Isnin, 31 Januari 2011

Islam Nik Aziz vs Islam Nasionalis


1. Orang Islam di Malaysia patut meniru cara Kerajaan Singapura menggalakkan orang Melayu beragama Islam agar mengurangkan atau melonggarkan sedikit pegangan agama Islam mereka. Itu kata Lee Kwan Yew

2. Nik Aziz bersetuju agar orang Melayu Islam di Malaysia menerima cadangan Lee Kwan Yew agar pegangan mereka kepada ajaran Islam dilonggarkan. Ini Islam Nik Aziz.


3. Islam Nasionalis yang dibawa oleh UMNO khasnya membina masjid, menyediakan peruntukan untuk program agama Islam, menyediakan ekonomi Islam seperti perbankan, takaful dan sebagainya. Ini terbukti telah berjaya di Malaysia dan dipuji serta ditiru oleh negara Islam di dunia. Ini Islam cara yang dipraktikkan oleh Nasionalis.


4. Kita menunggu feedback atau komen dari pakar-pakar, ustaz-ustaz, alim ulamak dalam PAS memberi komen berkenaan persetujuan Nik Aziz dengan cadangan Lee Kwan Yew. Apakah mereka juga bersetuju supaya kita orang-orang Islam melonggarkan pegangan agama kita?

5. Apakah dengan melonggarkan pegangan agama Islam kita, maka 'hudud matlamat kami', "Negara Islam', 'membangun bersama ulamak' dan lain-lain lagi terpaksa dilupakan dan digantikan dengan slogan baru seperti 'DAP sahabat kami' atau 'Lim Guan Eng pemerintah ala Khlaifah Umar' dan pelbagai slogan yang menunjukkan akan kelonggaran pegangan agama kita?

6. Komen atau feedback dari 'MB sapa hang' yang memerintah Kedah mengenai saranan Nik Aziz dan Lee Kwan Yew ini kita nantikan. Atau MB memang tidak tahu yang Nik Aziz dan Lee Kwan Yew ada membuat cadangan ini?

7. Amat malang sekali dengan rakyat Kedah yang mendapat MB seperti ini . . . MB serba tak tahu. Malang lagi pengikut PAS yang menggantung atau menampal gambar Nik Aziz di dinding rumah dan cermin kereta kerana terpaksa melonggarkan pegangan agama Islam mereka.

8. Apa dah nak jadi kepada pengikut-pengikut PAS? Nak ikut Islam Nik Aziz ka atau Islam Nasionalis?

Nota : Perlu diingat yang Islam Nasionalis buka terma baru untuk Islam tetapi bermaksud Islam yang diamal dan dipraktikkan oleh seorang Nasionalis. Begitu juga dengan Islam Nik Aziz membawa maksud Islam yang difahami, dipraktik dan diamalkan oleh Nik Aziz.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Islam Umno pulak macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sebagai warganegara Malaysia kita harus bersyukur atas nikmat dan kesejahteraan yang rukun aman dan damai. Tetapi hakikatnya masih ada rakyat yang sudah muak dengan hidup aman dan kesenangan. Lebih malang kerana pemimpin yang kononya mengaku alim telah banyak mendorong menyebar fatwa hasutan dan mencemari tatasusila kehidupan rakyat yang hidup dalam aman dan harmoni.

Paling malang apabila golongan pemimpin Yahudi Asean mahukan umat islam kurangkan pengangan keatas islam maka wujudnya wali selipar menyokong seruan tersebut. Sedangkan dalam islam kita diingat sentiasa meningkatkan keimanan, ketakwaan dan menmbah ilmu agama dari semasa kesemasa. Islam mahukan kekayaan dan pembangunan serta kemodenan tetapi tidak melangkaui had agama. Golongan Pakatan PAS banyak merosakkan infrastrutuk dengan demonstrasi murahan hingga boleh mencemarkan maruah negara dimata dunia. Tindakan mereka ini seolah-olah cuba mencemarkan kesejahteraan negara, keharmonian antara kaum disamping membuatkan pelabur merasa takut.

Kita lihat golongan ulamak murahan ini sanggup mengadaikan kesucian islam dan sanggup menodainya dengan fatwa murahan dan pembohongan terhadap rakyat dengan nyata sebagaimana Bangunan Perniagaan Tok Guru dimana peniaga ditipu secara terangan. Golongan kini kian bertambah tamak dan gila kuasa kerna duniawi. Mereka memilih untuk kehidupan mewah serta taksud kepada duniawi. Golongan ini tanpa perasaan belas ehsan dengan rakus cuba mengaut keuntungan tanpa belas ehsan.

Bagi mencapai agenda murahan mereka itu maka mereka mula mereka-reka agenda murahan dan mula menyebar fitnah. Amat malang mereka meratah nikmat atas perjuangan BN tetapi apabila perut sudah kembung mereka menafikan dan cuba menjatuhkan pemimpin yang memberi kemewahan kepada mereka ini. Golongan ini hanya berpaksikan kianat dan penuh hasad dan dengki tanpa belas ehsan dan pertimbangan akal.

Nayan berkata...

Anon 1.23, sila baca artikel dengan sebaiknya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates