OVER MY DEAD BODY

Jumaat, 31 Disember 2010
Masih lagi kita ingat kata-kata Karpal Singh kepada Negara Islam. 'OVER MY DEAD BODY' jika PAS hendak menubuhkan negara Islam. Itulah ultimatum yang diletakkan oleh DAP dan Karpal sebagai Pengerusinya kepada PAS jika ingin bekerjasama denga mereka.

OVER MY DEAD BODY
Ini petikan dari kata-kata Karpal Singh. Jika mahu wujudkan negera Islam, langkah mayat kami dulu. Mayat siapakah itu? Sudah tentu Karpal Singh dan barua-barua DAP. 

Kedah Times masih tertanya-tanya apakah agama sebenar orang Melayu yang menyokong dan menyertai DAP? Apakah mereka masih Islam atau kelabu pegangan agama mereka? Adakah mereka bersetuju bersama 'KAMI' seperti yang disebut oleh Karpal tersebut?

Sehingga ke hari ini kita masih belum mendengar apa-apa komen atau statement dari Melayu-Melayu yang berada dalam DAP. Islamkah mereka?

PAS - Parti Islam Se Malaysia sepatutnya dipanggil PIS. Tetapi ini mungkin hikmah Allah SWT yang Parti Islam Se Malaysia tidak disebut dan diringkaskan menjadi PIS. Ianya disebut PAS dan mungkin PAS sebenarnya adalah Parti Agama Se Malaysia .... sebab itu PAS menggunakan slogan PAS 4 All. Semua agama sudah diterima menjadi ahli PAS. Dan yang penting perjuangan PAS sudah tiada lagi agenda Islam. 

Kini ahli PAS sudah menerima pakai OVER MY DEAD BODY. Lihat video ini. 

Seorang pemimpin PAS dengan berani sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh. Karpal Singh (dan ahli DAP) sanggup mati kerana menentang Negara Islam. Dan Pemimpin PAS ini (bagi pihak parti dan penyokong pula) sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan mereka yang sanggup mati menentang Negara Islam.

Apakah maksud semua ini? Secara ringkas bermakna PAS JUGA MENENTANG NEGARA ISLAM!

Kedah times menyarankan agar PAS dibubar sahaja. Lagipun PAS bukanlah parti Islam, ia hanya PArti Agama Se Malaysia. Eloklah mereka yang sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan DAP memohon menjadi ahli DAP. 

Ataupun lakukan apa yang telah dilaksanakan oleh KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia. Mungkin PAS dan DAP boleh 'merge' menjadi satu parti. Kita boleh namakan PAR atau PAP. Kerana kedua-duanya sudah mempunyai satu matlamat dalam perjuangan iaitu menentang penubuhan NEGARA ISLAM.

Sedarlah wahai penyokong PAS semua ... PAS bukan lagi Parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya ianya memperjuangkan DAP dan PKR ...

Keluarlah beramai-ramai ... 
Read Full 3 comments

PENGKHIANAT UMNO KEDAH?????

Oleh: SOBRI SUDIN

Letih dan sengal-sengal badan belum hilang, hampir 3 hari kurang tidur, melakukan persiapan rapi menyambut tokoh pimpinan BERANI BERUBAH ke Kuala Nerang 29 Disember yang lalu.

2. ADUN Kuala Nerang, Syed Sobri pada mulanya hubungi aku pada 26 Disember tanya pandangan apa program penutup paling baik untuk dilaksanakan di kawasannya bagi tahun 2010? Lantas aku katakan, himpun semua rakyat dari pelbagai lapisan, pertubuhan, organisasi, yang tua, muda, pelajar, OKU, JKKP, tokoh sukan, Polis, veteran, PERKASA, komponen parti BN untuk kita bangkitkan kesedaran mereka tentang gelombang baru di Kedah.

3. Lantas dia setuju, lalu dia tanya nak namakan apa program tersebut, lalu aku terus lakar jadual aturcara dan beri nama program 'GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH': PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT. Tanpa berlengah tarikh 26 hb juga Syed Sobri hubungi saudara ANAS, orang kanan Mukhriz dan jemput Mukhriz untuk hadir melancarkan Skuad Gelombang Merah DUN Kuala Nerang yang sudah lama ditubuhkan Syed Sobri bagi kerja kemanusiaan dan bantuan awalan kepada penduduk Kuala Nerang yang ditimpa musibbah.

4. Cukup menakjubkan, Mukhriz bersetuju hadir. Dan apabila tanda persetujuan diberi, maknanya masa persiapan hanya berbaki dua hari kerana tarikh cadangan program adalah 29 Disember.

5. Tanpa berlengah Syed Sobri yang memang diketahui rajin turun padang dan cukup gemar melakukan kerja-kerja menghimpunkan rakyat ini bersinting lengan. Pelbagai program diatur dan aku ditugaskan membantu mencari jalan bagaimana kaedah untuk menarik minat golongan muda untuk hadir selain pastikan perjalanan program bergerak dengan lancar dan mandat yang agak besar diberikan adalah untuk aku menjadi pengacara majlis berkenaan.

6. Alhamdulilah pada hari majlis, bermula jam 10.30 pagi lebih 230 buah motosikal berkonvoi mengiringi perjalanan masuk Dato Mukhriz dari pekan Kuala Nerang hingga ke pintu masuk tempat program yakni di Sek. Keb. Kuala Nerang. Semuanya anak-anak muda belaka. Tahniah untuk semua. Orang muda perlu didekati bukan dijauhi atau sekadar dileteri.

7. 3,000 orang lapisan rakyat pelbagai latarbelakang hadir. Golongan pemuda India yang berjumpa dengan aku sewaktu masa makan cukup teruja kerana sudah lama mereka nantikan program sebegini. Mukhriz pula bermurah hati menyembelih seekor lembu untuk kenduri rakyat, lebih 12 jenis bantuan dan sumbangan diberikan kepada pelbagai pihak dalam program tersebut, ada insentif pelajar cemerlang. Penghargaan untuk JKKP, sumbangan jasamu dikenang kepada veteran polis, askar, pergerakan pemuda, NGO, Perkasa, parti komponen selain bantuan bagi golongan miskin dan yang memerlukan. Sumbangan ini adalah hasil peruntukan PEJABAT ADUN Kuala NERANG sendiri, JKM, Kementerian Pendidikan dan pihak swasta.

8. Dato Mukhriz cukup gembira kerana pelbagai lapisan rakyat bertemu, bersalam dan berpeluk tanda gembira dia dapat hadir (dalam DUN KUALA NERANG selama hampir 3 tahun Syed Sobri jadi ADUN inilah kali pertama seorang Timbalan Menteri hadir dalam program rasmi). Sebelumnya banyak program yang dibuat dan jemputan dibuat kepada Menteri dan Timbakan Menteri tetapi pelbagai alasan diberikan untuk tidak hadir. Namun menjemput Mukhriz cukup mudah, tanpa perlu surat dan hanya mengambil masa dua hari bagi pengesahan kehadirannya.

9. Lautan baju merah hasil inisiatif rakan-rakan dalam BADAN BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH selain anak-anak muda Kuala Nerang yang mengambil inisiatif membeli sendiri. Mereka tanpa perlu diupah datang dengan penuh semangat dan azam yang tinggi. Meramaikan program yang diatur. Pimpinan UMNO dari bahagian lain ada juga yang jengok muka. Namun EXCO PEMUDA MALAYSIA, saudara Shafiq (Ketua Pemuda Kuala Kedah) dan Zubir Zabidi (Ketua Pemuda Alor Setar) hanya datang setakat depan pintu pagar sekolah lepas tu terus balik, tak tau kenapa.

10. Ketua PEMUDA UMNO KEDAH sehari sebelum majlis dengan angkuhnya menalipon Dato Mukhriz lalu menyatakan, 'Saya (Badrul) tidak dapat hadir dalam majlis Dato esok, sebab ada di KL, dan jangan marah kalau kehadiran orang muda tidak ramai".

11. Persoalannya adakah itu satu kenyataan, alasan atau ugutan? Apakah cerminan sikap dan sifat seorang ketua PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH sepatutnya bertindak demikian dengan langsung tidak menghormati atau memberi gambaran seolah-olah tidak mahu menyokong usaha Timbalan Pengerusi UMNO Kedah yang baru dilantik untuk mengembeleng sokongan rakyat agar BERANI BERUBAH untuk kembali memberi mandat kepada BN Memerintah KEDAH.

12. Mana pula perginya KETUA UMNO BAHAGIAN PADANG TERAP? Apakah dukanya yang dibawa sehingga ke New Zealand akibat rajuk tidak dilantik semula sebagai Pengerusi UMNO Kedah menyebabkan beliau turut tidak hadir bersama. Pegawai Khas Najib, Tok Li yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian juga gagal hadir dan beri sokongan dalam program rakyat sebegini. Apakah kerana program ini dianjurkan oleh Syed Sobri yang dianggap rival mereka menyebabkan mereka tidak mahu datang?
13. Apapun tahniah pada KETUA WANITA BAHAGIAN, Puan Arfah, barisan AJK dan ahli biasa Puteri UMNO yang sama-sama mendokong dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada SKUAD GELOMBANG MERAH DUN KUALA NERANG yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan persiapan perjalanan program ini. Bacaan ikrar oleh salah seorang ahli skuad yang dibentuk syed sobri ini yakni Ustaz Suhaimi dihadapan Mukhriz untuk bekerja keras bagi membantu UMNO dan BN kembali merampas Kedah cukup bersemangat dan meyakinkan.

14. Namun dalam pada rakyat pelbagai lapisan dan golongan marhein mahu bersama dalam arus kebangkitan dan perubahan yang dibawakan melalui GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH, BANGKIT KEDAH, masih ada lagi kalangan yang bergelar pemimpin UMNO, peringkat yang cukup tinggi terus berlagak dan bertindak menjadi pengkhianat. Kerana dek rendahnya mutu akal mereka, maka apa gelaran yang sesuai untuk kita berikan pada mereka.. PENGKHIANAT? PENSABOTAJ? atau....????

15. Sebab itu sedari awal dulu aku bersama Badan BERTINDAK SELAMATKAN KEDAH telah usulkan agar KETUA PEMUDA KEDAH letak jawatan keranan gagal laksana amanah. Dan peristiwa cubaan sabotaj yang cuba dilakukannya ternyata tidak berjaya. Jika aku yang tidak ada apa-apa jawatan boleh bawa ramai golongan muda, sama-sama berbaju merah untuk berdiri teguh dan menunjukan rasa dokongan kepada Mukhriz selaku orang nombor 2 UMNO Kedah, mana pulak perginya wajah-wajah pimpinan, AJK dan ahli PEMUDA di Padang Terap.

15. Dan siapa pula yang mengelapkan dan menghalang beberapa orang wartawan akhbar dan tv arus perdana tertentu dari membuat liputan berhubung program berkenaan. Siap dengan bayarannya sekali. yang cukup lumayan. Dan orang itu adalah salah seorang pemimpin peringkat tinggi dalam UMNO sendiri. Bukankah ini juga adalah kategori pengkhianat.

16. Apa sekalipun perbualan ringkas tapi penuh makna antara aku dan Mukhriz selepas selesai majlis cukuplah mengambarkan betapa puasnya hati Mukhriz melihat dokongan dan sokongan rakyat selain meminta BBSK (NGO yang aku ketuai) untuk terus berperanan memperjuangkan apa jua isu melibatkan kepentingan rakyat Kedah. Demikianlah luhur dan jujurnya hati seorang pemimpin, dia berusaha mencari seramai mungkin kawan, political partners bukannya mahu menjauhkan diri. Badrul, Ketua PEMUDA KEDAH terang-terangan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PERKASA misalnya, cerdikkah tindakan sebegini?
Justeru nilaikanlah sendiri SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT UMNO KEDAH? Apakah pengkhianat yang bersikap musang berbulu ayam ini akan terus-terusan mensabotaj Mukhriz atau Bashah di masa akan datang demi memuaskan ego mereka dan bermaksud untuk menunjukkan pada Dato Najib bahawa pilihan yang Dato Najib buat adalah salah. Sama-sama kita tunggu, namun prinsip seorang pejuang. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..

Sekilas ikan di air kita sudah tahu siapa yang kaki pengkhianat, hipokrit, talam dua muka dan kaki sabotaj...

TAHUN BARU 2011 UNTUK PIMPINAN UMNO KEDAH SEMUA PERINGKAT.. pesan aku.. cepat-cepatlah berani berubah, bangkitlah berubah..
Read Full 21 comments

Pas bimbang pembaharuan dalam UMNO - Mukhriz

Khamis, 30 Disember 2010
KODIANG, 30 Dis. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pemimpin Pas melihat pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah disebabkan pengaruh ayahnya adalah kerana parti itu tiada isu dan bimbang dengan pembaharuan yang sedang berlaku dalam UMNO.
Beliau berkata, pelantikannya bukanlah isu sebenar tetapi pemimpin-pemimpin Pas lebih suka menyentuh isu peribadi.
"Saya tidak perlu hirau komen-komen mereka kerana yang lebih penting ialah perubahan dalam UMNO disenangi rakyat,” kata Mukhriz kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan anggota exco kerajaan Pas Kedah, Abdul Ghani Ahmad semalam, yang menganggap pelantikannya kerana beliau adalah anak Tun Dr. Mahathir, manakala Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Mukhriz masih mentah. - Bernama


Kedah Times : Wahai Mahfuz mat despatch .. hang kalau sembang muhong kat kedai kopi boleh la.. kami tau la hang jenih kuat merajuk.. perangai lagu budak-budak kalah main guli!!! chittttt...
Read Full 2 comments

GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH KEDAH

1. Mohon pembaca sebarkan supaya semangat ini menjadi sebagai titik permulaan kepada gerakan mengembalikan Kedah kepada pemerintahan UMNO.

2. Mohon blogger-blogger meletakkan link banner untuk menyuntik semangat kepada akar umbi penyokong UMNO untuk menggerakkan usaha ini. 

3. Tujuan ini adalah untuk membangunkan semua lapisan masyarakat terdiri ahli UMNO, penyokong serta pengundi atas pagar dari dibuai mimpi oleh Kedah Sejahtera Tak buat apa.

4. Membuktikan kepada pihak pimpinan atasan UMNO bahawa akar umbi perlu didengari dan gerakan ini bermula dari bawah .. akar umbi.

5. Ayuh bakar semangat ini agar ianya bakal menjadi kepada satu tindakan yang membawa kejayaan kepada UMNO.

6. Hasrat akar umbi jangan diperlekehkan oleh pemimpin bahagian UMNO di Kedah. 
Read Full 19 comments

Ketua Pengarah BTN : Jangan DIlantik Gunting Dalam Lipatan

Email pembaca tyxxx@ymail.com
SEMUA mata sedang memandang ke arah Biro TataNegara.Kontrak Dato Saghul Hamid Bin Abdullah sebagai Ketua Pengarah biro akan tamat tidak berapa bulan sahaja lagi.Sudah ada pihak yang mula melobi untuk ke jawatan yang banyak menimbulkan sensasi serta kontraversi sejak akhir-akhir ini. Sudah ada pihak yang merancang dan sudah ada calon yang merasakan merekalah orang terbaik untuk mengisi jawatan itu dan menggantikan Ketua pengarah yang bakal bersara ini.

Shagul Hamid dikatakan akan bersara pada Februari nanti..
Malah biro ini sendiri seperti menjadi bayang-bayang hitam yang cukup menakutkan kepada orang-orang bukan Melayu.Biro ini dituduh secara melampau kononnya terlalu menjaga kepentingan dan hak-hak orang Melayu.Biro ini dituding sebagai biro yang rasis.Biro ini dikatakan menjadi alat kepada orang-orang Melayu di Negara ini yang diberikan latihan secukupnya untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Kerajaan Selangor menyerang biro ini, DAP, PKR malah MCA sendiri memberikan berbagai-bagai tafsiran yang negatif terhadap kewujudan serta peranan yang biro ini mainkan selama ini.Hingga biro ini dituduh berniat jahat terhadap bangsa-bangsa lain
.
Kita tidak berniat untuk memberikan huraian secara terperinci apa peranan dan matlamat yang biro ini dipertanggungjawabkan kerana kepada sesiapa yang pernah mengikuti perjalanan Biro TataNegara ini meraka akan tahu tujuan dan matlamatnya namun yang menjadi perhatian buat masa ini adalah kekosongan kerusi Ketua Pengarah yang akan dilepaskan oleh Saghul Hamid apabila kontraknya tamat tidak lama lagi.Jawatan ini dilihat sedang jadi rebutan ramai.

Biro TataNegara adalah aspirasi kerajaan dan seseorang Ketua Pengarah yang akan dilantik seharusnya mendokong kemas dan erat aspirasi kerajaan itu terutama sekali aspirasi Perdana Menteri dan kecuaian mengenalpasti calon terbaik untuk dilantik ke jawatan tersebut akan lebih mendatangkan kontraversi ataupun memungkinkan biro ini hilang peranan serta halatujunya.

Jawatan Ketua Pengarah biro ini bukan jawatan yang main-main.Bukan jawatan yang perlu diserahkan hanya kerana seseoarang itu kawan baik atau dilonjakkan oleh orang-orang tertentu yang memungkinkan menyirat pelbagai agenda peribadi ataupun calon yang hanya ingin makan gaji.

Calon terbaik adalah calon yang menyintai perjuangan agama,bangsa dan negaranya.Calon yang menjunjung tinggi prinsip dan falsafah Rukun Negara, calon-calon yang tidak pernah mengkhinati pemimpinnya,agama, Negara serta bangsa nya dan mendokong tanpa rasa gentar Perlembagaan Persekutuan.

Rozai seangkatan dengan Shagul di Romania
Kita sedar selain Saghul Hamid yang pernah mendapat didikan ataupun latihan ketatanegaraan di Romania, ada beberapa calon lagi yang masih mampu dan mempunyai siasah serta jati diri yang kuat,kental dan agam untuk mempertahankan modul biro ini iaitu Aziz Shamsuddin dan juga Rozai Shapian. Mereka ini telah membuktikan dengan meletakkan kepentingan Negara dan pemimpin mereka mengatasi kehendak nafsu peribadi mereka.Mereka ini tidak pernah tunduk kepada tekanan dan desakan.Mereka betul-betul mengaplikasi kebolehan,ilmu dan latihan mereka untuk kepentingan pemerintah.

Kita menyedari ada calon-calon yang begitu hebat sedang melobi untuk mengintai jawatan ini seperti Raja Arif yang sedang berusaha untuk mendapatkan jawatan itu dengan bantuan Setpol Perdana Menteri dan juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan  dan Ahmad Fairuz Othman juga mempunyai keinginan yang sama dan turut menggunakan bantuan  Setpol Perdana Menteri itu  tapi  melalui  orang tengah Mokhtar Sulaiman,bekas pegawai BTN sebelum ini.

Ahmad Fairuz sebelum ini pernah dikatakan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Melaka dan ahli UMNO Putrajaya malah pernah mencabar Tengku Adnan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian namun gagal kerana tidak cukup pencalonan dan kita percaya ada kemungkinan beliau akan melalakukan gerakan sulit menggunakan kedudukannya sekiranya dilantik Ketuan Pengarah Biro  untuk sekali lagi mengkucar kacirkan UMNO Putrajaya.

Manakala Raja Arif yang difahamkan bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Pegawai Khas kepada Dato Tengku Mahmood dan sekarang ini adalah AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam DUN Bukti Tunggal serta bercita-cita untuk menjadi calon pilihanraya.

Raja Arif adalah anak kepada Raja Ali yang pernah menuntut takhta Kesultanan Terengganu daripada Almarhum Sultan Mahmood dan adakah Raja Arif tidak turut serta memainkan peranan dalam soal tuntutan ini?Pandangan Tuanku Mizan perlu diambil kira dalam soal ini malah ada sumber yang mengatakan salah satu daripada punca kemurkaan Suktan terhadap Idris Jusuh ialah kerana melantik Raja Arif di syarikat Top It salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apakah Raja Arif ini tidak boleh kita kategorikan sebagai orang yang pernah menderhaka kepada Sultan sedangkan antara prinsip serta modul biro ini adalah mendaulat serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.Adakah Perdana Menteri  akan menyokong perlantikan calon yang berlatar belakang seperti ini?.

Dato Nasiruddin bekas pegawai BTN yang berasal daripada Perak juga sedang memohon jasa baik Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya ke jawatan itu tetapi calon ini dkatakan pernah mempunyai kes mahkamah.

Bekas SUSK Anwar Ibrahim. Annuar Shaari juga dikatakan berminat untuk jadi Ketua Pengarah dan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan isteri Perdana Menteri untuk menyokongnya ke jawatan itu dan dalam masa yang sama ada suara-suara yang mula mendedahkan bahawa Biro TataNegara terlalu banyak sangat memberikan peluang dan ruang kepada bekas penyokong Anwar Ibrahim tetapi mereka ini walaupun bekas namun bersimpati terhadap perjuangan bekas banduan itu.Adakah ada agenda lain tersembunyi?

Malah Shukur Desa, bekas Pegawai BTN dan keluar daripada BTN untuk bersama-sama Anwar Ibrahim dan pernah katanya ditangkap kerana mengsabotaj kerajaan turut berminat untuk mendapatkan jawatan tersebut manakala Hamsan, bekas Pengarah BTN Johor dan satu bahagian UMNO dengan Ahmad Maslan turut bercita-caita sama.

Kita tidak tahu mengapakah jawatan ini cukup menjadi rebutan sejak akhir-akhir ini sedangkan jawatan Ketua Pengarah Biro TataNegara adalah satu tanggungjawab yang cukup besar demi menjayakan aspirasi Perdana Menteri dan orang-orang Melayu secara keseluruhannya dan bila kita melihat kepada latar belakang calon-calon yang sedang hebat melobi menggunakan orang itu dan orang ini, mereka  tidak terbukti kesetiaan mereka kepada perjuangan dan aspirasi biro itu sendiri.Adakah mereka ini sebenarnya layak untuk jawatan itu atau bakal menjadikan duri dalam daging kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional?

Perdana Menteri diharapkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk melantik sesiapa sahaja ke jawatan ini seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak dan jangan menelan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh orang-orang sekeliling beliau.Kesilapan melantik Ketua Pengarah akan membawa padah yang maha besar terhadap perjalanan serta organisasi Biro TataNegara ini. Biro Tata Negara adalah wajah dan suara hati Perdana Menteri. Kita tidak takut untuk bermain dengan api tapi yang membimbangkan kita sekiranya mereka ini adalah api dalam sekam.
Kedahtimes:
Bagi Kedahtimes, sesiapa saja yang dilantik menerajui BTN dan Akhbar-Akhbar Arus perdana mestilah mereka yang benar-benar menghayati perlembagaan negara dan ketuanan Melayu sebagai sebahagian daripada roh perlembagaan tersebut.Jangan dipedulikan komen-komen pembangkang sebagaimana Abdullah Badawi dahulu dan yang penting jangan dilantik mereka yang berpura-pura....

nota: Kami dapat mengesan artikel ini diterbitkan di sini..
Read Full 2 comments

Pemimpin Perlu Berani Berubah

Kejayaan program ADUN Kuala Nerang mengadakan program Gelombang Merah Berani Berubah pada hari ini 29 Disember 2010 dengan jemputan khas Datuk Mukhriz sebagai tetamu khas sepatutnya membuka mata ketua-ketua Pemuda, Wanita, Bahagian UMNO yang lain. Program yang dihadiri hampir 3000 orang (mengikut kiraan 1Melayu) telah berjaya mengumpulkan pelbagai pihak di Kuala Nerang.

Perkasa, Persatuan Pemandu teksi, Bekas tentera, Pelajar, Rela, MIC, Gerakan, Pegawai Masjid dan lain-lain sepatutnya dijadikan contoh kepada bahagian-bahagian lain untuk program memperkasakan UMNO Kedah demi merampas kembali Kedah dari PR.

Apa yang memusykilkan Kedah Times ialah kemana perginya Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda Padang Terap? Ada satu mesej diterima mengatakan yang Ketua Bahagian ada program dengan Tourism Malaysia, Timabalan Ketua Bahagian berada di Perak dan Ketua Pemuda Padang Terap yang juga Ketua Pemuda Negeri berada di Kuala Lumpur. 

Jika tidak dapat hadir kenapa tiada wakil atau sebagainya di majlis sebesar ini? Malahan tidak didengar samada 'kiriman Salam' atau pengumuman kenapa ketidakhadiran dari Ketua-ketua ini.

Apa sudah jadi dengan Padang Terap? Masih tidak berubah atau takut untuk berubah? Jika inilah sikap-sikap  peneraju-peneraju parti di bahagian, UMNO tidak akan ke mana.

Kita menunggu bahagian mana yang BERANI BERUBAH dengan mengadakan program-program yang mengabungkan semua agensi, persatuan dan sebagainya yang bakal memberi impak yang besar kepada pengundi untuk memilih menyayangi UMNO dan seterusnya memenangkan UMNO pada PRU13 nanti.

Seterusnya kita bakal melihat mereka-mereka yang masih ingin berada ditakuk lama berpolitik yang hanya membawa kepada kemenangan perut mereka sahaja ... bukan kemenangan rakyat.

Jiika benar telahan Kedah Times, maka mereka inilah sebahagian dari Warlord-warlod yang kita selalu katakan. 
Read Full 3 comments

Hooorayyy, Harimau Malaya Menang 4-2

Rabu, 29 Disember 2010
Tahniah tahniah tahniah kepada pasukan bolasepak Harimau Malaya kerana berjaya membawa balik piala AFF Suzuki 2010. 
Pemain telah bermain dengan cemerlang dan dengan sokongan dari semua pihak, MALAYSIA BOLEHHH.



Kedah Times: Timbalan Pengerusi UMNO Kedah menyaksikan perlawanan bersama rakyat di restoren Nashmir katanya. ....




Read Full 2 comments

GELOMBANG MERAH BERANI BERMULA

Pada tanggal 29 DISEMBER 2010 jam 10.00 pagi di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, majlis yang dinamakan GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh pelbagai peringkat rakyat di DUN Kuala Nerang.

 Program ini telah diuruskan oleh Pejabat ADUN Kuala Nerang telah melibatkan pelbagai agensi sekitar Kuala Nerang termasuk MCA, Gerakan, JKM, Pendidikan, RELA, Polis, JKKKP, pegawai Masjid dan pelbagai NGO seperti PERKASA, PERSATUAN TEKSI, BEKAS POLIS dan lain-lain.

Kejayaan program ini yang dihadiri begitu ramai rakyat sekitar patut dicontohi oleh DUN-DUN atau bahagian-bahagian UMNO yang lain.

Kedah Times mengucapkan Tahniah kepada ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri kerana berjaya mewujudkan squad Gelombang Merah Berani Berubah DUN Kuala Nerang.

Kehadiran Datuk Mukhriz sebagai tetamu istimewa menyemarakkan lagi program ini

TAHNIAH SKUAD GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH PERTAMA DI KEDAH.
Read Full 2 comments

Karpal Singh..

Karpal Singh – Otak Tahi Lembu kata Nazri.

Tahi Lembu for Sale – Is it the size of Karpal’s Brain? Just for measure.

I have been trying to write on this piece since I spotted an interesting piece from Malaysia News Network.net (Refer 1), on the 16th December 2010.

I never like him much though, solely because The Big Mouth Minister never respected Tun Mahathir. However on what he says about Karpal Singh, I have to admit that I had had to agree with him on this subject.

This is what Datuk Seri Nazri Aziz, got to say about Karpal Singh, when Karpal would try to seek a judicial review over what he said was the abuse of power by Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia to suspend Datuk Seri Anwar Ibrahim and three opposition lawmakers for six months.

“They have got cow dung in their heads. I assure you that if they take it to court it will be kicked out. What law did Karpal learn? He is a third-class lawyer,” Nazri told reporters.”

We are not going to discuss about judiciary system here because to me it is a rocket science. Now, what we have got here. Karpal got cow dung in his heads. Karpal is a third-class lawyer.

What else!!

Here is another one; Zaid - The Kaki Botol got his own personal opinion about Karpal. Zaid Ibrahim even calls him “a liar and a snake”. A wrote a piece on this subject a few days back, (Refer 2)

As a summary on Karpal’s head,

“Karpal  - The Third Class Lawyer” – (Lawyer Kelas Ke 3).

“Karpal  - The Cow Dung Head” – (Kepala Penuh Tahi lembu).

“Karpal  - The Liar” – (Penipu Pembohong)

“Karpal  - The Snake” – (Ulaq Berbelit-belit)

“Karpal  – The Biawak” – This is my own version.


It takes three great men YB Zulkifli Noordin, Nazri Aziz (only out of respect) and Zaid Ibrahim (well, not great actually, more on courageous) to finally take Karpal’s by the head and pinned him face down on the cow dung.

Why YB Zulkifli, you might have asked. He have been harpooning in Parliament and in his website on why is Karpal acting two-faced on the issues of  Karpal asking Anwar to be investigated by Tun Mahathir when the case of sodomy was first brought up on 5th August 1997 by Ummi Hafilda/Azizan. On the other hand when Anwar was sacked from all posts, Karpal made a U-turn supporting Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). Then it took Zaid to finally give Karpal a knock down blow on his chameleon and traitor-attitude or rather more like a biawak behavior.

Here is the answer given by Karpal which I abstract from Kedah Time whom did not give me any reply (yet) when I asked Saudara Shubari where he got the news from for conformation.

Karpal says, “I did at that time, as an opposition MP, ask the allegations to be investigated”. (Refer 3).

What a lame duck excuses that never care much about morality and only about opposing, no matter right or wrong. No wonder Ummi Hafilda ‘di maki hamun, dicerca dan diludah” and Azizan’s pregnant wife got killed in a ramming car accident.

Anyone who associated with Karpal who defended drug addicts, rapers, sodomiser, gangsterism will be cursed for life!!!

Bastard !!!

Do we really trust our feature generations on this bastard’s hand?





Read Full 2 comments

DAP Beri Kata Dua Kepada PAS Kedah

Dengan bilangan kerusi yang begitu kecil di DUN Kedah, DAP memberi kata dua kepada PAS agar diberi peranan lebih besar jika terus menang di Kedah pada PRU akan datang.

Oleh itu, rakyat Kedah yang mahu DAP memainkan peranan yang lebih besar pada PRU akan datang perlulah memberi kemengan sekali lagi kepada PR dan PAS di Kedah.

Walaupun Di Selangor dan Pulau Pinang, PAS memegang lebih banyak kerusi DUN berbanding dengan DAP di Kedah, tidaklah pula PAS berani menuntut itu dah ini, malah arak yang dirampas atas arahan Exco PAS di Selangor juga terpaksa dipulangkan kepada peniaga terbabit apabila PAS digertak DAP.

Inilah gambaran bagaimana, sebuah parti Islam yang sangat-sangat keras kepada UMNO yang diterajui oleh orang Islam, tetapi menikus apabila ditunding oleh parti kafir. Jika silap sedikit Umno, maka dicarilah ayat bagi menunjukkan bahawa Umno itu derhaka kepada Allah, tidak ada sedikit pun takwilan boleh dibuat akan hukum yang dijatuhkan. Tetapi apabila kafir yang terang terang kafir, dan tiada pertikaianl agi akan kekafiran mereka menunjal kepala pemimpin PAS, maka dengan sembah taat, PAS akan mengikut arahan DAP.

Undilah PAS, nescaya, label, poster dan bilboard Islam akan lebih banyak dipaparkan. Islam dan kesejahteraan rakyat dari PAS adalah dalam bentuk kulit semata-mata, isinya adalah dari DAP.


 ********************************************************************************
ALOR SETAR - DAP Kedah mahu diberikan peranan yang lebih besar jika Pakatan Rakyat (PR) terus diberi peluang memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP tidak seharusnya dipinggirkan lagi seperti apa yang berlaku dalam kerajaan masa kini.


“Kita mahu peranan yang lebih besar berbanding PKR. Kita akui, selepas pilihan raya 2008, Pas yang menjadi majoriti ketika itu banyak dipengaruhi PKR sehingga kita (DAP) dianaktirikan.


“Sekarang, kita akan pastikan apa yang telah berlaku itu tidak berulang lagi,” katanya.


Guan Aik berkata, ketika baru ambil alih pemerintahan negeri, keadaan agak kelam kabut.


“Namun bermula tahun depan, saya mahu DAP diberi lebih kepercayaan dan tanggungjawab dalam pentadbiran. Saya rasa sudah tiba masanya Pas membuat pengagihan kuasa sama rata dalam kalangan parti komponen PR,” katanya.


Guan Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman berkata, Pas, DAP dan PKR harus lebih muafakat dan tidak perlu lagi wujudnya perasaan negatif dalam kalangan rakan sekutu ekoran wujud ketidakpuasan hati dalam isu-isu tertentu.


“Sepanjang hampir tiga tahun bersama, DAP berasa dipinggirkan. DAP ketika itu belum bersedia menjadi kerajaan sedangkan PKR sudah berbincang lebih awal dengan Pas dalam isu-isu agihan kuasa,” katanya.


Berikutan itu, DAP telah mengemukakan beberapa cadangan untuk memperkemaskan PR Kedah, termasuk rancangan mahu meletakkan lebih banyak calon DAP di kerusi DUN, selain pengagihan jawatan dalam Majlis Ketua Kampung (MKK) yang tidak seimbang.


“Jika cadangan diterima, DAP akan lebih dihargai. Ini sekadar pandangan dari akar umbi parti untuk persiapan awal pilihan raya umum ke-13,” katanya.


Guan Aik berkata, walaupun DAP tidak ada wakil dalam Exco Kerajaan Negeri sehingga kini, pihaknya tidak berkecil hati, namun berharap isu itu diberi pertimbangan sewajarnya.


“Saya sudah suarakan isu kepada Menteri Besar, termasuk di peringkat Pusat. Namun belum ada maklum balas berkaitan isu terbabit. Mungkin ia masih dalam perbincangan dan saya tidak mahu campur tangan dalam perkara itu,” katanya.


Menurutnya, walaupun kadang kala agak lantang, DAP tetap berpegang kepada pemuafakatan dalam isu PR.


Read Full 0 comments

GELOMBANG MERAH 'BERANI BERUBAH' - MAKLUMAN

Makluman:
BERAMAI-RAMAI KITA BANJIRI PROGRAM GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH KEDAH BERSAMA:


YB DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR
dan
YB DATO SYED SOBRI SYED HASHIM

Tarikh        : 29 DISEMBER 2010
Masa          : 10.00 pagi
Tempat  : PERKARANGAN PUSAT KHIDMAT ADUN KUALA NERANG

'Kita gegarkan PAS, PKR dan DAP KEDAH, kita tunjukkan semangat dan komitmen kita sebagai rakyat Kedah bagi menjulang Dato Mukhriz Tun Mahathir agar diberi kekuatan untuk lakukan perubahan demi masa depan RAKYAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

'PEMIMPIN, RAKYAT BERPISAH TIADA'

'DAHULUKAN RAKYAT, UTAMAKAN KHIDMAT'

***.Sebarang perubahan tempat program akan dimaklumkan seberapa segera








Read Full 9 comments

HAYAT MAUT KITA 1

Selasa, 28 Disember 2010
angan-angan jika boleh nak perintah dunia
banyak kerja dibuat semua tak kena
lepas satu, satuuu, langkah dibuat macam teraniaya
balik-balik politik Malaysia lah tempat dia kona mengona

angan-angan jika politikal sakses nak ka Puterajaya
tipu helah, cakap berbelit, tu yang dia guna
hadi, nik ajis habis dolat depa ni dia pekena
sampai depa dua ni dah jadi macam terhina

wan azizah, nurul azzah jadi preside dan naib pesiden
kedua depa jadi keroni berjatan tunggul
apa dia nak buat dia bantai walau belakang presiden
semua cakap sendiri masuk sendiri angkat itu bakul

takutkan perihal sondol saiful
alih pula ka ketuanan melayu pasti bakul sampahkan
wikilike taro sebiji, depa kata leekuayu kena botol
pru13 dia akan terima nasib kalan sakan

puak depa ni pandai cipta isu hingga pas jadi bodoh
dap berjaya dimana-mana walau nampak melayu ditekan
walau nampak dalam pkr ahli sentiasa gadoh-gadoh
melayu pkr yang buta peghut, sokong sokong, kempen tk makan

di Kedah, melayu pkr koi koi tarik diri
banyak sebab depa meghajuk, pas tak sedaq lagi
pengeri pkr negeri dah takut dah nak lari
ahli yang faras dok hentam kasim kanan kiri

pak wan langkawi dah lama nakkan jawatan pengerusi
pi kl jumpa wan azizah tak henti-henti main lobi
dok langkawi nuuuhhh... lari dari jerlun pi langkawi
bertanding di dun, kalah pru13 nak bertanding lagi

gobalakrishnan di padang serai dah jadi gila
tembak anwar, azmin dalam twitter mcam pkr tak guna
dalam kawasan rakyat komplen, depa cari payah nak jumpa
kaum india, kaum cina dan melayu semua dia lupa

tiga ekoq exco pkr semua tak guna
adun dap kata depa dipinggir
mb pas buat tak tau kat rakyat kedah dimana-mana
tiada pembangunan, sejahtera ka? las las rakyat jadi fakir

kawan-kawan bloger banyak
rata-rata dan banyak yang depa dok bercakap
nampak masing-masing bercakap macam naik minyak
asal bercakap jeeerr.. lupa daaah orang dok perangkap

KITA BERJUANG DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA
BANYAK DURI DAN ONAK YANG HARUS KITA REMPUH
LURAH DALAM DIHADAPAN KITA ADALAH MARA YANG MENIMPA
WALAU REBAH, BANGUN KEMBALI, BERJAGA-JAGA JANGAN SAMPAI KITA JATUH
Read Full 1 comments

2011: TAHUN SERANG PAKATAN!!!!! AYUH BANGKIT SEGERA..

Oleh : Sobri Sudin

2010 bakal melabuhkan tirai. Fajar 2011 bakal menyinsing beberapa hari lagi. Kepimpinan UMNO Kedah sudah berubah.

Apa pun keputusan sudah dibuat, hormati Presiden parti, taati dan muafakat serta bersatu hatilah bersama Bashah dan Mukhriz.

Tanggungjawab menawan kembali KEDAH, menyemarakkan alunan gelombang merah, mengajak rakyat BERANI BERUBAH dan meniup semangat BANGKIT KEDAH adalah amanah yang terpikul dibahu lebih 3,000 cawangan UMNO, ratusan ribu ahli UMNO dan komponen BN.

Kita bukan sekadar perlu berharap, bernostalgia tetapi sama-sama susun gerakerja. Gabungkan semua kekuatan yang ada, tambahkan ramai kawan, elakkan cantas mencantas sesama sendiri. Sayangi ahli UMNO, jangan melihat yang cerdik sebagai penentang dan yang pakar angguk sebagai tanda taat.Tidak ada makna jika semuanya OK.OK.OK padahal bakal membawa K.O..K.O..K.O

Berbeda pandangan harus diterima sebagai satu rahmat. Setiap masalah yang ada kita tukarkan menjadi peluang yang terhidang.Kecerdikan dan kelebihan yang ada pada setiap insan kita manfaatkan bukan melihatnya sebagai satu ancaman.

Yang penting pimpinan atasan, pertengahan dan bawahan UMNO/BN perlu berlapang dada. Tambahkan pengalaman,tingkatkan ilmu pengetahuan dan semarakkan budaya mencipta kejayaan.

Sikap musang berbulu ayam kita jauhkan.Sikap pentingkan diri, jawatan,projek kita buangkan. Mulai detik 1.1.2011, KEPIMPINAN BARU pastinya ada agenda tersusun. Gerakerja pastinya lebih rancak dan hebat.

Kelemahan PAS, PKR dan DAP tentu dapat dibongkar. Strategi baru menawan pengundi muda, golongan profesional, alim ulama, pengundi atas pagar sudah semestinya mampu disusun.

Kelajuan gerakerja mesti berada pada paras tiga kali ganda. UMNO dan BN Kedah berada dalam masa kecederaan. Jangan lagi memberi alasan, jangan lagi berlagak sombong, angkuh, jangan lagi perlekehkan DAN remehkan kuasa dan suara rakyat.

Fahami denyut nadi mereka, jengah segenap pelusuk rantau,kampung dan desa. PEMUDA, PUTERI, WANITA ayuh bersinting lengan, kita gegarkan PAS Kedah dengan kehebatan gerakan kita. Kita lobi pengundi setiap hari, kita dekati, sapa, senyum dan salam dengan mereka.

Tingkatkan kreativiti dalam menyusun strategi dan propaganda untuk membenam dakyah PAS.Marilah kita kuburkan PAS, DAP dan PKR di pusara JELAPANG PADI.

PAS, PKR DAN DAP bukannya kuat tetapi UMNO dan BN yang lemah selama ini. Kita bangkit dari tidur, siapkan persiapan perang, kita serang bertubi tubi jangan beri mereka ruang.

Sudah cukuplah, KEDAH TIDAK LAGI SEJAHTERA. Dalam pada kita berusaha jangan lupa bermunajat kepada ALLAH S.W.T

Ketua Bahagian yang ada berilah kerjasama pada dua nakhoda yang menerajui UMNO Kedah. Parti komponen MCA, MIC, GERAKAN dan PPP lebihkan daya cabaran anda agar sama-sama mengukuhkan UMNO AGAR menjadi lebih PERKASA

Dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.

DATO BASHAH padukanlah semua kekuatan yang dipunyai anak Kedah demi menjayakan misi UMNO.

DATO MUKHRIZ, jangan lagi berlengah, aura dan sambutan yang DATO terima teruskanLAH secara konsisten untuk dampingi rakyat  di segenap pelusuk daerah. Gemburkan, julangkan semangat GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH, biar PAS, PKR dan DAP menjadi parah lalu terus REBAH..

Untuk semua pencinta UMNO dan BN meskipun bukan ahli UMNO dan BN kita jadikan tahun 2011 tahun menyerang PAKATAN..Jadilah ahli dan penyokong yang lebih berani, korban diri, harta, masa dan wang ringgit untuk menangkan PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. Demi merungkai DILEMA MELAYU DAN RAKYAT KEDAH.

Ayuh bangkitlah dari lena yang panjang..bangkitlah...Prinsip pentingnya..'BIAR ORANG MENGATA KITA KERANA RAJIN BEKERJA DARI ORANG MENGATA KITA KERANA KITA TERUS LENA".

Semoga segala impian, perancangan bakal jadi kenyataan.

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEMANGAT BARU..BANGKITLAH KEDAH...KU


Salam 2011
Read Full 2 comments

12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM !


12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush.

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.

Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.


Kedah Times : Kita ingin bertanya kepada penyokong-penyokong PAS dan Melayu PKR, relakah anda bersubahat dengan Anwar Ibrahim? Relakah anda semua merosakkan akidah dek kerana kegilaan terhadap kuasa si Anwar ini?

Sedarlah, marilah kita bersama-sama berjuang untuk menegakkan ALIF BAA TAA.
Read Full 0 comments

TAHNIAH DMM

Isnin, 27 Disember 2010
Kami penulis-penulis di Kedah Times mengucapkan TAHNIAH Kepada Yang Berhormat Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana telah dilantik sebagai TIMBALAN PENGERUSI UMNO NEGERI KEDAH berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Jadikan ini sebagai 'base' dan permulaan kepada perjuangan yang lebih besar. Kami bersama-sama Dato'.

KEDAH TIMES.
Read Full 6 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates