Isnin, 3 Januari 2011

Masanya Sudah Tiba, Umno Kedah Bangkit Segera

Setelah penantian siapa ketua dan timbalan ketua perhubungan Umno Kedah terjawab, maka tibalah masanya Umno Kedah bangkit.

Sebagai pembangkang Umno Kedah perlu mendedahkan segala penyelewengan PAS selama tiga tahun mentadbir Kedah. Umno Kedah perlu menunjukkan bahawa Parti itu lebih layak menerajui Kedah berbanding dengan PAS yang banyak tidur dan menyeleweng dalam mentadbir negeri.

Rakyat Kedah perlu diberitahu bahawa PAS dan pemimpinnya tidak maksum dan tertebat dari dosa dan penyelewengan. Malah kronisma dan nepotisma PAS dalam pentadbiran Kedah menjangkau ketahap yang memualkan, cuma ianya disimpan rapi oleh parti pemerintah, iaitu PAS.

PAS memperbodohkan rakyat dengan kata-kata kononnya apa saja yang mereka buat adalah dari Islam, walhal apa yang mereka buat bukan saja tidak mendekati Islam, malah menggunakan Islam untuk menghalalkan tindakan bodoh mereka yang banyak merugikan rakyat dan negeri.

Dengan selesainya kemelut perlantikan Ketua dan Timbalan Ketua perhubungan Umno Negeri, kami di Kedahtimes akan mendedahkan satu per satu penyelewengan tahap menjijikkan yang dilakukan oleh PAS dalam pentadbiran dan GLC Negeri.

Malah pembayaran gaji buta kepada kroni-kroni PAS mencecah ratusan ribu ringgit sebulan untuk tidur dan hanya bercakap besar dalam GLC-GLC.

Tidak hanya menjadi penumpang bergaji besar dalam agensi-agensi kerajaan negeri, mereka malah merosakkan agensi-agensi ini dengan sikap bodoh sombong yang keterlaluan dalam tindakan mereka. Malah ada yang melesapkan aset-aset syarikat atas kepentingan peribadi yang tidak pernah berlaku di zaman Umno.

Didalam pentadbiran negeri pula, Exco-exco PAS nyata tidak berpengalaman dan masih bergelut tentang bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat. Keputusan tidak dibuat, mesyuarat jadi medan untuk membebel isu-isu tidak berkaitan dan menghabis kuih dan minuman yang dibeli dengan duit rakyat.

Pertempuran PAS dengan KCS juga meninggalkan kesan yang amat besar kepada perjalanan pentadbiran dan pembangunan negeri. Pemimpin PAS yang tidak memahami prosedur pentadbiran lebih banyak menghamburkan kata-kata pedas tetapi dilihat bodoh oleh KCS hanya menjadi punca satu kerja kecil pun tidak dapat dilaksanakan. Jauh sekali untuk merancang projek pembangunan yang besar yang boleh memberi impak kepada pembangunan negeri.

Setelah tiga tahun, PAS tidak kelihatan mampu memahami isu dalam pentadbiran apatah lagi soal pembangunan baru. Ini bukan kerana tidak cukup masa atau tidak berpengalaman, tetapi disebabkan sikap bodoh sombong yang telah sebati dengan pemimpin PAS yang tidak memungkinkan mereka memahami apa juga isu pentadbiran yang perlu diselesaikan untuk rakyat.
Ibarat sebuah kapal besar, negeri Kedah sedang tenggelam dengan kadar yang perlahan tanpa disedari, tetapi tenggelamnya Kedah adalah secara konsisten dibawah pentadbiran PAS yang tidak tahu mengemudi dan hanya bertenggek diatas kemudi dan melompat-lompat ditiang layar.

Dengan kapten kapal asyik mengulangi arahan agar memandu kapal secara Islam, tetapi tidak tahupun membaca peta, apa lagi yang boleh diharapkan kepada PAS.

Demi rakyat Kedah, Umno perlu bangkit untuk mengeluarkan PAS dari Kerajaan negeri dan kembali melakukan apa yang mereka pakar, iaitu sebagai pembangkang.

Perlulah Umno menunjukkan kesatuan dengan penyertaan aktif semua ketua bahagian dalam program-program rakyat tanpa perlu menunggukan menteri atau perdana menteri turun. Jika penyatuan ini dapat ditonjolkan, maka itulah tandanya Umno telah sedia kembali mentadbir Kedah.

Umno perlu lakukan semua ini demi rakyat Kedah, dan bukan untuk parti apatah lagi untuk kepentingan individu. Program penerangan sebagaimana dilakukan di Selangor boleh dijadikan contoh, dan jika di Selangor, Saudara Ezam dijadikan penceramah yang membongkarkan PKR, Di Kedah, Zulkifli Noordin adalah antara calonnya.

Tibalah masanya pemimpin umno membuang ego masing-masing dan membayar jasa Umno kepada mereka selama ini, dan bukan sentiasa mengharap sesuatu dari Umno.

Jika ini berlaku, hanyat PAS di Kedah pasti akan tamat pada PRU-13 nanti.

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

aku menyokong penuh saranan KedahTimes agar UMNO tag team dengan YB Zulkifli dalam membongkar kemungkaran Paih.... Mungkin Mukhriz boleh 'bersembang' dengan YB Zulkifli kot nanti pasai projek ni...

dzimba MMIM berkata...

terus berjuang broo.. kebathilan akan terus dibongkarkan..

Salam semua... berkata...

Salam ziarah...

I am Am berkata...

nice one

HHalem berkata...

Dek keran syok articles ni, cek dah copy sikit. Minta permissi in advance.

Juga mohon linkan dengan tuan sbb tuan ramai peminat-peminat.

Frm HHalem

Syburi Times berkata...

Saudara HHalem, tuan dan semua pembaca boleh salin sabanyak mana tuan suka. Cuma kami minta saudara nyatakan kami sebagai sumber, itu saja.

Blog saudara telah kami link. Terima kasih.

HHalem berkata...

Ribuan Terima kasih kpd Tuan Hamba,

Paut memaut lah kita.

Frm HHalem

Tanpa Nama berkata...

Untuk kerja-kerja saperti cadangan KT tuuuu... telah ada dalam perbualan/perancangan Bashah dan Mukhriz masa di Langkawi.

Insya Allaaaah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates