kena, kawan aku pun sama. Bila salam dengan dia, tengok muka kita pun tak.

Dulu orang setempatnya kata,sewaktu belum jadi YB, dia memang ok. Mesra rakyat dan humble. Tapi sekarang bila jadi YB kemudian jadi bekas YB, terus berubah. Muka hidung cukup payah nak senyum. Ramai yang merungut macam tu.

Dia akan hanya murah senyuman dengan Shafie Afdal dan orang besar-besar saja. Aku sakit hati betul. Dia ingat sama-sama UMNO tak penting untuk jaga hati? Apa dia ingat besar sangat ke sekarang dengan jawatan-jawatan mee segera?

Apa dia dapat dengan menyombong macam tu?

Panggilan diputuskan. Aku saja tulis bagi Kedah Times. Tolong siar.

A'd Botak Separuh
Kubang Pasu
Read Full 5 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates