Selasa, 11 Januari 2011

THE 'DRAMA KING IN KEDAH'..!!!!

SOBRI SUDIN

1. Kita straight to the point...!!!!!!

2. Dalam konteks analisis politik seringkali kita melakukan reverse saikologi analysis. Dalam ertikata lain meneliti apakah the worst case scenario yang berkemungkinan besar akan berlaku berdasarkan tanda dan petunjuk yang disebut sympton and cause theoritical framework.

3. Pendekatan dan metodologi inilah yang lazim digunakan oleh tokoh futuristik misalnya, John Naisbit, Peter F. Drucker, Samuel P. Huntingthon dan Kenichi Ohmae dalam merungkai dan menjangkakan peristiwa yang bakal berlaku di masa hadapan mengikut bidang masing-masing sama ada ekonomi, sistem dunia, politik antarabangsa, kemelut agama, bentuk masyarakat antarabangsa dan perdagangan global serta kemajuan teknologi.

4. Justeru, jangan terkejut jika ada kompromi antara PAS dan UMNO di Kedah dlm PRU ke-13 nanti..Bentuk komprominya akan saling menguntungkan kedua belah pihak. NAMUN Bersediakan penyokong kedua belah pihak ini menerima dengan berlapang dada?????

5. Jangan hairan jika ada pemimpin tertentu yang sedang digilap untuk satu tugas dan amanah yang lebih mencabar dalam mencorakkan politik KEDAH di masa hadapan.

6. Jangan tersentak andai kata ada rombakan besar-besaran dalam struktur PERHUBUNGAN UMNO KEDAH pada 14 Januari nanti. Atau jangan juga terkejut jika UMNO Kedah terus koma, tidak bernyawa dan ditalqinkan untuk disemadikan di muzium Negeri KEDAH buat selama-lamanya.

7.Jangan hairan jika kuasa ketiga mengambil tempat jauh meningalkan UMNO dan PAS Kedah dalam PRU ke-13.

8. Jangan ternganga andai Kedah menjadi Kelantan ke-2, diperintah terus PAS untuk 4 penggal akan datang

9. Jangan takjub jika PAS jatuh bukan kerana kekuatan gerakerja UMNO Kedah tetapi kesan berantakan dari dalam PAS sendiri.

10. Dan jangan bersangka pelik andainya berlaku total revamp dan pembersihan besar-besaran untuk memastikan dinasour politik UMNO Kedah tidak lagi bercangkelewang baik diperingkat cawangan, Bahagian mahupun UMNO Negeri.

11. Dan jangan tidak bersedia jika berlaku kekacauan yang TRAGIK lebih besar dari PERISTIWA MEMALI 1985 andai kata keputusan pilihanraya umum menjadi seimbang, 18:18

Ironinya, 'THE DRAMA KING' memang wujud dalam konteks politik Kedah dan skrip yang ditulis itu sedang dilakonkan oleh pelakon-pelakonnya dengan diarah oleh sutradara hebat.

Benarlah kata cerdik pandai.. 'politics is the art of possible'- POLITIK SATU SENI SERBA MUNGKIN..

Kita berdoa agar apa pun jua outcomenya RAKYAT KEDAH akan mendapat manfaat terbaik dan sentiasa dilindungi dari mara bahaya dan kemusnahan yang menjengkelkan..

RENUNG-RENUNGKANLAH!!!!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates