Selasa, 11 Januari 2011

JANGAN ULANG CERITA LAMA!!!!

SOBRI SUDIN

1. Salah satu sifat semulajadi manusia adalah pelupa, justeru itulah mesti sentiasa diingatkan.

2. Maka dalam menelusuri tasawaur dan semangat untuk tidak mudah lupa, ingin diperingatkan kepada UMNO Kedah agar dalam kerangka menghadapi PRU akan datang, jangan sesekali diulang cerita lama.

3. Transformasikan segera kaedah kempen, pendekatan dan strategi untuk pastikan impian menawan Kembali Kedah menjadi realiti.

4. Ingatlah jika gagal misi kali ini, maka Kedah akan terus dalam gengaman PAS paling kurang untuk 4 penggal lagi.

5. Lantaran itu wahai UMNO Kedah jangan diulang cerita lama, antaranya:

a) jangan lagi dipilih calon yang telahpun ditolak rakyat dan calon kitar semula.

b) Jangan lagi dibiarkan duit peruntukkan untuk peti undi dan bayaran bagi pengundi luar yang balik mengundi disonglap ketua bahagian.

c) Jangan lagi dibiarkan warlord bahagian yang tidak dicalonkan bermaharajalela untuk melakukan sabotaj dari dalam. Modus operandi mereka seperti salam kalih, tutup bilik gerakan, bagi imbuhan supaya undi pembangkang, sapu duit peruntukan, hantar pengundi pi melancong hari mengundi, dan buang poster calon dalam telaga buruk. Allah melihat apa yang anda lakukan..ingat SAMA!!!!!!.

d) Jangan lagi dibiarkan tingkat 6 dengan mengunakan perisian microsoft pembohong mereka berterusan membentangkan kepada pucuk pimpinan bahawa kawasan DUN di Kedah semunya pasti menang termasuk DUN Tokai, Anak Bukit dan Sungai Limau. Cukup-cukuplah mencari makan dengan menipu pimpinan atasan.

e) Jangan lagi dibiarkan pertelegahan soal calon menyebabkan separuh masa pertama kempen dihabiskan dengan berbalah isu berkenaan sehingga memberi ruang pada calon lawan untuk terus mempengaruhi pengundi.

f) Jangan lagi semasa kempen berjanji bulan dan bintang sehingga diluar kemampuan untuk penuhi andai kata terpilih sebagai wakil rakyat kemudian nanti.

g) Jangan lagi semasa kempen sibuk menurap tar, membaiki reban ayam, bumbung surau dan pertonton dalam media kononya ahli PAS masuk UMNO berbondong-bondong, taktik sedemikian sudah menjadi lelucon dan bahan tawa masyarakat massa.

h) Jangan diabaikan peranan media baru sebagai wahana kempen

i) Jangan lagi digunakan kaedah kempen dan propaganda cara lama yang menjemu dan menjengkelkan

j) Jangan lagi berceramah bab politik pembangunan semasa kempen, pengundi dah jemu, 53 tahun Merdeka dan edisi pilihanraya sudah menjengah edisi ke-13, namun rakyat disaji dengan kokokan yang sama.

k) Jangan lagi dipilih calon yang kontroversi dan lebih banyak bawa liabiliti kepada parti, kerana parti tidak mampu menahan serangan peribadi, dan kerana terlalu asyik bertahan maka dalam lojik mantik strategi peperangan pastilah menemui kekalahan.

l) Pilihlah calon yang disukai pengundi bukan atas dasar dia itu disukai PM, Pengerusi UMNO Negeri ataupun Ketua Bahagian. Penuhilah prinsip PENGUNDI DIDAHULUKAN, CALON YANG BOLEH MENANG DIUTAMAKAN.

m) Jangan lagi membuat persiapan disaat akhir sehingga semuanya nampak kelam kabut dan jentera bergerak dengan tidak sempurna dalam menghadapi PRU.

n) Mudah-mudahan UMNO Kedah tidak lupa.. jangan ulang cerita lama, inysa-Allah kemenangan pasti jadi milik KITA...

Pilihan ditangan kita semua
ANDA BUAT ANDA DAPAT...

5 comments:

santauangin berkata...

Apa pun BN WAJIB mengetengahkan Calun MUDA yang berwibawa dan berwawasan di samping di kenali oleh pengundi pengundi di sesuatu kawasan. Gugur kan calun calun yg dah matang usianya serta dah tiadk berproduktif lagi. Kalau ini dapat di lakukan inshallah BN akan memperolehi majoriti 2/3 dalam PRU13 nanti. Tetapi yang penting calun muda mestilah berpelajaran dan bersih dari lahiriah serta batiniah disamping di sukai, disenangi dan di kenali penduduk tersebut.Jgn pulak di pilih calun muda yg berpelajaran tetapi kaki botol, perempuan, songlap dan sebagai nya.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu kita patut imbau kembali sejarah lampau dan sejarah terkini. Ingin saya coret sejarah Kawasan Padang terap dan Pedu. Pada zaman 70 an keadaan kampung di Kawasan Pedu amatlah dhoih. Rumat beratapkan rumbia dan nipah kebanyakannya. Terdapat dinding buluh serta setengahnya rumah berlantaikan batang pinang dan buluh.

Keadaan jalan raya hanyalah laluan denai dan bertanah merah. Jalan raya besar barulah ada tarnya.Kebanyakan penduduk hanyalah petani dan penoreh. Pada masa itu golongan yang berada boleh dibilang dengan jari diantaranya Hj. Mohd. Rejab b. Mohd. Saman serta Penghulu Mukim Pedu dan 3 hingga 4 itu sahaja. Basikal adalah kenderaan utama kerana motosikal tiada banyak dan kereta hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Rumah masih berlampu pelita minyak tanah dan sumber air dari telaga. Apabila berlakunya kemarau menyebabkan air perigi kering dan Sungai Pedu merupakan sumber utama mendapatkan air.

Atas berkat perjuangan UMNO maka ianya mula berubah dan sekitar 80 an barulah nampaknya cahaya perubahan paling ketara. Perubahan mendadak pembangunan Rakyat padang Terap khasnya selapas Kerajaan Barisan Nasional membuka ladang Tebu dan pembinaan Kilang Guala telah merubah sistem kehidupan manusia.

Pembukaan Ladang Tebu padang Terap telah terlalu banyak merubah senario kehidupan rakyat Padang Terap dan dikenali satu Malaysia sebagai pengeluar gula utama negara. Penyediaan prasaranan asas seperti jalan raya tumbuh bagaikan cendawan dan kecekapan kerajaan BN telah membuka peluang kepada rakyat sama2 merebut peluang dengan menganjak rakyat sama-sama mengerjakan tanah terbiar milik mereka untuk ditanam dengan tebu dan dikenali dengan SPK pada masa itu.

Bermula dari itu banyak golongan muda mendapat rahmat pekerjaan bukan penduduk Padang terap dan Merata rakyat di Malaysia berduyun-duyun mencari rezeki dan membangunkan Padang Terap hinggah gah dimata Malaysia.

Dengan limpah rezeki dan prasarana pendidikan di bangunkan maka anak2 Padang Terap kini gah menakluki Putrajaya dan berkejaya besar dalam berbagai sektor hasil perjuangan Barisan Nasional. Kini hampir 90 % rakyat Padang terap menikmati kehidupan berumah batu dan baglo setengahnya. Banyak pembangunan dan kilang tubuh bagaikan cendawan lepas hujan.

Sambung

Tanpa Nama berkata...

Sambung

Akibat telah hanyut ditelan kehidupan kemewahan dan kesengan menyebabkan penduduk Padang Terap telah lupa diri dan hanyut dibuai kemegahan serta dan kesenangan. Atas kecelikan itulah membuatkan mereka telah dibutai kemewahan hidup dan lupa pada Allah dan pemimpin yang selama ini bertungkus lumus untuk menaikkan dan memakmurkan rakyat.

Kita lihat sahaja kini kebanyak rumah sudah mempunyai kenderaan baik berjenama Malaysia ataupun import. Motosikal gah seperti basikal era 70 an. Prasarana masjid, surau2 dan dewan kemudahan orang ramai tumbuh bagaikan cendawan. Akibat daripada itu timbul perasaan busuk hati akibat hasutan syaitan dan sudah menjadi satu adat atau kebiasaan nafsu manusia yang selalu tidak sampai kepada kekemuncak dan sentiasa memberontak jika setiap kemawahan kebendaan adakala dirinya tercicir seketika dan diberikan pada pihak yang belum dapat lagi mulalah ianya menabur fitnah dan menikam pemimpin dari belakang.

Selagi manusia tidak dapat mengawal seketul darah itu dengan keimanan dan ketakwaan maka selagi itulah nafsunya membuak-buak dan perasaan hasad dengki bermaharaja lela dalam dirinya akibat lupa sejarah kehidupan lampau dan tidak pernah mensyukuri nikmat dan angerah daripada Allah dan pemimpin.

Malangnya apa yang berlaku sejarah lalu bagi pihak yang sudah diberi kesempatan merasainya dan apabila diberikan pula pada orang lain maka ianya membuat nafsunya menjadi gelora dan auranya membuak-buak kemarahan dan mulalah menabur fitnah, adudonba,sabotag serta menikam pihak yang baru diberi mandat selagi hanyat puak itu masih bernyawa selagi itu puak ini mahu berkuasa hingga lupa jasa-jasa orang yang menolong dahulu.

Inilah pengajaran dan ikhtibar perjalanan dan retetan peristiwa PRU yang terdahulu. Salam Ukhwah dan hormat dari dan ampun maaf pohon dipinta kiranya menikam kalbu dan menyingung perasaan kerana Yang BAIK ITU ADALAH HAK ALLAH DAN KEKURANGAN DAN KURANG BERMUTU ITU DARIAPA HAMBA.

tekak berkata...

Pd aku pulak,
1. umno kedah kena ada tukaq jugak suk / su yg makin hari makin mengarut. tadaq pendekatan baru atau gagal melaksanakan kerja2 parti baik yg penerangan maupun kerja2 teknikal yg lain.
2. suk/su gagal mencari punca mslh2 di umno bhgn2 khususnya bhgn k.kedah,sg petani & baling. Di kuala kedah, gagal menyatukan org tok lat,tok hashim dan biarkan tok nan serta tok men berkempen rata memburukkan lawan dlm parti dan kepimpinan bhgn sendiri. di sg petani, dah shanim pun diberi amaran keras kerana didpti memalsukan t/tgn kt2 cwgn, pasai apa tadaq tindakan susulan spt mendamaikan yg bertelagah? di baling, kelompok azmi che husin vs azeez rahim msh tk upaya nk bersatu. dh lama dh masalah ni timbul. belum lg mslh di bhgn2 lain.pdg terap smpai masuk paper sinar.malaih nk bukak pekung byk lg.malu kat org.
3. suk / su trlalu byk jwtn lain. yg mana pegawai khas lg, timb ketua bhgn lg, meniaga lg? s.u pun mcm tu. tk pernah turun ke bhgn2 buat prjumpaan rasanya.

bab kerja ni rasanya umno kedah tk manipulate sungguh2 maklumat yg depa ada. maksud aku manipulate utk buat kerja. semua nk repot kt ataih saja tp bukannya repot tu nk digunakan utk buat kerja. maklumat rasanya byk tp disimpan utk rekod saja.
maklumat klu ada tp tk salur kt bhgn2 depa nk dpt tng mana? nasib baik lah ada bhgn2 yg buat inisiatif sendiri pi cari maklumat dan buat kerja ikut maklumat tu. klu ikut maklumat perisian 'microsoft' tu rasanya tk cukup. yg ada tu basic. yg detail pun depa kena salurkn pd bhgn2 barulah boleh bergerak sama2. disinilah peranan suk/su negri ambik peranan.

bersambung kt komen ke 2

tekak berkata...

smbgan 2..

media baru-cerita media baru ni dr thn 2008 lg. masa tu teringat la kena pggil pi tingkt 6(ingt2 lupa). masa tu boleh kata blogger ramai yg mai nk support tp dek krn mamat 'suara nyaring' mengaku blogger top, abis hmpir semua blogger2 lari tinggaikan umno. bulan posa yg lepas suk tu kata blogger ni syok sendiri dlm majlis yg konon2nya bramah mesra,tp dengaq cerita dr mulut dia yg byk keluaq. 1 way communication kata mat saleh.aku percaya umno kedah ni tools depa byk, tp tk dikerahkan utk bersama2 mghadapi pr kedah dan menyebarkan apa yg baik kerajaan bn buat.

lain lg umumnya, apa yg aku rasa akan bermasalah pulak lepas ni ialah pegawai2 yg dikeliling pengerusi,timb pengerusi, su,suk di negri. la tak nampak lg, tp rambut mmg bole naik tocang.hati2 dlm brcakap dan menjawap pd rakyat. brtegas bole wahai pegawai2 tp jgn sudu lbh drp kuah, wpun amanah ampa ialah menjaga imej dan urusan bos2 ampa sdkt sebnyak. ingat, ahli2 umno,bn & rakyat selalunya merasakan pegawai2 depalah cermin kpd bos depa sendiri.

lain lagi, rasanya umno kedah kena buat jugak unit penyelidikan dan pembangunan politik tuk umno. baguih ni, utk mengkaji pola sokongan pengundi/rakyat/penduduk utk dptkan jwpn kpd kerja2 lain spt daftar spr, isu setempat. Perlu jugak buat kajian mslh2 didlm umno bhgn2 ni dan kaedah2 penyelesaiannya bg tingkatkn lg kekuatan umno kedah sejajar dgn gelombang merah tu.

itu umno, bn kedah pulak? s.u bn ni mmg lemah. mana pi gelombang bn menang kedah senang ni? tk boleh gandingkan parti2 komponen buat program sekali ka? klu lalu bwh bgn tunku tu trnampaklah pej bn yg 'gah' serta pegawai2 utama yg duduk minum kopi pekena capati pagi2.

apa yg perlu bn buat? pada akulah;
1. mantapkan kerjasama & persefahaman di setiap kwsn diant parti2 komponen.
2. isu2 rkyat pelbagai kaum yg diwakili, digabungkan & disuarakan bersama atas nama bn tk kiralah pi pusat maupun negeri. tgk kt pemuda gerakan buat mcmana. kt pemuda bn kena belajaq dgn kt pmuda gerakan ni.
3. bn negri ni pun patut2 turun kwsn sama.apa guna duit dibelanja bulan2 kalau hy brfungsi time praya kecik ja? aku pernah sekali ikut depa masa prk p94 dulu. sakan jugak teori2 kerja,penerangan ni depa canang nk buat tp ampeh bila masa buat. anggaplah setiap prk tu medan berlatih, tp smpai bila?

oklah naa..jgn mrh.budak2 hingus teguq apa yg dilihat. jawapan depa sudah semestinya "KAMI BARU BERTUKAQ PEMIMPIN!BG MASA KAMI AKAN BUAT!" hihihihi.alasan ni dari dulu lagi la!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates