Ahad, 9 Januari 2011

Antara Gadis Yang Ikut Jantan Lombok dan Pemikiran Cetek Pentaksub - Komen Anon

Kedah Times : Berikut adalah komen dari Anon dibawah artikel Antara Gadis Yang Ikut Jantan Lombok dan Pemikiran Cetek Pentaksub. Pihak Kedah Times membuat sedikit pembetulan ke atas ayat-ayat yang sukar difahami. Tetapi maksudnya tidak lari dari tujuan asal.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terpeku juga membaca rencana penulis mengatakan Kerajaan PAS Kedah memberi Bonus, Duit Raya dan berbagai lagi. Benar atau tidak itu perkara biasa.

Persoalannya bonus diberi berpandukan setelah PM umumkan. Itupun pemberian sebulan mengikut amalan MB Kedah terdahulu. Jika benar apa yang di katakan Pemimpin Kedah hebatnya ianya akan memberi tambahan bonus bagi negeri yang dipimpin melebihi yang dimumkan oleh PM.

Persoalannya apa yang mereka laksanakan untuk menurunkan beberapa bebanan rakyat yang sering dilaungkan dalam ceramah mereka?

Sedangkan dalam PRU 12 semasa kempen berjanji hapuskan cukai pintu. Apakah sudah dilaksanakan?

Malah janji akan sita rumah yang tidak bayar adalah. Mereka berjanji turunkan harga minyak bagi negeri mereka memerintah. Persoalannya apakah harga barangan dan minyak turun. Bertambah hari demi hari lagi ada.

Kita lihat kenaikan mendadak tarif air dan pengecualian 30 % peratus kepada mangsa banjir memerlukan kelulusan pihak tertentu. Untuk makluman tuan2 semua hampir keseluruhan kawasan Kota Setar Utara ditenggelami air walaupun rumah tidak ditenggelami tetapi hubungan jalan raya terputus dan bekalan air bersih tidak disediakan. Mereka juga terlibat sama.

Dimanakah keadilah dan tanggungjawab seorang pemerintah ibarat melepas batuk ditepi tangga. Hanya janji gula-gula dan retorik semata-mata.

Kita lihat betapa megahnya peniaga PAS dan gambar YB Kuala Kedah bersantai sambil menghirup air dan menjamah durian dengan rokok berasapnya dimeja makan tempat parking kereta diatas jalanraya. Inikah dia sifat seorang pemimpin yang diagungkan.

Mana dia kebajikan yang dijanjikan sedangkan rakyat menderita akibat banjir dan tiada bekalan letrik. MB dengan sombong mengarahkan disediakan jenerator sokongan kerumahnya.

Apakah ini sifat-sifat pemimpin Islam dizaman Rasullah SAW dan Zaman Khalifah Al Rasyidin. Dimanakan kebajikan sedangkan rakyat dikenakan bayaran cukai pintu sedangkan sampah berkeliaran ditiup angin dan tindakan kucing, anjing, tikus tolong melupuskan sampah yang berhari-hari tidak dikutip.

Apakah zaman Rasullah SAW dan khalifahnya bermegah denga kereta berjenama impot dan mewah-mewah. Sedangkan zaman Khalifah Syaidina Umar pernah berjalan kaki meninjau kehidupan rakyat dan akhir beliau sendiri memikul gamdun menghantar kepada rakyatnya yang sedang dalam kelaparan.

Apakah MB Kedah yang Gah bergelar ustaz melakukan tanggungjawabnya sebagai pemerintah sedemikian rupa?

Kedah yang telah disediakan kemudahan jalan-jalan raya yang cantik-cantik tetapi bila Puak yang mengaku ulamak memerintah ianya bertambah cantik dan menarik dengan lubang-lubang, alunan ombak mengasyikkan dan hijauan rumput rampai menari keseronokan.

Kehijuan alam dan sumber pokok dan fauna ditarah dan dihapuskan hingga menganggu ekosistem kehidupan mahkluk lain.

Amat malang kita lihat pertambahan mendadak penyakit manusia yang berlaku sumbang mahran dikalangan tua dan muda tanpa rasa segan silu dan malu kepada yang Empunya dan Maha Kuasa. Apakah peranan ulamak murahan ini sedangkan beliau yang bertanggungjawab terhadap maksiat yang menjadi-jadi dan disebarkan dalam arus perdana bertapa megahnya maksiat di Negeri Kedah.

Tidak cukup dengan maksiat, rakyat Kedah yang diberi suntikan terlalu bagus oleh seorang Ustaz menjadikan rakyat sebagai najis dadah menjadi-jadi bahkan hampir pelusok daerah megah dengan minuan air ketumnya.

Dimanakah tanggungjawab pemerintah ini? Apakah Kedah Negeri Kebajikan dan Kesejahteraan?

Kita lihat mangsa kebakaran di Langkawi dibiar bertapa tanpa pembelaan. Anehnya tanggungjawab mereka dilepaskan kepada orang lain. Apakah ini perangai ulamak bila rakyat sengsara mereka menuding jari menyalah orang lain dan tanggungjawabnya dipaksa kepada pihak lain untuk pembelaan.

Sebenarnya terlalu banyak kelemahan dan paling ketara pembohongan Kerajaan PAS Kedah ini. Hakikatnya keadaan Kedah nyawa-nyawa ikan dan poketnya hampir kering kontang dan masalah pimpinan yang tiada berkelayakan dan berpendidikan tinggi hanya gah pandai cakap sahaja.

Perkhabaran dan janji PAS hanya sendiwara dan banyak berlakon untuk kepentingan perut sendiri dan keseronokan duniawi dan bukan berkhidmat untuk tujuan kejalan yang diredhai Tuhan.

Akhirnyan rakyat dijadikan sandaran dan sasaran sedangkan mereka semuanya kembung dan begitulah terjadi. Contoh terbaik lihatlah Mahfus.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates