Isnin, 24 Januari 2011

Jahiliah Moden

Jahiliah Moden bukanlah mereka yang tidak tahu hukum hakam dalam agama.

Jahiliah moden adalah mereka yang benar-benar tahu akan hukum hakam dalam agama, malah dibibir mereka sentiasa bercakap soal agama dan hukum-hukumnya. Cuma mereka gemar memutar-belitkan hukum mengikut kepentingan mereka, mengikut suasana yang menguntungkan mereka. Jadi tidak hairanlah jika Chua Soi Lek, malah rakan sebantal mereka seperti Kit Siang dan Karpal Singh masih tidak faham Islam, Islam yang dibawa jahiliah moden ini kejap halal dan kejap haram.

Dulu mereka mengharamkan wanita menjadi calon, kini tidak haram lagi. Yang haram kini cuma bersalaman sahaja.

Kita tanya pula mereka, Apakah Hukum Bersalam Wanita dengan Lelaki Bukan Muhrimnya?

Jika halal hukumnya, kenapa begini?

Wanita Salam lelaki Haram, kena berlapik.







Dan Jika Haram kenapa jadi begini?

Tapi Lelaki Bersalam dengan Wanita, Tidak Pula Haram.






Jika soal hukum mudah sebegini pun mereka menipu, adakah mereka ini akan teragak-agak bila perlu menipu dalam hal-hal yang lebih rumit dan hal-hal yang lebih besar keuntungannya?

Penipu akan sentiasa menipu....

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya memang tertarik rencana saudara dan memang tepat pada masanya dikeluarkan dan pendedahan melauas harus dilaksanakan demi negara dan islam amnya. Kebelangkangan ini senario perjalanan PAS kian menyimpang jauh daripada landasan kehendak islam. Mereka banyak menjual dan menjaja islam hingga islam akhirnya dipermainkan dan dikotak katik oleh golongan yang anti islam.

Terus terang saya berasal daripada pendalaman Daerah Padang Terap, tetapi bersyukur atas pimpinan UMNO telah mengubah kehidupan kami daripada ketinggalan arus pembangunan dan pemodenan kini setaraf dan duduk sama gagah dengan penduduk bandar bahkan bersyukur dengan seadanya. Perjuangan pemimpin UMNO dulu dan kini telah membawa arus pemodenan dan kedudukan penduduk Padang Terap bahkan menjadi bos di Putrajaya dan bandar- besar besar lain.

Kami kesal Parlimen Padang Terap dikuasai PAS yang kononnya mengaku dirinya berpendidikan tinggi bad agama islam tetapi hakikatnya amat dhoih sekali. Amat malang Saudara Nasir Zakaria yang mengaku alim rupa paling bodoh dan paling tidak berilmu kerana bersengkolkol berjuang pertahankan saudari dan saudara kafirnya yang terang-terangan menodai surau-surau dan masjid-masjid yang memasuki kawasan yang diharamkan bagi golongan kafir.

Paling jahil Puak PAS ini apabila membiarkan golongan kafir ini memberi ceramah takzirah agama islam kepada golongan yang mengaku pakar dan terhebat ilmu agama islam yang bulat-bulat ditipu dan diperkudakan hinggakan menjatuh maruah dan mertabat islam. Perkara yang paling bodoh Nasir Zakaria apabila memuji dan memuja N.Aziz yang terangan membela dan menengakkan golongan kekafirin ini yang sentiasa cuba menjatuhkan dan cuba menengakkan Israel Raya dirantau Asean.

Memang tepat dan berbetulan Nasir Zakaria terlalu dhoih bab agama kerana puaknya sendiri tidak memahami dan kehendak seruan islam supaya jangan menjatuhkan kariah sendiri dan mengangungkan kariah lain kerana jika berlakunya kegagalan melakukan solat jumaat pada minggu tersebut makan semua ahli kariah akan dipersalahkan dan menanggung dosan bahkan Nasir Zakaria sebagai Amirulmukminin dalam Kariah itu yang konon beliau terlalu alim akan lebih merasainya.

Sepatutnya amanah yang dibina oleh BN itu dimanafaat sebaik mungkin dan pemangkin kearah menaikkan syiar islam. Saya amat memuji kebijaksanaan pemimpin BN dan UMNO yang sanggup bagi elaun Imam yang majoritinya PAS dan seringkali mengada propaganda murahan termasuklah takzikaran Kutbah menghemtan Kerajaan Pimpinan BN yang memberi mereka makan dan minum. Persoalannya akan ianya halal kerana puak ini seringkali menafikan soal halalnya setiap kali Kerajaan BN laksanakan. Puak PAS ini sentisa mengharamkan sumbangan BN termasuklah Saham Amanah yang dilancarkan sewaktu pemerintahan mantan Tun Mahathir dan menggelarkannya bermacam-macam mengikut selara dan nafsu mereka. Hakikatnya kini mereka tumpang menikmati kemakmuran dan kesengan yang disediakan oleh Pemimpin BN.

memang patutlah mereka ini digelar Puak Raja Segala Penipu, Putar Alam,Putar Belik, raja Segala kafir Mengkhafir.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates