Selasa, 25 Januari 2011

465%??? Biar Betul!

Khalifah Lim Guan Eng, khalifah lantikan PAS untuk negeri Pulau Pinang telah dengan BANGGAnya mengumumkan yang pelaburan ke Pulau Pinang telah mencecah RM12 Bilion berbanding RM2.2 Bilion untuk tahun sebelumnya.

Maka mengangguklah Pak Jangoat PAS mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khalifah Pilihan PAS Lim Guan Eng.

Walhal, tiada apa yang dibuat oleh Khalifah Pilihan PAS Lim Guan Eng untuk menarik pelaburang ke Pulau Pinang melainkan hanya melawat Singapura untuk membuat lapuran dan meminta nasihat daripada God Father mereka.

Kalau di Kedah, Kerajaan negeri senang-senang berkata yang First Solar adalah pelaburan bilion ringgit yang berjaya dibawa masuk atas ketelusan dan keterbukaan kerajaan negeri bawah PR, di Pulau Pinang kerajaan negeri hanya goyang kaki menerima hasil MITI & MIDA menguruskan semua pelaburan luar untuk mereka. TUGAS mereka hanya MENGUMUMKN Sahaja.

Kita tunggu pula PENGUMUMAN kerajaan negeri Kedah kerana baru-baru ini ada pelabur dari German yang berminat untuk melabur di Kedah dan ianya sudah tentu di bawa oleh MITI dan MIDA.


99 Peratus Pelaburan Di Pulau Pinang Usaha Kerajaan Pusat - Mukhriz Mahathir

SUNGAI PETANI, 24 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini.

Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan pakatan.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar.

"Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri.

"Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti.

-- BERNAMA






















1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sudah menjadi adat resam pembohong dan penipu DAP ini. Lihat saja apabila RM 100.00 diberi kepada golongan emas dan ibu tunggal dari duit haram LGE angkuh menafikan terkial-kial dan mengata itu duit suci dan sudah disahkan oleh N.Aziz. Akibat terlalu banyak bukti sahih maka penipu pun mengaku bahawa itu duit judi tapi N.Aziz sudah sucikannya tarak apa. Kalau dajal tetap dajal yang merosakkan.

Kita lihat penipu besar di Padang Terap bermula setelah Nasir Zakaria berjaya merampas Parlimen. Belumpun hampir sebulan menjadi YB beliau dengan angkuh ditemuramah dalam rencana Sinar Harian Keluaran Utara oleh wartawan bernama Sharifah. Memang punya dasar penipu dan kaki kelentong kerana tak hampir sebulan dikatakan telah berjaya membangunkan Daerah Padang Terap dengan jaya hingga terbinanya Kota Putera di Durian Burung. Inilah penipu terkemuka dan raja segala penipu.

Sedangkan pembangunan dan pembinaan Durian burung sebagai pintu Hub Kedua di Negeri Kedah ke Thailand adalah ilham daripada pemimpin UMNO dan BN. Pembangunan Padang terap dilaksanakan dan dibangunkan semenjak Nasir Zakaria masih hingusan lagi. Rencana ini saya pernah keluarkan dalam KedahLanie tetapi pengendali blogger memang pengecut kerana tak berani siarkan kebenaran dan Kedahlanie hanya berani keluar rencana penipu dan putar belit untuk menjatuhkan BN sahaja sedangkan apabila kebenaran dikianatinya.

Sedih teramat sedih permulaan memerintah apabila Nasir Zakaria dan PAS memerintah Padang Terap jalan Naka menghubung Kuala Nerang amatlah dasyat kerana setengan tar sudah tiada, berlopak-lopak, beralun-alun hingga jika memandu kenderaan diwaktu hujan hanya kelihatan seperti anak sungai dan banyak kenderaan mengelami kerosak akibat terjatuh dan terhantuk akibat lopak yang terlalu dalam.

Akhirnya UMNO terpaksa mengambil persefakatan memberi peruntukkan membaikinya. Paling mengejutkan bukit-bukau ditarah secepat kilat hingga botak dibuatnya menunjukkan bertapa rakusnya pempinan PAS cuba mengaut keuntungan secepat mungkin. Memang hebat Nasir Zakaria dengan membina markaz PAS dan terlalu lemah dan tak bermaya untuk menyediakan prasarana serta membaiki infrastruktur yang disediakan oleh BN.

PAS banyak canang itu dan ini tetapi semuanya habuk tiada dilaksanakan. Amat malang ceramah menjadi-jadi dan penaburan fitnah serta pembohongan tak habis-habis. tetapi BN bermurah hati walaupun dikuasai PAS mini Tar dibina jua untuk rakyatnya tanpa mengira fahaman PARTI dan Agama termasuk kemuadahan kegunaan harian laluan keluarga Nasir Zakaria atas perjuangan UMNO dan bukannya perjuangan Nasir zakaria. Malah keluarganya mendapat rezeki adalah datang daripada perjuangan UMNO,MCA,MIC dan amnya BN dan bukannya datang daripada PAS. Amat malang mereka ini menikam dengan rakus sebalik menghirup dan menelan rezeki daripada perjuangan BN.

Ibarat perpatah tua-tua, BN menanam pokok buah-buahan untuk makanan tetapi PAS cuba upaya meracun dan menebang tetapi atas berkat kegigihan BN dan pengawasan rapi maka pokok tadi buah hasil dan PAS turut berebut untuk mengutip hasil tanpa perasaan segan silu dan tanpa tiada ada harga diri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates