Jumaat, 14 Januari 2011

CALON TEMBERANG VS CALON CEMERLANG..

SOBRI SUDIN

1. Puluhan tahun kita disajikan dan memahami bahawa hampir kesemua calon pembangkang yang bertanding dalam PRU hanyalah calon temberang yang bijak menjual ubat, menjadi drama king dan mempunyai dua wajah. Namun peliknya mereka ini terus diberi tempat dan menjadi pilihan pengundi yang mungkin buta mata, buta hati dan buta pertimbangan.

2. Walhal khidmat mereka tidak seberapa, kecekapan calon pembangkang termasuk MB Kedah yang ada sekarang hanyalah memberi alasan dari melakukan tindakan atau mencari jalan penyelesaian bagi manfaat dan kebajikan rakyat.

3. Nah.. kini Pengerusi UMNO Kedah sudah bersuara.. meskipun dalam pembicaraan di kalangan bloggers, rakyat marhein, pendokong dan para simpati UMNO.. perkara ini sudah lama diluahkan.
3. Kita petik kata Bashah dan harap jangan sekadar berkata-kata untuk sedapkan hati bagi bolehkan semua tidur lena. Namun kata harus dikota. Janji wajib dilaksana.

4. Bashah berkata, "UMNO Kedah akan memilih calon yang benar-benar layak dan mempunyai prestasi cemerlang untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti".


4. Kata Dato Bashah lagi, "Kita mahu calon itu adalah berkelayakan dan boleh melakukan kerja dengan baik agar kebajikan rakyat sentiasa dijaga". "PRESTASI CALON JUGA PENTING UNTUK BOLEHKAN RAKYAT BUAT PENILAIAN".. sambung Dato PADUKAN BASHAH lagi...

5. Amat menarik kriteria yang digariskan, harapnya diterjemah dalam membuat keputusan. Jangan pula hanya diambil kawan rakan atau kroni sekadar nak jaga kedudukan, takut nanti belum pun PRU ke-13, UMNO kecundang ditengah jalan.

6. Persoalan yang ingin diketengahkan, pada pengamatan pengundi apakah yang difahami dengan calon berkriteria CEMERLANG????? Jangan pula sekadar nampak cemerlang dari luaran tapi isi dalamannya, khidmat bakti, dan kaedah kerja haprak terus berkeladak.

7. Justeru, mari kita pakat adakan intelectual discourse tentang ciri calon cemerlang yang dimaksudkan dan diinginkan pengundi Kedah.

8. Agar biarlah UMNO Kedah menang dengan keputusan yang cukup cemerlang bukannya terus... REBAH TERKANGKANG dalam PRU ke-13 nanti.

9. Mari pakat suarakan isi hati anda.. agar komentar dan luahan isi hati sedikit sebanyak walaupun ibarat angin sepoi yang berlalu, namun berkat diiringi doa mampu menjadi input pada pimpinan atasan. Untuk membuat pilihan terbaik bukan membuat memilih calon sekadar ikut perasaan.

11 comments:

anak sg kob berkata...

Kami di UMNO Padang Serai cukop kecewa dengan sikap ketua bahagian Rahman yg dauble standard dan jaga kroni dia sahaja.NOOOOOOO for Rahman.

Ana berkata...

Petang ni tadi ana hadir majlis mesra bersama pemimpim UMNO Bhg Merbok di dewan kismec. Hebat, ceramah pendek oleh mantan adun Tg dawai Datok Rosnah Majid. Betul kata beliau, BN/UMNO kalag dalam pru lalu bukan kerana pembangkang kuat, tapi kerana perbuatan sabotaj orang umno terhadap calon UMNO sendiri. Tambahnya, kalau amalan serupa dalam pru ke-13 ni, alamat umno akan pupus di bumi allah ni. Saya percaya. Jelasnya lagi orang umno sepatutnya rasa malu dan sedih bila kalah dalam pru lalau. Sepatutnya ahli umno kembali dalam satu harakah memantapkan UMNO dan bukannya membalas dendam kepada cawangan yang tidak mencalonkan mana-mana ketua Bhg yang memang dalam pemilihan dan yang sekarang menjadi Ketua Bhg. Katanya lagi, umno sekarang kian kecil dan kian lemah angkara perbuatan dendam kertau-ketua Bhg yang tidak bertanggungjawab....

Sifu Kulim berkata...

Maaf ya...pembangkang di KEDAH ini adalah UMNO/BN.

Sifu Kulim berkata...

Adakah perbincangan hanya tertumpu kepada calon UMNO atau semua calon yg mewakili BN.

zizan kilang lama berkata...

Di Parlimen Padang dah konpom 3-0 dalam pru 13 nanti.Nak tau cerita jelajah lah sendiri masuk kg dan kedai kopi.

Tanpa Nama berkata...

tumpuan tentulah pada calon dun yang ditandingi UMNO kerana UMNO bertanding di 30 kerusi DUN di Kedah ni

Tanpa Nama berkata...

AKUM Dan Salam 1 Malaysia

Nampaknya kini sudah menunjuk satu tanda aras perubahan dalam BN. kalau dahulu dalam bolg ini selalu dimanopolikan oleh puak PAS yang sentiasa menghentam blogger kini sudah mendapat nafas baru dan penulis yang terlibat banyak perubahan menjuruskan kepada BN. Hakikat pendedahan ini amat berguna untuk menrencanakan strategi dan untuk mengetahui kelemahannya.

Kita lihat pucuk pimpinan sudah memberi kepercayaan kepada orang tempatan untuk menerajui Kedah. Hakikat keadaan dalaman PAS sangat bergolak kerana terdapat banyak puak-puak dalam PAS dan kalaulah berjumpa hanyalah senyum dalam tangisan dan marahan. Banyak kisah yang telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam PAS bahawa Ostaq Azizan tidak sebulu dengan bebarapa Exconya seperti Amirruddin. Hakikatnya mereka bersendiwara baik tetapi sebenarnya mereka seperti anjing dengan kucing ataupun CATDOG.

Keadaan kewangan terlalu meruncing dan kita lihat Kulim Hitech hampir lumpuh kerana pelabur tidak mempercayai pempinan PAS. Melihat situasi itu Pihak Pusat terpaksa masuk tangan membantu bagi memberi keyakinan kepada pelabur bahawa Pusat akan membantu pelabur. Akhirnya baharulah para pelabur memberanikan diri dengan jaminan Kerajaan Pusat. Sebenarnya PAS,PKR,DAP hanyalah gah seperti anjing menyalak bukit tetapi hakikatnya tiada ilmu pengetahuaan dan cetek pengalaman dan hal pentadbiran.

Kita lihat sentiasa dalam keadaan TAK TAU, tak percaya tanya beliau jawapannya TAK TAU. tapi ingat semuanya jika silap bertanya soal perempuan beliau akan jawab terlebih tau dan arif kerana itulah pemerintahan ala islam acuan beliau. Amat mendukacitakan seorang MB yang terlalu lemah dan kuat nafsu syahwatnya merugikan rakyat. Beliau terlalu angkuh dan sombong serta ego hingga malu mengakui kelemahan mereka. Kita lihat GLC sudah nyawa-nyawa ikan.

Apun ingat PRU 13 akan menjelma dan terjemahlah dengan sebaik-baiknya agar perkara ini tidak berulang kembali. Semoga pimpinan Mukriz serta sentuhan dan berkat doa daripada seluruh kaum teraniya akan membantu beliau menawan kembali KEDAH yang gah sebagai Kedah Singgora.

hisham berkata...

ahli umno tetap setia pada parti..kami memilih ketua untuk mewakili kami dalam umno.
yang dok bagi ghosak umno adalah ketua bahagian/setiausaha dan beberapa ekorq balaci depa dok gila duit dan gheta.
masa nak dilantik,bukan main baik peghangai depa.
ahli besa tak dapat beghapa duit pun...habih2 kein batik/kein pelikat masa nak ghaya.
tapi ahli2 besa tetap bersyukor...dan tetap sayangkan parti.
ketua bahagian/setiausaha dan balaci depa yang suka sabotaj.
pada kami sebagai ahli besa...dari menanggung dosa memilih wakil rakyat yang dajai lebih beik tak payah keluarq mengundi.
kesetiaan ahli besa jangan dipersoaikan...tapi teghajangkan saja mana2 ketua bahagian/setiausaha jenih pelarq kedalam tasik pedu.

Sifu Kulim berkata...

Cadangan Datuk Paduka Ahmad Bashah amat baik yang mahukan seorang calon yang mempunyai prestasi cemerlang, bukan saja dari segi akademik tetapi kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan untuk pengundi2. Namun amat malang sehingga kini kita tidak nampak ada bakal pemimpin seperti cita rasa Datuk Paduka Ahmad Bashah. Walau pun ada yang ingin memberikan perkhidmatan mereka khuatir akan di cop gila nak jadi wakil rakyat. Kepimpinan Bahagian yang ada lebih mengejar projek dan kekayaan tanpa memperdulukan pengundi malah AJK Bahagian pun dijadikan musuh. Inilah realiti yang sedang berlaku di Bahagian Pdg Serai dan Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Diperingkat Bahagian bukan sahaja UMNO yang berpecah malah di semua kompenan BN menghadapi masalah dalaman. Macam mana mereka hendak menjengok cawangan jika diperingkat Bahagian sendiri bermasalah.

ahli kg keladi berkata...

Di Bahagian Padang Serai lagi terok.Akibat double standard ketua bahgian maka UMNO kg Keladi dan jadi kucar kacir.Ketua Bahgaian yg bengong tak tahu selesai masaalah.Malah ketua bahagian punca segala masaalah.Setakat ketua bergaduh dengan timbalan pun dah terok.Ini di heret pula UMNO cawangan Kg Keladi.Dato Bashah /Dato Mukhriz mai Kat dewan kilang lama.Aku lihat kenapa tak ramai orang tak sampai pun 300.Malu nya umno padang serai jadi ribut setiap masa.Inilah perubahan oleh Rahman dan kuncunya.

Tanpa Nama berkata...

Sementara kita pebetoi penyakit kngkawan dalam UMNO, mai kita bedal PR/PAS yang dok buat nanya kat rakyat Kedah nih...

Isu GLC
Isu KUIN
isu janji menifesto
Isu dalam pekan cakap PAS 4 all
Isu dikamong cakap Islam (DOSA PAHALA)
Isu tiada bantuan sekolah agama rakyat
Isu ratusan premis maksiat
Isu perpecahan dalam PAS
Isu PKR/PAS/DAP rebut kursi
Isu MB cakap "tak tau tak tau"
Isu Ceh Had lari tinggal Pejabat MB
Dan banyak lagi isu ........

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates