Isnin, 10 Januari 2011

Kenapa Kerajaan Negeri masih membisu

Helang Kedah banyak memaparkan kisah kepincangan Kerajaan Negeri dalam urusan yang berkaitan SLC (State Link Company). Terbaru ialah isu berkaitan tender terbuka kampus KUIN di Kuala Ketil yang disertai oleh ENAM pembida. Mungkin Kedah Sato juga termasuk dalam senarai pembida tersebut. Dan IJM Corp dikatakan tidak berada dalam senarai pembida. Jika Kerajaan Kedah telus mungkin mereka boleh 'clear the air' dengan memberi serba sedikit maklumat untuk rakyat ketahui.

Perletakan jawatan YB Datuk Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato memburukkan lagi keadaan kerana tiada penjelasan diberikan oleh kedua-dua pihak samada Kedah Sato atau Kerajaan Negeri. Ini kepakaran PAS sebenarnya. Menyembunyikan sebarang masalah di bawah karpet.

Siapakah sebenar pembida-pembida tersebut? Kedah Sato dan BDB ada dalam senarai? Atau BDB hanya proxy kepada IJM?

Ini semua perlu penjelasan!

Jika kita lihat dari segi kemampuan kerja (bukan kewangan), Kedah Sato dan BDB mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam pembinaan infrstruktur, bangunan dan kemudahan yang canggih bernilai jutaan ringgit. Mereka boleh JV dengan kepakaran syarikat lain seperti yang dilakukan oleh BDB untuk projek lebuhraya Durian Burung ke Baling jika kepakaran yang diperlukan tiada.

Kedah Sato juga bukannya calang-calang syarikat pembinaan. Banyak sudah projek-projek yang diberikan dapat disempurnakan dengan baik terutama semasa dibawah kerajaan BN.
Mungkin inilah jadinya jika tidak pernah menguruskan projek besar yang pada asalnya mereka nampak senang tetapi selepas nampak duit komisen yang begitu mengiyurkan, maka kelabu matalah nampaknya.

Persoalan sekarang kenapa IJM diberi kontrak secara terus selepas pembidaan dibuka? Ini perlu diberi perhatian dan rakyat berhak mengetahuinya. Apakah BDB membida bagi pihak IJM. Jika benar kenapa berlaku direct award kepada IJM? Sepatutnya award perlu diberikan kepada pembida iaitu BDB bukannya IJM.

Dimanakah ketelusan jika kontrak ini diserahkan kepada IJM secara terus? Satu janji dalam manifesto Kedah Sejahtera sudah diingkari!

Apakah syarikat-syarikat 'local base' seperti Kedah Sato, BDB atau PKB tidak layak mendapat kontrak besar ini?

Sekali lagi soalan-soalan ini yang menjadi tandatanya dan perlu penjelasan Kerajaan Negeri dibawah PR.

Kedah Times tidak dapat membayangkan jika Kerajaaan Negeri masih dibawah UMNO dan perkara sebegini berlaku. Sudah tentu melompat meraung penceramah-penceramah PAS bersorak dan menjerit memberitahu rakyat betapa korupnya kerajaan yang ada. Tidak cukup, diimport Mat Sabu dari Penang yang tidak tahu kepala ekor tentang isu ini untuk  datang memberi penerangan.

Terngangalah pengikut-pengikut yang amat malas berfikir dan mencari kebenaran bertakbir. Takbir atas perkata yang tidak tentu kepala ekornya.

Kembali kepada isu asal, Kerajaan Negeri adalah amat bacul jika terus berdiam diri dalam isu ini. SKalau dulu mungkin Sanusi Setpol boleh memberi penjelasan tapi diberitahu yang beliau sudah letak jawatan.

Kita tunggu siapa akan beri penjelasan .... bukan penjelsan "saya tak tau apa-apa " sudahlah.


3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Persoalan yang mula-mula bermain difikiran setiap rakyat Kedah sebelum PAS memerintah semasa kempen PRU 12 mencanangkan keseluruh pelosok Negeri Kedah dari Barat Ke Timur dan Utara Ke Selatan bahawa merekalah yang layak memerintah Kerajaan Negeri Kedah kerana tiada mengamalkan rasuah, laksanakan undang-undang mengikut Islam, Para Ulamak yang berpendidikan tinggi, pemimpin berintergriti, menjaga kebajikan rakyat, sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan banyak lagi.

Pemimpin PAS paling lantang di Kedah ialah Mahfuz Omar, Ustaz Azizzn, Amiruddin, Pakrolradzi, Ahmad Yahya dan tak cukup dengan itu dipanggilnya ulamak rock mengadakan konsep ceramah dan banyak lagi daripada PKR.

Kini setelah bermula episod memerintah Kedah, pertama kali kesalahan MB Kedah ialah memakai bow tai. kalau dahulu mereka mengecam habisan pemimpin BN yang memakai bow tai ini. Pemimpin BN yang paling popular iaitu Kadir Sheik Fadzir. Apabila beliau dikecam hebat, maka mereka mengeluarkan fatwa bahawa tiada menjadi kesalahan dalam hal agama.

Persoalannya mengapa orang lain pakai mereka mengatakan mengayakan pakaian serta mengikut pakaian kristian.

Pergelokan kedua terus berlaku apabila kantung kewangan Kedah mula kering dimana MB Kedah mengugut akan menebangkan semua pokok-pokok balak termasuk dalam empangan yang menjadi tempat tadahan air untuk minuman dan pertanian jika Kerajaan Pusat tidak membantu hal kewangan.

Kalau dahulu pemimpin BN dikecam kerana bermain golf hingga melupakan tanggungjawab terhadap negeri dan lali dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhan iaitu jahil.

Bila PAS memerintah kalangan pemimpin mereka leka dengan permainan golf ini kerana bertaraf elik dan isteri2 mereka pun mulalah bergaya dan berfesyen seluar ketat, berkaca mata hitam dan adakalanya azan dikumandang menandakan sudah tiba waktu solat tetapi mereka masih kusyuk menegrjakan solat golf.

Perkara yang paling ketara mereka bangunkan billbord dipasang hampir pelusuk Negeri Kedah.
Persoalannya mengapakah perlu dihabiskan wang untuk billboard ini sedangkan ianya amat berfaedah digunakan untuk menguruskan infrastruktur sediada seperti jalan raya, pembersihan, pengurusan sampah dan sebagainya.
Mungkin itu saja jalan mudah dan kepakaran Pemimpin PAS Kedah untuk mengaut keuntungan cepat.

Kita sambung lagi

Tanpa Nama berkata...

Sambung lagi

Kalau semasa zaman MB Kedah iaitu Dato' Mahadir Khalid dikecam kerana menghabiskan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif untuk urusan jabatan. Tiba2 MB Kedahpun menyewa sebuah jet eksekutif ke Negeri Brunei kononnya untuk menyampai jemputan sempena hari KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Begitu juga mereka MB Kedah bazirkan duit berkereta jenama mewah. Belumpun Dato Dir Khalid panas pungkur tiba-tiba Kedah diperintah oleh PAS dan kini digunakan oleh MB PAS Kedah dan beliau malu menggunakan kereta jenama Malaysia, justeru itu dalam kekawangan kewangan Kerajaan Kedah membeli Toyota Camry dalam menggantikan Perdana yang dikatakan low class atau kualiti.

Persoalannya apakah ini tidak menggunakan wang rakyat.

Gelombang kepanasan mula terasa apabila banjir mula melanda pertama kali PAS memerintah dimana kawasan yang dipenuhi ahli2 PAS ditenggelami air di kebanyakan kawasan gunung keriang dan Padang Hang. Anehnya ADUN BN daripada Kuala Nerang dan lain kawasan turun mula membantu dan pemimpin cuba menggelak. Akhirnya mula Amirruddin menghantar sebuah Van lambang PAS untuk menunjuk merekalah yang membantu tetapi hakikatnya muslihat sahaja.

Bermula titik tolak itu diperlihatkan perangai pemimpin PAS ditonjolkan pembohongan dan penipuan mula terpancar.

Tidak cukup dengan itu Pemimpin PAS mula memainkan sentimen merampas tabika Kemas, dewan-dewan serbaguna yang dibina BN tanpa perasaan dan berperangai seperti haiwan yang tiadak ada belas ehsan.

Bertitik tolak dengan mulalah Syarikat GLC diambil alih oleh pemimpin PAS yang mengaku mereka kononnya Pakar Ekonomi dan Ahli Perniagaan terkemuka didunia ini. Kedah Even diberi mandat sebagai CEO kepada Adullah Osman bekas KCS Kedah yang pernak menjawat jawatan di PTG Kedah dizaman BN (Ahli PAS) yang banyak melakukan rasuah di Bahagian Pengambilan Tanah kerana kubu kuat setiap syarikat perumahan dan pengambilan perlu mendapat kelulusan bahagian ini.

Kita lihat diera MB Kedah dibawah pemerintan BN semasa Hj.Roshidi mula mendapat mandat ADUN PAS Bukit Pinang mula menyoal bahawa Kerajaan BN amalkan rasuah. Tetapi beliau lupa bahawa semasa beliau menjawat jawatan KCS Kedah terlibat di bahagian tanah dan PTG sebagai Pendaftar Surat-Surat Hakmilik banyak mengambil amalan duit sogokan daripada pemaju Perumahan, Pemaju perumahan yang paling popular masa itu dikenali senagai Apek Cayment,Penguamcara, syarikat berurusan dengannya. malangnya BN yang dapat nama angkara meraka.

Justeru itu tidak hairan kerana ini semua kebanyakan perkerjaan mereka sebaliknya dipalitkan kepada BN. Kita lihat budi baik pekerti Hj Roshidi semasa menjawat jawatan awam yang melakukan perkara tidak senonoh dengan staff perempuan dan hinggakan dibawa kemuka pengadilan. Beliau paling suka pada perempuan bertubuh besar dan matanya sentiasa terbeliak dan diselindung disebalik ketayap putehnya.

bumi putera berkata...

Apa yg nak diherankan.Apabila akhir zaman pemimpin sudah tidak amanah lagi.Mereka cakap lain buat kerja macam lain.Nampak alim dan warak tapi tarbus kaki bermacam kaki.Kalau ulmak pun gila kuasa nak jadi orang besar hidup dengan pelbagai kemewahan dan bergaya itu bukan ulamak lagi.Mereka ialah manusia tamak haloba.Tak payah ceritalah semua rakyat diKedah dan Dunia tahu sipa dia mereka.Apa tujuan mereka berpolitik.Tidak lain tidak bukan kerana kuasa.Dalam UMNO pun serupa.Dalam PAS pun serupa.Zaman UMNO jadi kerajaan kenapa tak mahu beringat.Kenapa tak mahu ikut perintah Allah.Apa pemimpin UMNO tak buat.Rasuah pecah amanah ,Kaki judi.Kaki betina.Makan komisen projek dsb.Kemudian zaman PAS pun 2x5 juga.Jelasa pemimpin politik melayu yg beragama Islam tak boleh diharap lagi.Semua jaga perut sendiri.Sudah ada tanda-tanda pRu 13 nanti rakyat akan pilih wakil rakyat yg berkualiti.Bukan lagi wakil parti.Rakyat sudah bosan.Dulu ingat kaki PAS itu alim.Rupanya jual agama.Serupa juga dengan UMNo yg lupa diri.Sebab itu Allah turun musibah.Cerita burok umno samalah buroknya dengan PAS hari ini.Dulu boleh buat perbandingan.hari ini PAS/UMNO dah nampak serupa.Pada UMNO pun kalau nak kuasa kembali mereka janganlah tunjok sombong dan ego.Jangan cakap pembohong dan penipu.samun hak rakyat.Sanggup guna orang susah dan miskin dijadikan umpan politik.Pada hal merdeka sudah lebih drp 50 tahun.Yang senang siapa dia.Semua yg pegang jawatan.Sebelumpegang jawatan punyalah susah.Nampak sangat dengan jawatan mereka salah guna kuasa.UMNO/PAS dah jadi serupa tiadak perbezaan dari segi tamak,haloba,rasuah,sombong,berlagak.Merekalah yg melagakan supaya rakyat dibawah selalu bergaduh pasal politik.Rakyat dah jemu dengan lakonan orang politik di Kedah hari ini.Kemaruk segalanya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates