Ahad, 16 Januari 2011

DI DALAM LENA KUDAKAP SINGAHSANA!!!!!

SOBRI SUDIN

1. Tun Dr Mahathir setelah 22 tahun disingahsana, akhirnya mengambil keputusan untuk undur diri meskipun tidak ada tegahan baginya bagi teruskan legasi... Mana ada orang tengah sedap makan tiba-tiba nak berhenti. Namun itulah qada dan qadar Allah s.w.t yang telah membukakan hati Tun meskipun khidmatnya masih ditagih seluruh rakyat.

2. Berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, akibat dikelentong menantu Oxford yang berpendidikan tinggi, natijahnya BN terlepas 5 negeri dan Pak Lah pun dengan selamba beruk berlalu pergi.. itupun setelah asakan bertalu-talu dari Tun Mahathir dan semua pihak yang sayangkan UMNO. Dan harus dingat dengan kuasa Allah juga dan dengan kalimah KUN FAYAKUN, maka Pak Lah pun kini tinggal history, harapnya Khairy tunggu apa lagi.. MALAYSIA, UMNO dan BN akan lebih aman tanpa drama king mu YANG kian jelek dimamah hari..

3. Kini penyakit gila kuasa, suka duduk disinggahsana melekat pada pemimpin parti lebai monyok, AZIZAN RAZAK...(Samalah seperti Nik Aziz yang dalam keadaan uzur dan sakit pun masih nak jadi MB lagi). Benarlah istilah persaraan bagi ahli politik hanya wujud bila ahli politik berkenaan meninggal dunia.

4. Azizan MB yang dilingkungi kerusi empuk, kuasa agih konsesi balak, dilayan bagai raja, diselaputi permaidani nan merah, diiring dengan patrol car kesana kemari. Dilingkungi penjilat, pengampu, pembodek dan puluhan pegawai yang sanggup angguk kepala berkata ya DATO' SERI..

5. Elaun dan gaji melebihi RM65,000 sebulan, kemudahan tidur lena dengan bilik special di KMC selain ditemani matron sister yang cantik manis. Kemudahan makan angin dan enjoy di Mesir, luar negeri bila saja AZIZAN nak pi. Selain harta menimbun yang kian meningkat, kesan elaun sana, komisen sana dan juga duit tumbuk rusuk dari pelbagai arah.

6. Azizan kini telahpun bersuara, kerajaan Pakatan di Kedah tidak akan mengikuti Pusat untuk bubarkan DUN jika tempoh 5 tahun belum tiba, disebabkan tidak ada keperluan berbuat demikian. Ya la biaq la sampai penuh tabung untuk 7 keturunan anak cucunya dulu yang ramai itu barulah bubar DUN...

4. AZIZAN hanya akan turut serta untuk pembubaran Parlimen, ya la.. kuasa pembubaran terletak ditangan PM, walhal kuasa pembubaran DUN ditangan MB SETELAH DIPERKENANKAN TUANKU SULTAN.

5. Jika demikian sifat tegas AZIZAN yang terus menerus merasa seronok dibawa drebar kesana kemari dengan Mercedes KBV 8, S320, kadang-kadang BMW pacuan empat roda, apakah langkah lanjut yang boleh diasak oleh UMNO Kedah?

6. Bagaimana pula dengan tindakan rakyat KEDAH? Dalam bab ni aku percaya rakyat akan buat tak kisah sebab mind set orang Kedah memang depa suka buat mudah..!!!! La ni pakat nak jadi tak tentu arah semuanya baru depa nak gelabah..

7. Apakah perlu ada memorandum rakyat kepada KBDYMM Tuanku Sultan Kedah agar DUN turut dibubarkan untuk mengikuti negeri-negeri diperintah BN?

8. Apakah KBDYMM Tuanku akan menggunakan kuasanya mengikut Undang-Undang Tubuh Kedah untuk meminta YAB MB membubarkan DUN Kedah?

8. Apakah akan wujud gelombang kebangkitan besar-besaran dikalangan masyarakat untuk menuntut Azizan kembalikan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru?

9. Jika ada, siapa bakal kepalainya? Adakah PEMUDA UMNO KEDAH yang saban hari terus tak tentu arah, sekejap ada sekejap tiada, barangkali kerana kian meningkat sikap kepondanan mereka?

10. Apa pula strategi UMNO KEDAH? Ikut sajakah? Terus lenakah? Ataupun terusan bincang strategi dalam diam sehingga langit pun kelam last-last semua pakat diam.. ZZZZZZZZZ.. MENGEROH TIDOQ DIULIT MIMPI SAMPAI KEPAGI...

11. Fikir-fikirkanlah.. rakyat sedang memerhati.. jangan sampai semuanya menggigit jari.. AZIZAN LENA MEMANG BIJAK BERMAIN AUTA.. TAPI INGATLAH ALLAH S..W.T LEBIH BERKUASA.. Jika Allah mentakdirkan dengan hanya berkata Kun Fayakun, maka pastinya AZIZAN akan pasrah dalam terpaksa. 'Manusia boleh merancang, Allah jua ada perancangannya, dan perancangan Allah itu lebih hebat dari segala..

12...HARAP LEBAI-LEBAI MONYOK PAS TERUSKAN DAN TINGKATKAN KEMARAHAN ANDA UNTUK MENGHANTAR AZIZAN BALIK KE SUNGAI LIMAU ATAU PULAU SOMSOM... BUAT PERABIS BERAS SAJA!!!!!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Demikian aturan dunia, yang kaki lena, yang lemah, kaki ampu, bengap, tak reti buat kerja golongan inilah akhirnya mendapat kuasa. Mereka ingat mereka hebat, tetapi Allah sw.t mahu menguji mereka dengan amanah kuasa, dan pastilah mereka itu gagal sempurnakannya

Tanpa Nama berkata...

BENAR TELAHAN TUAN
SIAPA PUN DAPAT KUASA, AKHIRNYA AKAN JADI PENYAMUN SIANG DAN MALAM..KERANA KUASA, WANG, PANGKAT, ISLAM DIKETEPIKAN, AQIDAH SANGGUP DICEMARKAN..PAS DAN UMNO DUA KALI LIMA

Tanpa Nama berkata...

BENAR TELAHAN TUAN, SIAPA SAJA YANG DAPAT KUASA AKAN JADI PENYAMUN SIANG DAN MALAM, SEBELUM JADI KERAJAAN JANJI BULAN DAN BINTANG,MENGATA ORANG SEMUANYA TAK BETOI, BILA DAH DAPAT KUASA, PAS PUN DUA KALI LAMA..RAKYAT KEDAH JADI MANGSA..UMNO ITU HARIMAU, PAS TU BUAYA, DUA DUA KAKI NGAP..RAKYAT TINGGAL NGEP

Tanpa Nama berkata...

saudara Sobri Sudin, teruskan komentar dan pandangan saudara, biarlah UMNO ka atau PAS nak kata apa pun, keberanian penulisan anda jadi sumber renungan untuk kami semua..sokongan terhadap Kedah Times akan diberikan sepenuhnya..Biar la ada orang tidak puas hati dengan tulisan anda, tetapi dalam masa yang sama, orang yang bersetuju dan puas hati dengan tulisan anda lebih ramai sebenarnya

AnaQarbana berkata...

Rahman Ketua Umno Bhg Pdg Serai kembang juboq dia...sebab Tok Jib tak sentuh pasai bab umno bhg pdg serai, tapi tok jib tegoq umno bhg sg petani yang kononnya ada masalah dalaman. Sebenaqnya umno pdg serai lagi besaq masalah dari umno sg petani.....masalah dia macam virus paya dara...makan meredap.....kat luaq nampak sikit punya best...di dalamnya Allah swt yang tau.....macam tulah umno bhg pdg serai di bawah pimpinan lanun keturunan viking menumpang.......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates