Sabtu, 8 Januari 2011

LUAHAN PUISI ANAK KEDAH...

NUKILAN: Aisha Sofea






Dulunya dijanji Kedah Sejahtera
Tapi malang gagal dikota

Ekonomi sembam
Duit GLC dihentam
Arah tuju negeri kian KELAM
Masa depan bangsaku tampak SURAM..

Jawatan digilai, nama dicari
Rakyat dibohongi... Sanak saudara dirai..
Beraja dimata bersultan di hati....

Kontrak untuk kroni diagih tak henti-henti
Serban, jubah ditolak ketepi
Inilah ISLAM ala-pencuri.

Fatwa berkata tidak mengapa
Inilah Jihad ajaran agama
Balasan akhirat pedulikan saja
Yang penting.. ketika berkuasa
Balun lah apa saja..
Datang Tok Guru.. terhapuslah Dosa..
Tiap perbuatan ada alasannya..
Bini orang dibolehkan zina...

Kini.. Gelombang Merah, Berani Berubah
Hasrat hati nak Bangkitkan Kedah
Tapi entahlah, fantasi belum menjadi
Kerana pemimpin tak sedarkan diri
Dah jadi pembangkang, tapi hidungnya makin tinggi
Hendak ditegur dikata derhaka
Rupanya bengap, kurang bekerja

Mungkin niat masih belum dipasti
Agenda bertindak dah jadi basi
Alasan Biasa.. MASIH merancang strategi..

Penoreh dan petani nun jauh disana
Dihati dan jiwa penuh menyala
Harga getah kian mahal harganya
Padi habis rosak semua
Musibah banjir tenggelam segala
Mungkinkah dapat disekolahkan anak-anak biar melangit ilmunya?
Atau.. terus miskin diasak sengsara..

UMNO, PAS dua kali lima
Tali Allah tidak diterima
Bebal, angkuh tolak bersatu dek gilakan kuasa
Kata mengata jadi nista
Berperang tak henti-henti apa jadahnya

Cina, India bertepuk tawa
Komunis riang jalankan agenda
Bodohnya Melayu gilakan kuasa
Islam dicemar dibiar saja
Raja disanggah dibuat tak endah
Bangsa dihina, semuanya melopong disumpah diludah..

Patutlah KARAM SINGH WALIA.. menumpang sekaki
Kerana dia tahu.. MELAYU itu tak pernah peduli
NAMAWEE terus mengila babi..
Menyumpah Melayu tak henti-henti
Tapi terlepas kerana baiknya Nazri..

Inilah Melayuku yang tak sedar diri..
Mudah disogok kanan dan kiri
Sebab jiwanya diulit daki
Angkara syaitan, iblis yang iri
Susah bersatu.. lantaran iman tidak berbaki

Melayu tempang perlahan rebah
Kelak bakal menjadi sejarah
Di muzium purba nyesal tak sudah..
MENANGIS meratap LUKA berdarah
Apa kan daya TERLAMBAT la SUDAH....

2 comments:

indera muda berkata...

He he he he he.Dalam serabut pun masih berpuisi lagi.Tapi lebih baik daripada beretorik yang banyak-banyak.Yang mana satu nak pakai sampai rakyat pun tak sempat nak faham.
Banyak sangat slogan.

melayu lunas berkata...

Apabila merenung kembali apa yang terjadi pada bangsa melayu hari ini jelas sekali watak-watak Pan Pandir,Pak Kadok,Lebai Malang, dan Si Luncai sedang berlegar dan beraksi.Watak-watak jenaka bodoh ini ada dalam suasana politik melayu khususnya UMNO sendiri.Ada juga dalam Pejabat dan Agensi kerajaan.Terdapat juga dalam perniagaan.Tidak ketinggalan watak-watak ini ada sekolah,kolej dan universiti.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates