Jumaat, 7 Januari 2011

Gelombang merah mendapat 'ENDORSEMENT'?

Penulis sempat menegur Timbalan Ketua UMNO Sik semasa program Gelombang Merah di Kuala Nerang. "Bila Sik Nak Buat program macam ini?"
"InsyaAllah, tidak lama lagi", katanya.

Apakah program ini yang dimaksudkan?

Penulis mendapat jemputan melalui SMS ke program Pemimpin bersama rakyat di Bandar Hilir, Sik pada 6 Januari 2010 lepas, tetapi disebabkan penulis terikat dengan majikan yang membayar gaji setiap bulan, maka terpaksa membatalkan hasrat ke sana.

Tetapi telah heboh yang dikatakan hampir 100 ahli PAS telah sedar dan menyertai UMNO dan diberitahu juga ramai lagi bakal mengikuti mereka. Alhamdulillah, mereka mungkin sudah sedar siapa pemimpin PAS sebenarnya.

Borang keahlian UMNO diserahkan kepada pihak UMNO yang di hadiri oleh Pengerusi UMNO Kedah serta ketua, AJK bahagian Sik. Program seterusnya ialah sumbangan kepada mereka yang dipilih.

Petikan dari PelantaqHujah "Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan".

Apakah semangat Gelombang Merah sudah diterimapakai oleh UMNO Kedah? Jika benar Alhamdulillah. Marilah kita semua menggerakkannya. Gelombang merah ini adalah gelombang rakyat yang berani berubah. Rakyat mencangkupi marhein bawahan serta semua peringkat. Mari kita gegarkan Kedah dengan Gelombang Merah ini. Misi kita ialah Tawan Kedah ... Visi Kita ialah membentuk sebuah Kerajaan Kedah yang maju dimana semua rakyat tidak ketinggalan.

Kedah Times  mengucapkan syabas kepada UMNO Sik kerana berjaya membawa gelombang merah ke Sik dengan bermulanya kemasukkan ahli PAS ke UMNO. Teruskan kehangatan Gelombang Merah.

Kita menunggu UMNO di bahagian lain. Ayuhhh!

Imej : Ehsan dari PelantaqHujah.

NOTA: Gelombang Merah disebut oleh Datuk Mukhriz sewaktu berbincang dengan kumpulan Kedah Times di Pendang. Kedah Times hanya memulakkannya melalui alam Maya. Dan kemuncak permulaannya ialah program Gelombang Merah Berani Berubah untuk DUN Kuala Nerang dimana DUN tersebut menubuhkan squad Gelombang Merah mereka sendiri.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Gelombang Merah bukannya diperkenalkan oleh UMNO Kedah...statement tu kasi betoi ckit haaaa...jgn bg org meluat lg ngan umno. Suruh Dato Bashah buat slogan sendiri...tgk dpt sambutan dak

pelantaqhujah berkata...

Salam kepada sahabat semua,

Anonponen di atas adalah sama denga nanonponen yang menjawab di blog aku. dan aku telah ulas mengenainya.

Bagi aku Jawapan Dato' Bashah bukan setakat endorsement, tetapi adalah signal dari Beliau sebagaii antara pemimpin yang memimpin UMNO Kedah bahawa beliau bersedia untuk unzip seragam DINASORnya untuk bersama mengembleng usaha bersama tenaga muda dalam UMNO untuk meraih kembali kepecayaan rakyat terhadap UMNO/BN!

Sila layari:

http://pelantaqhujah.blogspot.com/2011/01/aku-tahu-pendokong-gelombang-merah.html

Pakteh berkata...

Harap jangan ada yang tekan brek bila kereta baru nak bergerak.

Tak kisah sapa yang mula tapi gerakan ini mula mendapat tempat dan Alhamdulillah, Pengerusi pun dah terima. Pakteh setuju apa kata PelantaqHujah...

jom sama2 gembeleng usaha murni ini. kita tinggalkan daki2 yang masih berbekas...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates