Khamis, 27 Januari 2011

Ekonomi Islam - Wajib Baca

Tokpauh Menulis:

Punca Ekonomi Melayu Tidak Meningkat

Orang Melayu (Islam) sering merungut bahawa kuasa ekonomi dipegang oleh bukan Islam, walaupun negara ini negara Islam dan majoritinya adalah umat Melayu Islam.

Maka bersidanglah intelektual Melayu untuk mencari puncanya.Buat apalah bersusah payah bersidang, puncanya mudah saja, apa saja semuanya salahkan kerajaan. Tak jadi kaya atau melarat sekalipun salahkan kerajaan. Malah jika tersepak batu ketika berjalan sekalipun, salahkan kerajaan.


Kenapa? Kerana dengan menyalahkan kerajaan, maka ekonomi orang Melayu akan meningkat. Lihatlah bertapa kedudukan ekonomi orang Melayu semakin hebat kini setelah menyalahkan kerajaan dengan begitu agresif semenjak Anwar Ibrahim menjadi pembangkang.

Inilah yang paling lunak didengar dan dapatlah orang Melayu pro-pembangkang tidur nyenyak.

Punca Sebenar Yang Tidak Mahu Didengar

Punca sebenar adalah sikap orang Melayu itu sendiri, tidak kiralah yang pro mana-mana sekalipun hampir sama. Bercakap soal ekonomi ilmunya setinggi langit ke tujuh, perkara-perkara kecil tidak main langsung. Soal koporat dan dana berbilion-bilion menjadi topik utama.

Tapi penyelesaiannya mudah sahaja. Iaitu amalkan prinsip SETIAP SEN WAJIB DIKITARKAN KEPADA ORANG ISLAM. Atau dalam kata orang putih, Buy Non-Muslims' Last.

Selama mana ada bekalan barangan atau perkhidmatan wujud dan dibekalkan oleh orang Islam, jangan sama sekali beli daripada bukan Muslim. Tak payah dicanang seluruh negara dan suruh orang lain, diri sendiri buat dulu.

Sebabnya,
Orang Melayu merupakan kelompok dengan kuasa beli yang banyak,
Jika wang itu dikitarkan kepada orang Islam, rezeki itu akan dimakan oleh orang Islam,
Peniaga Islam akan keluarkan zakat dan dikitar lagi kepada orang Islam,
Segala sedekat jariah dan jaringan ekonomi itu jika diniatkan atas membantu sesama Islam akan memberi ganjaran pahala yang berterusan,
Orang Islam adalah bersaudara, jika kita beli dari orang lain dulu itu bukan bersaudara namanya,
Akhirnya segala perniagaan peruncitan akan terpaksa diserahkan kepada orang Islam kerana itulah kehendak ekonomi,
Apabila perniagaan runcit dikuasai oleh orang Islam secara tidak langsung orang Islam boleh melangkah kepada perniagaan yang lebih besar seterusnya dapat menguasai ekonomi negara.
Umat yang menguasai eknonomi adalah umat yang juga akan menguasai politik, ketenteraan dan segala bidang ilmu.
Dengan itu, dapatlah umat Islam yang lain, yang tertindas dapat dibela.

Tiada guna kita memekak dipentas-pentas ceramah, tetapi pantang ada sedikit wang, kepada kafirlah kita belanjakan.

Tiada gunanya kita bersidang panjang-panjang, tindakan ekonomi sekecil inipun kita masih gagal laksanakan.

Belilah Produk dan Perkhidmatan dari Sesama Islam kecuali setelah pasti tiada pilihan.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 malaysia

Paling utama yang harus diberi penekanan ialah altitude rakyat yang harus berubah dan harus kikiskan sikap yang sering mendahului barangan import. Sikap golongan yang suka anti dan benci jika golongan melayu beroleh kejayaan dan kelebihan daripada mereka. Senario ini paling ketara berlaku jika sesama melayu menjalankan perniagaan dan pekerja daripada golongan melayu kebanyakan mereka suka mengkianati sesama melayu. Tetapi sebaliknya jika perniagaan kalangan bukan melayu dan pekerjanya melayu mereka ini bertungkus lumus melakukan kerja dan sentiasa mematuhi arahan majikannya.

Inilah satu sikap orang melayu yang suka menjatuhkan golongan melayu sendiri dan suka menaikkan golongan yang bukan melayu. Kita lihat perniagaan kalangan ahli PAS kawasan nasir zakaria di Kawasan Naka yang berniaga daging lembu kerbau. Pihak berkuasa telah menetapkan harga daging No.1 dengan kadar RM 19.00 sekilogram. Tetapi mereka menjalankan perniagaan dengan menjual daging berharga RM 20.00 sekilogram dan bercampur dengan lemak dan lendir. Perniagaan ini sudah berlarutan lama hampir 3 tahun lalu paling menyedihkan apabila tiba musim perayaan mereka ini akan menjual dengan harga RM 20.00/KG dan daging terlalu banyak campuran lemak serta lendir dan perutusan hampir sama dengan daging nombor 2.

Malangnya peniaga ini terdiri dari kebanyakan Ahli PAS yang sentiasa bercakap halal dan haram dan sentiasa mendengar ceramah agama kelolaan Nasir zakaria. Ini meruapakan satu contoh sahaja tidak termasuk harga ayam daging. Kita lihat peniagaan daging di Pasar Besar dengan harga RM 6.50 kg. tetapi kaum kerabat PAS di Naka menjual dengan harga RM 8.00 kg baru-baru ini. Persoalannya dimanakah ehsan yang PAS laungkan untuk menurunkan harga barang sedangkan harga ditetapkan oleh pihak berwajib mereka tidak ikut sedangkan mereka ikut harga PAS yang melambung tinggi. Hakikat PAS sentiasa retorik dan sentiasa melakukan pembohongan yang nyata.

Amat menyedihkan cakap lain tetapi bila laksanakan lain. Apakah ini dia contoh perniagaan yang dianjurkan oleh Rasullah SAW untuk dicontohi. Sedangkan Rasulullah SAW menjalankan perniagaan dengan kadar keuntungan yang kecil dan tiada melakukan penipuan. Inilah terlebihnya selalu mendengar ceramah PAS dan Takzirah oleh Pemimpin PAS. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan PAS mendahului perjuangan parti hingga sanggup memberi derma kepada Pertubuhan PAS dan tidak sanggup membayar yuran persekolahan anak dan menuduh kerajaan zalim. Hakikat mereka lupa pada tanggungjawab mereka bahawa membayar yuran itu wajib baginya dan sebagai seorang bapa memberi ilmu itu adalah wajib dan bukannya menderma kepada parti PAS itu wajib bahkan menjadi haram kerana mendahului parti daripada kewajipan keluargannya.

Tanpa Nama berkata...

Mengikut hukum muamalat dalam perniagaan mengikut Islam keuntungan hasil jual beli tidak boleh melebihi 30 peratus dari harga asal .Kalau lebih boleh tapi tiada keberkatan dalam perniagaan .

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates