Isnin, 31 Januari 2011

Kerajaan Negeri Kedah Blok Capaian Internet?

Tajuk amat mengejutkan tetapi sebenarnya kerajaan Negeri tidak boleh blok capaian internet kerana kerajaan negeri tiada kuasa mengarahkan mana-mana pihak pemberi capaian untuk menyekat dari mana-mana pihak atau individu mengakses internet. Akses ke internet adalah salah satu sumber pendapatan ISP.

Pejabat, jabatan atau mana-mana syarikat boleh melakukan hadangan terhadap pekerja-pekerja dari mengakses internet melalui rangkaian dalaman mereka. Begitu juga pejabat kerajaan negeri, mereka boleh memblok mana-mana laman atau akses melalui 'gateway' yang mereka sediakan sendiri di Pejabat atau Bangunan.

Terkini, di Mesir telah dikatakan menghadang semua capaian internet kepada penduduknya. Kerajaan Mesir boleh lakukan hadangan ini dengan memberi arahan supaya ISP-ISP yang ada memnutup semua capaian/laluan internet. Maka terkedu-kedulah rakyat yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, e-bisness, blogging, twitter, facebook dan pelbagai lagi. Ini bermakna komunikasi melalui internet terhapus sama sekali. Tiada emel, tiada mesej atau audio atau video conference.

Apakah perkara yang sama akan atau boleh berlaku di Kedah? Sudah tentu tidak kerana Kerajaan Kedah tiada hak mengarahkan sebegitu. TAPI ianya mungkin berlaku di jabatan-jabatan atau GLC seperti di KTPC, BDB dan sebagainya.

Ada angin-angin menyatakan yang tindakan censorship sudah berlaku (bukan BLOK) di KTPC untuk capaian ke atas beberapa laman blog atau sosial. Jika ini benar berlaku, ianya sudah lari dari matlamat sebenar Kulim Hitech Park. Kulim Hitech Park adalah 'Future Science City'  yang diuruskan oleh KTPC tetapi capaian internet untuk pengguna di dalam KTPC di sensor. Jika di sensor laman porno, kira OK juga tetapi laman sosial atau news katanya di sensor oleh KTPC.

Apakah ini kegawatan yang sedang dirasa oleh pengurusan kanan KTPC hasil beberapa pendedahan oleh blogger berkaitan pembaziran dan penyelewengan yang berlaku?

Apakah ini hanya permulaan tindakan 'Little Hosni Mubarak' yang cuba menghalang staf-stafnya mendapat maklumat atau berita dari laman blog atau sosial. Atau halangan terus terhadap staf dari menghantar maklumat atau komen-komen ke laman-laman sosial, blog dan sebagainya.

Apakah sebab-sebab konkrit yang boleh pengurusan kanan KTPC beri (jika benar ada blockage/censorship) di atas laman-laman tertentu? Kenapa takut sangat?

'Hadangan/sensorship ini adalah untuk menghalang staf-staf dari menyalahgunakan internet pejabat untuk keperluan peribadi atau pihak-pihak tertentu' - inilah jawapan standar yang bakal kita dengar jika diminta pengurusan memberi penjelasan. Atau 'untuk menaikkan produktiviti pekerja supaya kurang berinternet pada waktu pejabat'.

KTPC sebagai Pengurus KHTP 'The Science City of the Future' melakukan sensorship ke atas laman-laman blog atau sosial; persoalan timbul apakah pandangan MNC atau pelabur luarnegara jika mereka mendengar tindakan ini.

Beginilah hebatnya little Mubarak di KTPC.  Cuba bayangkan jika Egypt diganti dengan KTPC, Hosni Mubarak diganti dengan Presiden KTPC dan sebagainya. Seluruh dunia akan membaca akan hebatnya Pengurus KHTP dalam menguruskan sebuah taman berteknologi Tinggi!

As protests intensify in Egypt, the country's government has reportedly banned more communication platforms, including Facebook and BlackBerry Internet Service.

Although neither ban has been confirmed, both services are inaccessible, according to buzz on Twitter.
"We are aware of reports of disruption to service and have seen a drop in traffic from Egypt this morning," a Facebook spokesperson told PCMag.
TechCrunch reported that it was unclear if all BlackBerry Internet services were blocked in Egypt. Some people could still use apps, the blog said.

Twitter has been blocked in the country for a few days now, the company confirmed Wednesday.

Facebook has been reported inaccessible 86 times in Egypt, according to The Herdict Report, a Harvard's Berkman Center for Internet & Society project that monitors the status of the Web around the world. Outage reports started on Jan. 26.
"From what we know about Egypt, filtering is done at the ISP level, which explains the sporadic reports of inaccessibility we've received," Laura Miyakawa, Herdict's project manager, said in a blog post. "Coupled with reports from Egyptians on Twitter, we're able to say that some degree of filtering has been happening, but we need more reports to make a strong determination."

These reports have coincided with mounting demonstrations in Egypt, many of which were organized via social-networking sites like Facebook and Twitter. Thousands poured into the streets of Cairo starting Tuesday to protest failing economic policies, government corruption, and to call for an end of the nearly 30-year rule of President Hosni Mubarak.
Social networks have also played an important role in the uprising in Tunisia that ousted autocratic President Zine el-Albidine Ben Ali earlier this month. Additionally, Twitter was an integral part of an uprising in Iran last year.









2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terima Kasih saudara Sobri Sudin mengutarakan rencana diatas. Kita lihat Kerajaan PAS Kedah kian terdesak dan sudah merasai gementar dan haba yang mereka sudah mendapat ilham laduni bahawa mereka akan dibungkus dalam PRU13 ini. Gambaran-gamabaran sudah terbayang dan dipertontonkan kini bahawa setiap kali PRU Kecil mereka tumbang dan terus tumbang walaupun bermacam-macam fitnah dan fatwa murahan mereka rencanakan semuanya tak menjadi. Mereka kini takut bayang-bayang dan lakonan mereka sendiri yang kian terpancar bukti tipu daya mereka selama ini sudah diketahui ramai. Paling mencabara apabila Gobala keluar daripada pakatan dan menandakan PAS sudak menuju kepenhujung jalan dan usianya sudah terlalu singkat tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Kita lihat Nasir Zakaria Ahli PAS Parlimen Padang Terap yang menepuk dada bahawa beliau berkelulusan Timur Tengah. Malang perjalanan pemerintahan beliau tidak langsung mempunyai ciri-ciri ilmu Timur Tengah. Tiada ehsan daripada dan tiada perihatin sedangkan UMNO terpaksa memberi ehsan dan perihatin atas nasib keluarga sendiri. UMNO sanggup membina masjid di Kampung Masjid Lama, Naka untuk dijadikan tempat bersolat dan tempat umat islam mendapat ilmu agama. Tetapi malang dimasjid telah dijadikan gelanggan oleh PAS menghentam UMNO dan masjid itu juga merupakan saksi dimana PAS telah mengerjakan solat jumaat berasingan dengan Imam UMNO sewaktu dulu kerana mereka berfahaman berimamkan UMNO tak sah. Ini bererti mereka telah mendustai kesucian dan kalimah syahadah dan tauhid kalangan umat Islam UMNO kepada Allah SWT.

Dimasjid itu juga kita disaksikan bahawa Nasir zakaria gagal mentalbiahkan golongan bahawahannya supaya tidak melangkaui kariah mereka di Masjid Kampung Datuk dan bersolat jumaat di Masjid Kg. Masjid. Amat malang kerana golongan ini terdiri daripada golongan pemimpin PAS yang kononya bergelar haji dan ustaz serta alim dan juga Ahli Majlis Daerah Padang Terap yang berseronokkan di Pekan Dannok Thailand. Mengapa mereka ini sanggup pergi mengerja solat ditempat yang jauh dan masjid mereka lebih dekat serta lebih selesa dan lebih diwajidkan daripada masjid yang mereka kerja solat selama ini.

Persoalannya mengapa kalau dahulu semasa era UMNO memerintah dan Masjid kampung datuk dikuasai Imam PAS mereka ini mengerjakan solat di masjid tersebut?. Sedangkan kini ianya dikuasai Imam UMNO dan mereka berpaling tadah mengerja solat di Masjid Kampung Masjid Lama?.

Apakah hukumnya itu?. Sedangkan Nasir yang kononnya mengaku alim dan boleh menyatakan golongan pemberotakan Ibrahim Libya mati syahid sedangkan orang bawahan beliau tak noleh ditalbiahkan?. Hinggakan Kerajaan mengeluarkan bahawa golongan Ibrahim Libya pemberotakan dan cuba memusnah dan menghuru-harakan negara dan mencenar kesician islam.

Atas ehsan dan kebaikan serta keadilan terhadap kerajaan UMNO/BN memberi pekerjaan kepada keluarga Nasir Zakaria bahkan infratruktur kemudahan seperti jalanraya hingga kerumahnya, lampu, pendidikan, kesihatan, keamanan air bersih bah subsidi kepada mereka sepertimana ahli UMNO/BN dikatakan pengkkianat dan zalim.

Kita lihat kaum sakat keluarga beliau kebanyakan yang menghuni di KEDA Bendang Tok Teri,Naka yang malang ditimba ribut tiada diberi pertolongan bahkan beliau lari ke Kuala Lumpur sedang pemimpin UMNO bertungkus lumus membantu mangsa ribut. Apakah ini bukannya mengikut lunas-lunas serta kehendak islam?

Tepuk dada tanya iman dan akal dan jangan tanya kopiah puteh serta kepala lutut?

Tanpa Nama berkata...

KHTP adalah salah satu Cybercity yang mana mengamalkan Bill of Guarantee dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia, dan salah satu GUARANTEE tersebut ialah 'BoG 7: To ensure no censorship of the Internet'. Jadi kalau nak sekat Internet walau pun untuk blog, ini sudah menyimpang dari matlamat MSC Malaysia Cybercity. Itu pun kalau Hj & pecacai dia faham. Mungkin dia tak faham, maklumlah sibuk dengan kerja mengukur pintu tandas agar degree nya sama dan sekata untuk semua tandas iaitu 35 darjah. Kah kah kah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates