Ahad, 9 Januari 2011

LANGKAWI...PERMATA KEDAH!!!!!

SOBRI SUDIN

1. Di antara janji semasa kempen pilihanraya umum 2008 oleh lebai monyok PAS Kedah adalah mahu meruntuhkan replika Burung Helang di Dataran Lang, Kuah andaikata berjaya perintah Kedah. Namun setelah berjaya dinobat sebagai pemerintah, sehingga kini, Burung Lang di Dataran Lang gah berdiri.

2. Tanda-tanda orang munafik ada tiga, bila bercakap berbohong, janji dimungkiri dan amanah dikhianati.. berdasarkan maksud hadis ini, PAS adalah munafik.

3. Isu Langkawi dan konsep pelancongan yang dilaksanakan serta kemajuan pembangunannya semenjak diisytihar pulau bebas cukai 1986 bukanlah isu baru.

4. Dan tangan ini kembali mahu mencoret perihal Langkawi kerana kunjungan terbaru aku ke Pulau Lagenda berkenaan baru-baru ni untuk bercuti.

5. Langkawi dari sudut scenary, keindahan, ketenangan memang tidak boleh dinafikan. Memang kalau aku nak rasa tidoq nyenyak tanpa ganguan aku akan bawa family ke Langkawi, hilang penat dan memang benar terasa fresh.

6. Namun, harga makanan direstoran seperti yang pernah Che Det bangkitkan ribuan kali terus menjadi mahal. Barangan pun serupa, yang murah hanya coklat, arak, bahan tembakau dan pingan mangkuk, yang lain aku rasa di TANAH BESAQ lagi murah dan banyak pilihan. Memang benar tanpa sentuhan LADA, Langkawi tidak akan maju seperti sekarang, tidak se gah sekarang dan tidak mungkin menjadi perhatian pelancong luar khususnya di sepanjang Pantai Chenang.

7. Pernah Che Det dulu berkata sinis, Langkawi sepatutnya jadi pusat pentadbiran atau ibu negeri Kedah kerana kemajuannya, lantas menimbulkan polemik pelbagai.

8. Ya, bab kemajuan dan kemudahan pelancongan dan aset tarikan Langkawi tidak boleh dipertikaikan. Sudah ramai Mat Saleh yang menjadikan Langkawi rumah pertama dan sudah ramai usahawan luar yang miliki perniagaan Food and Beverages, Spa, butik, dan pelbagai outlet lain yang menenggelamkan penduduk tempatan.

9. Seperti biasa, penduduk tempatan umumnya hanya menjadi bell boy, tukang jaga jet ski, banana boat, tukang angkat troli, pemandu teksi, waiter, jurujual kain batik dan minyak gamat, jaga, ulat cari penyewa kereta, house keeping di hotel, tak ramai yang berfikir panjang sepertimana kejayaan HAJI ISMAIL GROUP.

10. Jual tanahnya di Pantai Chenang sekitar tahun 1987, duit hasil jualan digunakan untuk dibangun dan dibeli deretan rumah kedai bagi menjual barangan bebas cukai, seingat aku HAJI ISMAIL sudah punyai lebih lima outlet termasuk di Jeti Point, dulu aku masih ingat di tahun 1988 outlet pertamanya sebelah restoran ABD GHAFFOR, bazar mara sebelah HOSPITAL LANGKAWI TAPAK LAMA.

10. Tak ramai yang pikiaq dan punyai strategi panjang sepertimana kejayaan Haji ABU BAKAR, pemilik AB Motel. Awal tahun 90-an dulu masa aku pi melancong ke LANGKAWI dia hanya miliki beberapa buah unit chalet, dan kini perniagaanya berkembang maju dengan kemudahan, bilik penginapan, motel yang sentiasa penuh dengan pelancong. Yang penting dia bangunkan semua kejayaan ini tanpa harapkan bantuan modal bank atau dana kerajaan (walaupun dia ni orang kuat UMNO).

11. Inilah MODEL MELAYU PERMATA LANGKAWI. Dia satu-satunya Melayu pengusaha bilik penginapan, motel dan chalet berjenama MELAYU KEDAH di Pantai Chenang yang cukup aku banggakan, sebab tu setiap kali ke Langkawi aku dan keluarga mesti menginap di AB MOTEL. Tahniah Tuan Haji..!!!!

12. Kini apabila berada di Langkawi seakan berada seperti di Pulau asing yang bukan milik Kedah. Seni tampak dan sentuhan serta pengaruh KEDAH amat jauh kurang. Pergi ke restoran milik orang Pakistan, Arab, Mat Saleh, atau paling tidak milik orang Siam pattani. Si Melayu tempatan masih lagi berjual goreng pisang, laksa pulau, pasembor dan ayaq nyioq tepi jalan tanpa tapak tetap. Kompleks dan Bazar Pekan Rabu di Pekan Kuah masih tiada penyewanya, ditutup sentiasa.. apa dah jadi agaknya?

13. Sebagai ZON free duty.. Langkawi sepertimana ceramah-ceramah PAS sebelum depa jadi kerajaan dulu, tetap hebat sebagai PADANG ARAK PADANG PELACUR. So kita nak tanya PAS sebagai teraju Kerajaan Kedah mana dia usaha untuk bangunkan 'MODEL PELANCONGAN ISLAM' ?? Jelas, PAS tak dak idea.. yang depa dok pulun dok berebut tanah mana lagi yang belum dihuni dan dimiliki di Langkawi. Hujung minggu pakat pulun nak dok hotel free guna nama Pejabat MB. Malamnya depa pakat bawa marka dan awek masing-masing layari bahtera nan indah di tengah kedinginan malam. Dasar penyamun!!!!

14. Dan ketika makan tengahari di area Padang Mat Sirat aku ternampak poster ceramah PAS, siapa lagi Mahfuz dan YDP PAS Kawasan Langkawi. Tajuknya ceramah bab mengata la... ceramah apa lagi. Cuba la puak pemuda PAS kalau betoi teror hangpa pi ceramah dan tarbiah pelancong arab yang bertelanjang dan berbikini lebih pada Minah Salleh lagi. Tarbiyah depa.. HARAM.. HARAM..

15. Dan kalau berani pi tarbiyah pelancong Mat dengan Minah Salleh, bagitau depa tak payah berjemur di tepi pantai macam kanggaro sakit ja dengan bikini yang nipis-nipis dan berskala 90 peratus telanjang, sakitkan mata memandang, bawa pengaruh yang kurang baik kepada kaum keluarga Islam yang pergi bertandang.

16. Ataupun PAS Kedah berura-ura nak pajak Langkawi PERMATA KEDAH pada YAHUDI BELANDA, almaklumlah kan PAS dah terdaya nak perintah. Boleh juga dapat imbuhan banyak kemudian PAS boleh umum peningkatan hasil negeri yang kian mencanak naiknya.

 17. Benarlah.. LANGKAWI BUKAN LAGI PERMATA KEDAH.. Tapi PERMATA DEDAH.. PADANG ARAK PADANG PELACUR.. DAN DIBAHU KERAJAAN ISLAM PAS KEDAH LAH TERBEBAN TANGGUNGJAWAB untuk merungkaikan persoalan ini agar LANGKAWI mampu muncul sebagai PULAU PELANCONGAN ISLAM TERSOHOR DI DUNIA. Mampukah LEBAI MONYOK PAS lakukannya????? Dan jawapanya sepertimana kita sedia maklum.. POOODAH.. PAS lebih banyak auta dari bekerja.. dan yang lebih malang kerja mereka kita boleh ibaratkan seperti kerja orang yang tak tentu arah (macam HARAMJADAH!!!!!! la dalam bahasa yang kurang ajaq sikit)

2 comments:

si joe berkata...

Ada juga anak muda LANGKAWI mai kerja kilang di Kulim Hi Tech.Cuma jadi operator sahaja.Sepatutnya mereka tak payah melangkah mai kulim dah.Langkawi lagi banyak sumber rezeki.

Tanpa Nama berkata...

Hawat kenapa myalahkan pemimpin pas saja...siapa yg membawa masuk kemajuan kedalam malaysia smp ke langkawi...dri zaman siapa pulau langkawi hancur dtangan pemimpin mana yg dahulu...cakap pakai akal jgn memijak tanpa usul...apa kata tuan saja yg menjadi menteri besar atau perdana menteri.....pemimpin mana yg mhancurkan langkawi??? Beritahu wahai sahabat yg bijak pandai

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates