Rabu, 12 Januari 2011

Hulubalang baru PAS KEdah ??

Kalau dulu, jika ada apa-apa isu yang hangat tentang Kerajaan PR negeri Kedah yang diterajui PAS, maka SETPOL Sanusi lah yang menjadi hero menjawab semua isu hangat yang diperkatakan. Tetapi kini beliau dikatakan sudah tiada lagi sebagai SETPOL MB.

Maka tiada hulubalang baru untuk menjawab segala tuduhan dan isu yang dibangkitkan. Harapkan MB, jawapan standard beliau ialah 'Saya tak tau, saya tak tau pun, tunggu pihak berkaitan beri jawapan'.

Maka terkini muncullah hulubalang baru untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi.

Isu perebutan jawatan MB sudah lama heboh. Pelbagai puak dikatakan wujud dalam mengambilalih jawatan tersebut. Dulunya kumpulan Amirudin, kemudian kumpulan Mahfuz dan tidak ketinggalan kumpulan Phahrolrazi sendiri pun juga dikatakan wujud.

Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Jika tiada pakatan seperti yang diperkatakan, masakan hebah seluruh Kedah akan perancangan yang disebut-sebut!

Krisis dalaman di Wisma sendiri telah juga boleh memberi bayangan yang wujud pakatan ini. Perletakan jawatan Setpol, kehilangan Che had, tunjuk perasaan oleh  kumpulan dari DUN Sg Limau, krisis KUIN dan lain-lain lagi.

Inilah antara keretakan yang berlaku dan tidak mustahil wujud puak-puak yang tidak puashati.

Phahrolrazi menyifatakan semua itu sebagai propaganda pihak lawan yang ingin mencetus suasana panas dalam PAS. Siapakah sebenar yang dimaksudkan pihak lawan?

Adakah UMNO? Puak Mahfuz? Puak Sg Limau? Puak Amirudin? Puak Pahrolrazi sendiri atau Bekas-bekas pendokong PAS seperti Zulkifli Nordin?

Menyebut perkataan 'Pihak Lawan' sahaja mengesahkan yang wujud kumpulan-kumpulan yang ingin merebut jawatan tersebut. Pihak Lawan mungkin merujuk kepada UMNO atau puak-puak yang tersebut di atas.

Phahrolrazi mengaitkan propaganda tersebut adalah strategi jangka pendek untuk memecahbelahkan PAS menjelang PRK (DUN) tenang.

Hebatnya isu ini sehingga boleh memberi impak besar ke atas PRK Tenang. Jika benarlah ianya memberi impak kepada PRK Tenang, maka benarlah apa yang diperkatakan selama ini. Ada puak-puak yang ingin merampas jawatan MB.

Tambah beliau lagi yang amalan kronisme dan puak tidak pernah wujud.

Kalau betul tidak wujud amalan kronisme kenapa lantik adik sendiri yang hanya eksekutif biasa di sebuah GLC persekutuan menduduki jawatan kanan di YIKED? Dan tidak ketinggalan juga pengisian jawatan pengarah oleh mereka yang tidak berpengalaman dalam bidang bisness tetapi dek kerana sahabat atau kroni mereka diletak di SLC yang dulunya amat baik. Jangan gunakan alasan professionalisma untuk menghalalkan kronisme.

Kenapa masih hebuh dikalangan pendokong-pendokong PAS sendiri tentang kewujudan puak Amirudin, Puak Mahfuz dan sebagainya? Ini tanpa beliau sedari yang jawapan beliau amatlah berlawanan dengan apa yang sedang berlaku.

Syabas Kerajaan Kedah kerana sudah ada yang sanggup menjadi hulubalang baru untuk menjawab segala isu yang dibangkit disamping mengiyakan kebenaran isu-isu tersebut.

Sejahteralah Kedah . . . .


Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS hanya propaganda - Phahrolrazi
Muhayat Jasmin
  
ALOR SETAR, 11 Jan: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir.Phahrolrazi Zawawi mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wajud perancangan sulit di kalangan kumpulkan tertentu dalam PAS untuk mengubah pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh Ulama.

Malah beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propoganda pihak lawan yang sentiasa merancang strategi untuk mencetuskan suasana panas dalam PAS bagi tujuan melemahkan perjuangan PAS selain mengalih tumpuan pendokong PAS daripada agenda yang sepatutnya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak cerita yang disebarkan kononnya usaha sedang dilakukan untuk mengambil alih kuasa dari kepimpinan ulama dalam PAS itu juga strategi jangka pendek untuk memecah-belahkan ahli PAS menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor tidak lama lagi.

"Sebenarnya golongan ulama dan juga golongan profesional merupakan golongan yang mempunyai peranan tersendiri. Dalam PAS amalan kronisme dan puak tidak pernah wujud.

"Kumpulan dari kalangan profesional dan ulama sering bergandingan bagi mencapai aspirasi perjuangan parti untuk menegakkan keadilan dan memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan, " kata beliau.

Phahrolrazi berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa wujudnya perancangan sulit bagi mengubah pucuk pimpinan menjelang pemilihan PAS menjelang Jun yang akan datang.

Sebelum pemilihan pimpinan PAS dua tahun lalu, PAS juga pernah menghadapi krisis yang dilihat seolah-olah berlaku pertembungan antara dua kumpulan dalam parti yang mewakili kumpulan Ulama dan profesional melalu laporan-laporan di media dan internet.

Bagaimanapun isu tersebut semakin kurang diperkatakan selepas muktamar berlangsung

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Sejak dulu hingga kini Pas bukanlah berjuang kerana Islam. Mereka mempergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja. Orang melayu/islam sanggup lagikah bersekongkol dengan mereka yang telah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik mereka. Fikir-fikirkan. ///

Syed sp.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates