Rabu, 5 Januari 2011

BILA KUASA DIUTAMA....MELAYU TERPINGGIR TERUS SENGSARA...

SOBRI SUDIN

1. Bila dihitung kembali belanja kelengkapan dan biaya dua orang anak yang sedang bersekolah, termasuk yuran dan buku teks yang terpaksa dibeli sendiri sebab cukupla aku dulu YANG dapat sebab aku anak orang susah, tapi anak-anak aku dah jadi orang yang sederhana senang, maka terfikir apakah nasib kawan rakan lain yang bergelut hidupnya kais pagi makan pagi.
2. Ini belum ditambah harga barangan asas lain yang naik, minyak masak yang stoknya kian berkurang. Belanja petrol yang turut mencanak naik, harga sayuran dan barangan yang tidak pernah kenal erti turun.

3. Bagi anak muda dan siswazah Melayu termasuk yang pernah jadi pemimpin mahasiswa mereka kini dibelenggu dengan isu pengangguran berpanjangan. Sama ada kesan sikap memilih kerja ataupun memang tiada kerja dipasaran.

4. Malah jika ditinjau kadar orang muflis, maka bilangan pemuflis muda MELAYU kesan kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN kian mencatatkan angka yang membimbangkan.

5. Ini belum dihitung jenayah juvana, kemiskinan ilmu, kebobrokan sosial, jumlah tangkapan khalwat, bilangan penagih dadah, gejala buang bayi, pelencong agama, kes rogol, sumbang mahram, peminum air ketum tegar, JUDI Magnum, Toto, Skim Cepat kaya, krisis sosial yang kian parah yang semuanya mencatatkan nama bangsa kita.... MELAYU... sebagai pelakunya..

6. Perspektif teori pernah diungkap bahawa dalam konteks bangsa ini, semua aspek hidup dipolitikan. Politik sudah menjadi semacam satu piramida tunggal yang mencorakkan kehidupan bangsa. Pandangan ini pernah dilontar oleh DR CHANDRA MUDZAFFAR misalnya. Zaaba, Profesor Syed Husin Al-Alatas juga turut membincangkannya.

7. Isu asasnya, pimpinan politik Melayu bertelagah bagai nak rak.. misi membangun bangsa tinggal bersepah. Bila bertikam berdendam sampai kiamat lantas bangsa tungging langgang jadi melarat. Ini juga pernah disebut dan disentuh secara tidak langsung dalam Malay dilemma dan Revolusi Mental karya Senu Abdul Rahman.

8. Sebutlah siapa saja baik UMNO, PAS atau PKR yang mereka idamkan adalah kuasa, buat penuhi tembolok kroni dan kayakan diri, rakyat menghirup kuah dan seredak yang sekadar lekat di celah gigi.

9. Bangsa lain berpolitik, tapi saling bantu membantu satu sama lain. Walau atas nama platform apa sekalipun, MCA, GERAKAN, DONG JIAO ZHONG atau DAP. Namun yang pasti matlamat yang dimahukan bangsa mereka tercapai. Inilah strategi halus yang kian Melayu tidak sedari. Dalam mencari hakikat kenyataan ini teliti kajian Profesor Dr Mohd Agus Yusoff dalam bukunya 'Consociotionalism Politics: The Malaysian Experience'.

10. Lebih parah Islam yang mengajar umatnya jangan berpecah belah dan berpegang teguh pada tali Allah dan mengisyaratkan dengan jelas bahawa setiap mukmin itu adalah bersaudara langsung tidak dihayati. Sebaliknya pimpinan Melayu Islam berpegang pada tali emosi, tali ideologi, dan tali taksuban yang melampau hanya kerana mahu dilihat jemaahnya lebih baik dari jemaah yang lain. Maka untuk mendekati lagi apa yang dinyatakan amati buku karangan MOHD AMALUDIN DARUS (pengasas PAS KELANTAN) yang mencoretkan pengalamanya dalam buku bertajuk, 'KENAPA SAYA TINGGALKAN PAS' terbitan tahun 1970.

11. Entah sampai bila paradigma ini boleh diubah. Banyak masalah menimpa umat Melayu, pimpinan Melayu gagal duduk semeja. Cari pendekatan dan penyelesaian yang untungkan semua. Perbezaan ideologi dan kepentingan menyebabkan isu-isu bersama yang menimpa umat gagal mereka tangani secara kerjasama padu.. Hang.. hang.. aku.. aku itulah sikap sebahagian besar pimpinan Melayu.
12. Pengikut dan rakyat terus diperbodoh dengan slogan, fatwa dan juga saranan retorik. Bila disogok sedikit dengan gumpalan duit, kain pelikat, beras, ditepuk belakang bahu, dibelanja makan tomyam, dibawa melancong ke Medan atau diberi sedikit jawatan, maka bidaah dan penyelewengan yang diamalkan pemimpin langusng tidak berani ditegur. Sebaliknya pengikut tadi menjadi sebahagian dari penyemarak kemungkaran.

13. Tasawur siasah(politik) yang bermaksud untuk mengurus keperluan umat manusia dan persekitaran secara mengikut hakikat syariah demi mencapai keredhaan Allah s.w.t kian terpinggir. Rujuk juga karya Profesor Dr Raof Abdul Rahman bekas Reaktor UIAM. Rujuk juga karya Dr. Sheikh Yusoff al QARDAWI dan juga lupa membaca karangan AL-MAUDUDHI yang impikan untuk lahirkan... AL-QURANIC SOCIETY.

14. Maka Melayu episod perangnya tidak akan terhenti.. Londeh melondeh jadi mainan, kata nista, fitnah jadi makanan, jatuh menjatuh, benci membenci, hasad dengki jadi caturan.. Lantas usaha menjulang kemuliaan dan maruah bangsa diketepikan, agama diperalatkan.. hanya kerana satu tujuan.. demi mencapai habuan keduniaan.. YAKNI.. KUASA.. KUASA.. KUASA POLITIK yang dianggap raja segala RAJA.

15. Apakah mungkin Kedah yang dihuni lebih 76% penduduk Melayu beragama Islam mampu menjadi model dan contoh politikk muafakat yang untungkan rakyat? Fikir-fikirkanlah.. agar semua beroleh berkat dan hidup yang penuh manfaat.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

islam melayu atau apa pun tak kan maju selagi bangsa dia tak bersatu....

beribesaq berkata...

Melayu tidak boleh bersatu sesama Melayu dalam poltik berlainan idiologi....tapi Melayu boleh bersatu, membatu kaum lain dalam politik yang berlainan idiologi untuk menjatuhkan melayu, itulah Melayu..........

1 Melayu berkata...

Melayu hari ini mahu melihat Bumi Tanah Melayu dipechah pechah sepertimana YAHUDI memechah Bumi Palestin yang telah kehilangan semuanya,yang ada hanya nama.Itulah yang Melayu Liberal ,Melayu Pas, Melayu PKR dan Melayu umno mahu.

hisham berkata...

anak melayu bangkrap dan tak dapat bayar balik pinjaman PTPTN?...
kurang tepat..
PTPTN belum pernah membangkrapkan peminjam2 PTPTN.
kebanyakan mereka bangkrap kerana kad kredit.
dasar orang melayu,berlagak tak mahu kalah..
beli beras dan susu anak pun guna kad kredit.
baru dapat kerja 3 bulan dah sibuk mohon kad
kredit.
aku pernah bekerja dibank,memanglah dasar bank ni suruh orang buat hutang.
contohnya..
seorang anggota polis baru 4bulan keluar dari pusat latihan dan bertugas sudah memohon kad kredit.
selepas borang permohonan dihantar,dalam 3 hari sibuk menelipon bila nak lulus.
kalau bank reject,macam2 dihamunya pegawai bank berkenaan.
sekiranya permohonan beliu berjaya dan dipanggil ambil kad kredit tersebut maka tanpa lengah2 terus saja ke kaunter bank untuk membuat pengeluaran tunai sehingga rm3000.00 sekali gus.
tahukan berapa peratus faedah yang harus dibayar sekiranya menggunakan kad kredit ambil wang tunai?
membayarnya pula hanya tahap paling minima.
berapa pendapatan seorang anggota polis berpangkat lans koporal?.
aku mempunyai beberapa kawan yang bekerja sebagai polis.
masaalah mereka yang selalu disebut ialah gaji tak cukup,hutang kad kredit tahap maksimum.
masaalah ini melibatkan kebanyakan kakitangan kerajaan.
sebab itu hujung tahun saja,sibuk ceupac minta kerajaan bayar bonus..konon nak ringankan beban kakitangan kerajaan.
bila berjaya mendapat satu kad kredit dari satu2 bank..maka potensi untuk berjaya mendapat kad kredit dari lain2 intitusi kewangan lain adalah mudah.
contohnya ada bank yang menawarkan kad kredit dengan kerjasama pasaraya terkenal.
paling mudah cara permohonanya...cuma kemukakan kad kredit mana2 bank dan salinan kad pengenalan.
kunjungilah mana2 pasaraya,berdekatan dengan kaunter pembayaran anda akan dihulurkan borang kad kredit untuk diisi.
jangan jadi alasan tak dapat bayar pinjaman PTPTN atas sebab tak cukup pendapatan..
PTPTN menerima pembayaran serendah rm50.00.
memang mudah memcari alasan tak mahu bayar pinjaman,sedangkan diri sendiri berlagak macam taukeh genting.

HINAYA BESI KERANA KARAT..
HINAYA MANUSIA KERANA KREDIT KAD..
fikir2kan lah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates