Rabu, 12 Januari 2011

3,000 pelajar Kuin berdemonstrasi



Peristiwa dibawah mengiyakan apa yang diutarakan oleh Kedah Times Selama ini. Kerajaan Kedah Sejahtera, rakyat merana.

Demonstrasi pelajar KUIN adalah akibat ketidakpuasan terhadap keadaan sekitar pembelajaran mereka. Ini termasuk makan, tempat belajar, kemudahan pembelajaran, kemudahan asas dan sebagainya.

Sebaliknya perebutan projek berlaku diantara puak-puak di dalam Kerajaan Negeri sekarang. Mahfuz dan Kumpulan MB bertelagah mengenai siapa yang patut mendapat projek pembinaan KUIN di Kuala Ketil. Akibatnya kebajikan dan kemudahan pelajar KUIN sendiri terabai dan terbiar.

Inilah pemerintahan Islam, telus dan tiada kronisma. Tetapi kerajaan ini sebaliknya berkronisma, berebut jawatan, berebut projek sehingga lupa apa tanggungjawab sebenar mereka.

Dulu rakyat yang terlibat banjir mengeluh, kini pelajar KUIN pula yang mengeluh. Kenapa?

Kerana ketidakcekapan pemerintah. Banyak berceramah dan bercerita retorik dari membuat kerja. Kesalahan orang dicari.

Inilah kerajaan Sejahtera Rakyat Merana

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


ALOR SETAR - Kira-kira 3,000 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi di dewan utama kolej semalam selepas tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran yang didakwa mengabaikan keselesaan dan kebajikan mereka.

Demonstrasi sempena majlis Himpunan Mega Mahasiswa itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin, Mohd. Faiz Arshad.

Pada demonstrasi aman itu, pelajar melaungkan 'hidup mahasiswa, hancur kezaliman' sambil memegang sepanduk 'kami sayang insaniah, insaniah sayang kami?' selain sepanduk yang menunjukkan gambar mi segera dengan perkataan 'ini saja yang mampu kami jamah'.

Sebanyak 28 masalah diutarakan seperti kenaikan yuran pengajian, kemudahan pembelajaran tidak mencukupi, tandas kotor dan rosak, terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

PELAJAR Kuin mengadakan demonstrasi secara aman di kolej itu di Alor Setar semalam.

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

lain kali kalau nak buat kerja tu ikut cara islam (di petik dari kata kata ustaz zizan)

anak ttbaru berkata...

melihat polimik yang melanda pelajar-pelajar KUIN aku rasa khuatir jika polimik yang sama akan melanda UMNO Kedah.

apa tidaknya, kesilapan memilih SU dan SUK UMNO Kedah akan menyebabkan impian tawan kembali Kedah hanya akan tinggal impian...

siknifikannya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah telah dilantik berdasarkan komen-komen dan suara-suara akar umbi jadi secara rasionalnya SU dan SUK haruslah dilantik berdasarkan modus itu juga.

Renung kembali era selepas PRU 1999. Kombinasi mana ketika itu yang kembali menceriakan UMNO dengan program-program hingga UMNO Kedah berjaya menambat hati pengundi-pengundi dan seterusnya berjaya dengan cemerlang pada PRU 2004.

Saya rasa ramai yang bersetuju jika saya katakan akar umbi juga mahukan SU & SUK yang berkarisma dan bertenaga, bukannya yang mandom dan bodoh sombong. Imej SU & SUK Umno Kedah menggambarkan imej UMNO Kedah secara spesifik dan UMNO Malaysia amnya.

Pilih punya pilih..., jangan kena ikan bilis sudah......

anti bohmau berkata...

sudah terhantuk baru terngadah..kata oghang2 tua kita kena pegang.

jgn lagi pilih mrk yg tidak mampu mengurus negeri dgn baik. kalau pemimpin2 pas spt mahpuh begitu prihatin dgn segala nasib rakyat semasa menjadi pembangkang dlm dun, sblm menjadi pemerintah, mengapa bila dah mendapat kuasa, lain jadinya? tak cekap? tk amanah? tk telus?

eh? dah tembuih nampak habih segala bentuk ketamakan rupanya!!!!

Tanpa Nama berkata...

minta supaya jgn slh fhm...
himpunan mega mahasisiwa diadakan untuk melahirkan rasa sayang mahasiswa kepada kolej universiti insaniah dan kerajaan negeri KEDAH...
kalu dlihat kepada kain rentang tertera tulisan we love KUIN...pihak yang terlibat saja yang tahu ap yang berlaku...kami berhimpun untuk duduk sama berbincang dengan pentadbiran,,,,himpunan ini lebih kepada majlis ramah mesra...segala permasalahan dan persoalan ditujukan kepada pihak pentadbiran...lebih kepada sesi soal jawab...ini melambangkan kedah sejahtera nikmat untuk semua...memberi peluang mahasiswa untuk bersuara ..

Tanpa Nama berkata...

minta supaya jgn salah fhm...
himpunan mega mahasiswa diadakan untuk menyuarakan rasa sayang kami kepada kolej universiti insaniah dan kerajaan negeri kedah...himpunan itu lbh kepada sesi soal jwb dan bleh jga dsamakan dgn majlis ramah mesra....pihak yg terlibat sj yg tahu keadaan sbenar himpunan trsebut..klu dilihat kpda kain rentg yg tertera dtulis WE LOVE KUIN...himpunan ini jga membuktikan bhwa slogan kedah sejahtera nikmat untuk smua tercapai,,dengan memberi peluang kpd mahasiswa utk bersuara..ini menunjukkan bhwa ppihak kuin dan kerajaan ngri kedah adil kpd smua pihak trmasuk mahasiswa..kami sejahtera dbwah pentdbiran kerajaan ngri kedah....WE LOVE KUIN ,WE LOVE KEDAH...

Khamis, Januari 13, 2011 1:06:48 PM

Tanpa Nama berkata...

CEK OOI. KALAU DAH SAYANG SANGAT DOK BELARAK BUAT APA. PI LA JUMPA SENYAP-SENYAP. BINCANG DALAM BILIK ELOK-ELOK CARA ANAK BERANAK. BUKAN KAT LUAR DAN TERBUKA MACAM TU. TOK SAH DOK BELAKON LA. SAYANG KONON. ELOK KA KALAU ANAK-ANAK TAK PUAS HATI DENGAN MAK BAPAK AJAK ORANG RAMAI-RAMAI LEPAS TU BUAT UCAPAN TENGAH PADANG AKAN PERIHAL MASALAH KELUARGA. KONONYA SAYANG KAT MAK BAPAK.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Hakikatnya himpunan itu memang mempynyai makna yang tersurat dan tersirat dengan tulisan WE LOVE KUIN. Ini kerana penubuhan KUIN adalah samasa pemerintahan BN terdahulu. Sebab itu mereka sayangkan pemerintahan BN kerana dapat menyelesakan dan membela kebajikan mereka.Kita diperlihatkan bahawa Pentadbiran KUIN kini bertambah celaru dan kecoh kerana Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PAS kini jika diibaratkan air dalam timba sudah kekeringan dan gaji pekerja juga hampir tepu dibayar. Akibat hendak meneruskan kesinambungan Kerajaan BN dahulu maka meraka kini berada diambang nyawa-nyawa ikan kerana kekurangan dana untuk menampung semuanya.

Malah Kerajaan yang kononya sebuah Negeri Kebajikan ini terpaksa menaikkan kos dalam segala segi dan akibatnya siswa dan siswi mula memberontak kerana sudah lari daripada janji manis bermadu terdahulu. Bagi cuba menutupkan lubang dan pembohongan Ostaq Azizan cuba mengalihkan pandangan rakyatnya dan orang ramai kononya yuran paling murah.

Kesimpulannya begitu rendah harga diri dan maruah pemimpin PAS Kedah dan sungguh hebat pimpinan Kerajaan dibawah Teraju BN kerana dapat menyediakan keselesaan dan kemudahan pada rakyat dengan harga termurah bahkan sungguh selesa dan berkualiti.

Sungguh malang dan paling bodoh pemerintahan PAS Kedah kini kerana tidak dapat meneruskan kesinambungan yang telah siap terhidang oleh Kerajaan BN terdahulu. Meraka kini hanya perlu mempersiap diri sahaja untuk mengendali dan menguruskan sahaja tanpa perlu mengeluarkan kos membina dan menstrukturkan KUIN kerana kerajaan terdahulu telah menyediakan semua kemudahan tersebut.

Apapun aku tabik Spring pada Ustaq Azizan pasal betina mulalah terbeliak nafsunya mengalahkan kaum muda. paling power ianya hanya menunggu malam melabuhkan tirai dan paling power semua soalan cukup simple TAK TAU.....TAK TAU dan kerja ikut islam. Memang benar ustaq ikut islam beristeri lebih satu.......... malangnya pemimpin UMNO PM hanya bini satu tak ikut islam....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 6.48 13 Januari. Awat yang hang ni bodoh sangat niii... Lepas tu nak perbodohkan orang dan rakyat Kedah.

Hang kata "klu dilihat kapada kain rentang yang tertera ditulis WE LOVE KUIN himpunan ini juga memboktikan bahawa slogen Kedah Sejahtera nikmat untuk semua tercapai". Hang kata juga "kami sejahtera dibawah pentadbiran Kerajaan Kedah WE LOVE KUIN, WE LOVE KEDAH".

Bila dah 3000 pelajar tunjuk perasaan disekitar kampus KUIN dengan sepanduk-sepanduk tunjuk tak puas hati kapada pentadbir KUIN, sejahtera kepala hotak hang.

Bila pelajar2 bertindak macam tu, fasai apa Ostaz Azizan masuk campur nak minta KUIN kaji semula yuran pelajar? Inilah perangai 'DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH'.

Sebenarnya, polisi KUIN ada kapada Kerajaan Negeri perintah PR/PAS. Samada dari segi kenaikan yuran dan lain-lain. Jika Kerajaan Negeri tak setuju dari awal KUIN tak boleh naik yuran pelajar. Dah pelajar bersuara sampai kaperingkat berdemonstrasi, Kerajaan Negeri baru nak kaji.

Apa bodoh dan bahlul sangatkah Kerajaan Kedah niiihhh....? naikkan yuran pelajar dengan cara tak berhati perut dan membuta tuli tanpa mengkaji lebih dahulu latar belakang pelajar-pelajar. Depa tak sedarkah bahawa 90% pelajar-pelajar disitu anak2 orang susah dari kampong. Jika pelajar tak dapat bayar, macam mana?, semestinya mereka dibuang dari KUIN.

Kita mendapat maklum, Kerajaan PR/PAS Negeri Kedah bercadang nak jadikan KUIN sebagai IPTS sebagaimana IPTS yang mengenakan yuran tinggi kapada pelajar, sapertimana Lim Kok Weng Universiti dan lain-lain IPTS yang ada di Mlaysia. Jika benar Kerajaan PR/PAS Negeri Kedah berniat demikian, amat malang sekali yang menimpa pelajar-pelajar di situ, kerana mereka akan mengalami tekanan yang mana pelajar-pelajar dari kampong yang kebanyakannya miskin samasekali tidak mampu meneruskan pelajaran mereka.

Satu kemungkinan begitu jadinya, kerana KUIN baru di Kuala Ketil apabila siap nanti, pentadbirnya terpaksa melunas hutang kapada pihak bank sebanyak RM50,000,000.00 satahu dan membelanja mengurus termasuk gaji Pensyarah dan lain-lain sebanyak lebih kurang RM15,000,000.00 satahun. Kerajaan PR/PAS Kedah semestinya tidak akan mampu meneluarkan perbelanjaan sebanyak itu. Maka atas kepala pelajarlah yang akan mereka hentam.

AKHIRNYA APA JADI KUIN INI.....??????

Tanpa Nama berkata...

SALAM, KEPADA SESIAPA YG BKN PELAJAR KUIN YG PANDAI2 BUAT CERITA, X FAHAM APA YANG PELAJAR KUIN NAK,SEBENARNYA KAMI BKN MENENTANG KERAJAN PAS YANG DITERAJUI OLEH UST.AZIZAN TETAPI KAMI MAHU MAENJADIKAN KUIN SEBUAH INSTITUSI YANG DIURUS DGN BAIK SBB KERAJAN BN DULU X BOLE BUAT APA YANG DAH DI BUAT OLEH KERAJAAN PAS SEKARANG..............SAPA2 YG PANDI2 BUAT TUDUHAN YANG MELULU..YG X P SENDIRI PERHIMPUNAN JGN NK FITANH YE.........

Tanpa Nama berkata...

nak harap kerajaan BN..!!! pehh..hampeh.. harap barang naik boleh la.. piirraahh.. sembang ja kuat org2 BN nii.. semua jenis jilat pungkonq ja.. yang dia tau.. minyak NAIK.. masa minyak turun..dia buat senyap ja.. cih..!!! nak bela Islam konon.. bini pun x pakai tudung.. dia suruh rakyat berjimat cermat..tp bini dia duk boros..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum en times....jangan dok tabur fitnah kalu xtau isu and fakta...memang la dapat duit buat natang ni...tp pkir la sndiri haram ke x masuk dalam badan ang tu...jangan sampai fitnah makan diri EN TIMES sendiri...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates