Selasa, 25 Januari 2011

Harga Barang Di Kedah Boleh Turun

1. Pakatan rakyat selalu menjanjikan bahawa jika mereka memerintah, maka harga barang terutama minyak akan mereka turunkan. Janji sebegini tentulah manis dan sedap di dengar, semua orang handak dengar dan mempercayainya.

2. Adakah menurunkan harga barang termasuk minyak sesuatu yang mustahil, sehingga kerajaan pusat tidak berbuat demikian? Jawapannya tidak mustahil. Semua barang boleh diturunkan harganya sebagaimana janji Pakatan Rakyat kepada rakyat. Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

3. Harga barang tidak mungkin diturunkan dengan memaksa peniaga menurunkan harga dengan sendiri kerana mereka perlu menjual diatas harga kos. Kos sesuatu barang termasuklah kos upah pekerjanya. Contohnya, kita tidak boleh memaksa kerajaan negeri menurunkan cukai tanah kerana kos pentadbiran negeri perlu dibayar sebahagiannya dari hasil cukai tanah.

 4. Untuk menurunkan cukai tanah, antara kos yang perlu dikurangkan ialah gaji menteri besar, dan sudah tentu kita maklum bahawa MB belum melakukannya lagi, sehingga hari ini. Jika cukai tanah diturunkan, maka berlakulah defisit, dan defisit yang berterusan bermaksud negeri menuju kearah kebangkrapan. Ini tidak mungkin berlaku didalam perniagaan.

5. Betul kata pakatan rakyat, setiap barang boleh diturunkan harganya dengan begitu mudah iaitu dengan memberi subsidi. Persoalan besarnya ialah siapa yang akan memberi subsidinya?

6. Di Kedah, harga minyak boleh diturunkan sehingga Sepuluh Sen atau kurang se liter. Tidak ada masalah langsung untuk itu dilakukan. Malah tidak mungkin kerajaan pusat akan menghalang harga minyak diturunkan. Cuma hanya ada sedikit masalah sahaja, iaitu siapa yang hendak membayar subsidi sebanyak RM1.90 kepada  pengusaha minyak bagi setiap liter yang dibeli oleh rakyat Kedah pada harga sepuluh sen seliter?
7. Secara umumnya semuanya boleh diturunkan, tetapi adakah PR pernah menyebut siapa bakal membayar subsidi ke atas barang yang diturunkan harga tersebut.

8. Cakap cukup senang, nak laksana banyak pula alasan . . . . kerana tak boleh nak buat la tuu.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya setuju tentang turun ini. Tetapi yang turun ialah wang telah masuk poket2 pemimpin PAS mencurah-curah. Tapi janji nak turun sudah ditunaikan iaitu tarif air dinaik daripada RM 0.40 kepada RM 0.50 barulah air turun melalui pili air itupun tak ketahuan tulinan airnya kerana berkelodak.

Saya memang banyak setuju tentang turun harga barang di Kedah. Untuk makluman semua memang kos barangan dapur Pemimpin PAS turun sebab mereka ini banyak perhabiskan makanan rakyat maka kos belian barangan keperluan dapat dikurangkan tetapi kos rakyat bertimbun-timbun.

Saya memang bersetuju dan sokong 1000 peratus cabaran Datuk Ahmad Mazlan bahawa jika telor Pemimpin PAS yang memerintah Negeri di Kedah,Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dan besardah eloklah turunkan harga barang seperti yang dicanang untuk dijadikan contoh. Jangan asyik salahkan orang tetapi diri sendiri penuh terpalik tahinya sendiri. Kita lihat PAS pilih pemimpin tahap LCE dan jadikan Pengerusi Syarikat Gergasi maka pemimpin PAS lagi bodoh kerana dapat dijajah oleh pemikiran tahap LCE.

jadi tahap pemimpin PAS Kedah hanya LCE dan itulah sebabnya salakan mereka tiada berisi dan hanya pancur air liuh dan bunyi macam guruh sahaja kerana tiada kualiti dan isinya dan semuanya hanya telor tembelang yang mengeluarkan bau busuk saja serta menjejaskan hak orang lain.

Kalau nak ikut hukum mereka ini penuh dengan pendustaan dan penipuan terhadap rakyat yang lemah bukan sahaja terhadap orang melayu bahkan india turut dipalit sama.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat boleh kempen di Tenang yang harga barang naik di Malaysia, tetapi mereka lupa bahawa Kedah (PAS) dan Pulau Pinang (DAP) juga telah menaikkan tarif air masing-masing. Tu kira macam mana pulak? Kalau depa bagi naik tak pa, kalau kerajaan pusat yang naikkan harga disebabkan pasaran dunia tak boleh pulak?

budin berkata...

Sdr jangan kaitkan dengan LCE.Sebab dalam umno pun ramai pemimpin umno ada LCE juga.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Khas saudara budin 7.50 PM, mungkin saudara lupa bahawa dalam kalangan pegawai perkhidmatan bersempah dan penuh dengan Puak PAS,PKR dan DAP dan lebih malang bercambah guru berkhidmatan mencari makan kalangan PAS dalam jabatan pendidikan. bahkan mereka ini yang membuat angkara seperti rasuah dan terpalitnya BN. Nak tahu antara calon terhebat YB Bukit Pinanga dan CEO Kedah Event. Tanya mereka bagaimana mereka membolosi dengan rakus dan namanya BN yang dapat. Inilah dasar Al-Jaburi dan Dasar DAP. Buat tahi tapi tak mengaku dan menuduh orang lain.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates