K Subramaniam - Ustaz PKR terbaru

Selasa, 30 November 2010
Apa kata Ustaz Badrul Amin semasa mendengar bacaan terjemahan K Subramaniam, perwakilan AMK pada Kongress PKR baru-baru ini? Ustaz yang menuduh orang yang tidak sealiran politik dengan beliau sebagai syaitan dan sebagainya.

Apa kata bekas calon Naib Presiden yang juga dari bekas ABIM tentang terjemahan tersebut? Faham ka atau tidak Faham?

Apa kata alim ULAMA PAS yang mendengar bukan Islam menterjemahkan surah Ali Imran kepada majoriti hadirin yang adalah orang Islam? Masih boleh terimakah untuk bersama-sama dengan mereka ini?

Apa kata hadirin Muslim yang mendengar dan melihat dengan mata telinga secara terus satu-satu perkataan yang disebut K Subramanian dalam syarahannya? Masih boleh terima ka? Atau semua memang bodoh piang sehingga tidak tahu yang mana betul dan yang mana benar. Sekurang-kurangnya ada sedikit keberanian unutk menegur! BUKAN hanya mengIYA sahaja apabila ditana samada apa yang K Subramanian kata betul atau tidak.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Tafsiran sebenar dari Terjemahan AlQuran

(3:190) Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, Surat "Ali 'Imran" yang terdiri dari 200 ayat ini adalah surat "Madaniyyah". Dinamakan Ali 'Imran karena memuat kisah keluarga 'Imran yang di dalam kisah itu disebutkan kelahiran Nabi 'Isa a.s., persamaan kejadiannya dengan Nabi Adam a. s., kenabian dan beberapa mu'jizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri 'Imran, ibu dari Nabi 'Isa a.s.

(3:191) (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Sedikit Penerangan tentang surah Ali- Imran


Surat Al Baqarah dan Ali 'Imran ini dinamakan "Az Zahrawaani" (dua yang cemerlang), karena kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi 'Isa a.s., kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagainya.

Keseluruhan Pokok-pokok isinya, ialah :

1. Keimanan :
Dalil-dalil dan alasan-alasan yang membantah orang Nasrani yang mempertuhankan Nabi 'Isa a.s.; ketauhidan adalah dasar yang dibawa oleh seluruh Nabi.

2. Hukum-hukum :
Musyawarah; bermubahalah; larangan melakukan riba.

3. Kisah-kisah :
Kisah keluarga 'Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya.

4. Dan lain-lain :
Golongan-golongan manusia dalam memahami ayat-ayat mutasyaabihaat; sifat-sifat Allah; sifat orang-orang yang bertakwa; Islam satu-satunya agama yang diridhai Allah; kemudharatan mengambil orang-orang kafir sebagai teman kepercayaan; pengambilan perjanjian para Nabi oleh Allah; perumpamaan-perumpamaan; peringatan-peringatan terhadap Ahli Kitab; Ka'bah adalah umah peribadatan yang tertua dan bukti-buktinya; faedah mengingati Allah dan merenungkan ciptaanNya.

Surat Ali 'Imraan mengandung dalil-dalil dan alasan-alasan untuk membantah kaum nasrani yang memper-Tuhankan Nabi 'Isa a.s., menerangkan peperangan Badar dan Uhud, agar kemenangan di peperangan Badar dan kekalahan di peperangan Uhud yang dialami kaum muslimin itu, dapat dijadikan pelajaran.

HUBUNGAN SURAT ALI 'IMRAAN DENGAN SURAT AN NISAA'.

1. Surat Ali 'Imraan disudahi dengan perintah bertakwa, sesuai dengan permulaan surat An Nisaa'.

2. Dalam surat Ali 'Imraan disebutkan peperangan Badar dan Uhud dengan sempurna, keterangan mana sebahagiannya diulangi dalam surat An Nisaa'.

3. Dalam surat Ali 'Imraan dikisahkan peperangan Hamraa-ul Asad yang terjadi setelah perang Uhud, dan peperangan itu disinggung pula dalam surat An Nisaa'.

4. Dalam surat Ali 'Imraan disebutkan bahwa banyak yang gugur di kalangan kaum muslimin sebagai Syuhadaa', yang berarti mereka meninggalkan anak-anak dan isteri-isteri mereka, maka dalam bahagian permulaan surat An Nisaa' disebutkan perintah memelihara anak yatim serta pembahagian harta pusaka.

Kedah Times : PAS Kedah apa cerita? Takkan masih nak ikut puak-puak penyeleweng agama ini? Nik Aziz tak keluar fatwa baru ka?
Read Full 7 comments

Ketuanan Melayu


Orang jawa, orang Bugis, Orang Pattani dan macam-macam lagi keturunan yang terdapat di Malaysia. Pelbagai dialek digunakan dalam komunikasi setiap hari.

Tetapi yang pentingnya mereka ini adalah rumpun Melayu. ORANG MELAYU katakan.

Orang-orang Melayu ini disatukan oleh TUAN. TUAN asal mereka ialah Raja Melayu. Dengan sebab itulah wujudnya Kesultanan Melaka, Kedah, Kelantan dan pelbagai lagi.

Dan semua ini diletakkan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Raja.

Maka adalah sangat bodoh dan mencabar hak orang Melayu jika Tuan mereka hendak dihapuskan.

Mengapa PKR dan PR teringin sangat untuk menghapuskan Ketuanan Melayu Atau sebutnya TUAN Melayu?

Kerana di bawah Tuan Melayu ada Polis Diraja, Askar Melayu Diraja, Agama Islam dan pelbagai lagi organisasi/agensi yang dikawal dan dijaga oleh Tuan Melayu iaiitu Sultan, Raja atau Yang Di Pertuan Agung.
Dengan terhapusnya Tuan Melayu ini, maka senanglah mereka menghapuskan semua organisasi di bawah Tuan Melayu. Tentera, Polis, Islam dan pelbagai lagi.

Maka wahai orang-orang Melayu, sedarlah. Inilah agenda komunis, sosialis dan segala is-is yang dibawa oleh PAS-DAP-PKR.

Sasaran utama mereka ialah penghapusan hak-hak orang Melayu dan yang utamanya ialah hak orang Melayu berpayungkan TUAN Melayu iaitu di bawah Sultan/Raja.

Mari kita tentang mereka agar isu ini jangan sesekali disentuh!
Read Full 7 comments

CALON-CALONYA:SATU PENILAIAN SEMULA

Oleh : SOBRI SUDIN

1. Tahniah di atas komentar dan sikap kepedulian warga marhein yang melayari KEDAH TIMES berhubung calon ADUN dan Parlimen yang sepatutnya mewakili kawasan mereka.

2. Aku percaya seluruh pendokong UMNO dan BN mahukan UMNO dan BN merampas Kembali Kedah dari tangan PAS, PKR dan DAP. PRU 2008 lalu UMNO menang 12 kerusi DUN. Jika digilap 12 yang sedia ada, target 7 lagi maka PRU KE-13, BN akan kembali memerintah. Susah sangatkah nak operate benda tu?

Tapi malang seribu kali malang, time is running out. 3 tahun dibiar masa berlalu, usaha dan tindakan UMNO Kedah seperti ulat bulu, lengai, lembap dan sembam. Tapi masa-masa kecederaan masih ada.  TRANSFORMASIKAN TINDAKAN SEGERA.

3. Namun keinginan rakyat, golongan fence sitters, PEGAWAI kerajaan, pengundi muda dilembapkan oleh kurangnya keghairahan, semangat dan momentum UMNO dan BN Kedah sendiri. Ironinya kita rakyat yang dibawah cukup ambik peduli, tapi mereka-mereka yang dia atas masih syok sendiri.

4. Apa tidaknya negeri jatuh ketangan orang pun tidak memberi bekas kepada mereka. Jawatan ketua Bahagian, Penyelaras DUN dan Parlimen, jawatan ahli lembaga pengarah dan eksekutif di pejabat UMNO, projek lobi sana-sini, kutip toci dan komisyen dari Ah seng, ah yi, dan koi ko ci serta peruntukkan pelbagai terus disimbah dan dilambakkan serba mewah. Mereka hakikatnya tidak rugi sesen pun, malah makin beruntung.

5. Meneliti komentar yang diberikan, tampak jelas UMNO khususnya tidaklah pernah ketandusan calon. Malangnya calon berpotensi terlebih awal dikerat, dicantas sehingga hilang seri.

6. Marilah kita muhasabah diri dan mengajak seluruh barisan pimpinan UMNO baik diperingkat pusat mahupun negeri berfikir tentang perkara berikut.

a) Perlukah calon datangnya dari kalangan yang memegang jawatan dalam hieraki bahagian jika gagal jamin kemenangan?

b) Bolehkah kita asingkan peranan jawatan dalam bahagian dengan adun? Ketua Bahagian urus hal-ehwal parti dan ahli, ADUN urus hal-ehwal keperluan rakyat. Justeru apa kata kita cadangkan dua jawatan berkenaan dipegang oleh dua orang yang berbeza.

c) Perlukah kita buat election diperingkat parti dulu untuk lihat calon mana yang betoi-betoi popular untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihanraya umum atau kecil? Ala-ala sistem di USA, nak jadi Presiden dia kena bertanding dan menang melalui pilihan dalam parti dulu sebelum bertanding untuk dipilih rakyat menentang calon parti lain.

d) Wajar atau tidak nama calon khususnya bagi UMNO kita umum setahun lebih awal sebelum PRU. Agar calon berkenaan dapat turun ke bawah, atur persiapan jentera, menjaga diri dari terlibat dengan kontroversi dan melakukan persiapan terbaik sebelum turun bertanding?


e) Perlukah diwujudkan kriteria khusus melibatkan profail calon, misalnya syarat-syarat tertentu sepertimana kita nak minta kerja dan tapisan ketat dibuat dengan diakhiri dengan temuduga dan sesi perbahasan awam dengan rakyat tempat beliau bakal bertanding?

f) Wajarkah golongan yang dikenalpasti sebagai pensabotaj dan berpotensi sebagai perosak dan pengkhianat parti serta penghasut pengundi, kita kuarantinkan 3 atau 4 bulan sebelum election dan kita hantar mereka semuanya dengan dikawal ketat, diputuskan segala bentuk hubungan mereka dengan pengundi dan ditempatkan mereka itu ke antartika? Ini dinamakan 'covert operation'.

g) Dan wajarkah kita meminta pucuk pimpinan atasan UMNO membuat ketetapan 'SAY NO TO RECYLE CANDIDATE' atau KATAKAN TIDAK PADA CALON KITAR SEMULA.

h) Perlukah calon hanya dihadkan bertanding untuk 3 penggal saja? Namun selepas habis setiap penggal penilaian prestasi yang objektif dibuat. Supaya calon yang menang boleh merancang dan bekerja sebaik mungkin dan tidak ada lagi cita-cita untuk terus jadi calon sehingga ke mati. Ini juga memberi peluang pada muka baru, calon pelbagai untuk mengisi ruang sebagai calon untuk menjadikan kepimpinan lebih dinamik dan berkesan. TAK LA RAKYAT DOK KATA... DOK MUKA TU SAJA.. MACAM ORANG LAIN TAK DAK DAH..

i) Soalan maut: Apa kata, jika majoriti rakyat tak setuju dengan calon dari UMNO yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan atas dasar tak ikut kemahuan rakyat, maka rakyat DAN pengundi calonkan mana-mana individu dari kalangan mereka yang berpotensi menang dan popular dikalangan rakyat sebagai calon bebas. Namun setelah menang, calon tersebut mestilah mengikrar untuk menyokong UMNO dan BN. Mungkin ini saja caranya untuk ajar pimpinan atasan agar pilihlah calon yang pengundi dan rakyat suka.. bukannya pilih calon IKUT SUKA HATI DEPA SAJA...

So.. bagaimana? MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN DAN ANDA SEBAGAI PENGUNDI ADA BERANIKAH?

Read Full 10 comments

CUKUPLAH...JANGAN TERTIPU LAGI!!!

Sabtu, 27 November 2010
Oleh: SOBRI SUDIN

Hari ni jumaat, ramai sanak saudara datang berkumpul di rumah, biasa la dah cuti umum bagi Kedah, maka hari ni la persaudaraan dan silaturahim sesama anak-beradik boleh dirapatkan.Yang jauh kita dekatkan yang dekat sama kita muhibbahkan

Sambil melayan telatah anak buah yang ramai, aku membelek biografi Mahatma Ghandi. Pendekatan politik satyagraha untuk mencapai satyagrahi cukup dikenali seluruh dunia. Pasif resistance and non violence Ghandi jadikan prinsip perjuangan dan amalan sehingga British berjaya dihalau keluar dari India.

Kekuatan Ghandi dlm perjuangan adalah ilmu, keberanian, ketulusan DAN keikhlasan

Agak-agak hangpa kalau tanya Ketua Pemuda UMNO Kedah atau puak pimpinan UMNO Bahagian depa reti dan amal dak pendekatan macam mana di atas?

Tak pa lah bak kata pepatah sudah gharu cendana pulak, dah tahu dok tanya pulak, kita tahu dah jawapannya.

Mahatma Ghandi atau digelar 'Bapu oleh rakyat India tersohor sebagai pejuang kemerdekaan, tapi bila India Merdeka tidak pula dia jadi Perdana Menteri.

Di Kedah pun ada juga tapi bukan BAPU, tapi BAPUK singkatan dari 'Badan Perhubungan Umno Kedah..Jangan marah!!!!!. Ini satu cabaran bukanya satu hinaan. Bangkit la agar jangan lagi jadi BAPUK tapi jadi hero RAKYAT!!!..Ada berani?

Jose Rizal pejuang kemerdekaan Filipina, apa yang tidak dilalui deritanya demi melihat kemerdekaan negara bangsanya.

Dato Onn pengasas UMNO, apa yang dia tak pejuangkan tapi akhirnya mati dlm kemiskinan.

Leftenan Adnan Saidi dari Rejiman askar Melayu luarbiasa keberaniannya, dibenci tentera Jepun sehingga akhirnya dibunuh dengan cara paling barbarian.

P.Ramlee, sentuhan bakat seninya luarbiasa, tapi penghujung riwayatnya dihina masyarakat, namun setelah mati, baru diangkat sebagai seniman Agung dan hingga kini karyanya jadi santapan hiburan seisi keluarga.

Contoh di atas kita baca banyak dalam karya sejarah. Malangnya pembacaan kita sekadar untuk lulus periksa atau syok-syok saja, tapi nilai perjuangan mereka tidak kita pelajari dan cuba terapkan khususnya di kalangan mereka yang bergelar pemimpin.

Mari pula kita amati contoh-contoh pemimpin ini, yang ada di Kedah.

1) Ada seorang pemimpin besar dalam UMNO bahagian, rumah bagaikan mahligai, kereta bersusun panjang, walhal rakyat kawasanya ramai yang papa kedana. Anak pemimpin ini pula pengedar dadah dan yang seorang lagi langgar orang sampai mati. Tapi kerana dia ada kuasa, jawatan tinggi di pejabat PM, anak-anaknya tidak pula didakwa dan ditutup fail kes mereka.

2) Ada seorang lagi pemimpin dari puak sebelah sana (parti roti canai), dulu zaman BN perintah bukan main lagi, isu rasuah la, penyelewengan la, ketelusan la, habis semua dia bantai dan selongkar. Kini tiba giliran dia pegang jawatan besaq dalam kerajaan negeri sebab parti roti canai puak dia menang, habis semua projek printing, cetak, gantung banner, buat CD penerengan, buat bilboard untuk tayang gambar Azizan dia sapu bagi kat company dia yang mana dia ada syernya.

Aku rasa banyak lagi contoh hangpa semua dah lihat dan boleh bagi. Ni bukan soal pemimpin itu dari parti mana tapi soalnya amanah mereka kian dilupa.

Bila jadi ketua mereka nak cepat kaya. Yang diutama projek, bukan rakyat.

Yang didahulukan puak, kroni bukan marhein yang kais pagi makan pagi. Yang mereka perjuangkan tembolok, perut sendiri dan nak tambah bini, bina mahligai serba tinggi, beli LAMBORGINI, bukanya ikhlas memperkasa bangsa sendiri.

Lantas timbullah soal retorik. Mereka cakap berdegar-degar, bom bam bom bam, nasihat dan seru rakyat itu ini, tapi POODAH mereka sendiri bergelumang dengan tahi.

Dua-dua sama saja, baik PAS ataupun UMNO. Sama ada PKR atau DAP.. Kuasa hanya alat untuk mereka jadi kaya. Slogan bela rakyat hanya indah khabar dari rupa.

Bezanya mereka akan guna ideologi dan slogan tertentu untuk kaburi mata rakyat. Modal mereka, duit RM50, beras sekampit, rajin pi makan kenduri, doa tahlil, lebai besaq, jubah labuh, kain pelikat, kain batik, lawatan melancong ke Medan, atau duit shopping masa PERHIMPUNAN AGONG UMNO..

Rakyat berterusan mereka bohongi, puak dibawah bergaduh bagai nak rak tapi elit di atas ketawa terbahak-bahak. Depa sama depa runding-runding untuk agih habuan sampai semua jadi tak ketahuan.

Tapi yang peliknya pengikut boleh taksub, iakan saja apa saja kata pemimpin, tak boleh nilai baik buruk, rakyat tertipu serupa beruk.

Persoalannya sampai bila RAKYAT MARHEIN berterusan nak kena TIPU lagi? Sampai bila? Sampai bila?.

Read Full 10 comments

Ketua-Ketua Bahagian Lapaq Ayaq

Lanie hampa pakat tengok perangai Ketua-ketua Bahagian di Kedah. Lapaq ayaq orang kata. Sanggup beramai-ramai pi KL semata-mata nak tau siapa jadi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang baru. Jangan katalah sebab nak mesyuarat saja tapi yang dok betul-betul nampak depan biji mata ialah sikap gelojoh tak tau nak jaga ayaq muka UMNO. 

Sana sini oghang berkata, tu dia..Hampa nampak dak perangai sebenaq puak yang bergelar Ketua Bahagian? Macam tu nak kata kepimpinan melalui tauladan. Tak dan apa-apa teghejun KL hampir kesemuanya. Oghang kata apa? Oghang nampak depa ni lah yang kuat melobi. Kedah jatuh terkangkang PRU12 sebab sapa? Tu pun ada jugak muka-muka yang buat Kedah kalah dalan mesyuarat? 

Ada yang tak tau malu, tersengih-sengih padahal main duit cukup kuat waktu bertanding dulu. Depan belakang kiri kanan depa huloq janji menang. Duit menang jadi gaya duitlah yang depa bawak. Menyombong tak tentu hala. 

Sana sini dengaq depa dok canang. Naik saja sapa pun kami cantaih. Bukan tunggu naik dah..La la nie pun depa dah buat. 

Aku ghasa, kalau naik jugak 3G jadi Pengerusi, lebih baik Kedah dok bawah PAS tak pa lagi. Sebabnya depa nilah yang awal-awal  suruh Tun Mahathir dipecat dulu semasa krisis Tun M dengan Tun Laahh.

Hampa pikiaq ambiklah..

Mat Sokong Berani Berubah 
MSBB
Read Full 7 comments

DAAAH LAMA DAAAAAH...

Jumaat, 26 November 2010
Oleh:
Sobri Sudin

Petang tadi on the way memandu balik dari SP dengaq pengumuman berita radio, konvensyen BN di KL ditunda ke 4-5 Disember.

Seorang ADUN menalipon aku kemudian katanya, 'kalau saudara nak ikut saya pi sekali ke KL nanti join saya' ada banyak benda  nak bincang bab politik Kedah". Aku., ok saja kebetulan sekarang budak-budak tengah cuti semester

Dlm masa yang sama dapat pulak panggilan talipon dari seorang 'think thank UMNO Malaysia'. Dia bagitau mestyuarat MKT pun tunda ke 30 November pasai kematian mendiang Lim Chong Eu,(takziah untuk keluarga mendiang).

Aku tanya lagi, 'takan nak bagitau yang tu saja?. Dia jawab, 'dak, ada lagi, semuanya tentang keteloi UMNO Kedah yang dok pulun lobi jawatan Pengerusi UMNO Kedah.

Dia bagitau kalau ikut asessment Tok Najib sorang pun Ketua UMNO Bahagian di Kedah tak layak dan tak mampu tanggung misi untuk lead UMNO Kedah to wrest back KEDAH from PAS.

Tapi lantikan baru tetap kena dibuat. Congak punya congak aku tanya, 'sapa yang dok pulun lobi sangat?, depa yang lobi tu dah ukur ka baju dibadan kediri?

Depa nak jadi Pengerusi UMNO Kedah pasai syok dengan jawatan atau betoi-betoi nak buat kerja? Depa takat nak jadi Pengerusi UMNO atau betoi-betoi nak berjuang bagi menang election?.

Ikut maklumat think thank UMNO HQ yang pernah kerja di bawah aku dulu dia kata antara yang geli sangat, Tok Li Brahim(Pegawai Khas PM- dia ni dulu Posmen), Tok Mat Sudin, Dato Tajul Urus, Dato Rozai Safian, Dato Badarudin(tukang buat lawak dulunya dalam PERGONG), si TAJUDIDN, ADUN Belantik pun nak. Calon-calon lain yang turut dok lobi aku rasa hangpa tau sapa. Tok sah sebut la, malu kedunia kata orang Kedah.

Tok Mat Sudin sampai sanggup ikut Najib dan Rosmah ke hulu ke hilir..dia lobi sampai tahap kalau tak dapat jawatan Pengerusi, jawatan Timbalan Pengerusi pun tak pa.

La..aku kata dunia nak kiamat dah..menatang apa ni?

Puak yang disebut nama tu semua ada jawatan penting di bahagian.Pebetoi dulu masalah dibahagian, cermin-cermin la dulu diri anda(kata Aziz Desa).

Betoi telahan orang ramai..sampai sudah.. kelaku UMNO Kedah takan berubah..kalau kiamat sekalipun puak yang dok ada yang dah layak menghuni muzium purba tetap akan kata, 'JAWATAN KETUA AKU YANG PUNYA'..'

Kalah election pun tak pa, negeri terlepas kat orang pun tak pa, prestasi dan rekod kerja buruk pun tak pa..rakyat meluat pun tak pa.. yang penting aku menang jadi KETUA.

'KETUA KEPALA BAPAK HANGPA'..Sudah-sudahla..nak jadi apa lagu ni?..buat malu kat orang Kedah saja..sudah-sudahla tu..TUAN-TUAN SEMUA..Ibarat kata Tun Mahathir..DAAAH LAMAAAA DAAAH!!!!!

Kawan-kawan..cuba hangpa habaq kat aku sat macam mana nak bagi puak ni sedaq..pakat tolong sat..koi mengarut dan caca merba dah ni..

Read Full 25 comments

Paip Keluar Angin, SADA Buat Bodoh

Telah masuk hari ketiga, air di beberapa kawasan di daerah Pendang terputus. Antara kawasan yang terjejas ialah pekan Tanah Merah dan beberapa buah kampung sekitarnya. Ketiadaan bekalan air ini telah menyebabkan aktiviti kehidupan penduduk di kawasan tersebut menjadi sangat sukar. Apatah lagi, tiada notis ketiadaan bekalan air yang memungkin persediaan dibuat.

Kalau ada yang disambungkan bekalan sekalipun,  airnya berwarna karat dan berbuih dan tidak meyakinkan untuk dijadikan air minuman.

Telah banyak laporan dibuat, namun laporan-laporan yang tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan, malah tidak ada tindakan dari pihak SADA untuk membekalkan air melalui lori tangki atau pun tong-tong. SADA buah taktau saja, maklum lah orang kampung yang komplen.

Kalau yang komplen tu industri di Hi-Tech kot la depa boleh layan sikit. Malah dengar kata, pasal harga air pun SADA dok bincang dengan Industri. Dengan orang kampung, minta maaf la, bincang pun tak dak.

Kalau semasa menaikkan harga air, bukan main lagi SADA mempamerkan poster tong hitam, kononnya harga air yang dibekalkan SADA masih murah, dan kenaikan harga adalah bagi meningkatkan kualiti bekalan air.

Malangnya, kalau dulu, kawasan kawasan kampung yang tidak pernah terjejas oleh ketiadaan bekalan air kini menghadapi masalah keputusan bekalan air bukan sejam dua, malah berhari-hari. Ianya diselang-selikan dengan bekalan air karat dan berbuih.

Setelah laporan kepada SADA tidak, dilayan, penduduk terpinga-pinga kemana hendak diluahkan ketidak puasan hati mereka. Kerana kalau ditujukan kepada Ustaz Azizan, jawapan yang sudah dijangkakan ialah " tak tau, mana saya tau, ini kerja SADA"

Sekarang ini dikampung-kampung, protes kenaikan harga air semakin memuncak, ditambah dengan kerapnya bekalan terputus.

Depa kata, kalau harga minyak naik, orang yang naik gerek tak kena tempias, tapi kalau harga air naik, yang dok kayuh gerek pun kena tempias sebab semua orang minum air. Ini bahasa orang kampung la, depa tak pandai nak cakap pasai Indeks harga penguna dan jargon-jargon seumpamanya.

Nampaknya, rakyat semakin tidak sejahtera walapun slogan Kedah Sejahtera semakin kerap dilaungkan.


dialek Kedah: Gerek = Basikal
Read Full 5 comments

CALON-CALONNYA...

Oleh: Sobri Sudin

Ramai yang bertanya pada aku dua tiga hari ni termasuk SB Bukit Aman, MIO, MKN dan banyak lagi agensi tentang latest reading berkenaan politik Kedah.

Jawapan aku cukup mudah, "the chances is still there". Aku bagi 50-50 bila membicarakan peluang UMNO dan PAS di Kedah.

Namun dalam kajian sains politik, kaedah sympton and caused lazimnya digunakan untuk meneliti peluang sesebuah parti untuk menang election.

At the national level, betul banyak transformasi telah dilakukan, but at the state and divisonal level masih banyak kerja perlu dilakukan.

Dlm konteks gerakerja pilihanraya tiga perkara utama perlu diberi perhatian untuk meluaskan potensi UMNO menang.

1. Calon
2. Gerakerja
3. Isu

Sempena hari raya korban, aku nak sentuh dulu bab calon, base on survey yang aku conduct libatkan seramai 3,276 responden, (berumur 21-40 tahun) 89.16% memilih calon yang memiliki empat kriteria berikut:
a-anak tempatan
b-bebas dari kontroversi (maknanya ada integriti), tapi nak cari 100 peratus yang maksum dan tak pernah buat dosa atau salah silap masa lalu amat susah la.
c-latarbelakang pendidikan dan agama yang baik
d-kebolehan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan

Banyak lagi kriteria lain yang responden nak, tapi empat itu yang utama berdasarkan maklumbalas borang soal-selidik yang aku dapat.

Namun dlm perkiraan mudah dan untuk analisis yang lebih straight forward kita patut rumuskan calon yang perlu diletakkan oleh UMNO Kedah ialah dari kalangan yang disukai lebih 51% pengundi di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.Ini menepati dengan amalan simple majority yang diamalkan dalam kes pilihanraya di Malaysia. Lebih satu undi pun kira menang.

Kalau tukang sapu sampah sekalipun, jika rakyat dikawasan tu dah suka kat dia dan dia boleh pastikan UMNO menang maka kena letakkan si tukang sapu sebagai calon.

Dlm konteks dapatan kajian yang dibuat juga,analisis mendapati faktor jawatan dlm bahagian ataupun faktor lain tidak cukup signifikan bagi responden. Mereka mahukan wakil rakyat yang boleh perform, beri khidmat, mesra rakyat, tidak sombong, sentiasa dilihat bersama rakyat, mudah ditemui, hidup sederhana dan ringan tulang.

Justeru mari kita amati satu persatu siapa calon-calonya yang berupaya menang di 36 kerusi DUN dan 15 Parlimen di Kedah untuk next general election.

Kawan-kawan tolong pakat bagi nama sat, beserta justifikasi. Aku nak tengok tele tak tele dng hasil respon yang telah diberikan responden.Bukan apa mungkin kita boleh buat satu rumusan dan penilaian dlm beroleh keputusan samada Kedah mampu diambil balik ataupun tidak dari PAS. Kalau boleh bagi ikut DUN dulu, kerusi dimana UMNO bertanding sahaja.. Silakan menamakan calon-calon anda. ANDA BUAT ANDA DAPAT..

Kedahtimes:
Artikel ini akan di'sticky" sehingga 26 November bagi mendapatkan response dari pelayar-pelayar di Kedahtimes. Komen adalah dialu-alukan.
Read Full 64 comments

Tun Dr. Lim Chong Eu : by Tun Dr Mahathir

Khamis, 25 November 2010
1. We know that we must all leave this life one day. But knowing the inevitabilty of death cannot stop us from grieving over the passage of a great man, no matter how long he may have lived.

2. As a nationalist, as a friend, as a compatriot, I feel saddened by the passage from this life of Tun Dr Lim Chong Eu.

3. Except for Tun Razak, Tun Lim contributed most to the formation of the National Front, the coalition which succeeded the Alliance, ruled and developed Malaysia until today. He responded postively to the proposal by Tun Razak to rejoin the coalition for the good of Malaysia. He rose above many of the grievances which had led him to leave the MCA, to become a junior partner even though he had been victorious. He was content to be just a Chief Minister of Penang.
4.It was as a Chief Minister that he made Foreign Direct Investment a by-word in Malaysia and perhaps in the world. He brought the first foreign investments in electronics to Penang. It was the best thing for overcoming unemploymnet which had plagued Malaysia till then.

5. It was he who made the Penang the centre for the transformation of Malaysia into an industrial nation. Towards this end he was tireless, almost single-handedly contacting and persuading foreign industrialists to invest in the new electronics industry. So successfull was he that very quickly Penang was short of workers and other states benefitted from his effort at creating employment.

6. I worked closely with Tun Lim and always found him open to proposals on the development of Penang and Malaysia. When he lost in the 1990 elections, it came as a shock to me. I had thought that the people of Penang would remember his services and overcome partisan sentiments. But I suppose I was hoping for far too much.

7. Malaysia, and I dare say Penang, has lost a great leader with the passing away of Tun Dr Lim Ching Eu.

8. I offer my condolences to Toh Puan Goh Sing Yeng and all the members of Tun Lim's family.

Rest in Peace.


dipetik dari blog chedet.

Kedahtimes:
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Juga.
Read Full 1 comments

Ku Tujukan lagu ini untuk Mu

Sekian lama kita dihidangkan dengan penulisan, gambar-gambar dan video tentang ketua UMUM PKR yang kononnya membawa politik baru, era baru serta harapan baru kepada semua rakyat Malaysia.

Anwar yang  sentiasa dengan idealisma gila dan banyak kontroversi termasuk kesah kehidupun seks nya menjadi hiburan serta juga pujaan kepada pihak-pihak tertentu.

Kini hebuh dengan partinya yang disertai oleh ramai hantu-hantu yang mungkin boleh bantu Anwar ke Putrajaya, yang penuh dengan peristiwa lucu, menarik, bodoh dan pelbagai lagi perkataan yang boleh diungkapkan, melantik mereka-mereka yang bakal menguruskannya. Heboh bukan dibawa oleh bukan ahli tetapi ahli mereka sendiri. 

Kepada Anwar yang tidak pernah bertanding apa-apa jawatan dalam PKR ... mungkin belum menjadi ahli agaknya ... atau ahli hantu jer... SEDARLAH bahawa jawatan yang dipegangpun tida pernah wujud dalam carta dan perlembagaan PKR. Macamana segala mesyuarat-mesyuarat parti keputusan boleh dibuat oleh orang yang tidak memegang jawatan apapun; bahkan keahlian mash menjadi tandatanya.

Tak mahu Kedah Times cerita panjang lagi .....
TERIMALAH LAGUKU UNTUKMU...


Read Full 1 comments

Umno Kedah Memerlukan Pemimpin Berani

Setelah jatuh merudum dan dipaksa rakyat meninggalkan kerusi empuk pemerintahan kerajaan negeri, Umno Kedah perlu melihat kembali kedalam parti itu untuk mencari apakah puncanya.

Semua rakyat Kedah tahu, bukan PAS, bukan PKR atau DAP yang menjadi pilihan menjadi kerajaan yang memerintah negeri Darul Aman itu. Pakatan Rakyat yang bukan pilihan rakyat, malah mereka hanyalah pak sanggup yang diletakkan oleh rakyat Kedah bagi memberi mesej jelas kepada Umno dan Umno Kedah khasnya bahawa jangan mengambil amanah rakyat sebagai harta warisan dan boleh dibuat sesuka hati.

Jangan sama sekali menganggap bahawa rakyat Kedah tidak mengerti apa-apa, maka dengan itu Umno boleh berbuat sesuka hati, demi kelangsungan jawatan didalam parti.

Rakyat Kedah juga memberi mesej jelas bahawa kuasa dan jawatan dalam pentadbiran Kedah adalah ditangan rakyat, dan bukan ditangan presiden Umno. Oleh itu sikap membodek Abdullah Badawi secara melampau tidak dapat diterima sama sekali.

Pada ketika rakyat cuba diperbodohkan oleh rejim Abdullah Badawi melalui arahan terus Khairy Jamaludin, suara protes dari rakyat begitu ketara, namun ditebat oleh pemimpin-pemimpin Umno agar semuanya kelihatan baik, dan apa sahaja yang dibuat oleh paklah melalui arahan terus Khairy Jamaludin akan dijawab dengan dua patah perkataan iaitu "saya sokong".

Pada ketika itu, tiada pemimpin Umno Kedah yang sudah ada nama berani mempertaruhkan jawatan mereka untuk membawa suara rakyat, kecuali seorang anak muda berdarah pemimpin bernama Mukhriz. Walaupun kalah dengan begitu teruk, mereka yang takut hilang jawatan (walaupun sebenarnya telah hilang) tetap cuba.

Kini setelah Abdullah Badawi di undurkan, dan beberapa pilihanraya kecil memberi harapan bahawa sokongan sudah kembali kepada BN, maka usaha-usaha memastikan jawatan-jawatan dalam Umno dipegang kukuh agar hasilnya dapat dituai dengan kemenangan BN didalam PRU-13 semakin giat dijalankan.

Malah pihak yang giat ini lupa bahawa mereka adalah faktor penyumbang utama kejatuhan Umno di Kedah.

Umno Kedah mestilah diterajui oleh seorang pemimpin yang berani, bijak dan berpengetahuan selain ilmu politik pijak memijak.

Kedah Times ada menyiarkan surat rayuan supaya PM mengambilkira individu ini sebagai pemimpin yang patut dipilih menerajui Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Tidak lupa juga beberapa artikel yang dinukilkan yang merujuk kepada individu tersebut seperti disini, disini. Serta banyak lagi penulisan yang meluahkan hasrat akar umbi untuk individu berkenaan menerajui UMNO Kedah.

Harapan rakyat Kedah agar ianya menjadi kenyataan jika benar pada 26 Nov 2010 ini bakal ada rombakan jawatan untuk perhubungan Negeri Kedah. InsyaAllah, Kedah akan kembali ke tangan UMNO.


KEDAH TIMES : Kedah Times ingin mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Datuk Mukhriz. Semoga lebih bersemangat dan ceria dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tidak lupa dan mungkin tidak terlewat juga Kedah Times ingin mengucapkan Selamat Hari jadi kepada Datuk. Selamat maju Jaya
Read Full 0 comments

LA..!!! TAK BERUBAH JUGAK

Oleh: SOBRI SUDIN

 Hari ini 24 November, Kedah agak sunyi. Ramai pemimpin besar UMNO berbondong-bondong ke KL. Puncanya 26 November, PM akan umum Pengerusi UMNO yang baru bagi beberapa buah negeri termasuk Kedah. Ini sebahagian dari janji Najib semasa penggulungan PERGONG yang lalu. Punca ramai pemimpin UMNO Bahagian di Kedah ke KL lebih awal bukan pasai nak study apa yang boleh disumbang dalam KONVENSYEN BN 27-28 NOVEMBER ni di Dewan Lee San Chon Wisma MCA. Tapi depa pakat nak pulun sapa dulu nak cium tangan Pengerusi UMNO Kedah yang baru.

Begitulah, jenuh kita nasihat, penat kita menulis, berkomentar, berbincang, tegur cara bersemuka, buat demo depan pejabat UMNO, berjumpa dgn pemimpin besar UMNO Kedah tapi nampaknya tak banyak berubah, perangai tetap macam dulu, kekal seolah-olah Kedah depa masih perintah.

Kepala aku pula mula rasa pening-pening, banyak sangat makan gulai daging start raya korban hari tu sehinggalah ke saat ini, maklumlah cuti sekolah dah start, so banyak majlis walimatul urus yang harus dihadiri.

YB-YB juga tak menang tangan, poket kian kering kerana semuanya harus dihulur, apatah lagi jika kenduri melibatkan rumah JKKP. Jika sebuah rumah RM100, 10 buah rumah sehari sudah RM1 ribu. Aku pernah ikut seorang YB semasa buat kajian tinjauan dan dengan aku sekali pi makan kenduri di 12 buah rumah dalam masa sehari. Keesokannya tekanan darah mula meningkat bila dibuat pemeriksaan doktor dengan doktor peribadi aku DR HAZIQ - anak DR HJ AYAZ (Klinik Rakyat Jalan Teluk Wanjah).

Zaman sekarang makmur sungguh, kenduri masuk jawi pun sembelih lembu dua ekor, tanda ekonomi orang kampung kian gah kesan kenaikan getah sekerap RM6 sekilo.

Kebelakangan ni juga aku tengok ramai sungguh pemimpin BN nak jadi hero, sua muka, gila mikrofon, umum macam-macam utuk mangsa banjir. Ustaz azizan senyum saja, dia tau UMNO dan BN Kedah koi mengelonsor nak masuk dalam ayaq bah sama. Apa tidaknya pengumuman demi pengumuman jika tidak disusuli dengan tindakan akhirnya akan menyebabkan mangsa banjir mencapai rumusan , 'tu di puak BN mohong kita lagi'.

Jadi kita nak pesan, biar la benda dah ada, confirm dah federal government lulus, bagi terus kat rakyat mangsa banjir lepas tu nak umum, umum la dalam tv mana pun, paper mana pun. Jangan la semua benda yang kita buat akhirnya jadi backfire pada UMNO dan BN. Niat baik tapi cara salah.

Dua hari yang lalu pula semasa berkunjung ziarah tengok saudara sebelah pak menakan aku sakit nu di NAKA nu, semasa singgah di pekan Kuala Nerang aku terjerembak dengan bekas anak murid aku dulu di UUM. Mat Khaire Mat Isa - dia ni budak hutan kampung. Bagus budak ni, taat, rajin dan tak dak hanky panky.

La dah jadi PENGURUS PUSAT GIAT MARA DAERAH (bangga la anak murid kita jadi orang besaq). Dah terjumpa dia mengadu kat aku, 'TUAN, badrul ketua pemuda Kedah ugut nak tukar saya pasai kes saya buat program servis motosikal percuma untuk mangsa banjir dengan kerjasama ADUN UMNO Dato Syed Sobri di Pusat Khidmat Kuala Nerang" getus hatinya dengan muka agak pucat.

Aku tanya dia pasai apa Badrol kata lagu tu, Mat Khairee jawab, pasai Badrol marah program SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA tu tak pi mengadap dia dulu sebagai KETUA PEMUDA KEDAH DAN PDG TERAP. Hakikatnya si Mat khaire ni dah berpuluh kali call si BAD dan cari si BAD ni rata nak maklum pasai program tu dan nak jemput pemuda sekali untuk join, tapi BAD tak layan.

Aku tanya si MAT Khaire balik, 'sejak bila BAD jadi KETUA PENGARAH ATAU MENTERI MARA YANG NAK ARAH SAUDARA PI MENGADAP DIA'? Aku tanya lagi 'Who is your immediate bos?'. PENGARAH MARA negeri jawabnya, kalau yang lagi tinggi? KETUA PENGARAH MARA, spontan khaire menjawab. Makin pandai anak murid aku ni.. Dulu masa di UUM dia antara pelajaq yang paling tak berapa berani nak jawab bila aku bertanya.

Aku bagitau pada Mat Khaire, sepatutnya sebagai KETUA PEMUDA dia KENA hormatkan KHAIRIE sebagai PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A, bukan pulak dok maki, patutnya cari jalan terbaik untuk kerjasama. Aku kata lagi pada dia, suruh la BADROL tunjuk kuasa dia takat mana, kalau dia berani nak tukaq orang hanya kerana kerja baik yang dah buat, silakan, tapi bagitau BADROL, politik cara ugut samseng kampung dusun dah tak jalan zaman la ni.

Itu politik spesis dinosour bahlol macam si BAD dan rakan rakan sekapal dengannya. Aku pesan pada anak murid aku lagi, "Khairie u ada degree, lepas ni u nak ambil master pulak, TOK SAH dok layan la sangat dengan marah orang bodoh macam BADROL yang hanya lulus SRP.. Kalau u layan, u pun setaraf dan sekelompok dengan dia'. Apakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak'?.. Persoalan ini Allah s.w.t turut berkalam di dalam kitab suci Al-Quran.

Dan tipikal attitude begini dan sikap yang entah apa-apa sudah menjadi satu virus yang kian merebak menanah dalam diri pemimpin UMNO di mana saja, di semua peringkat. Tampaknya penyakit sebegini juga sudah berjangkit pada pimpinan PAS, PKR dan DAP sejak puak ini berjaya kuasai beberapa buah negeri.

ISUNYA yang jadi mangsa rakyat dan golongan marhein.. Mereka yang di atas terus dengan gila kuasa, gila harta, kejar pangkat, isi tembolok, mahu penuhi kemahuan dan agenda peribadi. Sedang yang dibawah terus merana dihimpit pelbagai cerita.. Entahlah.. lantas kita perlu bertanya MASIH ADAKAH CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG?.. AGAR PEMIMPIN SEJATI YANG LEBIH MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT DAPAT KITA TEMUI.

Terima kasih kepada para netter yang telah memberikan komen pelbagai berhubung artikel aku yang disticky cukup lama oleh KEDAH TIMES (artikel CALON-CALONYA).. Insya Allah aku akan berikan ulasan pada minggu depan pada semua komentar yang diberikan.

BERDERAU BERSAMA ARUS RAKYAT
Formulasikan M-21(Nak tau apa dia nanti aku bagitau)
Read Full 9 comments

Lagi Gegaran Dalam PKR!!!

Rabu, 24 November 2010
Antara Penipuan PKR
Belum pun pulih dari trauma perletakan jawatan Zaid Ibrahim dan krisis pemilihan paling kotor dalam sejarah  mana-mana parti politik negara, seorang lagi pemimpin kanan PKR yang merupakan tokoh hebat reformasi akan keluar dari PKR dalam masa terdekat.

Pemimpin reformasi ini akan mengistiharkan keluar parti dalam masa terdekat akibat sudah muak dengan penipuan dan permainan politik kotor dalm PKR termasuk Anwar.

Keluarnya satu demi satu pemimpin kanan PKR, yang terbaru adalah Zaid Ibrahim, menandakan hayat PKR semakin hampir dipenghujungnya. 

PKR yang ghairah mahu mentalkinkan Umno perlu memikirkan semula, kini siapa yang bakal ditalkinkan.
Read Full 1 comments

Banjir: Azizan Kata Terima Kasih, Exco Beri Amaran

Ustaz Azizan diberitakan berterimakasih kepada kerajaan pusat atas bantuan banjir yang dihulurkan oleh kerajaan pusat, walaupun sebelum ini menyerang pemberita sebuah stesyen television agar membuktikan apa bantuan yang telah dibuat oleh kerajaan pusat.

Sementara itu, Ir Phahrorazi mengakui bahawa kerajaan negeri tidak merancang menghulurkan sebarang bantuan selepas banjir. Ini sebagaimana dibentangkan dalam bajet baru-baru ini, dimana tiada langsung peruntukan untuk bantuan kepada mangsa selepas banjir.

Bantuan yang mampu dihulurkan oleh kerajaan negeri hanyalah dalam bentuk amaran kepada kerajaan pusat agar menunaikan janji yang ditaburkan dan tidak pilih kasih.

Sementara itu, Ir Amiruddin pula berkata mereka (exco) lebih banyak berdiam diri dalam isu banjir bagi memastikan bahawa  mereka lebih bekerja dari bercakap.



ALOR SETAR 24 Nov. - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berterima kasih kepada kerajaan pusat dan agensi-agensinya kerana bantuan yang diberi ketika banjir teruk melanda negeri ini baru-baru ini dan juga bantuan pasca banjir.

Bagaimanapun beliau agak terkilan kerana bantuan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri atau diselaraskan dengan usaha bantuan kerajaan negeri sehingga menyebabkan timbul dakwaan kerajaan negeri lepas tangan dan tidak menghulurkan bantuan.
Beliau berkata, di peringkat negeri, pengerusi jawatankuasa bencana adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan segala bentuk bantuan sepatutnya dimaklumkan bagi mengelak pertindihan bantuan.

"Walaupun pusat beri bantuan, saya tidak lepas tangan. Ramai tidak tahu bahawa kami juga menyalurkan bantuan sebanyak RM2 juta yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah agensi pusat,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang bagi digunakan jika banjir berlaku tetapi kerajaan negeri berhadapan dengan kekangan peralatan dan logistik dalam membantu mangsa banjir. 
- Bernama


 
 
Ir Phahrolrazi berkata, di pihak Kerajaan Negeri, janji bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan pembentangan Bajet Kerajaan Negeri 2011 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) terdahulu.

Menurutnya, tiada peruntukan tambahan yang disalurkan kerana fokus Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada mangsa banjir sewaktu banjir semata-mata.

“Kini, giliran Kerajaan Pusat untuk menunaikan tanggungjawab mereka membantu mangsa selepas bencana banjir selesai dan saya harap bantuan disampaikan tanpa ada sikap pilih kasih,”katanya
Read Full 6 comments

Hari Ini Dalam Sejarah: Tun Tewas Di Kubang Pasu

Selasa, 23 November 2010

Setelah 22 tahun berkhidmat sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir tewas dalam pemilihan perwakilan keperhimpunan agung 2006 di bahagian beliau sendiri.


Beliau bukan tewas bertanding sebagai ketua bahagian, tetapi tewas bertanding hanya sebagai calon wakil keperhimpunan agung 2006.

Walaupun Umno Kubang Pasu (baca Umno Kedah) mahu rakyat melupakan peristiwa ini, kesannya tidak dapat dihapuskan lagi, iaitu jika Umno tidak mengenang pemimpin yang banyak berjasa, Umno sendiri akan dihumbankan kedalam longkang.

Mac 2008, tidak sampai dua tahun selepas itu, pemimpin Umno Kedah yang berpakat menghina Tun Mahathir menerima penangannya. PRU12 telah menyahkan UMNO Kedah dari pemerintahan Kedah. Inilah akibatnya jika pemimpin lupa diri.

Semasa Tun tidak berkuasa, kita boleh mendengar pelbagai statement dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah tentang TUN DRM. Ada yang menyuruh TUN DRM berhenti jadi penasihat Langkawi, dan pelbagai lagi statement dari Johari Baharom, Nawawi, Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dan lain-lain.

Kepada mereka, rakyat tidak mudah lupa. Melayu tidak mudah lupa jika pemimpin besar mereka dihina. 

2008 adalah hasil dari keegoan mereka menewaskan TUN DRM. TUN DRM hanya berhasrat untuk ke PAU tetapi mereka lakukan seoalah-olah TUN DRM hendak merampas kuasa. Kenapa tidak saja beri peluang tanpa perlu bertanding?

Inilah keegoan pemimpin UMNO Kedah yang sehingga hari ini masih tidur (seperti yang dinukilkan oleh Tok Cha). Apakah perlu seseorang seperti TUN untuk membangunkan mereka?

Atau kerana Persekutuan terlalu banyak menyalurkan peruntukan berbanding semasa memereintah Kedah dulu? 

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah, tidak rugi jika kita menghormati TUN DRM. Jika perlu dapatkan nasihat atau pandangan beliau bagaimana untuk menawan kembali Kedah. Bentangkan strategi-strategi rahsia yang masih tidak diketahui sesiapa kepadanya untuk mendapat komen dan pandangan.

Ayuh, kita gegarkan Kerajaan PAS dan kembalikan Kedah kepada UMNO.
Read Full 8 comments

Lepas Naik Ayaq... Ayaq Naik

Isnin, 22 November 2010
Read Full 2 comments

DATO BASHAH MEMANG ADA CLAS

email pembaca: Zubier Abdul Rahman

Saya nak ucap tahniah in advance kat Dato Bashah. Kata la apa pun kat dia, tapi nampaknya bahasa badan, karisma Mat Bashah untuk jadi Pengerusi UMNO Kedah cukup terserlah.

Memang betoi, isu ayaq bah yang landa Kedah baru-baru ni berjaya mengangkat imej Mat Bashah.


Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Taman Wira jarang dijengok oleh Mat Bashah tambahan lagi saya antara di black list oleh beliau sebab ikut Sobri Sudin buat demo depan pejabat UMNO minta UMNO Kedah jangan tidur lagi tapi saya tetap hotmatkannya sebab dia Ketua saya.


Prinsip orang Islam, bila orang lain jadi imam kita jadi makmun, dan kebetulan tengahri tadi tengah makan nasik lemak Majid di lorong pintu sepuluh dengan SS, Man Pendang dan Man Tok Pin tiba-tiba terpacul BMW kolor hitam.


Kelibat Bashah terpacul dan dengan penuh mesra dia pun join meja kami makan.


Dia tak ambil pot pun dengan apa yang saya pernah buat mungkin berkat keikhlasan hati saya dan kawan-kawan dlm BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH. Sebab tujuan kami bukan nak malukan sapa-sapa. Kami buat sebab tak dak cara lain dah untuk gerak UMNO dari tidoq yang panjang selama 3 tahun.


Sambil makan saya ucap tahniah pada Mat Bashah. Dia terkejut lalu saya kata 'tahniah mana la tau rezeki Dato jadi Pengerusi UMNO Kedah yang baru'. Faktor seniority pengalaman Mat Bashah kita tak leh tolak ketepi.


Cuma kita minta Mat Bashah peka dengan apa yang dibuat oleh tingkat 6 dan 7. Dia akui ada kelamahan sana sini dan dia janji akan ada perubahan dlm pengurusan.


Mat Bashah juga akui kemelut setiap UMNO Bahagian lah punca UMNO kalah dlm election dulu.


Bagus la kalau sedaq apa puncanya, cumanya saya nak minta Mat Bashah selaku KETUA UMNO BAHAGIAN saya jika ditakdirkan jadi Pengerusi UMNO Kedah dapat menterjemahkan pengakuannya dlm bentuk tindakan.


Bukan susah UMNO Kedah nak menang, kerusi minimun yang diperlukan hanyalah 19 DUN untuk tubuh kerajaan.


Cuma saya mintak Mat Bashah fahamkan pada semua pimpinan di bahagian dan cawangan bahawa:

1) UMNO bukan lagi kerajaan tapi pembangkang
2) UMNO kena kefrja kuat bukan makan dan lena kuat
3) UMNO kena lebih banyak sikap sukarela bukan buat kelaku tak pa saja.
4) UMNO kena perang dengan musuh iaitu PAS, PKR dan DAP bukan perang sama sendiri
5) UMNO kena cari ramai kawan bukan musuh
6) UMNO kena jadi lebih merakyat bukan sombong dgn masyarakat

Apapun sekali lagi tahniah untuk Mat Bashah ketua UMNO Bahagian saya kalau-kalau dia terlantik jadi Pengerusi UMNO Kedah yang baru. Mat Bashah kena berani, berani bertindak untuk kebaikan Kedah.Jangan la pulak Mat Bashah pun sama mcm orang lain, pegang jwtn sekadar panaskan kerusi, buatlah jasa, berilah bakti.

Zubier Abdul Rahman
Ketua Pemuda Taman Wira, Blok B
Read Full 10 comments

RAYA BESAQ DAH NAK MAI

Tok Cha menulis:

1. Tok tak faham pasai apa yang Din Puduraya(Naib Presiden PAS) dok pertikai bab tarikh hari raya haji yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan rukyah dan hisab. Consensus nak capai penentuan tarikh mesti melalui beberapa prosedur yang ketat, dimuzakarah antara semua mufti, sebelum dimukamadkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam negeri-negeri. Bukan ayaq Din Puduraya penuh naik kepala kot pasai skandal dia dengan bini orang di Hotel Puduraya dah terdedah.

2. Apapun jua perbezaan tarikh hari raya kerana perbezaan masa, hari dan jam, inilah hikmahnya kenapa Allah s.w.t menjadikan sehari ada 24 jam, agar laungan takbir, tahmid dan tasbih menyebut namanya dapat dikumandangkan selalu di seluruh pelusuk dunia, ini pun nak kena tarbiyah puak PAS pelacur agama ka?

3. Kita tinggal dulu bab raya haji sebab setiap tahun akan ada raya haji.

4. Bab yang tidak kurang penting ialah RAYA BESAQ pilih kerajaan yang datang 4 atau 5 tahun sekali...  PILIHANRAYA UMUM

5. SPR dah siap sedia, semua agensi dah siap sedia, jentera kerajaan dah siap sedia, agensi media sudah 3 kali mesyuarat khas dikalangan Chief Editor untuk diberi taklimat tentang jadual tugas pilihanraya.

6. Anggota keselamatan seperti POLIS DAN ATM juga sudah diarah bersiap sedia.

7 Konvensyen BN Malaysia 26 November ni akan memuktamadkan semuanya. Senarai calon MCA, MIC, PPP dan komponen di Sabah dan Sarawak juga dah sedia.

8. Agak-agaknya UMNO Kedah dah sedia ka?

Tok Cha- sentiasa siap sedia sepanjang masa
Read Full 2 comments

BAJET 2011,DEFISIT RM 19 JUTA ATAU RM 366,347,539!!!!

YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman telah membentang Bajet tahun 2011 pada 14 Nov 2010, ucapan pembentangannya cukup ringkas dan hanya mengambil masa kurang lebih 30 minit. Berikut adalah ringkasan bajet 2011 untuk menjadikan Negeri Kedah sebuah negeri yang Aman lagi Sejahtera :

1. Jumlah Bajet 2011                 RM 887,931,019.00

2. Belanja Mengurus                  RM 541, 530,809.00

3. Perbelanjaan Pembangunan   RM 296,400,170.00

4. Perbelanjaan Perbekalan Air    RM 50,000,040.00

5.  Jumlah Besar                        RM 887,931,019.00

Dari mana wang ini bakal diperolihi :

1.Anggaran Hasil Kerajaan         RM 521,583,480.00

2.Ianya terdiri dari hasil cukai sebanyak 54 %, terimaan bukan hasil 34 % dan hasil bukan cukai 12 %.

Jika ditolak jumlah Bajet 2011 (RM 887,931,019.00 dengan Anggaran Hasil Kerajaan RM 521,583,480.00 ianya akan terdapat Defisit sebanyak RM 366,347,539.00).

Anehnya YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah menyatakan yang Negeri Kedah akan menghadapi Defisit 2011 sebanyak RM 19 Juta sahaja berbanding RM 16 Juta pada tahun 2010.

Persoalan yang perlu dijawab oleh YAB Dato Seri Menteri Besar ialah kenapa Defisit hanya RM 19 juta, siapa atau Kerajaan mana yang menanggung baki Defisit sebanyak RM 347,347,539.00.

Kemungkinan besar ada sebuah Kerajaan lain atau sebuah syarikat korporat yang cukup hebat yang dimiliki oleh kerajaan Pas yang telah sanggup membiayai semua defisit ini! Jika benar amat bertuahlah Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan jika banjir besar kali kedua datang melanda lagi maka Kedah tidak akan menghadapi sebarang masaalah untuk menghulur bantuan kepada semua mangsa mangsa banjir dan RTM, TV3,Utusan Malaysia tidak perlu melapor perkara perkara buruk yang berlaku dipusat pusat penempatan banjir.

I Melayu.
Read Full 6 comments

EKSKLUSIF : PAS PUNCA SEBENAR PERISTIWA MEMALI 25 TAHUN LALU

Sabtu, 20 November 2010

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali.

Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.

Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.

Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadikan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata". Sumber: sini

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7.April.1981 di Kg Banggol Peradong ,Kuala Trengganu yang berbunyi,

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.

Itulah politik kotor , politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno. Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah, ketayap, serban , janggut , tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut. Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa, kerana apa ? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.

Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka.

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.

Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.

Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang.

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...

Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.

Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.

Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari ini berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.

sumber : RBF
Read Full 13 comments

KOI NAK JADI CELARU DAH NI

Jumaat, 19 November 2010
Tok Cha menulis:

1. Siapa blogger yang dibayar UMNO Kedah dan jadi gergaji banyak mata, Tok akan dedahkan kemudian. Tok nak tengok cara DATO IR NAWAWI pukul gendang dulu. Baru tiga hari lepas di Wisma Darul Aman Tok IR NAWAWI offer nak bayar kat cicit kawan Tok untuk maintaine facebook cicit kawan Tok ni yang setiap hari balun PAS Kedah..Tapi cicit tok tolak pasai dia ada prinsip.Cicit kawan Tok ni pun cerdik, dia rakam suara Tok IR NAWAWI yang buat offer kat dia melalui hand phone dia..Nanti la kalau Tok rajin, tok masuk rakaman perbualan tu dlm Kedah Times.

2. Apapun bekait dgn blogger yang diupah UMNO Kedah dan suka makan keliling, Tok bagi hin-hin sikit sudah la.  Secara kiasannya seorang blogger asal mai Pendang, sorang lagi Sungai Petani, lagi dua orang kot dekat-dekat sini jugak la. Ex drebar dia yang cukup setia masa TOK IR NAWAWI jadi Exco dulu juga tengah standby nak dedah semuanya pasai Tok IR Nawawi pada Tok Cha. Tapi Tok Cha kata nanti sat dulu.

3. Cuma Tok Cha dua tiga hari ni tak berapa sedap hati,penyakit semput pun koi menjadi-jadi. Makan pun tak berapa nak lalu.

4.Terbayang nasib anak cucu di masa depan. Memang dengaq sumber sahih Mukriz bakal jadi Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi UMNO Kedah,Dato Jamil Khir Timbalan Pengerusi UMNO Kedah.

5. Tapi yang tak sedap menantu Tok Dolah, ..apa nama...Khairy anak duta bakal diTAKHTA ke jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ambik tempat Dato Ahmad Maslan yang akan ganti tempat Dato Ismail Sabri.

6. Berita ni dah hampir pasti pasai cucu menakan sepupu  tiri Tok Cha yang jadi pegawai khas KJ dah bersiap-siap sedia sebab dia pun tumpang toi dapat jadi SUSK(Setiausaha Sulit Kanan di pejabat KJ yang baru nanti).

7. Tok tau ramai blogger cuba bagi tekanan kat TOK JIB..Tapi apapun hak pereogative lantik Menteri dan Timbalan Menteri kuasa penuh PM..Kita boleh bersuara, tapi orang atas mungkin nampak lagu lain.

8. Cuma yang Tok nampak..tak tau lah..koi pakat nak jadi celaru DAH NI...

9. Anak cucu Tok hangpa semua pikiaq mcm mana?Adakah semua perasuah dan penderhaka UMNO akhirnya diberi peluang untuk jadi orang besar dlm kerajaan?

Tok Cha- selalu jadi 'orang kecik' di tengah bendang.
Read Full 15 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates