Selasa, 4 Januari 2011

Gambar Apa Ini?

Bagi yang tidak ingat, kami maklumkan bahawa inilah gambar pak janggoat-pak janggoat PAS yang nak bawa Islam ke Kedah, yang katanya belum cukup Islam. Kata bosnya juga, nak buat kerja, buat kerja cara Islam.

Pada hari bersejarah tersebut, mereka dengan penuh rasa tanggungjawab, maka melaporlah mereka kepada SPRM akan kononnya tarif air yang dinaikkan di Kedah adalah akibat rasuah dan penyelewengan.

Gambar besar muka depan, tanda keberanian pemuda PAS Kedah.
Akan rasuah tersebut pula peliknya hanyalah diketahui oleh mereka selepas rakyat mula berdemonstrasi menentang kenaikan yang berat sebelah dimana pengguna industri naik sebanyak 27%, tetapi pengguna miskin yang guna pada kadar minimum dinaikkan sebanyak 100%.

Sebaliknya, kini setelah beberapa bulan isu penyelewengan perlantikan kontraktor (yang tidak masuk tender pun) oleh BDB bagi projek KUIN diketengahkan, tiada seorang pun yang berani membawa "Islam" ke Kedah. Mana perginya pemuda PAS untuk melaporkan penyelewengan yang terang dan nyata ini kepada SPRM? Malah isu ini melibatkan ratusan juta RM, jauh lebih banyak berbanding dengan "penyelewengan projek air yang ditemui selepas rakyat protes" tersebut.

Begitu berat langkah kaki mereka untuk membawa "Islam" ke Kedah kali ini. Inilah yang dinamakan pemuda buih pepsi cola oleh Tuan Guru Haji Hadi, bila penyelewengan itu adalah dari kelompok sendiri, diam membisu bagai kambing tercekik daun sirih.

Kita tahu apa sebabnya mereka tidak berani protes. Antara sebabnya ialah mereka takut  dan bimbang akan disergah oleh Ustaz Azizan dengan soalan "hang mengaji mana!". Sergah bukan sergah kosong tu. Jika itu berlaku, maka hilanglah projek-projek photocopy minit mesyuarat dan dokumen kerajaan, projek perabut terpakai kerajaan, pelupusan harta dan kenderaan kerajaan yang sedang dijamah dengan enaknya sekarang ini.

Tidak hairanlah, sehingga kini, setelah Mahfuz sendiri meletak jawatan sebagai pengerusi Kedah Sato, tiada seorang pun pemuda pembawa "Islam" bersuara menyokong beliau sehingga Mahfuz terkontang-kanting keseorangan. Jauh sekali untuk membawa perkara ini kepadas SPRM.

Maka setakat itulah saja tahap "Islam" dan "keberanian" perjuangan mereka. 

Sekali Azizan Sergah, Selamanya Dewan Pemuda PAS Menikus

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau depa tak berani, hampa orang UMNO pi la report. Selalunya SPRM lambat nak amik tindakan kalau orang Pakatan Rakyat yang repot. Kalau orang UMNO repot macam kilat depa pi tangkap.

Tanpa Nama berkata...

Pulak.

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang bagi komen Kalau orang UMNO repot macam kilat depa pi tangkap...burit kau la...kau faham tak mesej yang cuba diberikan melalui artikel tu....bodoh tak leh diajar betul la kau orang ni semua

Tanpa Nama berkata...

atu yang saya nak tanya pencacai kuat PAS tak terjawab-jawab,
Macammana akidah dan kedudukan saudara2 kini. Ini kerana mengikut ulamak murahan dan pesongan kerana beliau mendakwa tupai halal dimakan katanya ianya hanya makan buah. Bahalolnya N.Aziz.

Dulu dia keluar fatwa orang Islam termasuk UMNO (Tepat) bila berkawan dengan cina kafir(MCA) dan India Kafir (MIC) dengan angkuh dan sombong katannya kafir.

Ingat Allah SWT itu Maha Kaya maka degan kehendaknya PAS kini sekongkol yahudi (DAP) dan sosialis (Tak Percaya Agama) apakah akidah saudara2 seperti fatwa ulamak murahan saudara ???

Ingatlah saudara2 yang menyokong dan sekongkol dengannya secara tak langsung menyetujui dan merestuinya kerana sentiasa jadi pembela kepadanya.
Tapi jangan lupa bahawa pemimpin saudara yang mengaku terlalu islam tetapi tak menunaikan dan dusta janji dalam islam digelarkan munafik jika kita menipu dan kianat. Itu mengaku ustaz dan terlebih islam. Kini PAS terlalu recis dan perosak agama dan keharmonian negara serta mahkluk mencemar maruah dan harga diri umat islam dengan menodai kesucian dan keagungan masjid dan syiar islam.

nasguaq berkata...

Piirahhh Puak Pas Fanatik ni berlakon pandailah..kalau kena puak depa semuanya ok..kalau kena kat orang lain semua salahh..Islam hanya dijadikan label utk dapatkan kuasa politik.
Dengan cina DAP boleh berpeluk cium...

Tanpa Nama berkata...

macam kambing tercekik sirih, gugur janggut kang..

Tanpa Nama berkata...

Dulu nama parti ADIL: Ada Dubur, I Liwat.

Now KEADILAN: Kalau Engkau Ada Dubur Insyaallah Lancau Anwar Naik.

sri bongsu berkata...

PAS pun politik cari makan juga.Janganlah marah-marah.

beribesaq berkata...

Nama pun PAS...semuanya PAS tentulah OK, asal berjanggut tu Ulama, Tuan Guru, ustaz...asal berjubah tu Ulama,Tuan Guru, Ustaz, Alim...asal berserban tu Ulama, Alim Tuan Guru, ustaz...semuanya betul belaka, yang haram jadi halal...apa yang orang lain buat semuanya haram salah, tidak ikut Islam, tidak Islamik...apa punya Islam ni..........kalau berjuang atas landasan Islam, jangan kira sapa, asalkan ada buat kesalahan mestilah ambil tindakan..buat laporan kat SPRM tak kira UMNO ke, PAS ke......baru betoi......macam tu bagi amal maarauf nahi-mungkar....

gol bistarie berkata...

Biasa lah manusia PAS ke UMNO ke.dalam PAS pun ramai tarbus.Kaki mengendap.Curi lembu.Tarik kereta.Main ekor.dan macam umno jugalah.Serupa.jgn marah ostat noooo.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates