Ahad, 9 Januari 2011

Lagi Kekacauan Dalam GLC Kedah

Dari Blog Helangkedah...

KCE mungkin ditutup..?

Sinar Harian bertarikh  08hb. Januari 2011, menyiarkan di muka depan nya berita berhubung kemungkinan Kedah Communication and Events Sdn. Bhd. (KCE) akan di tutup. Krisis GLC yang meruncing makin  menjerat kepimpinan PR dan mencerna bahang kepanasan yang kian menghakis ozon politik negeri.

KCE yang ditubuhkan di-era Dato Sri Mahathir Khalid (BN) dan terus beroperasi apabila Dato Sri Azizan Razak (PR) mengetuai Kerajaan Negeri Kedah baru berusia sekitar 4-5 tahun. Persoalannya, mengapa hanya setelah hampir tiga (3) tahun beroperasi dibawah kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat ianya mungkin ditutup?.

Bermakna, adanya berlaku kegagalan mengenalpasti, merancang dan membangunkan potensi dan urus-tadbir perniagaan. KCE merupakan antara GLC yang aktif, secara tiba-tiba mengalami kemungkinan ditutup.Mengapa?


Tunggu perkembangan yang selanjutnya.

Kedahtimes:
Mana perginya pakar ekonomi Kedah merangkap bekas menantu Ustaz Azizan, Yusrin Zakri? Semasa baru-baru dapat kuasa dan masuk GLC, bukan main laser lagi mulut dengan mengherdik pegawai-pegawai seolah-olah semua orang bodoh, dia saja pandai. Dah ketandusan nasihat ka untuk memperbaiki GLC?

3 comments:

sri bongsu berkata...

mula-mula tak cukop.kemudian tak habis.Cakap mana sama dengan buat kerja.keliling PAS pun ada juga yg bahlul.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sebenarnya Puak PAS ini hanya puak yang pandai bercakap dan berkokok sahaja. Tetapi bila diberi tanggungjawab sebanarnya ianya dia bertanggungjawab dan daya fikiran mereka jadi kusut dan bercelaru apabila terlalu ghairah melihat terlalu banyak wang yang mengalir masuk dan keluar. Daya pemikiran mereka sudah disuntik dengan perasaan hasutan dan sebagai manusia pemusnah. Oleh sebab itu perkara yang elok akan jadi jahanam apabila mereka pimpin.

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap orang yang pandai bercakap dan tunjuk lagak itu tak semestinya bijak dan cekap menguruskan akauntabiliti. Tak dinafikan Puak PAS ini memang bijak dan petah melakukan angkaran pemusnah dan menjatuh maruah orang lain. Itulah kepandaian dan asuhan yang mereka terap di PASTI mereka. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Apabila dia diberi tugas ianya melencong dari kehendak tabii sebenar.

Jika dibiarkan memerintah sepenggal lagi bukan sahaja Syarikat GLC malah Negeri Kedah mereka akan serahkan kepada rakannya DAP asalkan mereka dapat habuan duniawi. Itulah lumrah kehidupan manusia. Diakhir zaman ini orang yang melakukan kejahatan dan kemungkaran, kemusnahan akan disanjung dan digelar hero. Pihak yang melakukan kebajikan dan kebaikan akan dipadang hina kerana mereka ini tidak mendapat pertolongan syarikat Jin dan syaitan yang menghiburkannya.

Justeru kita lihat pihak yang mencemarkan tatasusila islam dan masjid serta surau diagung-agungkan dan mendapat pembelaan daripada pihak yang sakit hati dan mempunyai perasaan hasad dengki serta megah diri kerana dapat memenuhi kehendak dan citarasa sahabat baik mereka iaitu jin dan syaitan.

abu berkata...

Berdasarkan cerita-cerita yang dikumpulkan daripad bekas pekerja KCE, syarika tu memang patut lingkup pun. Syarikat tu hanya jadi tempat bagi jawatan kat kroni yang tak tau buat kerja. Pada mulanya KCE ditubuhkan tok det untuk balas budi dan bagi projek kat dua orang kesayangn dar kuala nerang. tapi hampess..buat projk tunggang kuda masuk poket sendiri, buat projek skrn besar dui berjuta masuk akaun sendiri jugak...tu zaman tok det.
mai zaman pas pulak, kce kena kontrol dua mat lnun pas yng tak tau apa-apa psal nk handle syrikat prhubungn awam dan event, tapi cakap macam profesor serba tau. si hisham nordin arkitek yang sombong dan mat yani bakar, yang hanya tau cakp dan brlagak mcam hebat. mula-mula buat keluar majalah sukan yang haram (sebab tak dapat permit KDN), las tu lingkup mcam tu saja kna tipu dengn syarikt dri kl. kemudian buat pula karnival kedah sejahtera di SP, karniva tungang langgang, duit tak masuk syarikat. buat pulak banner prmosi gambar MB tapi akal depa rendah, banner tak tan lama..lingkup lagi duit. lepas tu tak ada projek apa hanyaduk jadi syarikat buat name card, buat poster, buat paper bag, buat pamplet. setaka tu sajalah bisnes syarikat kce bawah pas, tpi kalau tngok struktur hebat sangat. da chairman, ada pengarah urusan, ada pengurus besar, d manager tapi taraf glc tu sama macam kedai photostat saja...patutlah glc tu makin malap saja

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates