Ahad, 9 Januari 2011

Antara Gadis Yang Ikut Jantan Lombok dan Pemikiran Cetek Pentaksub..

1. Apabila kerajaan Kedah bertukar tangan kepada PAS, banyak juga tindakan "hebat" yang dibuat PAS samada di Jabatan Kerajaan dan Syarikat-syarikat kerajaan.

2. Tindakan popular tentulah dengan pemberian bonus, duit raya dan pelbagai gula lagi agar populariti mereka melonjak kelangit, dan BN dulu kelihatan separiah mungkin. Inilah yang dibuat PAS kepada semua rakyat Kedah, termasuklah menurunkan beberapa cukai.

3. Rakyat tentulah gembira bila dapat merasa bonus, merasa penurunan cukai, merasa elaun-elaun dan pelbagai lagi "nikmat" yang tidak disangka-sangka.

4. Pepatah orang putih kata, if it's too good to be true, most probably it is not true. Jika sesuatu itu terlalu indah melebihi apa yang kita layak dapat, kemungkinan besar ianya bukanlah sesuatu yang betul. Mana mungkin penurunan cukai dapat  meningkatkan kecekapan kerajaan dan menambah kantung kerajaan, seterusnya manghasilkan elaun tambahan pula kepada kakitangan kerajaan. Tidak ada logiknya.

5. Samada suka atau tidak, angka tidak akan menipu kita. Esok lusa, ia akan kembali menghantui kita.

6. Setelah tiga tahun PAS memerintah, kantung kerajaan negeri semakin mengecut. Kenaikan harga air 100% kepada golongan berpendapatan paling rendah adalah hasil pengurngan cukai tanah dan elaun-elaun 'too good to be true sebelum ini.

7. Pertambahan pendapatan meningkat kepada 205% adalah kerana pertambahan penebangan balak yang begitu agresif. Balak Sik dihantar ke Kubang Pasu atau Padang Terap. Balak Padang Terap dihantar ke Sg Petani atau Bukit Selambau.

8. Krisis BDB dan Kedah Sato semakin meruncing sehingga Pengerusi Kedah Sato letak jawatan tanpa memberi sebarang sebab. Lebih menyedihkan MB tidak tahu menahu kenapa Pengerusi Kedah Sato letak jawatan.

 9. KCE (Kedah Communication and Events) bakal ditutup kerana kos melebihi pendapatan. Tiada projek yang boleh menjada pendapatan KCE. Dulu ianya ditubuhkan oleh Permodalan Kedah Berhad untuk menguruskan semua event kerajaan atau swasta. Tetapi nampaknya kini semua kerja-kerja tersebut sudah ada tuan baru.

10. 3 Tahun Kedah Sejahtera, nikmatnya rakyat tidak merasa.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terpeku juga melihat rencana penulis mengatakan Kerajaan PAS Kedah memberi Bonus, Duit Raya dan berbagai lagi. Benar atau tidak itu perkara biasa. Persoalannya bonus diberi berpandukan setelah PM umumkan. Itupun pemberian sebulan mengikut amalan MB Kedah terdahulu. Jika benar apa yang di katakan Pemimpin Kedah hebatnya ianya akan memberi tambahan bonus bagi negeri yang dipimpin melebihi yang dimumkan oleh PM.

Persoalannya apa yang mereka laksanakan penurunan?. Sedangkan dalam PRU 12 semasa kempen berjanji hapuskan cukai pintu. Apakah sudah dilaksanakan?. Malah janji akan sita rumah yang tidak bayar adalah. Mereka berjanji turunkan harga minyak bagi negeri mereka memerintah. Persoalannya apakah harga barangan dan minyak turu. Bertambah hari demi hari lagi ada.

Kita lihat kenaikan mendadak tarif air dan pengecualian 30 % peratus kepada mangsa banjir memerlukan kelulusan pihak tertentu. Untuk makluman tuan2 semua hampir keseluruhan kawasan Kota Setar Utara ditenggelami air walaupun rumah tidak ditenggelami tetapi hubungan jalan raya terpurtus dan bekalan air bersih tidak disediakan. Mereka juga terlibat sama. Diamanakan keadilah dan tanggungjawab seorang pemerintah ibarat melepas batuk ditepi tangga. Hanya janji gula-gula dan retorik semata-mata.

Kita lihat bertapa megahnya peniaga PAS dan gambar YB Kuala Kedah bersantai sambil menghirup air dan menjamah durian dengan rokok berasapnya dimeja makan tempat parking kereta diatas jalanraya. Inikah dia sifat seorang pemimpin yang diagungkan. Mana ada kebajikan sedangkan rakyat menderita akibat banjir dan tiada bekalan letrik MB dengan sombong mengarahkan disediakan jenerator sokongan kerumahnya. Apakah ini sifat-sifat pemimpin Islam dizaman Rasullah SAW dan Zaman Khalifah Al Rasyidin.

Dimanakan kebajikan sedangkan rakyat dikenakan bayaran cukai pintu sedangkan sampah berkeliaran ditiup angin dan tindakan kucing, anjing, tikus tolong melupuskan sampah yang berhari-hari tidak dikutip. Apakah zaman Rasullah SAW dan khalifahnya bermegah denga kereta berjenama impot dan mewah-mewah. Sedangkan zaman Khalifah Syaidina Umar pernah berjalan kaki meninjau kehidupan rakyat dan akhir beliau sendiri memikul gamdun menghantar kepada rakyatnya yang sedang dalam kelaparan. Apakah MB Kedah yang Gah bergelar ustaz melakukan tanggungjawabnya sebagai pemerintah sedemikian rupa?

Sambung lagi

Tanpa Nama berkata...

Sambung Lagi

Kedah yang telah disediakan kemudahan jalan-jalan raya yang cantik2 tetapi bila Puak yang mengaku ulamak memerintah ianya bertambah cantik dan menarik dengan lubang-lubang, alunan ombak mengasyikkan dan hijauan rumput rampai menari keseronakan.

Kehijuan alam dan sumber pokok dan fauna ditarah dan dihapuskan hingga menganggu ekosistem kehidupan mahkluk lain. Amat malang kita lihat pertambahan mendadak penyakit manusia yang berlaku sumbang mahran dikalangan tua dan muda tanpa rasa segan silu dan malu kepada yang Empunya dan Maha Kuasa. Apakah peranan ulamak murahan ini sedangkan beliau yang bertanggungjawab terhadap maksiat yang menjadi-jadi dan disebarkan dalam arus perdana bertapa megahnya maksiat di Negeri Kedah.

Tidak cukup dengan maksiat, rakyat Kedah yang diberi suntikan terlalu bagus oleh seorang Ustaz menjadikan rakyat sebagai najis dadah menjadi-jadi bahkan hampir pelusok daerah megah dengan minuan air ketumnya. Dimanakah tanggungjawab pemerintah ini?.

Apakah Kedah Negeri Kebajikan dan Kesejahteraan?. Kita lihat mangsa kebakaran di Langkawi dibiar bertapa tanpa pembelaan. Anehnya tanggungjawab mereka dilepaskan kepada orang lain. Apakah ini perangai ulamak bila rakyat sengsara mereka menuding kari menyalah orang lain dan tanggungjawabnya dipaksa kepada pihak lain untuk pembelaan.

Sebenarnya terlalu banyak kelemahan dan paling ketara pembohongan Kerajaan PAS Kedah ini. Hakikatnya keadaan Kedah nyawa-nyawa ikan dan poketnya hampir kering kontang dan masalah pimpinan yang tiada berkelayakan dan berpendidikan tinggi hanya gah pandai cakap sahaja.

Perkhabaran dan janji PAS hanya sendiwara dan banyak berlakon untuk kepentingan perut sendiri dan keseronokan duniawi dan bukan berkhidmat untuk tujuan kejalan yang diredhai Tuhan. Akhirnyan rakyat dijadikan sandaran dan sasaran sedangkan mereka semuanya kembung dan begitulah terjadi contoh Mahfus.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates