Isnin, 17 Januari 2011

Dato Najib Di Perli Secara Tersurat

Baru sahaja Tun Mahathir beri nasihat dan cara bagaimana nak tawan semula Kedah, strategi cantas mencantas di kalangan para pemimpin UMNO Kedah semakin galak berlaku. Terbaru tentang kerenah pemimpin yang tidak terpilih sudah mula menggunakan 'cable' setebal bangunan KLCC untuk mendapatkan gelaran Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Lihat sahaja bagaimana liciknya mereka menyusun strategi memalukan Dato Najib. Orang yang diberi mandat tak setara dengan orang yang mendahului penerima darjat. Apa maknanya?

Taktik menabur budi sebagai perangkap sudah lama dilaksanakan oleh sesetengah ahli politik. Mereka memberi ganjaran kedudukan, meninggikan rakan dan taulan dengan bersyarat secara budi dibalas undi.

Rapat mereka pada yang berkedudukan semuanya ada makna. Kalau nak pegang anak peganglah ibu dan bapanya.

Lupakah mereka siapakah pengundi sebenar? Dato Najib sedar bahawa UMNO Negeri Kedah cukup busuk. Busuknya seperti yang berlaku pada saat dan masa ini. Minda ahli UMNO dimainkan dengan sebegitu rupa. Nasib baiklah karier mendidik anak bangsa telah dihentikan dengan penuh rela. Jika tidak makin ramailah yang akan belajar bagaimana mmeperolehi kuasa samada secara paksaan ataupun sebagainya.

Adakah rakyat bodoh untuk menilai caturan sulit? Tidak! Yang rakyat akan ingat selama-lamanya ialah mereka adalah pemimpin palsu yang perlu ditolak pada pemilihan agung UMNO nanti..

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau di katakan Dato Bashah pun guna cable sama tebal dengan KLCC bagaimana?.
Kalau di katakan perlantikan Dato Bashah juga kerana beliau ada org kuat dato Najib,Bagaimana?
Kalau di katakan Pengerusi Badan Perhubungan sekarang pun melobi setengah mati nak jadi Pengerusi b,bagaimana?
Kalau di tanya pengundi di kawasan Dato Bashah kenapa dia hanya menang tipis?Apa alasan?Nak kata pengundi pembelot juga ka.....
Bukan kerana isu tanah ka?
Jgn hanya nampak sorang je yang buruk,klu sepuloh buruh kata semuanya....jgn pilih bulu...

MERBOK TIMES berkata...

Salam Kedah Times,
Ikuti entry terbaru kami di www.merboktimes.blogspot.com

Jangan Lupa Kisah Ini - Anekdot Satu : Tunku mengheret bag di lapangan terbang Kaherah.

Mungkin di zaman Tunku belum ada blog atau media-media sosial maka itu kisah-kisah ini kita paparkan untuk netizen yang tidak membaca buku sejarah.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....
salahka tok det mendahului penerima darjat...

ooooo kalau bashah malu macam mana kes giat mara di kubang pasu... tak malu ka Dato'Jo.. buakan kita nak lawan MM tp tak kena cara...anak buat program bapak p bagi ucapan... elok ka tu... sapa cantas sapa.. atau MM masih berdendan ngan dato' JO..

abuarif berkata...

Games DET khalid semua orang tau!!!!!Patutnya Pemimpin atasan UMNO dan ahli bertanya ,,,darimana duit yg begitu banyak det KHALID dapat? Budaya UMNO yg MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN YG KORAP amat merugikan UMNO dan MELAYU,,,,,,,mereka ini patut di hukum,,,,,,,,,,PIMPINAN DET KHALID dan "the Gang"yg meruntuhkan UMNO KEDAH patut "MALU dan BERTANGGUNG JAWAB" dan segera Berundur,,,biar Pasukan BARU yg LEBIH MANTAP mentadbir,,,,,,,rakyat semua tahu apa yg berlaku semasa det khalid perintah kedah,,,,,,,Hentikanlah sandiwara,,,,rakyat kedah dah berilmu dan pandai MENILAI,,,Maklumat dihujung jari,,,,,,,,,,,,,USAHLAH BERDUSTA,,,,,salam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates