Rabu, 26 Januari 2011

Lim Guan ENG : Penasihat Soal Halal

Tidak ada yang lebih memalukan kepada Parti "Islam" PAS apabila soal halal haram pun dilantik Guan Eng sebagai penasihat. Sudah kontang sangatkah ilmuan dalam PAS sehingga "Khalifah Umar Abdul Aziz ini dilantik sebagai penasihat Halal Task Force?

Atau adakah ini tanda keterbukaan PAS dalam menerima kaum kafir harbi sebagai sahabat, sehingga soal yang khas untuk umat Islam pun perlu dilantik  Kafir berada di atas sekali? Malah Mufti yang duduk didalam Panel Penasihat pun berada dibawah Lim Guan Eng.

Carta Organisasi di bawah memperjelaskan segalanya..bagi mereka yang mahu berfikir....


Kedahtimes:
Sebagai Umat Islam, kami pun tumpang malu dengan gelagat PAS yang cempera dengan "keterbukaan" sehingga tidak lagi tahu sempadan. Sia-sialah perjuang Dato' Maharajalela bergadai nyawa membunuh JWW Birch yang cuba mencampuri hal ehwal Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu apabila PAS menggadainya dengan penuh bangga.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat, hari ni dah terbalik kuang. Dulu PAS kata UMNO kafir sebab join dengan MCA dan MIC, puak kafir kata PAS. La ni bila depa join dengan DAP, depa kata tak pa, depa tak kafir, tapi UMNO masih kafir. Bila YAB TUAN LGE jadi Penasihat pun depa kata tak pa. Takkan orang yang memang tak tau pasal halal dan haram boleh jadi Penasihat Halal Task Force. Negeri lain kat Malaysia ni pun tak letak orang bukan Islam nak jadi PENASIHAT. Ini kena interview Ustaz Azizan, mintak pendapat beliau. Tapi jawapan yang kita boleh agak ialah 'saya pun tak tau, jangan tanya saya, tanya la Nik Aziz atau Hadi Awang, atau pun Mat Sabu, sebab dia asal dari Penang'. Ha ha ha, lawak la PAS la ni, jadi kuda tunggangan Pakatan Rakyat secara sedar dan rela.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Seperti yang selalu diperkatakan PAS bukan memperjuangkan Islam kerana Allah, tetapi mereka mempergunakan Islam untuk kepentingan parti mereka sahaja. Jika kita sayang Islam harus ada perasaan marah dan benci atas perbuatan PAS tersebut agar kita tidak dituduh bersubahat dihadapan Allah nanti dan peluang untuk masuk syurga ada. DAP telah mengambil kesempatan atas ruang yang diberi oleh PAS untuk mempermainkan Islam. Semoga Allah mengampunkan kita semua dan tidak diturunkan bala.

Tanpa Nama berkata...

sure lapas ni babi yang kena sembelih jadi halal, dan beer ada cop halal.

masa tu baru tepuk dahi

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Pada hematnya saya amat setuju dengan pendapat saudara berdua. Kita lihat kenapa orang-orang PAS megah kata pemimpin mereka Nasir Zakaria sangat megah di Padang Terap. Kita lihat semenjak beliau jadi Ahli Parlimen tiada ada pembangunan yang beliau laksanakan. Itu semuanya adalah ehsan daripada UMNO atau BN. Nampaknya beliau hanya bawa telor dan goyang sana-goyang sini serta ceramah bohong sana dan bohong sini mengata sana mengata sini dan menipu sana dan menipu sini. Itulah profesion beliau.

Apa yang nak digahkan setidak-tidak beliau hulurkan wang kepada murid-murid sebagai mantan di Sek, Keb. Kg.Belukar Luas. Ini tiada habuk dan hanya pemimpin BN iaitu YB Dato Syed Sobri bermurah hati mengeluarkan RM 1000.00 kepada pelajar cemerlang mendapat 5A. Diawal permulaan kita lihat satu percubaan ribut telah merosakkan rumah-rumah penghuni KEDA Kg. Bendang Tok Teri, Naka. Beliau lari ke Kuala Lumpur kerana ostaz Azizan suruh beliau keluarkan modal beli dapur kepada mangsa.

Nasib baiklah Dato Dir serta pemuda UMNO terdiri daripada Saudara Badrolhisham, Kamarul Azman dan wanita membantu bahkan membaiki kerosakan yang dialami. Begitu juga dengan mangsa banjir, sedangkan YB UMNO seperti YB Dato' Dir dan YB Dato Syed Sobri bertungkus lumus membantu mangsa dengan membawa bekalan makanan dan bantuan sudah beberapa hari akhirnya beliau pergi membawa 2 biji telor dan turut serta menghabiskan makanan yang dibekalkan kepada mangsa banjir.

Apakah ini dia ciri-ciri seorang ketua yang layak dipanggil Ostaz. Ostaz murahan dan membuang masa serta menjatuhkan martabat sebagai pengilmu kerana pertahankan kekafiran DAP yang nyata merosakkan akidah serta menghalau rakyat yang lemah daripada tanahairnya.

Kita lihat Syadina Umar Al Khattad sanggup berjaga malam meninjau kehidupan rakyat dan sanggup memikul guni gamdun dan tepung kepada rakyat yang menderita dan menahan lapar demi rakyatnya. Apakah ini layak digelar sebagai pemimpin ciri-ciri islam?. Malang sungguh seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana harap guruh air tempayan dituangkan harapkan gajah rupanya kuman. Bersinar befrsilau disangka intan rupanya kaca. Cobaan..Cobaan..Cobaan...Cobaan...

AnaQarbana berkata...

Lim Guan Eng [LGE] dah Islam kerana dah masuk PAS..kan PAS tu Islam...bila sesiapa sahaja tak kira kapiaq harbi ka, yahudi ka...zionis ka...bila bersekonkong dengan PAS dan akui apa yang PAS tu betul....maka Islamlah tu, boleh jadi mufti, boleh jadi imam, boleh jadi qadhi dan boleh pegang potfolio agama Islam.....boleh jadi MB...ni baru betoi......

Tanpa Nama berkata...

Tu lah org PAS ni cuma ada otak tapi tak pakai akai yg Allah berikan sbb akal lah yang membezakan manusia dari binatang. Apa yang jadi sejak akhir2 ini adalah paparan jelas yang ditunjukkan yang Maha Esa tentang hipokarasi, kafasikan PAS yang bertopengkan Islam kononnya tapi jelas ianya hanya sebuah ideolagi politik yang bertopengkan Islam tapi hakikinya menjaja dan yang lebih menyedihkan melacurkan agama Islam itu sendiri demi kepentingan politik sempit kampung dan jumud mereka! Syurga neraka adalh hak Allah semata2 bukan ulama' totok PAS yg tak dak kelas tu dimana di akhirat kelak perlu menjawab "contribution" mereka dalam memecah belahkan masyarakat Islam di Malaysia ini!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates